Siapakah
Yang Akan Menyeru Umat Manusia?
Memandangkan Mahdi Pertama muncul terlebih dahulu dan dia salah seorang
khalifah Allah serta salah seorang wasi. Umat diperintahkan untuk mendokongnya
dan diharamkan berpaling daripadanya ketika beliau mengibarkan panjinya. Maka,
amat perlu bagi mereka memastikan kebenaran seruannya agar dapat membenarkan
dan mendukungnya. Tambahan pula, Al Yamani sendiri akan berhujah kepada mereka bagi
memastikan hak dan kebenarannya. Adapun Imam Mahdi as, beliau tidak perlu lagi
mengenalkan diri dan seruannya kerana tugas ini telah disempurnakan oleh wasi
dan Yamaninya iaitu Ahmad. Mengenali Imam Mahdi as perlu melalui wasi dan
Yamaninya, serta wajib ke atas umat manusia untuk membenarkannya pada yang
demikian itu, kerana beliau adalah salah seorang wasi Muhammad (S).
Oleh itu, cukup sekadar mengenal Al Yamani, Mahdi Pertama dan lelaki
dari Timur yang membawa panji kemenangan, untuk mengenal Imam as. Perkara ini
ditegaskan oleh Keluarga Muhammad as di dalam riwayatriwayat mereka. Amirul
Mukminin as menjelaskan di dalam riwayat yang panjang tentang situasi umat yang
mengaku Syiah di akhir zaman dan bagaimana mereka berselisih, berpecah belah,
sebahagian mengkafir dan menghina sebahagian yang lain, meludah ke muka
sebahagian yang lain dan harapan mereka terhadap kemenangan di pihak selainnya,
serta ramai yang bergabung di bawah bendera Sufyani, sehinggalah kepada
kata-katanya:
“Ketahuilah, jika kalian mengikuti seorang yang muncul
dari Timur dan menunjukkan kalian jalan Rasulullah (S), nescaya kalian akan
terubat dari kebutaan, ketulian dan kebisuan; mencukupkan kalian dari beban
tuntutan dan penindasan; dan menghindar kalian dari beban yang memberatkan
leher kalian. Allah tidak akan menjauhkan sesiapapun kecuali dia menolak,
berbuat zalim, menyeleweng dan merampas sesuatu yang bukan haknya. “Dan
orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan
kembali”[29]
Ayat “mencukupkan kalian dari beban tuntutan” di dalam hadis tersebut
bermaksud: dengan mengenali lelaki yang muncul dari timur adalah cukup buat
membebaskan kalian dari beban tuntutan mengenal Imam Mahdi as, disebabkan
objektif kalian sudah tercapai dengan mengenal lelaki yang muncul dari timur
itu. Sebagaimana riwayat tentang Al Yamani dan lain-lain sebelumnya adalah
cukup buat mengukuhkan kebenaran ini. Dengan mengenal lelaki yang diwajibkan
oleh nas Ahlulbait as untuk bersegera mendukungnya dan diharamkan berpaling daripadanya
(sebagaimana yang kami dedahkan bahawa dia adalah khalifah Allah), sememangnya
cukuplah jelas dalam rangka mengenal dan menggapai Imam Mahdi as.
✡✡✡✡✡
----------------------------------------------------
[29] Al-Kafi, juz 8, ms 22
Bagaimana Umat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan