Rabu, 27 Januari 2016

Kata Penutup

Kata Penutup


Allah SWT berfirman:

﴿وَبِالْحَقِّ أَنزَلْنَاهُ وَبِالْحَقِّ نَزَلَ ۗ وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا مُبَشِّرًا وَنَذِيرًا﴾

Dan dengan kebenaran Kami menurunkannya dan telah turun dengan (membawa) kebenaran. Dan Kami tidak mengutusmu, melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. [69]

Wahai manusia! Inilah dia kebenaran dan pembawanya telah muncul di hadapan kalian, menyeru dengan suara tinggi di tengah kalian: “Apakah ada orang yang mendukung agama Allah?!” Beliaulah Ahmad Al Yamani yang dijanjikan, yang datang kepada kalian berdasarkan apa yang telah dijelaskan oleh Allah SWT melalui para khalifahNya. Menjelaskan apa yang telah disampaikan oleh para pendahulunya yang suci, yang menyebutkan beliau dengan nama, sifat, nasab, kedudukan, hujah serta panjinya, dan semua yang bersangkutan dengan urusannya. Sebahagian daripadanya telah kami sampaikan sebelumnya di dalam risalah ringkas ini dan buat mereka yang mahukan penjelasan lebih lanjut lagi, maka bolehlah merujuk kepada tulisan-tulisan Syed Ahmad Al-Hasan dan para pendukungnya di dalam kitab-kitab yang sudah diterbitkan melebihi 150 buah buku. Kesemuanya disebarkan melalui laman web rasmi Ansar Al-Imam Al-Mahdi as.

Jadi, apa lagi yang kalian tunggu! Jika, bukti ketuhanan ini tidak mampu mengenalkan kalian dengan keluarga Muhammad as pada hari ini, maka bagaimana cara kalian dapat mengenalpasti orang yang kalian nantikan? Apa lagi yang kalian ingin beliau datangkan, sedangkan beliau tidak meninggalkan sesuatupun dari kitab dan itrah melainkan beliau berhujah dengan kesemuanya?

Jika, kalian masih lagi menukar ganti keluarga Muhammad as dengan orang yang mendakwa sebagai ahli ilmu, maka dunia telah mendedahkan realiti kebanyakan mereka pada hari ini. Kejahilan mereka telah didedahkan kepada kalian dengan memastikan kebahagiaan kalian di dunia ini, maka bagaimana mungkin kalian meletakkan kepercayaan kepada mereka untuk urusan akhirat kalian?!!

Tidakkah kalian merasa terasing dan semakin jauh daripada Al Quran apabila para ahli ilmu ini menyuruh kalian memilih sesuatu selain daripada Kitab Allah, yang mengakibatkan kesengsaraan buat kalian dan ramainya manusia yang merintih kelaparan? Adakah terdapat keterasingan yang lebih teruk lagi terhadap “dua pusaka”, berbanding orang yang mengatakan supaya ditinggalkan keduanya, daripada kalangan ahli ilmu, dan menganggap zuhud setiap orang yang menginginkan dunia ini??

Bahkan, adakah terdapat jenayah lebih buruk daripada umat yang mencipta neraca kebenaran berdasarkan hawa nafsu sebahagian mereka, dengan mencadangkan cara mengenal penyeru Allah adalah dengan melemparkan dia ke kandang singa? Mengimani beliau, sekiranya beliau tidak mempunyai bayang? Mengenali beliau, sekiranya beliau meninggalkan kesan tapak kakinya di atas batu atau apa jua tempat yang dilaluinya? Dan dalam masa yang sama membuang segala prinsip yang telah ditetapkan oleh keluarga Muhammad as dalam mengenal kebenaran dan penyerunya, yang telah kami bentangkan sebelum ini!!

Tidak masuk akal, apabila kalian bersikap tolak ansur terhadap orang-orang yang menolak wasiat Rasulullah (S) di saqifah pertama, tetapi mengulangi penolakannya pada hari ini. Kalian membenarkan diri kalian mengikuti orang yang menyifatkan wasiat tersebut sebagai lemah, tiada nilai, goyah, kata-kata yang melemahkan dan sebagainya. Sesungguhnya mereka ini telah bersikap lancang terhadap Rasulullah (S). Sebaik-baik penghukum adalah Allah dan para khalifahNya.

Kemanakah kalian melangkahkan kaki kalian? Adakah kalian sedang mencipta peperangan baru terhadap keluarga Muhammad as tanpa kalian sedari? Adakah kalian sedang mengulangi fatwa Syuraih yang mengumpul umat dengan bala tenteranya sekali lagi untuk membunuh anak-anak kepada anak perempuan Nabi (S)? Sudahkah kalian bertanya pada diri kalian sendiri, mengapa terlalu sedikit sekali manusia yang menolong al-Qaim? Bahkan, di dalam riwayat disebutkan mereka seperti garam di dalam makanan dan celak di mata! Jadi, kemanakah perginya jutaan umat? Benar, memang amat sedikit sekali, kerana sedikit sekali orang yang membenarkan penjelasan Allah dan kalam para khalifahNya. Sedangkan majoriti mereka menyatakan bahawa mereka mahu bersama majoriti umat manusia!


Bumi seperti yang kalian lihat pada hari ini, bergelora dengan fitnah, huru hara, kemelesetan dan bencana . Bangsa Arab menyingkirkan pemerintah-pemerintah mereka, sebagaimana yang dikhabarkan manusia teragung (S). Harihari kekacauan, kebinasaan dan pembalasan yang diakibatkan oleh tangan-tangan manusia. Sekiranya ini adalah azab dan sememangnya azab, maka di manakah utusan petunjuk sebelumnya, kerana azab didatangkan sebagai balasan mendustakannya? Allah SWT berfirman:

﴿وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولًا﴾

“Dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul.”[70]

Adakah kalian melihat sunnah Allah itu telah berubah? Bangunlah sebelum ia terlambat dan kembalilah kepada Allah untuk menunjukkan kalian jalan petunjukNya, kerana Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

﴿قَالَ يَا قَوْمِ أَرَأَيْتُمْ إِن كُنتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّي وَآتَانِي رَحْمَةً مِّنْ عِندِهِ فَعُمِّيَتْ عَلَيْكُمْ أَنُلْزِمُكُمُوهَا وَأَنتُمْ لَهَا كَارِهُونَ﴾

“Nuh berkata, “Wahai kaumku, bagaimana pendapatmu, jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Dia memberiku rahmat dari sisi-Nya, tetapi rahmat itu tersembunyi darimu, apakah kami dapat memaksamu menerima bukti yang nyata itu, padahal kamu tiada menyukainya?”[71]  



الحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً
وسلام على خليفة رب العالمين.

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad dan limpahan salam pengiktirafan, para Imam dan Mahdi-mahdi.
Dan salam atas Khalifah Tuhan sekalian alam






✡✡✡✡✡✡✡✡✡✡





-------------------------------
[69] Al-Isra’ 17:105       
[70] Al-Isra’ 17:15
[71] Hud 11:28



  



Sebahagian Dari Lelaman Yang Boleh Dilayari


Laman Web: Bahasa Arab:
http://www.nsr313.com/home/ Majalah Ansar I. Mahdi
http://almahdyoon.org/ansar-2 Kitab-kitab Tulisan Ansar


Ansar Nusantara (Bahasa Melayu)

1.     Era Mahdi


Bahasa Parsi:

Bahasa Inggeris:

Bahasa Perancis:



Pautan Muat Turun Buku-Buku Imam Ahmad Al Hassan dan Ansar Imam Mahdi as: Bahasa Arab: Kitab Imam Ahmad Al Hassan:

Kitab Ansar Imam Mahdi as: http://almahdyoon.org/imam/adila/ansar



Sebelum << ✡✡✡✡✡ >> Kandungan


Tiada ulasan: