(Saudara Kepada Baginda)
Kita tidak dapati seorang pun menjadi saudara
Nabi (r) selain Ali bin Abi Talib (as).
Nabi (S) bersabda:
(... وأما أنت يا علي فأخي وأبو ولدي ومني(...
(... Adapun engkau,
wahai Ali adalah saudaraku bapa kepada anak-anakku dan dariku...) [20]
Ali (as) berkata:
(أنا عبد الله، وأخو رسوله (ص). وأنا الصديق الأكبر. لا يقولها بعدي
إلا كذاب صليت قبل الناس لسبع سنين(
(Aku adalah hamba
Allah dan saudara RasulNya (S) dan aku adalah Al-Shadiq Al-Akbar. Tidak ada
yang mengatakan hal ini setelahku kecuali ia seorang pendusta. Aku sholat tujuh
tahun sebelum orang lain sholat.) [21].
-----------------
[20] Al-Mustadrak – oleh Al-Hakim Al-Naisaburi : J 3 hal 217, beliau berkata Al-Hakim: Hadits ini sahih mengikut
syarat Muslim dan tidak mengeluarkannya) dipersetujui Al-Zhahabi
dalam Takhlish
Al-Mustadrak mengikut syarat Muslim.
[21] Sunan Ibn Majah J 1, hal 44, no 120,
Diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak dari Al-Minhal.
Beliau berkata: Ia sahih mengikut syarat kedua-dua syeikh. Atas ulasan Muhammad
Fuad Abd Al-Baqi. Dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah Al-Kufi dalam Al-Mushannif:
- J 7 hal 498 bab 18 no 21 dengan lafaz yang sama [مفتر] selepas perkataan [كذاب], dan hal 497 bab 18 no 16 dengan
sanad lain dengan lafaz
[أنا
عبد الله، وأخو رسوله (ص). لم يقلها أحد قبلي ولا يقولها أحد بعدي إلا كذاب مفتر]
[Aku adalah hamba Allah dan saudara RasulNya (S)
dan tidak ada seorang pun yang mengatakannya sebelumku dan tidak ada seorang
pun yang mengatakannya selepasku kecuali ia seorang pendusta yang mengada-adakan]
Dikeluarkan oleh Al-Dhahak dalam Al-Ahad wa Al-Matsani J 1, hal 148 no 178,
dengan tambahan [مفتري] selepas [كذاب]. Dikeluarkan oleh ‘Amru bin Abi ‘Ashim dalam Kitab Al-Sunnah hal
584 no 1324, dengan lafaz Al-Dhahak itu. Dan dikeluarkan oleh Al-Nasa’ei dalam
Sunan Al-Kubra: J 5 hal 106-107 no 8395, dan dalam Khashaish Amirul Mukminin (as),
hal 46. Dan dikeluarkan oleh Al-Bawashiri dalam Mishbah Al-Zujajah dalam Zawaid
Ibn Majah – ditahqiq oleh Dr. ‘Awadh Al-Syahri, cetakan 1 tahun 1425 H, 2004 M hal
159-160, Dengan isnadnya dari ‘ibad bin Abdullah, berkata mengenainya: "Isnad
ini sahih, rijal-rijalnya tsiqah.” Dan dikeluarkan oleh Abu Nu’aim Al-Asbahani
dalam Musnad Abi Hanifah, hal. 211 dengan sanadnya dari Fadhil bin Sa’ad bin
Jaafar bin Jaafar bin ‘Amru bin Harits dari bapanya dari Ali bin Abi Talib
(as).
Dan diikuti oleh Al-Zhahabi Al-Hakim dalam Talkhlish, beliau berkata: dari ‘Ibad
bin Abdullah, telah didhaifkan oleh Al-Madini.
Aku katakan:
‘Ibad bin Abdullah menyebut Ibn Hibban dalam Al-Tsiqat
(J 5 hal 141), dan Al-‘Ajali menganggap tsiqah dalam Ma’rifah Al-Tsiqat (J 2, hal
17 no 840), dan berkata mengenainya: "Kufi Tabi’ei tsiqah" dan didhaifkan
oleh Al-Madini yang tidak dapat dijelaskan, dan kaedah itu dianggap telah
menjadi nash atas tsiqah bagi yang terdahulu jika bertemu dengan Al-Mushannif yang
samar-samar dan tidak boleh ditegakkan pada ‘Ibad hanya menjadikan ia Syiah kerana
meriwayatkan kelebihan Ahl al-Bayt (as), yang berlawanan dengan apa yang dia
percaya daripada menjadikan Ali (as) lebih utama dari keutamaan Aba Bakr dan Umar
dan ini mendhaifkan sanad yang taksub kepada mazhab, dan dia bukan muktabar dan
tidak diberi perhatian kepadanya.
Maka Ibad bin Abdullah tidak bersendiri pada
khabar ini, tetapi menyusuli beliau Zaid bin Wahab, seperti yang disampaikan
oleh Ibn Abi Syaibah Al-Kufi dalam Al-Mushannif (J 7 hal 497 bab 18 no 16) dengan
lafaz berikut:
Diceritakan kepada kami Abdullah bin Namir, Al-Harits
bin Hashirah, Diceritakan kepadaku Abu Sulaiman bin Al-Jahni - iaitu Zaid bin
Wahab, katanya, Aku mendengar dari Ali di atas mimbar, dia berkata:
(أنا عبد الله، وأخو رسوله (ص). لم يقلها أحد
قبلي ولا يقولها أحد بعدي إلا كذاب مفتر)
(Aku adalah hamba Allah dan saudara RasulNya (S)
tidak ada seorang pun yang mengatakannya sebelumku dan tidak ada seorang pun yang
mengatakannya selepasku kecuali ia seorang pendusta yang mengada-adakan). Sanad
Ibn Abi Syaibah sahih.
a. Abdullah bin Al-Namir: dari Rijal Al-Shihah
Al-Sunnah, dianggap tsiqah oleh Yahya bin Mu’in, Ibn Hiban, Al-’Ajali dan Ibn
Saad, kata Abu Hatim: Ia adalah urusan yang lurus. Lihat Tahzhib Al-Tahzhib
oleh Ibn Hajar: J 6 hal 52 nombor 110, Al-Zhahabi menyifatkannya [Al-Hafiz tsiqah
Al-Imam] lihat Sir I’lam Al-Nubala’: J 9 hal 244 nombor
70 ..
b. Al-Harits bin Hashirah: dianggap tsiqah
oleh Yahya bin Mu’in, Al-Nasa’ei, Al-’Ajali, Ibn Namir dan Ibn Hiban, dan berkata
Al-Aajuri dari Abi Dawud: Syi’ei yang benar. Lihat Tahzhib Al-Tahzhib oleh Ibn
Hajar: J 2, hal 121 No. 236.
Walaupun ia tidak terkecuali daripada fanatik
mazhab dan yang sangat berpegang perkataan mazhab mereka itu dan mereka yang
bersemangat di Kufah dalam tasyaiyu’ (Syiah) dan dia beriman akan kembali
semula, dan kebanggaan ini menyelubunginya, kerana dia tidak ada kena mengena dengan
penyimpanan dokumen yang mendhaifkannya dalam naqal.
c. Zaid bin Wahab Abu Sulaiman bin Al-Jahani: dari
Rijal Al-Shihah Al-Sunnah, dianggap tsiqah oleh Yahya bin Mu’in, Ibn Kharasy,
Ibn Hiban, Ibn Saad dan Al-’Ajali, kata Al-A’masy: Apabila diceritakan kepada
kamu bin Wahab dari seseorang seolah-olah kamu mendengar dari orang yang menceritakan
kepada kamu dengan selamat pada masa kehidupan Nabi (S) dan berhijrah kepada baginda
dan tidak disedarnya, dimana Nabi (S) wafat sebelum baginda melihat Zaid bin
Wahab. Lihat Tahzhib Al-Tahzhib oleh Ibn Hajar: J 3 hal 368 no 781
Jadi, hadits tersebut tidak menjadi sahih oleh dirinya
sendiri, ia tidak dapat tidak disahihkan oleh orang lain, adakah jika kita mahu
merendahkannya dengan mengatakan bahawa hadits
ini hasan.
Ada juga susulan kedua seperti yang dinyatakan
Al-Bawasiri dalam Zawaid Ibn Majah, di mana beliau berkata: (diriwayatkan oleh
Muhammad bin Yahya bin Abi ‘Umar dalam "Musnadnya" dari jalan Abi
Yahya dari Ali ibn Abi Talib dengan isnad dan matannya ada tambahan pada penghujungnya:
lalu dikatakan lelaki itu menjadi gila) lihat Mishbah Al-Zujajah dalam Zawaid
Ibn Majah – ditahqiq oleh Dr. ‘Audh Al-Syahri dan cetakan 1 tahun 1425 H, 2004
M: hal 160, Berikut ini dibawakan lafaz seperti yang dikeluarkan oleh Al-Muttaqi
Al-Hindi dalam Kanz Al-‘Umal J 13 hal 129 nombor
36 410: dari Abi Yahya katanya: Aku mendengar Ali berkata:
(أنا
عبد الله، وأخو رسوله، لا يقولها أحد بعدي إلا كذاب. فقالها رجال فاصابه جنة)
(Aku adalah hamba Allah dan saudara RasulNya
(S) tidak ada seorang pun yang mengatakannya selepasku kecuali ia seorang
pendusta lalu dikatakan lelaki itu menjadi gila).
Maka jadilah dari riwayat ini hadits ketiga: (‘Ibad bin
Abdullah, Zaid bin Wahab dan Abu Yahya).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan