Jumaat, 9 Jun 2017

[10] (Mati Jahiliyyah)

[10] (Mati Jahiliyyah)

Juga seperti mana dalam hadits yang berikut:

من خلع يدا من طاعة لقى الله يوم ﵁القيامة لا حجة له، ومن مات وليس في عنقه بيعة مات ميتة جاىلية

''Siapa yang mencabut tangan dari mentaati imam (iaitu tidak mau taat kepadanya), maka akan bertemu Allah di hari kiamat nanti dalam keadaan tidak punya alasan. Dan siapa yang mati sedangkan di lehernya tidak ada ikatan bai’ah, maka ia mati dalam keadaan jahiliyyah." [4]

Begitu juga dengan hadits berikut:

      Nabi Muhammad (SAW) bersabda:

رجل فارق الجماعة وعصى إمامه ومات عاصيا... (

”Tiga golongan yang tidak ditanya tentang mereka: orang yang memisahkan diri dari jama’ah dan mendurhakai imamnya dan mati bermaksiat,... ([5]

Ya, mati dalam jahiliyyah bermakna mati dalam kesesatan, dan ia berlawanan dengan mati dalam hidayah dan ini adalah hukum umum untuk semua generasi umat hingga terjadinya Al-Saah (kiamat), dan ini bermakna bahawa keperluan seorang imam di setiap zaman yang menjadi pembimbing akan terhad kepadanya, dan sesiapa yang mati tanpa berbai’ah dan mengikutinya maka matinya adalah mati jahiliyyah, dan imam-imam pembimbing (Al-Hadah) telah menerangkan sebelum ini bahawa mereka adalah ‘itrah (keluarga) Nabi (S) dan yang pertama daripada mereka adalah Ali bin Abi Talib (as).

Tidak seoarang pun boleh mengumpamakan bahawa imam-imam diperintahkan berbai’ah kepada mereka dan mengikuti mereka selain Ali dan anak-anaknya sebagai Al-Hujjah (Al-Hujuj) (as); kerana hakikat bahawa membelakangkan Imam membawa kepada kesesatan yang mundur dan ketinggalan, maknanya bahawa Imam ini adalah pembimbing (Hadi) untuk semua.


-----------------------
[4] Sahih Muslim J 6 hal 22
[5] Al-Adab Al-Mufrad – oleh Al-Bukhari:. hal 129 no 603, Al-Mustadrak - oleh Al-Hakim Al-Naisaburi J 1, hal 119, dan disahihkan mengikut syarat kedua-dua syeikh, dipersetujui oleh Al-Zhahabi, juga mengikut syarat kedua-dua syeikh, Musnad Ahmad - Al-Imam Ahmad ibn Hanbal: J 6 hal 19 Al-Mu’jam Al-Kabir - Al-Thabarani J 18, hal’ 306, Al-Mu’jam Al-Shaghir Jalaluddin Al-Suyuthi: 1, hal 544 no 3021, Kanz Al-‘Umal oleh Al-Muttaqi Al-Hindi::... J 16, hal 30 no 43 799, Shahih Ibn Hiban - Ibn Hiban: J 10 hal 322-323, Kitab Al-Sunnah – ‘Amru bin Abi ‘Ashim: hal. 43 no 86, berkata Al-Albani dalam (Dzilal Al-Jannah dikeluarkan Al-Sunnah) mengenai hadits ini, "Isnadnya sahih, semua rijalnya adalah tsiqah dan telah disahihkan Ibn Hiban, Al-Hakim dan Al-Zhahabi dan dianggap hasan Ibn ‘Asakir Sakba, dia mengeluarkannya dalam " Al-Shahihah" (541) dan (Dahim) gelaran kecil, namanya Abdul Rahman bin Ibrahim Al-Damsyiqi, dia tsiqah penghafal yang unggul, mati pada tahun (245H) dan berumur tujuh puluh lima tahun." Mujma’ Al-Zawaid - Al-Haitsami: J 5 hal 221, beliau berkata mengenainya: "Riwayat Al-Thabrani dan semua rijalnya adalah tsiqah," Mawarad Al-Dhaman: J 1, hal’ 101-102 bab dalam dosa-dosa besar no 50, dan disahihkan Al-Albani: Al-Silsilah Al-Shahihah J2, hal 81 no 542, dan Bab kezaliman (Al-Bagha): hal 220 no 458/590, dan Jilbaab Al-Mar’ah Al-Muslimah hal 119, dan lain-lain dari kitab beliau, Al-Jami’ Al-Shahih, yang tiada dalam Al-Shahihain. – oleh Maqbul Al-Wada’ei J 3 hal 81-82, beliau berkata mengenainya: "hadits ini sahih" dan lain-lain sumber.


[9][10] [11]


Tiada ulasan: