Rabu, 14 Jun 2017

[19] (Pintu Kota Ilmu)

(Pintu Kota Ilmu)

Kita tidak dapati sesiapa pun selain Ali (as) telah digambarkan sebagai tidak didahului oleh ilmu pengetahuan orang dahulu dan tidak diketahui oleh orang-orang terkemudian, Jibrail disebelah kanannya dan Mikail dari disebelah kirinya apabila membawa panji-panji perang:

Hassan Al-Mujtaba (as) berkata selepas syahid bapanya, Amirul Mukminin (as):

(لقد فارقكم رجل بالأمس لم يسبقه الأولون بعلم ولا يدركه الآخرون ،كان رسول الله (ص) يبعثه بالراية جبريل عن يمينه وميكائيل عن شماله لا ينصرف حتى يفتح له(

(Sungguh kelmarin, seorang laki-laki telah meninggalkan kalian, dimana orang-orang terdahulu tidak dapat menandinginya dalam hal keilmuan dan orang-orang yang datang kemudian juga tidak dapat menyainginya. Rasulullah (S) telah mengutusnya untuk memegang bendera pasukan. Saat itu, Jibrail berada di sebelah kanannya sedangkan Mika’il berada di sebelah kirinya. Dia tidak akan pulang hingga negeri berhasil ditaklukan [22]

Kita tidak dapati sesiapa pun yang diperuntukkan atasnya dengan dia adalah Pintu Kota Ilmu selain Ali bin Abi Talib (as):

Rasulullah (S) bersabda:

(أنا مدينة العلًم وعلي بابها فمن أراد المدينة فليأت الباب)

Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunys, sesiapa yang ingin masuk ke kota hendaklah ia melalui pintunya) [23]


--------------------
[22] Musnad Ahmad J3 hal 199, dan dikeluarkan oleh Al-Thabarani dengan sedikit perbezaan dalam Al-Mu’jam Al-Kabir J 3 hal 79 no 2 719, dan dikeluarkan dengan makna yang sama oleh Ibn Abi Al-Syaibah dalam Al-Mushannif dari ‘Ashim bin Dhamrah: J 7 hal 499 bab 18 no 31, dikeluarkan dalam Al-Hakim Al-Naisaburi dalam Al-Mustadrak dengan makna yang sama dan dengan tambahan, dengan sebutan [(لا يسبقه الأولون بعمل)  - tidak didahului oleh orang-orang dahulu dengan amalan)] sebagai ganti [(بعلم) - (ilmu)] J 3 hal 172, dan disahihkan ole Ahmad Syakir dalam mentahqiq Musnad Ahmad:J 2, hal 344 no 1719, dengan kata "isanadnya sahih" dan dihasankan oleh Syu’aib Al-Arnauth dalam mentahqiq Musnad Ahmad J 3 hal 249 no 1719.
[23] Diriwayatkan oleh Al-Hakim Al-Naisaburi dalam Al-Mustadrak dengan tiga isnad: J 3 hal 126-127, dan diriwayatkan Al-Thabarani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir: J 11 hal 55, diriwayatkan oleh Al-Suyuthi dalam Jami’ Al-Ahadits: J 2, hal 193 nombor 4783, dan diriwayatkan oleh Al-Muttaqi Al-Hindi dalam Kanz Al-‘Umal: J 13 hal 147-148 nombor 36 463, dan Al-Haitsami dalam Mujma’ Al-Zawaid: J 9 hal 114, dan dipertimbangkan oleh Syeikh Yusuf Al-Mazi dalam Tahzhib Al-Kamal mengenai keutamaan Imam Ali (as): J 20 hal 472-490 nombor terjemahan 4089, dan selain mereka.
Disaksikan dan disahihkan hadits ini semuanya dari:
Yahya bin Mu’ain, lihat Tahzhib Al-Tahzhib: J 6 hal 285-286, dan Al-Hakim Al-Naisaburi dalam Al-Mustadrak: J 6 hal 126-127, dan Al-Suyuthi lihat Kitab Fath Al-Mulk Ali dengan hadits sahih bab Kota Ilmu Ali:. hal 60, dan ahli hadits Ahmad bin Muhammad bin Al-Shadiq Al-Ghamari dalam kitabnya khusus mensahihkan hadits ini, dan saudaranya Abdullah Al-Ghamari berkata dalam mengulas maksud Al-Hasanah oleh Al-Sakhawi: Nota kaki hal 98, dan ahli hadits Ali bin Muhammad Al-Alawi dalam menolak kesangsian hadits Al-Bab (Pintu Ilmu), Al-Maulawi hasan Al-Zaman pada pendapat memperindah kemuliaan Al-Hasan hal 452-453, dan Al-Saqqaf dalam Al-Tanaqadhat Al-Albani: J 3 Nota kaki hal 82 nombor 52 dan lain-lain.
Kita melihat semuanya dihasankan dari:

Al-Hafiz Salah Al-Din Abu Sa’id Al-‘Ilani lihat Kasyaf Al-Khafa’ oleh Al-‘Ajaluni: J 1, hal 204, dan Ibn Hajar Al-Haitami dalam Al-Fatawa Al-Haditsiyah hal 123 dan hal 192, Ibn Hajar Al-‘Asqalani seperti mana diriwayatkan mengenainya oleh Ibnu Hajar Al-Haitami dalam Al-Fatawa Al-Haditsiyah: J 123, dan Ali Al-Qari, wafat 1014 H, dalam Mirqah Al-Mafatih syarah Misykah Al-Mashabih  J 11, Kitab Al-Manaqib - bab keutamaan Ali ibn Abi Talib (as): hal 253, ditahqiq oleh Al-Syeikh Jamal ‘Eitaei, Al-Zarkasyi dalam Al-Laali Al-Mantsurah Fi Al-Hadits Al-Masyhurah: hal 135, dan Al-Sakhawi dalam Al-Makashid Al-Hasanah: hal 97-98 no 189, dan Al-Zarqani Mukhtashar Al-Makashid: hal 79 no 170 dan Al-Syaukani dalam Al-Qawaid Al-Majmu’ah bab Manaqib Al-Khulafa’ Al-Arba’ah wa Ahl Al-Bait ... No. 52 hal 349, dan Ibn Thulun. Al-Shalehi dalam Al-Syazharah: hal 130, Muhammad bin Yusuf Al-Shalehi dalam Sabil Al-Huda wa Al-Risyad: J 1, hal 631, dan Al-Fatani dalam Tazhkirah Al-Maudhu’aat fasal Fadl Sahabah wa Ahl Al-Bait: hal 95, dan Al-Kanji Syafi’ei dalam Kifayah Al-Thalib – ditahqiq oleh Muhammad Hadi Al-Amini - bab 58 hal 220-222, dan Jalaluddin Al-Suyuthi dalam Tarikh Al-khulafa’ - Dar Ibn Hazim - Beirut - Lubnan - cet pertama 1424 H -2003 M: hal 137 dan lain-lain.



[18][19] [20]


Tiada ulasan: