Jumaat, 1 Januari 2016

Keempat: Pelbagai Mahdi dalam kitab-kitab Al-Sunnah


Keempat: Pelbagai Mahdi dalam kitab-kitab Al-Sunnah



Dengan adanya beberapa Mahdi-mahdi dalam kitab-kitab Al-Sunnah, hendaklah dibuktikan bahawa mahdi yang pertama bernama Muhammad bin Abdullah, tetapi menolak tokoh sebenar dan kita mempunyai dalil (bukti) sebaliknya.

حدثنا عبد الله بن مروان عن العلاء بن عتبة عن الحسن أن رسول الله صلى الله عليه و سلم ذكر بلاء يلقاه أهل بيته حتى يبعث الله راية من المشرق سوداء من نصرها نصره الله ومن خذلها خذله الله حتى يأتوا رجلا اسمه كاسمي فيوليه أمرهم فيؤيده الله وينصره

Diceritakan kepada kami Abdullah bin Marwan dari Al-‘Alaa` bin ‘Utbah dari Al-Hasan, bahawa Rasulullah  (S) mengingatkan bencana yang akan menmpa Ahl Bait baginda, sehingga Allah mengirim panji hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong Allah dan sesiapa yang menyia-nyiakannya akan disia-siakan Allah, sehingga mereka didatangi seorang lelaki namanya seperti namaku, lalu ia memegang urusan mereka. Maka Allah menyokong dan menolongnya.”  [1]

Perkataan baginda (S)  “seperti namaku” bererti keserupaan. Maka namanya menjadi Ahmad


Mengenai riwayat beberapa Mahdi-mahdi dalam kitab-kitab Al-Sunnah:
         
Hadits (khabar) pertama,

رواه ابو داوود في اخبار المهدي : ((حدثنا ‏ ‏عمرو بن عثمان ‏ ‏حدثنا ‏ ‏مروان بن معاوية ‏ ‏عن ‏ ‏إسمعيل يعني ابن أبي خالد ‏ ‏عن ‏ ‏أبيه ‏ ‏عن ‏ ‏جابر بن سمرة ‏ ‏قال ‏ ‏سمعت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يقول ‏ ‏لا يزال هذا الدين قائما حتى يكون عليكم اثنا عشر خليفة كلهم تجتمع عليه الأمة فسمعت كلاما من النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏لم أفهمه قلت لأبي ما يقول قال كلهم من ‏ ‏قريش

diriwayatkan oleh Abu Daud dalam kitab Akhbar Al-Mahdi:

“’Amru bin Usman menceritakan kepada kami dari Marwan bin Muawiyah dari Ismail bin Abi Khalid dari ayahnya dari Jabir bin Samurah katanya, “Aku mendengar Rasulullah  (S) bersabda, “Agama ini senantiasa berdiri tegak hingga datang kepada kalian dua belas khalifah, semua mereka ini disepakati oleh ummat.” Aku mendengar perkataan yang tidak kumengerti dari Nabi  (S), lalu aku bertanya kepada ayahku, “Apa yang dia katakan?” “Semuanya dari Quraisy”, jawabnya.

Ini tidak pernah terjadi dalam kalimat sebelumnya “semua mereka ini disepakati oleh ummat”, dan tiada pula ada pada seorangpun dari para pendahulu.”


Hadits (khabar) kedua: Ia juga diriwayatkan oleh Abu Daud dalam kitab Akhbar Al-Mahdi:

 حدثنا ‏ ‏موسى بن إسمعيل ‏ ‏حدثنا ‏ ‏وهيب ‏ ‏حدثنا ‏ ‏داود ‏ ‏عن ‏ ‏عامر ‏ ‏عن ‏ ‏جابر بن سمرة ‏ ‏قال ‏ ‏سمعت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يقول ‏ ‏لا يزال هذا الدين عزيزا إلى اثني عشر خليفة قال فكبر الناس وضجوا ثم قال كلمة خفيفة قلت لأبي يا أبت ما قال قال كلهم من ‏ ‏قريش ‏ ‏

Diceritakan kepada kami Musa bin Ismail, diceritakan dari Wahib, diceritakan dari Daud, dari ‘Aamir dari Jabir bin Samurah katanya, “Aku mendengar Rasulullah  (S) bersabda: “Agama ini senantiasa mulia sampai pada dua belas khalifah” Katanya, Orang-orang bertakbir dan berteriak. Kemudian baginda bercakap perlahan. Aku bertanya kepada ayahku, apa yang dikatakan?” Jawab ayahku, “Mereka semuanya dari Quraisy”,.

حدثنا ‏ ‏ابن نفيل ‏ ‏حدثنا ‏ ‏زهير ‏ ‏حدثنا ‏ ‏زياد بن خيثمة ‏ ‏حدثنا ‏ ‏الأسود بن سعيد الهمداني ‏ ‏عن ‏ ‏جابر بن سمرة ‏ ‏بهذا الحديث زاد ‏ ‏فلما رجع إلى منزله أتته ‏ ‏قريش ‏ ‏فقالوا ثم يكون ماذا قال ثم يكون ‏ ‏الهرج

Diceritakan kepada kami Ibnu Nufail diceritakan Zuhair, diceritakan Ziyad bin Khayatsimah diceritakan oleh Al-Aswad bin Sa’id Al-Hamadani dari Jabir bin Samurah dengan hadits ini (di atas), dengan tambahan: “Ketika beliau pulang ke rumahnya, kaum Quraisy mendatanginya dan bertanya, “Kemudian ada apa?” Beliau menjawab “Akan ada kekacauan (fitnah),

Kekacauan tidak akan terjadi kecuali sesudah Mahdi-mahdi, sebagaimana kita akan lihat di dalam hadits-hadits lainnya, seperti bahawa senarai sebahagian khalifah Bani Umayah dan Abbasiyah tidak boleh diterima. Kerana hadits-hadits menjelaskan bahawa mereka itu raja-raja, bukannya khalifah-khalifah.

حدثنا الوليد ورشدين عن ابن لهيعة عن أبي زرعة عن صباح قال لا خلافة بعد حمل بني أمية حتى يخرج المهدي

Diceritakan kepada kami Al-Walid dan Rusydin dari Ibnu Lahi’ah dari Abi Zar’ah dari Shabah, katanya: “Tiada khalifah setelah bani Umayah sampai muncul Al-Mahdi.” [2]

حدثنا رشيدين بن سعد عن ابن لهيعة عن خالد بن أبي عمران عن حذيفة بن اليمان رضي الله عنه قال يكون عثمان رضي الله عنه إثنا عشر ملكا من بني أمية قيل له خلفاء قال بل ملوك

Diceritakan kepada kami Rasyidin bin Sa’d dari Lahi’ah dari Khalid bin Abi ‘Imran dari Huzhaifah bin Al-Yaman (ra), dia berkata: “Akan ada bagi Usman (ra) dua belas raja dari bani Umayah.” Ia ditanya, “Mereka itu khalifah-khalifah?”, “(Tidak) Tetapi mereka adalah raja-raja.” [3]


Hadits (khabar) ketiga,

حدثنا الحكم بن نافع عن جراح عن أرطاة قال يقتل السفياني كل من عصاه وينشرهم بالمناشير ويطبخهم بالقدور ستة أشهر قال ويلتقي المشرقان والمغربان عدة ما يذكر من الخلفاء بعد رسول الله صلى الله عليه و سلم في هذه الأمة

Diceritakan kepada kami Al-Hakam bin Nafi’ dari Jarah dari Arthah, ia berkata: “Sufyani akan membunuh siapa saja yang membangkang kepadanya, membelahnya dengan alat pembelah dan memasaknya dengan kuali selama enam bulan.” Katanya lagi, “Dan akan bertemu dua bangsa Timur dan Barat khalifah-khalifah sesudah Rasulullah (S) di tengah umat ini.” [4]

Tampak jelas huruf “wau” (baca: dan) di sini adalah wau ‘athaf, maka kalimat sesudahnya yang menyebutkan “khalifah-khalifah” tidak sesuai dengan selain Mahdi-mahdi.

Di dalam kitab Danial (as) [5] menysebutkan Mahdi-mahdi sebagaimana yang disebutkan dalam wasiat Rasulullah (S), tanpa menyebutkan nama-nama mereka.

قال دانيال: ولم يبين لي كم ملك كل واحد منهم، ولا سموا لي باسمائهم، الا ان‏ الملك الذي نباني بهذا عن اللّه عز وجل قال لي: «انهم يملكون بدل ما ملك الذين من قبلهم بالسنة سنتين، وبالشهر شهرين، و باليوم يومين‏». فيليهم ذلك المولى، ويسير بسيرة اصحابه المهديين ما بقي حتى يموت

Danial berkata: “Tidak dijelaskan kepadaku berapa raja semuanya dan tidak disebutkan nama-nama mereka, melainkan raja yang disampaikan kepadaku dengan demikian adalah dari Allah AWJ.” Dikatakan kepadaku, “Bahawa mereka berkuasa menggantikan apa yang dikuasai orang-orang sebelum mereka dalam dua tahun, dua bulan dan dua hari. Maka mereka mengikut pimpinannya, dan berjalan di jalan para pemiliknya Mahdi-mahdi (Al-Mahdiyin), selama masa sampai akhir hayatnya.” [6]  

Bahkan disebutkan nash yang lain mengenai sebab tiadanya nama-nama mereka, dan ini akan menentang mana-mana hujjah yang menuntut nama-nama para Mahdi (as).

Di bagian akhir kitab Danial (as), dia mengatakan:

قال دانيال: الى هذا القول انتهى وحي اللّه تعالى، فقلت للملك الذي نباني بهذا: ايها الملك كيف سم اللّه اسم السفياني واسماء قواده، واسماء الذين يكونون في‏ زمانه، وبين امرهم كله، ولم يسم اولئك الملوك الذين ذكرهم، ولا سمى قوادهم‏ و لا كناهم؟ فقال: لا علم لي بذلك. قال دانيال: فسالت اللّه عز وجل ان يبين لي لم ذلك؟ فعاد الي الملك، فقال: يقول لك اللّه تبارك وتعالى: ان الملوك لهم من يكيدهم حسدا لهم، فاذا سمي ‏الملك منهم وعرف باسمه وصفته، فحسده حاسد من اهل بيته او من عدوه ، اقبل قبله ليقتله، فاخفيت اسماءهم لاهل بيت كل ملك منهم يرجو ان يملك من‏ بعده، فمن اراد ان يكيده من اهل بيته او من عدوه اذا عرفه باسمه وصفته كاده ، واذا لم يعرف ذلك لم يكده، واللّه لطيف بعباده لانه رحمن رحيم، فعال لما يشاء ، وهو على كل شي‏ء قدير.

“Sampai pada perkataan ini usailah wahyu Allah Taala. Aku bertanya kepada malaikat yang memberitahuku, “Wahai malaikat, bagaimana Allah menyebut nama Al-Sufyani dan nama-nama para panglimanya serta nama-nama orang-orang yang ada di zamannya. Jelaskan semua urusan mereka! Mengapa Dia tidak menamakan raja-raja yang mengingatkan mereka, dan tidak menyebutkan para panglima mereka serta julukan (gelaran) mereka?” Lalu (malaikat) menjawab, “Aku tidak mengetahui demikian itu” Maka Danial berkata, “Maka aku memohon kepada Allah AWJ agar menjelaskan kepadaku, mengapa demikian? Kemudian malaikat itu kembali kepadaku, dan berkata, “Allah Tabaraka Wa Taala berfirman kepadamu, “Sesungguhnya bagi raja-raja itu akan ada yang merencanakan rancangan jahat mereka kerana dengki terhadap mereka. Jika disebutkan nama raja dari mereka, diketahui nama dan sifatnya, maka pendengki akan berhasad dengki kepadanya dari keluarganya atau dari musuhnya, lalu akan mengejarnya untuk membunuhnya. Maka Aku sembunyikan nama-nama mereka terhadap keluarga setiap raja dari mereka yang diharapkan memerintah sesudahnya. Ada yang dari keluarganya atau dari musuhnya yang hendak memperdayanya, apabila mereka mengenal nama dan sifatnya pasti akan merencanakan rancangan jahat. Namun jika mereka tidak mengetahuinya, tidak akan merencanakan rancangan jahat padanya. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya, kerana Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, berbuat apa yang Dia kehendaki dan Dia Maha kuasa atas segala sesuatu.”


--------------------------------------
[1] - Fitan Al-Marwazi hadits: No. 904.
[2] - Fitan Al-Marwazi hadits: No. 251.
[3] - Ibid: hadits: No. 229.
[4] - Ibid: hadits: No. 223.
[5] - Riwayat disebut dalam kitab Danial dalam Fitan Al-Marwazi hadits: No. 37: (Dicerutakan kepada kami Muhammad bin Yazid, dari Abi Khalidah, dari Abi Al-‘Aliyah, katanya: Ketika kami telah menguasai kota Tustar, kami menemukan di batul mal Hurmuzan Mushaf (lembaran-lembaran) di kepala mayat di atas katil, dan dia berkata, dia adalah Danial, seperti yang disangka, beliau berkata: maka kami membawanya kepada Umar, dan akulah orang Arab yang mula-mula membacanya, lalu dihantar kepada Ka’ab lalu disalinnya ke dalam bahasa Arab dan apa yang ada yang bermaksud dari Al-Fitan).
[6] – Kitab yang jarang disalin dan dinukil oleh Ibn Hajar dalam Fath Al0Bari Al-Hanafi Al-‘Aini dan baik hati dan tidak ditemuinya selain laman Al’Uqaili pada pautan:
(tidak terdapat lagi) untuk carian:



Bincang III << ✡✡✡✡✡ >> Bincang V

Tiada ulasan: