(Al-Tsaqalain)
Ia sama makna dengan hadits
(Al-Tsaqalain - dua perkara berat) yang diperintahkan Rasulullah pada umat supaya
mengikut keduanya dan berpegang kepada kedua-duanya.
عن زيد بن أرقم، قال: قال رسول الله صلى الله عليه
وسلم. (إني ترك فيكم ما إن تمسكتم به لن تضلوا بعدي؛ أحدها أعظم من الآخر؛ كتاب
الله حبل ممدود من السماء إلى الأرض وعترتي أهل بيتي ولن يتفرقا حتى يردا على
الحوض فانظروا كيف تخلفوني فييهما(
Dari Zaid bin Arqam,
ia berkata: Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam: “Sesungguhnya
aku telah meninggalkan untuk kalian sesuatu yang sekiranya kalian berpegang
teguh dengannya, niscaya kalian tidak akan tersesat sepeninggalku, salah satu
dari keduanya itu lebih besar dari yang lain, iaitu; Kitabullah adalah tali
yang Allah bentangkan dari langit ke bumi, dan ‘itrahku ahli baitku, dan
keduanya tidak akan berpisah hingga keduanya datang menemuiku di telaga (Al-Haudh),
oleh karena itu perhatikanlah oleh kalian, apa yang kalian perbuat terhadap
keduanya sesudahku" [29]
وعن
جابر بن عبد الله قال: (رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم في حجته يوم عرفة وهو
على ناقته القصواء يخطب فسمعته يقول: يا أيها الناس، إني تركت فيكم من (ما) إن
أخذتم به لن تضلوا كتاب الله وعترتي أهل بيتي (
Dan dari Jabir bin
Abdullah katanya: (Aku melihat Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam dalam
hajinya ketika di 'Arafah, sementara baginda berkhutbah di atas untanya - Al Qashwa`-
dan aku mendengar baginda bersabda : ‘Wahai sekalian manusia, sesungguhnya
aku telah meninggalkan di tengah-tengah kalian (sesuatu) yang jika kalian
berpegang dengannya, maka kalian tidak akan pernah sesat, iaitu Kitabullah, dan
‘itrahku ahlul-baitku.) [30]
وعن
أبي سعيد الخدري، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (إني قد تركت فيكم ما إن
أخذتم به لن تضلوا بعدي الثقلين أحدها أكبر من الآخر كتاب الله حبل ممدود من
السماء إلى الأرض وعترتي أهل بيتي ألا وأنهما لن يفترقا حتى يردا على الحوض)
Dan dari Abi Sa'id Al-Khudri
ia berkata: Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam: (sesungguhnya
aku telah meninggalkan pada kamu sesuatu yang jika kalian berpegang dengannya, kamu
tidak akan pernah sesat selepasku, iaitu tsaqalain salah satu dari keduanya itu
lebih besar dari yang lain, iaitu; Kitabullah adalah tali yang terbentang dari
langit ke bumi, dan ‘itrahku ahli baitku, dan keduanya tidak akan berpisah
hingga keduanya datang menemuiku di telaga,) [31]
Selepas kita mengetahui Nabi Muhammad (S) yang
pertama mengesahkan dari pengesahan-pengesahan para hujaj (Al-Hujah) pemberi
petunjuk dari ‘itrah yang diberkati, dan dia adalah Ali ibn Abi Talib (as),
kita tahu dari baginda (S) bahawa para pemberi petunjuk tidak boleh kosong
tanpa mereka di bumi ini yang senantiasa menjadi tugas berat kepadanya, kalaulah
ada di atas muka bumi ini dua peribadi tentulah salah seorangnya adalah Al-Hujah,
sebagaimana dinyatakan oleh khabar, dan ini adalah antara yang dinyatakan oleh
hadits Al-tsaqalain yang dijelaskan bahawa tsaqalain adalah
-----------------------
[29] Diriwayatkan oleh Al-Tirmizhi
dalam Sunannya: J 5 hal 328-329 no 3876, berkata mengenainya: "Ini adalah hadits hasan gharib",
dan diriwayatkan oleh
Al-Muttaqi Al-Hindi dalam Kanz Al-‘Umal - J 1 hal 173
no 873, dan diriwayatkan oleh Abd bin Humaid bin Nasr Al-Kassi dalam Muntakhab musnadnya
hal 107-108 nombor 240 dengan sedikit perbezaan, dan disahihkan oleh Al- Albani
dalam Shahih Sunan Al-Tirmizhi, J 3 hal 543-544 no 3788, di mana beliau
berkata:. (Shahih: "Al-Mishkat" (6144), "Al-Raudh Al-Nadhir"
(977), (978 ), "Al-Shahihah" (4/356-357), dan juga disahihkan dalam Shahih
Al-Jami’ Al-Shaghir hal 382 nombor 2458.
[30] Diriwayatkan oleh Al-Tirmizhi
dalam Shahihnya: J 5 hal 327-328 no 3874, berkata mengenainya: "Hadits ini
adalah hasan gharib dari pendekatan ini.
Dan Zaid bin Hassan telah
meriwayatkan mengenai Sa’id Bin Sulaiman dan selainnya salah seorang dari ahli
ilmu."
Dan Al-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Ausath: J 5 hal, 89 dan juga diriwayatkan oleh Al-Thabrani
dengan lafaz ini dalam Al-Mu’jam
Al-Kabir: J 3 hal 66 nombor 2680,
dan ia telah disebut Al-Albani dalam Al-Silsilah
Al-Shahihah: J 4 nombor 1 761 dan
melihat kesahihannya.
[31] Musnad Ahmad bin Hanbal: J 3
hal 59, dan dihasankan oleh Hamzah Ahmad Al-Zain dalam mentahqiq Musnad Ahmed:.
J 10 hal 184 no 11499, ketika ia berkata: "Isanadnya hasan disebabkan Al-‘Aufi",
dan dihasankan Al-Albani dalam Al-Silsilah
Al-Shahihah: J 4 hal 356-357 di
bawah No. 1761, ketika ia berkata: "Ianya isanad hasan dalam Al-Syawahid,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan