Sekapur Sirih
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
الحمدلله رب العالمين، وصلى الله على محمد
وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليما.
Puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, dan selawat
Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad para imam dan Mahdi-mahdi serta salam
pengiktirafan.
A3uzhu billahi mina l-Ana, wa bihi nasta3in:
Kalau kita perhatikan kadar orang yang
menyahut seruan Khalifah Allah Al-Mahdi (as) yang keluar di akhir zaman
(sekarang ini), iaitu di peringkat persediaan sebelum Imam Al-Mahdi (as) di
bai’ah di Rukun dan Maqam di kalangan masyarakat Al-Sunnah adalah lebih sedikit
berbanding dengan masyarakat Syi’ah, walaupun kadarnya lebih ramai berbanding
Ahli Kitab (orang-orang Yahudi dan Kristian) dan juga Atheis.
Ini sudah tentu dari latar belakang persediaan
di kalangan masyarakat Al-Sunnah yang berpunca dari kurang sumber yang
didedahkan atau kurang penekanan yang diberikan kepada masyarakat Al-Sunnah tenteng
betapa pentingnya khabar yang dibawa dari Al-Rasul Muhammad (S).
Salah seorang ansar kanan yang banyak menulis
tentang seruan dakwah Syed Ahmad Al-Hassan (Khalifah Allah Al-Mahdi) (as) kini
telah mengupas masalah ini. Khabar yang diambil dari Kitab-kitab hadits
Al-Sunnah.
Semoga terjemahan yang serba kurang ini dapat
membantu saya khususnya dan kepada ansar yang ingin membacanya mendapat
manafaat darinya.
Semoga Allah mempercepat cukupnya
sahabat-sahabat kanan dan mereka yang beriman dan mendokong dakwah
Al-Mahdawiyah dan menempatkannya di bumiNya.
Walhamdu Lillahi Wahdah.
Aba Al-Husseini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan