Sabtu, 10 Jun 2017

[13] (Mengasihi Mukmin, Membenci Munafik)

(Mengasihi Mukmin, Membenci Munafik)

Rasulullah (S) bersabda:

(من سب عليا فقد سبني)

(Sesiapa yang menghina Ali ia telah menghina ku) [9]

Kita tidak dapati sesiapa yang mengasihinya adalah bahagian dari iman dan munafik selain dari mengasihi Ali bin Abi Talib (as)

Dari Ali bin Abi Talib (as):

 (والذي فلق الحبة وبرأ النسمة أنه لعهد النبي الأمي - . (ص)  - إلى أن لا يحبني إلا مؤمن ولا يبغضني إلا منافق(



("Demi Dia yang telah membelah biji-bijian dan membebaskan jiwa, sesungguhnya perjanjian Nabi Al-Ummi (S) kepadaku adalah : "Tidaklah mengasihiku kecuali orang mukmin, dan tidaklah membenciku melainkan orang munafik." [10]




Kita tidak dapati sesiapa yang mengasihinya adalah mengasihi Nabi (S) dan membencinya adalah membenci Nabi (S) selain Ali bin Abi Talib (as):

(من أحب عليا فقد أحبني ومن أحبني فقد أحب الله ومن أبغض عليا فقد أبغضني ومن أبغضني فقد أبغض الله)

(Sesiapa yang mengasihi Ali telah mengasihiku dan sesiapa yang mengasihiku telah mengasihi Allah, dan sesiapa yang membenci Ali telah membenciku dan sesiapa yang membenciku telah membenci Allah) [11]


--------------------
[9] Sunan Al-Kubra - oleh Al-Nasa’ei: J 6 hal 133 no 8476, Musnad Ahmad: J 6 hal 323, Al-Mustadrak – oleh Al-Hakim Al-Naisaburi  J 3 hal 121, berkata mengenainya: "Hadits ini sahih isnadnya tetapi dia tidak mengeluarkannya " dan dipersetuju oleh Al-Zhahabi dalam Takhlish Al-Mustadrak, Majma; Al-Zawaid - oleh Al-Haitsami: J 9 hal 130 dan berkata mengenainya: Diriwayatkan oleh Ahmad dan rijal-rijalnya rijal-rijal yang sahih selain Abi Abdullah Al-Jadli dia tsiqah, Al-Jami’ Al-Shaghir - oleh Al-Suyuthi: J 2, hal 608 no 8736, Kanz Al-‘Umal oleh Al-Muttaqi Al-Hindi: J 11 hal 602 no 32 903, Yanabi’ Al-Mawaddah Lizhawi Al-Qurba - oleh Al-Qunduzi: J 2, hal 313, "dan disahihkannya dengan kata: dikeluarkan Ahmad dan oleh Al-Hakim dengan sanad sahih dari Ummu Salamah ....", dan disahihkan Syu’aib Al-Arnauth atas Musnad Ahmad: J 44 hal 329-329 no 26 748, dengan kata: "Isnadnya sahih", dan juga disahihkan Hamzah Ahmad Al-Zain dalam tahqiqnya atas Musnad Ahmad: J 28, hal 314 no 26 627, dengan kata: "Isnadnya sahih", Dar Al-Shahabah - Al-Syaukani hal 224, beliau berkata, "dan dikeluarkan Ahmad dengan isnad rijal-rijalnya rijal-rijal yang sahih, selain Abi Abdullah Al-Jadli dia tsiqah, dari Umm Salamah ..... ".
[10] Sahih Muslim: J 1, hal 61 Musnad Ahmad: J 1, hal 184, Sunan Ibn Majah J 1, hal 42, no 114 Al-Sunan Al-Kubra - Al-Nasa’ei: J 5 hal 47 no 18 153 Al-Mushnaf - oleh Ibn Abi Syaibah:.... J 7 Kitab Al-Fadhailnya Bab 18 no 1 hal 494:.... Kitab Al-Sunnah – oleh ;Amru Ibn Abi ‘Ashim, hal 594 no 1325 Shahih Ibn Hibban, J 15, hal 367, dan dikeluarkan Al-Daruquthni dalam Al-Ilzamat wa Al-Tattabi’ hal 289 No. 142, yang diwajibkan oleh Al-Bukhari dengan dikeluarkannya kerana ia telah dikeluarkan oleh Muslim dan rijal-rijalnya boleh dipercayai (tsiqah), ia juga dibawa dalam syarah Al-Wada'ei, dan disahihkan oleh Maqbul Al-Wada'ei dalam ulasannya (takliq) dalam Al-Silsilah Al-Shahihah Al-Ilzamat dan Al-Tattabi’ - oleh Al-Daruquthni: no 289, "ini juga dari Al-Ilzamat kerana semua rijal-rijalnya rijal-rijal dari kedua-dua syeikh," - Al-Albani dalam Al-Silsilah Al-Shahihah, J 4 hal 298 No. 1725. dan dari sumber-sumber lain.
[11] Al-Mustadrak Al-Hakim Al-Naisaburi: J 3 hal 130 dari Salman Al-Muhammadi (as) dengan lafaz lain:
(ومن أبغضني فقد أبغض الله عز وجل)
(dan sesiapa yang membenciku telah membenci Allah AWJ) dia berkata mengenainya: "Hadits ini sahih mengikut syarat kedua-dua sheikh tetapi dia tidak mengeluarkannya." dan dipersetujui oleh Al-Zhahabi dalam Takhlish Al-Mustadrak: "mengikut syarat Al-Bukhari dan Muslim," Majma’ Al-Zawaa'id - oleh Al-Haitsami: J 9 hal 132, dan berkata mengenainya: " Al-Thabrani dan Isnadnya hasan ", Al-Mu’jam Al-Kabir - oleh Al-Thabrani J 23 hal 380, Kanz Al-‘Umal oleh Al-Muttaqi Al-Hindi J 11 hal 622 no 33024, Sabil Al-Huda wa Al-Risyad - oleh Al-Shalahi Al-Syami,, J 11 hal 293, Dakhair Al-‘Uqba oleh Ahmad bin Abdullah Al-Thabari akhirat - Ahmad bin Abdullah al-Tabari:. hal 65, Yanabi’ Al-Mawaddah Lizhawi Al-Qurba - oleh Al-Qunduzi, dikeluarkan dalam banyak yang meriwayatkannya, antaranya: J 2, hal 395, dia berkata mengenainya: "dikeluarkan oleh Al-Thabrani dengan sanad hasan, dari Ummu Salamah .... ", dan diperakui Al-Wada'ei dengan hasan dalam ulasannya pada Al-Ilzamat dan Al-Tattabi’: hal 290, Al-Silsilah Al-Shahihah - oleh Al-Albani:. J 3 hal 287-288 nombor 1299, beliau berkata mengenainya:" Diriwayatkan oleh Al-Mulkhish dalam (Al-Qawaid Al-Muntaqaah) (10/5/1) dengan sanad sahih dari Ummu Salamah dan ia saksi dari hadits Salman secara ringkasnya.... ".


[12][13][14]



Tiada ulasan: