[Al-Baqarah 2:180]
4. Apakah Kandungan Wasiat Diketahui Terlebih
Dahulu?
هل مضمون
الوصية معلوم سلفاً ؟
Sebahagian orang yang mengaku dan mendakwa mengetahui
bahawa Muhammad (S) tidak ada keperluan untuk berwasiat saat baginda akan kembali
pada Tuhannya, kerana hadits Al-Tsaqalain atau Al-Ghadir,
contohnya sangat banyak penulisannya, dan kandungannya telah diketahui lebih
awal sehingga tidak perlu bersusah payah menulisnya!!
Jawapan Syed Ahmad Al-Hassan (as) seperti apa yang mereka
dakwakan adalah sebagai berikut:
[Jika sebahagian daripada
mereka mendakwa bahawa mereka tahu apa yang ada dalam wasiat Rasulullah (S),
yang mereka dakwa tidak ditulis, dan bahawa ia hanya satu pengesahan bagi
Bai'ah Al-Ghadir dan hadits Al-Tsaqalain secara menyeluruh,
dan kerana itu baginda (S) tidak mengambil kisah untuk menulisnya dan tidak ditulis
selepas kejadian bencana secara tiba-tiba itu mengikut dakwaan mereka walaupun
golongan miskin telah menerimanya seperti Ammar, Abu Zhar dan Al-Miqdad, dan
baginda tidak pun menulisnya sehingga ditulis oleh Ali (as) untuk disampaikan
kepada orang-orang yang menerimanya agar tidak terjerumus kepada kemusnahan dan
kesesatan semua keturunan di kalangan manusia dan memelihara umat daripada kesesatan.
Saya tidak tahu di mana
mereka belajar bahawa wasiat hanya pengulangan atau pengesahan hadits Al-Ghadir
atau hadits-hadits dan kenyataan-kenyataan yang lain sebelumnya oleh Rasulullah
(S) seperti hadits Al-Tsaqalain seluruhnya, kerana baginda (S)
seorang nabi dan Rasul dari Allah yang menurunkan wahyu yang berterusan kepadanya dan risalahNya untuk membimbing manusia terus-menerus
sehingga saat-saat akhir hayat baginda. Adakah Allah memberitahu mereka, misalnya
Dia (SWT) tidak menurunkan wahyu kepada Muhammad sehari sebelum kesakitannya atau
sebulan atau dua bulan, sesuatu yang baru dan maklumat baru yang dimiliki oleh
salah satu daripada dua perkara penting (Al-Tsaqalain), ia
adalah Al-Aushiak selepas baginda, nama-nama dan sifat-sifat sebahagian
daripada mereka untuk memastikan tiada kesesatan umat sehingga hari kiamat, kerana
perkara ini sesuai (hampir) dengan kebijaksanaan. Jika tidak, Allah telah mewahyukan kepada
mereka sesuatu kenyataan, jadi mengapa mengatakan dengan pasti bahawa wasiat
itu hanya pengulangan bagi yang sebelumnya. Oleh kerana itu lebih baik untuk ditinggalkan
penulisan selepas bencana hari Khamis, menurut yang mereka dakwakan?
Adakah ini bermakna bahawa Umar berkata
bahawa bagi Rasulullah adalah lebih baik tidak menulis wasiat pada hari Khamis tersebut
seperti dakwaan mereka dengan menganggap bahawa Umar membantah untuk menuliskan
penulisan (wasiat) itu adalah untuk mendamaikan dan memberikan arahan, dan kalian
sendiri memutuskan bagi Rasulullah adalah lebih baik tidak menulis wasiat pada
hari Khamis itu, dan mereka tidak ada jerami untuk menyalakan api kamu.
Maka siapakah rasul dari Tuhanmu, Muhammad bin Abdullah (S), atau Umar dan
kumpulannya, atau kamu, wahai orang yang telah dipanggil sebagai Syiah?].
Dan tidak lengkap pertanyaan mereka pada masalah penulisan
(wasiat) Muhammad (S) bagi memelihara umatnya dari kesesatan, lalu sebahagian
mereka mengadakan masalah yang membawa maksud: Sama ada Musa bin Ja'far (as)
telah berwasiat dalam penjara sebelum kematiannya pada orang selepasnya dan
menulis wasiatnya, atau bahawa Muhammad (S) tidak menulis wasiatnya?!! Dan ini tidak
masuk akal. Maka Abdus Soleh (as) berkata:
[Kami menegaskan wajib
berwasiat apabila akan mati dan dengan dalil, dan sekarang mereka tidak
mempunyai dalil untuk menyangkalnya,
maka dalil kita tsabit (terbukti), dan tsabitlah (terbuktilah) wasiat Rasulullah
(S) yang satu dengan mengambil kira dalil (wasiat) ini diwajibkan supaya menulisnya.
Mengenai kemusykilan wasiat Rasulullah (S) terhadap tidak ada wasiat apabila
matinya Musa bin Ja'far (as), sebagai contoh, kerana dipenjarakan, Allah
berfirman:
﴿لَا
يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا﴾
Allah tidak membeban seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya. [Al-Baqarah 2:286]
Maka orang yang sakit tidak
perlu berpuasa, dan begitu pula sesiapa yang tidak ada cara untuk berwasiat
apabila akan mati, Musa bin Ja'far tiada kesanggupannya dan Nabi (S) tidak
begitu, bahkan baginda telah menulis wasiatnya dengan kesanggupannya, maka wajib
atas baginda menulisnya.
Ini ditambah pula bahawa wasiat
dan riwayat-riwayat dari Imam-imam (as) tidak semuanya dapat disampaikan, banyak
riwayat dari sumber Syiah telah hilang seperti yang diketahui umum.
Tambahan pula bahawa tidaklah
mendatangkan mudharat bagi Musa bin Ja'far (as) tidak menuliskan wasiatnya ketika
akan mati, kerana wasiat Nabi (S) melindungi umat dari kesesatan sehingga hari
kiamat, Allah tidak meletakkan kewajipan dengan memberikan keadaan Musa bin
Ja'far (as) untuk berwasiat ketika akan mati, Tetapi Allah meletakkan waktu, kesempatan
dan kesanggupan kepada Rasulullah (S), ketika akan mati untuk berwasiat, dan
baginda telah berwasiat dan dinaqalkan (dituliskan) wasiat itu].
Sekarang, adakah telah selesai kemusykilan yang kalian
simpan atas Wasiat Suci, atau ia masih ada!!
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan