Sabtu, 30 Januari 2016

3. Nabi-nabi Berhujah Dengan Wasiat:


3. Nabi-nabi Berhujah Dengan Wasiat:
احتجاج الأنبياء بالوصية:


Nabi-nabi (as) berhujah dengan wasiat, Saya mendengar Abdus Soleh (as) berkata pada suatu hari:

[Mereka mengatakan: Apakah Musa (as) berhujah dengan wasiat?

Bagaimana ia tidak berhujah dengan wasiat, sedangkan Bani Israel telah menunggunya kerana wasiat yang dilakukan oleh Nabi-nabi mereka!

Begitu juga dengan Isa (as), dan juga Muhammad (S). Tidakkah Al-Quran dengan jelas menyatakan hujah-hujah wasiat? 

Al-Quran menjelaskan bahawa mereka (as) telah menyatakan wasiat mereka, dan mereka telah berhujah dengan wasiat, dan cukuplah bahawa Al-Quran dan jelas berhujah dengan wasiat para nabi (as) dan Nabi Isa (as) kepada Muhammad (S)]. 

Dia SWT berfirman:

﴿وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّـهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ ۖ فَلَمَّا جَاءَهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَـٰذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ 

Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad.". Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata".[Al-Shaf 61:6] 



✡✡✡✡✡


Tiada ulasan: