Rabu, 7 Jun 2017

Halaman [8] R. Hadits KAAM


Dan dikeluarkan Al-Kulaini dalam Al-Kafi (J 1, hal. 191-192.) dengan sanad sahih atau hasan dari Abi Jaafar (as) (pada firman Allah AWJ:


﴿إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ﴾

Sesungguhnya kamu adalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada pemberi petunjuk (Hadi). [Al-Ra’d 13: 7],

Rasulullah (S) adalah pemberi peringatan dan untuk setiap zaman dari kami ada pemberi petunjuk untuk membimbing mereka apa yang dibawa oleh nabi Allah (S) kemudian pemberi petunjuk selepas baginda adalah Ali kemudian pada washi-washi seorang demi seorang).


Dan dikeluarkan juga (J 1, hal. 192) Diriwayatkan dari Abi Bashir katanya: Aku berkata kepada Abi Abdillah (as),"Sesungguhnya kamu adalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada yang memberi petunjuk." Katanya Rasulullah (S) pemberi peringatan (Al-Munzhir) dan Ali pemberi petunjuk (Al-Hadi), wahai Aba Muhammad siapakah pemberi petunjuk hari ini? Aku berkata, Ya, Semoga aku menjadi tebusan tuan, tidakkah ia masih dari tuan Hadi (pemberi petunjuk) demi Hadi sehingga diserahkan kepada tuan, maka beliau berkata:. Semoga Allah merahmati kamu, wahai Aba Muhammad, sekiranya apabila diturunkan ayat ke atas seorang lelaki, kemudian lelaki itu mati akan matilah ayat mahupun kitab, tetapi ia terus hidup pada orang yang tinggal sebagaimana berlaku pada orang-orang dahulu.).

Dan dikeluarkan juga dalam Al-Kafi (J 1 hal.192) dengan sanad dari «Abu Ja'far (as) dalam pada mengatakan firman Allah TWT,
﴿إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ﴾ 
[Sesungguhnya kamu adalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada pemberi petunjuk.] maka beliau berkata: Rasulullah (S) pemberi peringatan (Al-Munzhir) dan Ali pemberi petunjuk (Al-Hadi), Maka demi Allah, tidak akan pergi dari kami dan tidak akan terhenti pada kami hingga hari kiamat (Al-Saat).].
           
Jadi pada dalil naqal disepakati di sisi kedua-dua firqah (Sunni dan Syi’ei) pada ayat terhadap itrah (keluarga) Nabi Muhammad (S), mereka adalah para pemberi petunjuk (Al-Hadah) selepas Rasulullah (S), selagi ada kaum dalam sesuatu zaman mestilah terdapat bagi mereka Had (pemberi petunjuk) dari Aali (keluarga) Muhammad (S) dan orang-orang yang mengetahuinya boleh mengetahuinya dan yang jahil atas kejahilannya, dan Al-Quran Al-Karim yang diturunkan Allah kepada Nabi Mustafa (pilihan)Nya dan diberikannya penjelasan dan tafsirannys. Allah SWT berfirman:

﴿بِالْبَيِّنَاتِ وَالزُّبُرِ ۗ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ﴾

Dengan keterangan-keterangan dan kitab-kitab. Dan Kami turunkan kepadamu Al-Zikr (Al-Quran), agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan, [Al-Nahl 16:44].

------------------------- 
Disebut di dalam Musnad Ahmad bin Hanbal: J 1, hal 126, dan disahihkan oleh Ahmad Muhammad Syakir dalam mengulas mengenai Ahmad:.. J 1 hal 48-49 No1041 ketika mengatakan isnadnya sahih, Al-Mutalib bin Ziyad bin Abi Zuhair Al-Tsaqafi Al-Kufi, tsiqah (dipercayai) Juga di-tsiqah oleh Ahmad dan Ibn Mu;in dan lain-lain, Al-Bukhari berkata dalam besar 4/7/8 tidak disebut padanya Jarh (sifat perusak) ... dan hadits ini tambahan Abdullah bin Ahmad.)
Dan dikeluarkan oleh Haitsami dalam Mujma; Al-Zawaid J 7 hal 41, beliau berkata (Diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad Al-Thabrani dalam Al-Shaghirah dan Al-Ausath dan rijal musnadnya tsiqaat (dipercayai)).


[7] [8] [9]


Tiada ulasan: