Ahad, 18 Jun 2017

Terjemahan postingan FB Syed Ahmed Al-Hasan pada 13 Jun 2017

Terjemahan postingan FB Syed Ahmed Al-Hasan pada 13 Jun 2017:

Wahai Muradi!
Apa yang kamu bencikan pada Ali?
Adakah kerana mahkota di kepalanya yang tidak pernah disinggahi kejahatan mahupun  ada ruang untuknya walaupun sehari?*

Walau kamu memfitnah dirinya, beliau tetap melayani kamu dengan baik.
Kamu berdiri solat dibelakangnya untuk mengganggu beliau.
Kamu berdiri di hadapan beliau dan berulang-ulang membaca: "Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi." [Quran 39:65]

Kamu mengkafirkan dan memfitnah beliau, namun beliau tidak menghukum mu.
Beliau bersabar dengan kejahilan kamu, dan menjadikan dirinya bersabar dengan berkata:

"Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak meyakini itu menggelisahkan kamu." [Quran 30:60].

Semoga Allah mengganjari kamu sebesar-besarnya. Saya akan pos semula apa yang telah saya poskan pada tahun 2015:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Di hari ini seorang daripada Khawarij, iaitu seorang munafik bernama Abdul Rahman bin Muljam telah menetak Imam Ali, salam ke atas beliau, di kepalanya ketika beliau sedang bersolat dan Imam Ali mati syahid kerana tetakan ini.

Semoga Allah melaknat Khawarij pada zaman awal dan semoga Allah melaknat  Khawarij di akhir zaman:

Orang-orang jahil yang telah memudahkan syaitan untuk memandu dan membawa mereka ke mana sahaja yang dia mahukan. Mereka adalah tunggangan iblis dan tentera iblis.

Iblis telah meludah ke dalam mulut mereka, menyebabkan mereka bertutur dengan kejahilan dan kata-kata iblis.

Iblis telah bersarang dalam minda kotor mereka agar dapat mencapai apa yang dia mahukan. Iblis telah menunggang mereka agar mereka melawan para tentera dan pendokong Tuhan.

Mereka telah terlaknat. Mereka meminta kehidupan duniawi sebagai ganti kepada agama mereka atau mereka menjual agama mereka sebagai ganti kepada kehidupan duniawi orang lain.

Tiada dari kalangan mereka yang tinggal dan mereka tidak terselamat dari kemurkaan Tuhan serta laknatnya yang memusnahkan mereka semua. Saya akan pos semula apa yang telah dipos sebelumnya:

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih. Segala pujian bagi Allah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Di hari-hari ini tamatlah riwayat Ali bin Abi Tholib, salam ke atas beliau. Sebuah riwayat kehidupan yang penuh dengan kesakitan dan kesengsaraan serta tiada keselesaan bagi beliau di dalamnya.

Ketika beliau masih seorang kanak-kanak beliau tidak mempunyai peluang untuk bermain seperti kanak-kanak lain dan menikmati zaman kanak-kanaknya. Ini apabila Tuhan berkehendak untuk mengutuskan seorang nabi yang akan membesarkan beliau. Maka beliau akan mendapati beliau berada di tengah-tengah pertempuran kata-kata, sebuah pertempuran yang kerap kali membawa kepada rejaman batu batu. Malah ia juga bisa membawa kepada hancurnya sebuah keberanian.

Beliau membesar dalam persekitaran tersebut dan mendapati beliau tidak mempunyai pilihan melainkan untuk membawa pedang demi mempertahankan agama baru itu, nabinya dan orang-orang yang beriman kepada baginda.

Sebelum baginda pergi, Tuhan telah melantik Ali sebagai Khalifah Allah di buminya menggantikan Khalifah Allah sebelumnya, Muhammad, sepertimana Sunnah Allah sebelumnya. Maka wafatlah Muhammad.

Maka Ali mendapati beliau tidak mempunyai pilihan melainkan untuk menuntut hak ketuhanan yang telah dirampas oleh manusia yang berkerumun.

Tuntutan beliau telah menyebabkan manusia mengerumuni beliau, mengumpul tentera mereka untuk menyerang rumah beliau, menyeret beliau dengan tali, menindas beliau, menyakiti beliau dan membahayakan isterinya, Fatimah, puteri Muhammad, walaupun telah disebut dengan sahih bahawa barangsiapa yang menyakitinya telah menyakiti bapanya, Nabi Muhammad serta menyebabkan kemurkaan Allah. Maka wafatlah Fatimah.

Ali kekal ditindas, beliau duduk di rumahnya selama lebih dari dua puluh tahun. Kesilapan semakin bertimbun, tangisan umat yang tertindas menjadi lebih kuat, dan selepas si fulan yang ketiga, kebanyakan orang  tidak menjumpai jalan penyelesaian untuk apa yang telah terjadi kepada mereka kecuali dengan Ali. Iblis menyambut pemerintahan Ali dengan tiga perang yang mana iblis telah mengumpulkan semua syaitan di bumi, yang pertama dipimpin oleh Aisyah, selain itu oleh Muawiyah dan Ibn Al-As, dan akhirnya oleh Iblis sendiri. Pertempuran ini tidak berakhir kecuali dengan Ali terbaring di atas katil, dalam keadaan dibasahi oleh darahnya sendiri.


Salam sejahtera ke atas kamu, bapa kepada Al-Hasan, ke atas penderitaan dan kesakitan yang kamu telah alami. Salam sejahtera ke atas kamu bapa kepada Al-Hasan. Kamu telah maju terkehadapan dan telah melelahkan orang yang akan menggantikanmu dengan hebat. Tragedi yang menimpamu sangat hebat di langit, dan kecelakaan yang melandamu menjadi bencana buat seluruh alam, kita adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya lah kita kembali. Semoga Allah menambahkan ganjaran buat kamu bersempena dengan bencana yang menimpa Amirul Mukminin Ali bin Ali Talib, semoga doa Allah senantiasa ke atas beliau.


Tiada ulasan: