Adakah Manusia Wajib Patuh
dan Mendukung Al-Yamani?
Al-Yamani yang dijanjikan adalah antara tanda-tanda penting yang mempunyai kaitan langsung dengan Imam Mahdi (as). Diriwayatkan daripada Maimun Alban, daripada Abu Abdillah (Imam Shadiq) (as) berkata:
“Lima perkara
sebelum kebangkitan Qaim (Imam Mahdi) (as); Yamani, Sufyani, si penyeru yang
menyeru dari langit, penenggelaman di Baida` dan pembunuhan jiwa yang suci.” [9]
Namun begitu, apakah pendirian
kita terhadap Al-Yamani adalah sama seperti pendirian kita terhadap tanda–tanda
lain yang terjadi, sebagai contoh; adakah dibenarkan seseorang untuk hanya
melihat serta tidak berbuat apa-apa ketika Al-Yamani muncul dan bergerak
membawa seruan Ilahi?
Dengan melihat kepada riwayat Imam Baqir (as) berikut adalah memadai bagi menjawab persoalan tersebut, beliau (as) berkata:
“Keluar Al-Sufyani,
Al-Yamani dan Al-Khurasani pada tahun yang sama, bulan yang sama dan hari yang
sama adalah, sebuah tatanan seperti tatanan manik-manik, yang saling mengikuti
antara satu sama lain. Maka akan ada kesengsaraan dari setiap sudut. Celakalah
bagi orang yang menentang mereka. Tiada panji yang lebih membawa petunjuk
berbanding panji Al-Yamani. Ia adalah panji hidayah kerana dia mengajak kepada
pemilik (Imam Mahdi as) kalian. Apabila keluar Al-Yamani, diharamkan penjualan
senjata atas semua orang dan setiap muslim. Apabila keluar Al-Yamani, maka
bersegeralah kepadanya kerana panjinya adalahpanji hidayah. Diharamkan bagi
setiap muslim berpaling daripadanya. Barangsiapa yang berbuat demikian, ia
tergolong dari kalangan ahli neraka kerana dia mengajak kepada kebenaran dan
jalan yang lurus.” [10]
Yang demikian bererti:
Pertama: Al-Yamani adalah individu yang wajib ditaati, berdasarkan perintah Imam Baqir (as) kepada umat agar bersegera kepadanya. Dia adalah lelaki yang datang sebelum Imam Mahdi (as), yang akan berhadapan dan memerangi Al-Sufyani.
Kedua: Al-Yamani adalah individu yang memiliki wilayah Ilahiah kerana Imam Baqir as memperingatkan umat agar tidak berpaling daripadanya, dan menjadikan neraka sebagai kesudahan bagi orang yang berpaling daripadanya. Walaupun ia melaksanakan solat, puasa atau mengakui wilayah Ahulbait (as) yang terdahulu. Al-Yamani tidak akan berada di kedudukan ini, yang apabila seseorang berpaling daripadanya akan dimasukkan ke dalam api neraka walaupun ia melaksanakan solat dan puasa, melainkan dia adalah salah seorang daripada para khalifah Allah di muka bumiNya dan salah seorang di antara para wali Allah.
Ketiga: Al-Yamani adalah individu yang maksum,
sebagaimana riwayat memperuntukkan nas kemaksumannya dan menegaskan secara
mutlak bahawa dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus. Bererti Al-Yamani
sentiasa memberi petunjuk kepada kebenaran dalam setiap ucapan dan
perbuatannya; dan tidak akan sekali-kali bertindak mengeluarkan para pengikutnya
dari kebenaran atau membawa mereka kepada kesesatan. Inilah makna maksum yang
menghiasi para khalifah Allah.
Dapat disimpulkan bahawa Al-Yamani (pemilik panji hidayah pada zaman kezuhuran) adalah salah seorang daripada khalifah Allah di muka bumiNya dan individu maksum yang secara mutlak memberi petunjuk kepada kebenaran serta jalan yang lurus. Tidak memudharatkan bagi seorang mukmin, sekiranya dia tidak mengenali karakter-karakter lainnya setelah dia mengenali Al-Yamani, kerana dia tidak dipertanggungjawabkan untuk mengenal mereka, apatah lagi mengikut mereka.
Persoalannya sekarang: Apakah nama Al-Yamani? Kepada siapa dia dinasabkan? Apakah sifat-sifatnya? Di mana tempat tinggalnya? Bagaimana hendak memastikan hak dan kebenarannya? Dan lain-lain lagi yang menyumbang kepada pengenalannya. Ditegaskan bahawa yang mengarahkan kita supaya membantunya dan mengingatkan kita supaya tidak berpaling daripadanya adalah keluarga Muhammad (as), mereka menjelaskan kesemuanya. Jika tidakdemikian, bagaimana manusia hendak membantu orang yang mereka tidak kenali?!! Perkara inilah yang akan dijelaskan dalam buku ringkas ini, dengan izin Allah.
-------------------------------------
[9] Kamaluddin Wa Tamam
An-Ni’mah, ms 649
[10] Al-Ghaibah An-Nu`Mani, ms 264
[10] Al-Ghaibah An-Nu`Mani, ms 264
Tiada ulasan:
Catat Ulasan