Sabtu, 30 Januari 2016

1. Nash dan kesaksian Allah:


Hentian Ketiga:

Apa Yang Berkenaan Dengan Bukti Seruan (Dalil Dakwah) Yang Diberkati

1.   Nash dan kesaksian Allah:

Suatu hari, Syed Ahmad Al-Hassan (as) datang mengejutkan saya kemudian berkata:

[Saya ada soalan untuk kamu, ia adalah satu persoalan ilmu dan semoga Allah memberi kamu kejayaan.

Dalil kepada hujah adalah nash, bukankah begitu?

Baiklah, adakah dalil ini mesti disertakan hujah sejak hari pertama, yang mana dikemukakan sejak hari pertama, atau boleh jadi terkemudian dari hari pertama pengisytiharan khalifah?

Adakah nash ini sepatutnya menjadi hujah kepada semua manusia pada masa yang sama ketika diisytiharkan atau tidak?

Dan bagaimana penggunaan untuk membela Muhammad (S) sebagai hujah kepada agama Buddha dengan nash?

Atau apakah nash untuk membela Muhammad (S) sebagai hujah kepada agama Hindu dan Buddha?

Ini adalah soalan mengenai peraturan untuk mengenal hujah atau nash secara khusus..

Adakah terdapat jawapan kepada soalan- soalan-soalan ini?]

Saya berkata: Adakah saya menjawab dengan apa yang saya tahu dari kata-kata tuan?

 [Ya!] katanya.

Saya menjawab: Apa yang saya tahu bahawa Allah SWT dan kesaksianNya serta soalanNya adalah apa yang menyokong hujah dalam Dakwah permulaan, Dan dengannya telah beriman hamba-hamba Allah, dan nash yang jika ia wujud, tetapi kesaksian Allah adalah urusan tertinggi, dan Allah lebih mengetahui.

Dia (as) berkata:

[Ya, dan adakah kesaksian Allah tidak dinashkan? Adakah nash selain Allah adalah lebih besar dari kesaksian Allah dan nash Allah?

Ya, ia dinashkan, Saya tidak menulis peraturan untuk mengenal hujah selengkapnya pada masa lalu, dengan harapan untuk mempertahankan perbahasan, Tetapi mereka nampaknya tidak mahu berdebat dan cukuplah bagi saya apa yang mereka telah nyatakan di (TV) saluran satelit, mengenai penghinaan mereka terhadap rukya (mimpi), dan kini, Insya-Allah, akan didatangkan kitab Aqidah Islam dan yang mededahkan kehinaan (fitnah) mereka dan menjelaskan tentang kejahilan mereka, kerana mereka tidak mempunyai perasaan malu!

Beberapa hari lalu saya terdengar secara kebetulan salah satu kesan tindak balas yang beredar terhadap Wahabi yang keliru dengan asal-usul imamah (kepimpinan) yang mengatakan ia disebut dalam Al-Quran sebagai asas ajaran agama, jawabnya konon diambil dari kitab dakwah. Dikatakan kepadanya:

Kita katakan bahawa Imam-imam (pemimpin) adalah Khalifah Allah di bumiNya, dan Adam adalah Khalifah lantikan Allah pertama, pada firman Allah:
 إني جاعل ... الخ
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan ... hingga akhir (Al-Baqarah 2:30)

Oleh itu, tanpa rasa malu mereka mendakwa diambil dari ajaran dakwah apabila membincangkan kesalahan mereka, dan apabila orang bertanya kepada mereka mengenai dakwah yang mereka dustakan!!

Tidakkah mereka ambil dari ajaran dakwah dan dalil ilmu atas keperluan mereka dari pemilik dakwah dan hanya untuk menolong (melepaskan) mereka? Bukankah ini (mana-mana ilmu) adalah dalil-dalil imamah (kepimpinan), Dan imam itu tahu semua keperluan dan pertolongan terhadap manusia? Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, alangkah beraninya mereka menentang api neraka!].



✡✡✡✡✡

Tiada ulasan: