Rabu, 7 Jun 2017

Muqaddimah

Pengenalan:


بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
                                    
الحمدلله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليما.



Puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad para imam dan Mahdi-mahdi serta salam pengiktirafan.

Dalam tempoh untuk mengesan sebahagian hadits-hadits di dalam kitab-kitab Al-Sunnah yang telah dikeluarkan secara sahih melalui hadits yang menjadi nash bahawa Imam Mahdi (as) adalah Khalifah Allah SWT, saya dapati bahawa ahli-ahli hadits telah menyatakan bahawa nash sanadnya adalah sahih, bahkan didapati bahawa hadits-hadits dari hadits-hadits yang sahih, tetapi saya dapati sebahagian ulama Sunni telah mencuba (mengusahakan) di dalam hadits dari segi sanad dan matannya. iaitu pada sanadnya mereka telah menjauhkan pokok perbicaraan, yang bertujuan membentuk penyalahgunaan yang sangat dikesali, dan kami akan bawakan kesahannya - dan ia tidak lain untuk menggagalkan apa-apa seruan dari Al-Kitab dan Sunnah syari’ah. Maka saya mengetahui bahawa bahawa terdapat perkara yang para ulamak bisikkan dan cuba untuk mencalarkan hadits yang sahih ini dan ada di antara mereka mendesak untuk mencalarkan hadits dengan apa jua hujah tidak kira betapa lemah dan remehnya ia. Saya teringat kata bidalan:

(شنشنة أعرفها من أخزم)

“Kebiasaan yang telah aku ketahui dari Akhzam”[1]
[“Kebiasaan yang telah aku ketahui dari Ular jantan, seekor Ular hanya dapat melahirkan seekor Ular pula.” - penj]

Oleh itu saya membuat keputusan (berazam) untuk menulis risalah (mesej) khusus untuk hadits ini, untuk menunjukkan kesahihan perkataan para ulama yang mengenluarkan dan menyebutkan jalan serta mempersetujui matannya (isi hadits), dan untuk menyatakan kekeliruan tersebut seterperinci mungkin, dan mungkin sesiapa membaca risalah ini akan menghargainya (takjub) daripada penipuan sebahagian ulamak atau kejahilan mereka dengan menolak hadits-hadits yang sahih ini, dan tidak dapat tidak akan menyentuh pembaca yang bijaksana bahawa serangan terhadap hadits-hadits ini adalah tidak adil dan membawa kepada permusuhan, seolah-olah mereka telah menutup perisai (pelindung) pada hadits-hadits ini, ianya sebagai pelindung di waktu malam, tidak diketahui di mana letaknya kapak!



-----------------------------------------
[1] Jauhari berkata: (Abu Ubaid berkata: Dikhabarkan pada ku Ibn Al-Kalbi bahawa syair ini oleh Abi Akhzam Al-Tha’i, dia adalah datuk Hatim Thai’ atau datuknya, dan ia adalah anaknya yang berkata kepada Akhzam, yang meninggal dunia dan meninggalkan dua orang anak, Pada suatu hari kedua anak itu melompat pada datuk mereka di satu tempat lalu melukai (berdarah) datuknya, beliau  (datuknya) berkata
“Sungguh cucu-cucuku telah membuatku berlumuran darah. Suatu kebiasaan yang telah aku ketahui dari si Akhzam..
Seperti ia menghalanginya) Sahih Bukhari: Jilid 5 hal. 1911 Madah "Khazam"
Al-Syinsyinnah adalah sifat atau kebiasaan, yang bermakna kedurhakaan ini diwarisi daripada bapa mereka, Akhzam.



[4] [5] [6]

Tiada ulasan: