Jumaat, 8 Januari 2016

Kelima: Wasiat Rasulullah (S),


Kelima: Wasiat Rasulullah (S),

Wasiat Rasulullah (S), telah menjadi nash bahawa Mahdi Pertama bernama Ahmad, dalam sabdanya di malam kewafatan baginda (S) kepada Ali (as) berkata:

“Wahai Aba Al-Hasan, bawalah ke mari sebuah lembaran dan dakwat!” Kemudian Rasulullah  (S) mengimlakkan (menyebut supaya dituliskan) wasiat baginda sampai pada kalimat berikut ini:

“Hai Ali, akan datang sesudahku dua belas imam-imam dan sesudah mereka ada dua belas mahdi-mahdi. Engkaulah Ali imam yang pertama dari dua belas imam-imam itu.” Kemudian sampai pada sabdanya, “Maka bila datang ajal kepadanya, maka ia menyampaikannya (wasiat itu) kepada putranya sebagai Mahdi Pertama, yang mempunyai tiga nama; iaitu nama (yang pertama) seperti namaku, (yang kedua) nama ayahku iaitu Abdullah dan yang ketiga adalah Mahdi, dan dia adalah yang pertama beriman.”[1]

Ia meninggalkan kemusykilan - secara zahir (hadits) dalam kitab “’Aqd Al-Durar”:

ألا أصفه لكم، ألا وإن الدهر فينا قسمت حدوده، ولنا أخذت عهوده، وإلينا ترد شهوده، ألا وإن أهل حرم الله عز وجل سيطلبون لنا بالفضل من عرف عودتنا فهو مشاهدنا، ألا فهو أشبه خلق الله عز وجل برسول الله صلى الله عليه وسلم واسمه على اسمه، واسم أبيه على اسم أبيه، من ولد ابنة محمد، صلى الله عليه وسلم من ولد الحسين، ألا فمن تولى غيره لعنه الله

Mahukah aku gambarkan dia pada kalian? Sesungguhnya pada kami masa telah terbahagi batasan-batasannya, dan kami telah mengambil perjanjian-perjanjiannya, dan kepada kami akan kembalinya saksi-saksi. Sesungguhnya orang yang dimuliakan Allah AWJ akan mencari kami terutamanya orang yang mengetahui tuntutan kami, dialah yang menyaksikan kami. Dialah seorang makhluk Allah AWJ yang paling mirip dengan Rasulullah (S). Namanya adalah nama baginda dan nama ayahnya adalah nama ayah baginda, dari anak keturunan puteri Muhammad (S), dari anak keturunan Al-Husein. Siapa yang berwalikan pada selain dia, akan dilaknat Allah.”.
                                  
Maka seperti yang saudara lihat bahawa Al-Mahdi
dari anak keturunan Al-Husein: Dia adalah seorang makhluk Allah AWJ yang paling mirip dengan Rasulullah (S). Namanya adalah nama baginda dan nama ayahnya adalah nama ayah baginda:

Dan telah diriwayatkan dari baginda:

Pertama, hadits-hadits dari kitab-kitab mereka itu tidak mewajibkan kita.

Kedua, Al-Mahdi yang disebutkan akan muncul dari Mekah, ia sesudah adanya Mahdi Pertama dan kemunculannya dari Timur. Sebagaimana nash yang dinyatakan ulama Ahl Al-Sunnah: 

Ibnu Katsir berkata: “Yang dimaksudkan Al-Mahdi memberi penghormatan kepada yang dijanjikan wujudnya di akhir zaman dan menjadi asas kemunculannya dari arah timur dan dibaiah di Baitullah, sebagaimana dijelaskan oleh nash hadits tersebut. Dan ia telah diasingkan dalam menyebut bahagian-bahagian Al-Mahdi secara berasingan dan Alhamdu Lillah!.” [2]

Al-Suyuthi berkata: “Keempat, bahawa Al-Mahdi akan muncul di Barat. Saya jawab, bahawa yang masyhur ialah kemunculannya di Mekah, Yaman atau Iraq. Orang-orang di Barat berkata: “Tidak muncul dari wilayah kami Dajjal maupun Ya`juj wa Ma`juj dan lain-lain fitnah. Nabi  (S) tidak pernah menunjuk pada negeri kami, dengan mengatakan: “Fitnah itu muncul dari sini!” Lalu orang-orang di Timur berkata, “Inilah yang adil daripada pengakuan yang terpuji kepada pendedahan dengan tuduhan. Jika memang demikian, cukuplah bagi kalian bahawa matahari adalah tanda siang hari dan ia terbenam di Barat. Semua wilayah menjadi gelap dan pintu taubat tertutup dari pihak kalian, sehingga taubat dan istighfar tidak berguna lagi.”

Saya katakan, “Bagi saya tidak berubah yang diutamakan Timur atas Barat dan bukan sebaliknya, untuk menolak dalil setiap satu darinya. Tetapi saya cenderung mengutamakan Timur, sebab para nabi diutus darinya. Tidak berhenti bahawa diutus nabi dari Barat, kemudian ianya dihentikan kemungkinan untuk diutus seorang nabi darinya, walaupun tidak ada khabar mengenainya. Lantaran nabi-nabi ada seratus dua puluh empat ribu orang. Maka tiada masalah jika ada sebahagian dari mereka itu dari Barat. Tiada keterangan tentang kutamaan mengenai lima puluh nabi-nabi, apalagi lebih dari itu untuk dapat diambil pengetahuan dari keterangan itu.” [3]

Al-Suyuthi mengatakan: “Hadits-hadits tentang Al-Mahdi bermacam-macam ….. di antaranya diterangkan bahawa; dia seorang khalifah yang bangkit di akhir zaman dan dia dari anak keturunan Fatimah. Telah ditegaskan dalam hadits-hadits bahawa dia akan muncul dari arah Timur, dia akan dibaiah di Mekah antara Rukun dan Maqam, dia akan memasuki Baitul Maqdis, dia akan memenuhi bumi dengan keadilan …..” [4]

Dengan merangkum pandangan-pandangan di atas diketahui bahawa Al-Mahdi muncul di Iraq, kerana Yaman dan Mekah bukan wilayah Timur. Maka ditentukan kemunculan Al-Mahdi dari Iraq.

Adapun yang masyhur di kalangan masyarakat awam bahawa Mahdi Pertama muncul di antara Rukun dan Maqam, ini tidak benar secara mutlak, setelah kami buktikan beberapa bilangan mahdi-mahdi dari kitab-kitab Ahl Al-Sunnah, kerana riwayat-riwayat tidak diterima kekeliruan bahawa Mahdi Pertama muncul dari timur. Sekiranya tidak ada hadits-hadits tersebut yang telah sampai kepada kita dan mengenalkan kita darinya dan mengenal pasti kemunculan Mahdi Pertama dari timur, sebagaimana kita juga akan baca pandangan bahawa Mahdi Pertama muncul dari Mekah kerana tanpa ada penjelasan riwayat-riwayat bahawa dialah yang pertama muncul.

Jadi, Mahdi Pertama adalah dari anak keturunan Al-Husein dan muncul dari timur.

Dari Abdullah bin ‘Amaru (ra);

يخرج المهدي من ولد الحسين، من قبل المشرق، لو استقبلته الجبال لهدمها، واتخذ فيها طرقا

“Akan muncul Al-Mahdi dari anak keturunan Al-Husein dari arah Timur. Sekiranya menemui gunung-gunung niscaya akan dihancurkannya dan membuat beberapa jalan padanya.” [5]

Dalam kitab Fitan Ibnu Hammad disebutkan;

Diceritakan kepada kami Al-Walid dan Rusydin dari Ibnu Lahi’ah dari Abi Qabil dari Abdullah bin ‘Amaru (ra):

“Akan muncul seorang lelaki dari anak keturunan Al-Husein dari arah Timur. Sekiranya menemui gunung-gunung niscaya akan dihancurkannya dan membuat beberapa jalan padanya.” [6]

Mahdi yang muncul di timur adalah putra Imam Al-Mahdi Muhammad bin Hasan Al-‘Askari (as).
Perlu diberi perhatian kepada pertanyaan yang tak terjawab kecuali dengan pengakuan Imam Mahdi Muhammad bin Hasan dan anaknya serta wasiat Rasulullah  (S), ialah bagaimana Mahdi yang lahir di akhir zaman dapat dikenal bahawa dialah Al-Mahdi?

Hanya satu jawaban atas soal ini, ialah bahawa Al-Mahdi Muhammad bin Hasan adalah orang yang akan memberitahunya. Selain jawaban ini akan terjebak pada perkataan khurafat terkait Al-Mahdi yang lahir di akhir zaman.

Diceritakan kepada kami Abdullah bin Marwan dari Haitsam bin Abdul-Rahman diceritakan kepadanya dari seorang yang menyampaikan kepadanya dari Ali bin Abi Thalib (ra) katanya:

يخرج رجل قبل المهدي من أهل بيته بالمشرق يحمل السيف على عاتقه ثمانية أشهر يقتل ويمثل ويتوجه إلى بيت المقدس فلا يبلغه حتى يموت

“Akan muncul seorang lelaki sebelum Al-Mahdi dari keluarganya di Timur, ia membawa pedang di pundaknya selama delapan bulan, berperang, mewakilinya dan bergerak ke Baitul Maqdis maka dia tidak sampai di sana hingga mati.” [7]

قال الوليد وقال بعضهم إنه لا يموت ولكنه بعد الهزيمة يخرج إلى مكة فإذا ظهر المهدي خرج معه

Berkata Al-Walid sebahagian mereka berkata: “bahawa Ia tidak mati, tetapi setelah kalah ia pergi ke Mekah. Ketika Al-Mahdi muncul, ia keluar bersamanya.” [8]
 
Diceritakan kepada kami Abu Harun dari ‘Amru bin Qais Al-Mala`i dari Al-Minhal dari Zhar bin Jaisy, yang mendengar Ali (ra) berkata:

يفرج الله الفتن برجل منا يسومهم خسفا لا يعطيهم إلا السيف يضع السيف على عاتقه ثمانية أشهر هرجا حتى يقولوا والله ما هذا من ولد فاطمة لو كان من ولدها لرحمنا يغريه الله ببني العباس وبني أمية

“Allah melepaskan (melapangkan) kita dari fitnah melalui seorang lelaki daripada kami, mengenakan mereka kehinaan, Tidak diberikan kepada mereka melainkan pedang, dan mereka meletakkan pedang di bahunya selama lapan bulan dengan kekecohan sehingga mereka berkata: Demi Allah, apakah ini anak Fatimah, jika dia anaknya, dia akan berlemah lembut, Allah memerangkapnya seperti Bani Abbas dan Bani Umaiyah).” [9]

Diceritakan kepada kami Ali  bin Said Al-Razi, katanya pada Ali bin Husein Al-Khawash, katanya pada Zaid bin Abu Zarqa`, katanya pada Lahi’ah, katanya pada ‘Ayasy bin Abbas Al-Qatbani dari Abdullah bin Zarir Al-Ghafiqi dari Ali bin Abi Thalib, bahawa Rasulullah  (S) bersabda:

يكون في آخر الزمان فتنة ، يحصل الناس كما يحصل الذهب في المعدن ، فلا تسبوا أهل الشام ، ولكن سبوا شرارهم ، فإن فيهم الأبدال ، يوشك أن يرسل على أهل الشام سبب من السماء ، فيفرق جماعتهم ، حتى لو قاتلهم الثعالب غلبتهم ، فعند ذلك يخرج خارج من أهل بيتي في ثلاث رايات ، المكثر يقول : هم خمسة عشر ألفا ، والمقل يقول : هم اثنا عشر ألفا ، أمارتهم أمت أمت ، يلقون سبع رايات ، تحت كل راية منها رجل يطلب الملك ، فيقتلهم الله جميعا ، ويرد الله إلى المسلمين ألفتهم ، ونعمتهم ، وقاصيهم ودانيهم » « لم يرو هذا الحديث عن ابن لهيعة إلا زيد بن أبي الزرقاء

“Akan muncul fitnah di akhir zaman, orang-orang mendapati (sesuatu) seperti mendapati emas di lombong. Janganlah kalian mencaci penduduk Syam! Tetapi cacilah kejahatan-kejahatan mereka. Kerana sesungguhnya di tengah-tengah mereka ada penggantian (Al-Abdal). Hampir saja akan dikirim kepada penduduk Syam sebab dari langit, lalu berpecahlah masyarakat mereka sampai sekiranya kawanan serigala memerangi mereka akan mengalahkan mereka. Ketika itu muncul seseorang dari Ahl Baitku dalam tiga panji. Yang banyak mengatakan, “Mereka ada lima belas ribu orang”. Yang sedikit mengatakan, “Mereka ada dua belas ribu orang”. [10]  Tanda-tanda  mereka adalah “Amat! Amat! []. Mereka menemui tujuh panji; pada tiap panji seorang lelaki mengejar kekuasaan. Lalu Allah membunuh mereka semua, dan Allah mengembalikan kepada orang-orang Islam kesatuan mereka dan kenikmatan mereka serta Fâshah” dan dâni mereka.”

Mereka (ahli hadits) tidak melihat hadits ini dari Ibnu Lahi’ah, melainkan Zaid bin Abi Zarqa. [11]

Diceritakan kepada kami Ibnu Wahab dari Ibnu Lahi’ah dari Harits bin Yazid; dia mendengar Ibnu Zarir Al-Ghafiqi, dia mendengar Ali berkata:

يخرج في اثني عشر ألفا إن قلوا أو خمسة عشر ألفا إن كثروا يسير الرعب بين يديه لا يلقاه عدو إلا هزمهم بإذن الله شعارهم أمت أمت لا يبالون في الله لومة لائم فيخرج إليهم سبع رايات من الشام فهزمهم ويملك فترجع إلى الناس محبتهم ونعمتهم وفاصتهم وبزارتهم فلا يكون بعدهم إلا الدجال قلنا وما الفاصة والبزارة قال يفيض الأمر حتى يتكلم الرجل بما شاء لا يخشى شيئا

“Akan muncul dua belas ribu orang jika mereka sedikit, atau lima belas ribu orang jika mereka ramai, menyebabkan ketakutan berhadapan dengan mereka. Tiada musuh yang bertemu kecuali mereka dikalahkan dengan izin Allah. Tanda-tanda mereka adalah “Amat! Amat!. Kerana Allah, mereka tidak pedulikan celaan orang yang mencela. Lalu keluar kepada mereka tujuh panji dari Syam lalu mengalahkan mereka dan berkuasa. Maka dikembalikan kepada umat kasih mereka, kenikmatan mereka dan sifat Fâshah” dan bazârah mereka. Maka tidak berlaku sesudah mereka melainkan (keluarnya) Dajjal.” Kami bertanya, “Apakah kata Fâshah dan bazârah?  Ia menjawab, “Dilimpahkan urusan sehingga seorang lelaki berbicara apa saja yang dia kehendaki tanpa rasa takut sedikitpun.” [12]

Diceritakan kepada kami Rusydin dari Ibnu Lahi’ah dari ‘Ayasy bin Abbas Al-Zarqi dari Ibnu Zarir dari Ali (ra), katanya:

“Ya Rasulullah  Terjadi pada penduduk Syam masyarakat mereka yang berpecah, sehingga sekiranya kawanan serigala menyerang mereka, akan mengalah mereka. Ketika itu muncul seorang lelaki dari Ahl Baitku dengan tiga panji-panji. Yang banyak mengatakan ada lima belas ribu orang, dan paling sedikit mengatakan ada dua belas ribu orang. Tanda-tanda mereka adalah Amat! Amat!”. Pada satu panji darinya seorang lelaki yang mengejar kekuasaan atau ingin memiliki kekuasaan. Lalu Allah membunuh mereka semua dan Allah isi hati-hati orang-orang Islam kesatuan mereka serta sifat Fâshah” dan bazârah mereka.” [13]

Kemunculannya dari Timur diperkuat oleh hadits-hadits panji-panji hitam, begitu juga akan disampaikan nanti penentuan tempat di Iraq diperkuat – ditambah dengan apa yang dikatakan Al-Suyuthi mengenainya- yang disebut oleh Imam Ali (as) dalam kitab-kitab Syiah dan Al-Sunnah, yang menyebutkan angka 313. Ia mengatakan, “Sesungguhnya orang pertama dari mereka adalah dari Basrah.” [14]


Diriwayatkan dari Abdullah bin Sinan setelah berbicara dengan Usman, kemudian pergi dan berbicara di hadapan Ali (as) bersama orang-orang yang mengepung kediaman Usman untuk membunuhnya. Maka dia berkata:

Diceritakan kepada kami Ibn ‘Affan, yakni Al-Husein bin Ali bin ‘Affan Al-‘Amiri, dari Al-Hassan bin ‘Athiyah bin Yahya Al-Qurasyi, dari Yahya bin Salamah bin Kuhail, dari Qais bin Ramanah dari Yusuf bin Abdullah bin Salam. Qais menghormati anak-anak Yusuf apbila kami berhimpun. Ia berkata kepada Yusuf:

“Aku sampaikan kepadamu sebuah hadits… Bahawa kaum itu mempunyai seorang sultan yang tidak akan lenyap sehingga gunung-gunung lenyap sampai mereka terpecah belah di antara mereka. Apabila sudah demikian, mereka keluar sebagai satu kelompok pendalaman Iraq, di tengah mereka muncul seorang Amir Yang Murka, yang memberikan kemenangan bagi mereka bila menghadapi sesuatu. Demi Zat yang tiada tuhan selain Dia yang tidak menurunkan apa yang ada di dalam Taurat atau Injil atau Al-Quran yang lebih utama dari apa yang ditetapkan bagi kaum itu. Jika kamu mendapati suatu persiapan dan kekuatan dan kesungguhan, maka janganlah kamu memerangi seorangpun selamanya hingga melihat demikian. Jika kamu bertanya, “Bukankah demikian itu jauh!?” katakan, “Demi Allah aku tidak melihatnya kecuali telah terjadi.. Tidakkah kamu melihat apa yang telah terjadi antara Sulaiman dan Al-Walid. Jika kamu menyedarinya kamu akan melihatku! Jika tidak, hafalkanlah apa yang telah aku katakan kepadamu.” [15]

Kemurkaan amir mereka akan bermula di Kufah.

وعن علي عليه السلام قال : إذا قام قائم آل محمد جمع الله له أهل المشرق وأهل المغرب فيجتمعون كما يجتمع قزع الخريف فأما الرفقاء فمن أهل الكوفة وأما الأبدال فمن أهل الشام

Dari Ali (as): “Apabila seorang qaim (pendiri) Aali Muhammad bangkit, Allah mengumpulkan baginya penduduk Timur dan penduduk Barat, lalu mereka berkumpul laksana awan (yang berarak) di musim luruh. Adapun Al-Rufaqa` (rakan-rakan), mereka dari penduduk Kufah. Sedangkan Al-Abdal (para pengganti), mereka dari penduduk Syam.” [16]

Rakan-rakan Qaim dari penduduk Kufah, yakni dia akan memulai di Kufah dan hidup di sana dalam satu masa.

Diceritakan kepada kami Abu Al-‘Abbas Muhammad bin Ya’qub dari Hasan bin Ali bin ‘Affan Al-‘Amiri dari, ‘Amru bin Muhammad Al-‘Anqazi, dari Yunus bin Abu Ishaq, disampaikan oleh ‘Ammar Al-Duhani dari Abu Thufail dari Muhammad bin Al-Hanafiah katanya:

“Kami berada di sisi Ali (ra), seorang lelaki bertanya kepadanya mengenai Al-Mahdi. Maka Ali (ra) menjawab, “Sejauh mana!” Kemudian menghitung dekad dengan tangannya , lalu berkata, “Ia akan muncul di akhir zaman. Apabila seorang lelaki mengatakan, Allah, Allah! Pembunuhan, maka Allah Taala mengumpulkan kaum baginya lalu berarak bagaikan awan. Allah menyatukan antara hati mereka; mereka tidak akan bersendirian dan tidak pula bersuka ria seorangpun. mereka memasukinya dalam kelengkapan ahli Badar. Mereka tidak dilampaui oleh para pendahulu dan tidak pula dicapai oleh generasi belakangan, dan mereka yang dalam jumlah para pengikut Thalut yang menyeberangi sungai bersamanya.” Abu Thufail berkata: “Kata Ibnu Al-Hanafiah, “Apakah kamu menginginkannya?” “Ya!”, jawabku. Katanya, “Sesungguhnya dia akan muncul dari antara dua kayu ini” Aku berkata, “Tiada apa salahnya, demi Allah aku tidak akan melihat keduanya sampai aku mati.” Kemudian ia wafat di sana, yakni Mekah, - semoga Allah melindunginya.”

Hadits ini sahih menurut aturan Syeikhan (Bukhari dan Muslim), dan keduanya tidak mengeluarkannya. [17]

Diceritakan kepada kami Ali, Qutaibah, dari Jarir, dari Al-A‘masy, dari Ibrahim Al-Taimi, dari Al-Harits bin Suwaid katanya, Ali berkata:

“Umat manusia tidak akan berhenti menentang sehinggalah tidak ada orang menyebut Allah, Allah!. Jika terjadi demikian, pemimpin agama akan dipukul kerana dosanya. Jika telah berlaku demikian diutus kepadanya utusan yang menghimpunkan manusia setiap sudut-sudut (wilayah) bumi, laksana gumpalan awan (yang berarak) di musim luruh. Demi Allah! Sungguh aku sangat mengetahui nama amir mereka, cuaca dan yang bersama mereka.” [18]

Mereka menamakan Hakimiyah Allah (Ketuanan Allah), bukan memilih seorang amir yang diperintah, yakni tidak menerima seorang amir yang diperintah oleh penguasa. Tetapi amir mereka dilantik dari sisi Allah. Pembicaraan tentang Hakimiyah Allah akan disampaikan di bahagian lain nanti.

Dari Ali beliau berkata: “Tidak ditimpakan bencana bani Umayah sehinggalah Allah mengirim fanatik-fanatik kelompok (kebangsaan).” Kata Al-‘Ashab padanya: “Kemudian akan ada di akhir zaman, Amir Al-‘Ashab (pemimpin ‘Ashabiyah – Kebangsaan)”, kata jamak bagi ‘Ashab adalah ’Ashabah” - Al-Nihayah fi Gharib Al-Hadits, juz 3, halaman 244.
“Laksana gumpalan awan (yang berarak) di musim luruh mereka datang dari segala arah, dan tidak mengajukan seorang amir yang diperintah. Jika terjadi demikian, Allah melenyapkan sinar kekuasaan bani Umayah.” (Na’im) [19]

Di samping itu ada beberapa khabar (hadits) yang menguatkan pergerakan awalnya dari Kufah:

Diceritakan kepada kami Said Abu Utsman, dari Jabir, dari Abu Ja’far, katanya:

قال إذا اختلف كلمتهم وطلع القرن ذو الشفا لم يلبثوا إلا يسيرا حتى يظهر الأبقع بمصر يقتلون الناس حتى يبلغوا أرم ثم بثور المشوه عليه فتكون بينهما ملحمة عظيمة ثم يظهر السفياني الملعون فيظهر بهما جميعا ويرفع قبل ذلك ثنتي عشرة راية بالكوفة معروفة ويقبل بالكوفة رجل من ولد الحسين يدعوا إلى أبيه . ثم يبث السفياني جيوشه

“Apabila perkataan mereka berselisih dan muncul tanduk yang tajam (Al-Qarn Zhu Al-Syafa), tidak lama kemudian bagi mereka muncul Al-Abqa’ di Mesir. Mereka membunuh manusia hingga sampai ke Aram. Kemudian si jelek (Butsur - berparut) akan memberontak dan akan terjadi pertempuran besar-besaran di antara mereka. Kemudian akan muncul Sufyani yang terlaknat yang muncul dari kalangan mereka. Kemudian 12 panji akan diangkat di Kufah yang dikenali dan seorang lelaki dari anak Al Hussain akan datang dan menyeru kepada bapanya [20]. dan kemudian Sufyani akan menghantar tenteranya.” [21]
           
Diceritakan kepada kami Said Abu Utsman dari Jabir dari Abu Ja’far, bahawa: “Sufyani menyebarkan pasukan-pasukannya di berbagai penjuru setelah ia memasuki Kufah dan Baghdad….. Kemudian ia keluar melawan Al-Akhwash, suatu kaum dari pendalaman dan mereka adalah Al-‘Ashab (kebangsaan). [22] Umumnya mereka dari Kufah dan Basrah hingga mereka merebut para tawanan Kufah yang ada ditangannya.” [23]

Diceritakan kepada kami Hakam bin Na’fi’ dari Jarah dari Arthah, katanya: “Sufyani memasuki Kufah dan berada di sana selama tiga hari serta membunuh penduduknya seramai enam puluh ribu orang. Kemudian ia menetap di sana selama lapan belas malam membahagi-bahagi harta benda. Ia memasuki Mekah setelah memerangi Turki, dan Rom di Qarqisia. Kemudian terpisah satu kelompok dari belakang mereka, lalu satu kelompok dari mereka kembali ke Khurasan. Pasukan Sufyani membunuh dan menghancurkan benteng-benteng hingga memasuki Kufah dan mencari penduduk Khurasan. Di Khurasan muncul kaum yang menyerukan kepada Al-Mahdi. Kemudian Sufyani mengirim (utusan) ke Madinah, lalu mengambil satu kaum dari Aali Muhammad hingga ia memasuki Kufah bersama mereka. Kemudian muncul Al-Mahdi dan Al-Manshur dari Kufah melarikan diri, lalu Sufyani mengirim untuk mencari kedua-duanya. Apabila Al-Mahdi dan Manshur tiba di Mekah, pasukan Sufyani ditenggelamkan di Al-Baida`. [24] Kemudian muncul Al-Mahdi hingga melewati Madinah, dan menyelamatkan orang-orang Bani Hasyim di sana. Beberapa panji hitam datang hingga melewati perairan. Maka mereka sampai di Kufah dan orang-orang Sufyani melarikan diri. Kemudian (Al-Mahdi) turun ke Kufah hingga menyelamatkan orang-orang bani Hasyim. Muncul kaum dari pendalaman Kufah, mereka dikatakan Al-‘Ashab  (kebangsaan), hanya sedikit dari mereka yang bersenjata dan termasuk sekumpulan penduduk Basrah. Mereka mengatasi para pengikut Sufyani, lalu menyelamatkan tawanan Kufah di tangan mereka. Beberapa panji hitam telah diutus untuk berbaiah kepada Al-Mahdi.” [25]

Al-Manshur Mahdi adalah Al-Yamani [26] Amir Al-Ghadhab (Amir Yang Murka) yang disebutkan dalam riwayat-riwayat:

حدثنا أبو المغيرة وبقية عن صفوان عن كعب قال المنصور مهدي يصلي عليه أهل السماء والأرض وطير السماء يبتلي بقتال الروم والملاحم عشرين سنة ثم يقتل شهيدا في الملحمة العظمى هو وألفين معه كلهم أمير وصاحب راية فلم يصب المسلمون بمصيبة بعد رسول الله صلى الله عليه و سلم أعظم منها

Diceritakan kepada kami Abu Al-Mughirah dan lainnya dari Shafwan, dari Ka’ab, katanya: “Al-Manshur adalah Mahdi, berselawat atasnya oleh penghuni langit dan bumi serta burung di langit. Ia mengharungi peperangan Rom dan beberapa pembunuhan-pembunuhan selama dua puluh tahun, kemudian terbunuh syahid di suatu pertempuran besar-besaran bersama dua ribu orang pemimpin dan pemegang panji. Tidak pernah musibah dialami orang-orang Islam sesudah Rasulullah  (S) lebih besar darinya.” [27]

Hadits-hadits di bawah ini dalam kitab “Fitan Al-Marwazi” dengan diawali nombor-nombornya:

621- Disampaikan oleh Said bin Abu Utsman dari Jabir dari Abu Ja’far:

إذا ظهر السفياني على الأبقع والمنصور اليماني خرج الترك والروم فظهر عليهم السفياني

“Jika muncul Al-Sufyani melawan Al-Abqa’ dan Al-Manshur Al-Yamani, bangsa Turki dan Rom keluar diserang oleh Sufyani.”

1207-Disampaikan oleh Walid dari Ibnu Lahi’ah dari Yazid bin Qudzar dari Tabi’ dari Ka’ab, bahawa:

المنصور منصور بني هاشم

“Al-Manshur menolong (manshûr), bani Hasyim.”

1145 - Disampaikan oleh Walid dari Ibnu Lahi’ah dari Harits bin Yazid Al-Hadhrami dari Fadhal bin ‘Afif ad-Du`ali dari Abdullah bin ‘Amru, bahawa ia berkata:

يا معشر اليمن تقولون إن المنصور منكم والذي نفسي بيده إنه لقرشي أبوه ولو أشاء أن أسميه إلى أقصى جد هو له لفعلت

“Hai orang-orang Yaman! Kalian mengatakan bahawa Al-Manshur adalah dari kalian. Demi Zat yang menguasai jiwaku, sesungguhnya ayah dia seorang Quraisy. Sekiranya aku ingin menamakannya hingga ke datuknya yang paling atas, pasti akan kulakukan.”

1187 - Disampaikan oleh Baqiyah dan Abdul-Quddus dari Shafwan bin ‘Amru, dari Syuraih, dari Ka’ab, katanya:

ما المهدي إلا من قريش وما الخلافة إلا في قريش غير أن له أصلا ونسبا في اليمن

“Al-Mahdi tidak lain dari Quraisy, dan tiada khalifah selain dari Quraisy, hanya saja dia berasal dan bernasab dari Yaman.”

1208 - Disampaikan oleh Walid dari Jarah dari Arthah, katanya

أمير العصب يماني قال الوليد وفي علم كعب يماني قرشي وهو أمير العصب

Amir Al-‘Ashab adalah seorang Yaman.” Al-Walid mengatakan, “Dalam pengetahuan Ka’ab, ia adalah orang Yaman bangsa Quraisy, dan ia adalah amirul ‘Ashab.”  

1171 - Al-Walid berkata, dikhabarkan oleh Jarah dari Arthah, katanya:

فيجتمعون وينظرون لمن يبايعون فبيناهم كذلك إذ سمعوا صوتا ما قاله إنس ولا جان بايعوا فلانا باسمه ليس من ذي ولا ذو ولكنه خليفة يماني

“Mereka berkumpul dan melihat orang-orang yang berbaiah. ketika mereka sedang bersiap-siap demikian itu mereka mendengar suara yang tidak dikatakan oleh jin dan manusia; “Berbaiahlah kepada si fulan dengan namanya yang tidak berawalan “Zhi” atau “Zhu” (yang mempunyai). Tetapi dia adalah Khalifah Yamani.”

283 - Disampaikan oleh Walid bin Muslim dari Jarah dari Arthah, katanya:

Amir Al-‘Ashab bukan dari “Zhi” atau “Zhu” Tetapi mereka mendengar suara yang tidak pernah diucapkan oleh bangsa manusia dan jin; “Berbaiahlah kepadanya dengan namanya yang tidak berawalan “Zhi” atau “Zhu”. Tetapi dia adalah khalifah Yamani.” Al-Walid berkata: “Dalam pengetahuan Ka’ab, ia adalah seorang Quraisy dari Yaman, dan ia adalah Amir Al-‘Ashab dan Al-‘Ashab (kebangsaan) penduduk Yaman dan para pengikut mereka dari semua orang yang dikeluarkan dari Bait Al-Maqdis.”

1208 - Disampaikan oleh Al-Walid dari Jarah dari Arthah, bahawa: “Amirul ‘Ashab adalah seorang Yamani.” Al-Walid berkata,

“Dalam pengetahuan Ka’ab, ia adalah seorang Yamani bangsa Quraisy, dan ia adalah Amirul ‘ashab.”

1142 - Disampaikan oleh Al-Walid dari Mu’awiyah bin Yahya dari Arthah bin Mundzir dari Hakim bin ‘Umair dari Tabi’ dari Ka’ab, bahawa Ali (as) berkata:

على يدي ذلك اليماني تكون ملحمة عكا الصغرى وذلك إذا ملك الخامس من أهل هرقل

“Di kedua tangan Al-Yamani itu terdapat lekukan kecil (‘Aka). Demikian itu apabila raja kelima adalah dari keluarga Herkules.”

1143 - Disampaikan oleh Al-Walid dari Yazid bin Said dari Yazid bin Arthah dari Ka’ab, katanya:

“Al-Yamani akan muncul dan membunuh bangsa Quraisy di Baitul Maqdis, dan di kedua tangannya terdapat beberapa pembunuhan (Al-Malahim).”

1238 - Disampaikan oleh Al-Walid bin Muslim dari Jarah dari Arthah, katanya:

“Di kedua tangan Khalifah Al-Yamani itu yang membawa kemenangan atas Qastantin (Constantinople) dan Rom. dan di zamannya Dajjal muncul, Isa bin Maryam (as) turun. Di kedua tangannya berlaku peperangan India, dan dia dari Bani Hasyim. Peperangan India yang pernah diceritakan oleh Abu Hurairah.”

1172 - Al-Walid berkata, Ka’ab telah berkata:

“Ia adalah seorang Yamani bangsa Quraisy. Ia adalah Amir Al-‘Ashab, Kebangsaan (Al-‘Ashab) telah merendah-rendahkan penduduk Yaman dan para pengikut mereka dari semua orang yang keluar dari Baitul Maqdis. Demikianlah ucapan yang diikuti.. dan dengan bahagian yang lebih disukai daripada kaum kami.. dikembalikan kekuasaan sesudah kedukaan.. golongan terakhir ini tidak kekal berpecah belah… dan orang ramai sebilangan besarnya perkauman (Al-‘Ashab).”

882 - Disampaikan oleh Al-Walid dan Rusydin dari Ibnu Lahi’ah dari Abu Zar’ah dari ‘Ammar bin Yasir, katanya:

“Abdullah mengikuti Abdullah, lalu pasukan-pasukan keduanya bertemu di Qarqeisia di sungai dan terjadi perang besar. Pemimpin wilayah Barat bergerak, membunuh kaum lelaki dan menawan kaum perempuan. Kemudian ia kembali - bersama Qais hingga singgah di Jazirah - kepada Sufyani. Ia kemudian mengikuti Al-Yamani, membunuh Qais di Ariha. Sufyani menggiring kumpulan mereka, kemudian bergerak ke Kufah membunuh para pendukung keluarga Muhammad. Lalu Sufyani kelihatan di Syam dengan tiga panji, kemudian berlaku kegoncangan besar bagi mereka selepas Qarqeisia. Kemudian terpecah kelompok dari bahagian belakang mereka dan menjadi satu kelompok hingga mereka memasuki daerah Khurasan. Pasukan berkuda Sufyani seumpama malam dan banjir, tiada sesuatu yang melewatinya kecuali dihancurkannya, hingga mereka memasuki Kufah dan membunuh Syiah keluarga Muhammad  (S). Kemudian mereka mencari penduduk Khurasan di segala penjuru, dan penduduk Khurasan keluar dalam mencari Al-Mahdi; mereka berdakwah unruknya dan menolongnya.”

1238  - Disampaikan oleh Walid bin Muslim dari Jarah dari Arthah, katanya:

“Di kedua tangan khalifah Yamani itulah yang membawa kemenangan atas Qastantin dan Rom. Dajjal muncul, dan di masanya muncul Isa bin Maryam (as). Di kedua tangannya terdapat peperangan India, dan dia dari bani Hasyim. Ia adalah peperangan India yang pernah diceritakan oleh Abu Hurairah.”

1290 - Dari khabar (hadits) yang panjang:

“Pada hari itu pasukan orang-orang Islam terpecah menjadi empat kelompok; kelompok yang akan syahid, kelompok yang bersabar, kelompok yang lari dan yang bergabung dengan musuh. Katanya lagi: Rom mengatasi kekuatan Arab, lalu menerima khalifah mereka Al-Quraisyi Al-Yamani Al-Shaleh bersama tiga ribu orang dan mereka mengangkatnya seorang amir yang memerintah mereka. Bersamanya tujuh puluh amir yang semuanya layak pemegang panji. Maka yang terbunuh dan yang sabar pada hari itu dalam menerima pahala.”

1300 - Dari khabar (hadits) yang panjang:

“Mereka mengatakan bahawa Arab memperdaya kami, menghalangi hak kami, menghancurkan salib kami dan membunuh di kalangan kami. Maka raja mereka sangat murka, lalu mengumpulkan sebuah kumpulan yang besar dari Rom dan berdamai dengan siapapun yang boleh dari semua umat. Inilah awal pembunuhan yang besar. Kemudian orang-orang Islam bergerak kepada mereka dan khalifah mereka pada hari itu adalah Al-Yamani.” Ka’ab pernah mengatakan: “Ia adalah seorang Yamani dari Quraisy. Mereka berperang bagi persediaan di muka bumi.”

953 - Disampaikan oleh Abu Yusuf dari Fithr bin Khalifah dari Hasan bin Abdur-Rahman Al-‘Akli dari Abu Hurairah (ra), katanya:

يخرج السفياني والمهدي كفرسي رهان فيغلب السفياني على ما يليه والمهدي على ما يليه  - المهدي اليماني والرايات السود في العراق لن يكون لها الظفر في هذه المرحلة وهذا يدلنا ان الرايات السود هذه في مرحلة متقدمة زمنيا عن تلك التي لا يردها شيء تنصب بايلياء والتي هي انعكاس لهذه وامتداد لها ولهذا عبر عن الرايات السوداء الاصلية بانها صغار

“Muncul Sufyani dan Al-Mahdi seperti dua kuda taruhan (lumba); Sufyani memenangkan akan apa yang dilewatinya, dan Al-Mahdi memenangkan akan apa yang dilewatinya.”
Jadi Al-Mahdi Al-Yamani dan panji-panji hitam di Iraq tidak ada kemenangan pada peringkat ini. Hal ini menunjukkan bahawa panji-panji hitam ini dalam peringkat pendahuluan bagi tempoh itu yang mana tidak ada satupun yang dapat mengusirnya hingga ia tertancap di Iliya dan ia mencerminkan lanjutannya dan bagi menyatakan ia melalui panji-panji hitam yang asal kerana ia masih kecil (baru).

903 - Disampaikan oleh Rusydin dari Ibnu Lahi’ah dari Abu Qabil dari Syafi dari Tabi’ dari Ka’ab, katanya:

“Apabila berkuasa seorang lelaki Syam dan yang lain dari Mesir, orang Syam dan orang Mesir berperang. Orang-orang Syam menawan beberapa kabilah dari Mesir. Maka datang seorang lelaki dari Timur dengan panji-panji hitam yang kecil sebelum pemimpin Syam. Dialah yang menunaikan ketaatan kepada Al-Mahdi.” Abu Qabil mengatakan; “Di Afrika, akan ada amir selama dua belas tahun, kemudian akan ada fitnah sesudahnya. Kemudian seorang lelaki berkulit sawo matang berkuasa dan memenuhi keadilan, kemudian bergerak kepada Al-Mahdi dan menunaikan ketaatan kepadanya serta berperang di pihaknya.”

906 - Disampaikan oleh Muhammad bin Abdullah Abu Abdillah Al-Tihrati dari Abdur-Rahman bin Ziyad bin An’am dari Muslim bin Yasar dari Said bin Musayab berkata, bahawa Rasulullah  (S) bersabda:

“Akan muncul dari Timur panji-panji hitam milik bani Abbas, kemudian mereka menetapi masa yang dikehendaki Allah. Kemudian muncul panji-panji hitam kecil dari Timur memerangi seorang lelaki dari anak keturunan Abu Sufyan dan para pengikutnya, mereka menunaikan ketaatan kepada Al-Mahdi.”

Panji-panji hitam kecil ini merupakan cerminan panji-panji hitam pimpinan mereka:

Demikian halnya dengan panji-panji Khurasan merupakan cerminan panji pimpinan juga, tetapi datangnya pada peringkat masa terkebelakang mencari pimpinannya Al-Mahdi. Dari sini tidaklah mungkin dikatakan bahawa Al-Mahdi dan panji-panji hitam bermula di Khurasan. Jika mungkin, bagaimana mereka muncul dalam mencari Al-Mahdi?

912-Disampaikan oleh Al-Walid bin Muslim dan Rusydin bin Said dari Ibnu Lahi’ah dari Abu Qabil dari Abu Ruman dari Ali bin Abi Thalib (ra) katanya:

“Apabila pasukan Sufyani bergerak ke Kufah (Iraq), ia mengirim untuk mencari orang-orang Khurasan. Sedangkan orang-orang Khurasan bergerak dalam mencari Al-Mahdi. Lalu bertemu dia dan seorang Hasyimi dengan panji-panji hitam di barisan hadapannya adalah Syu’aib bin Shaleh. Maka dia dan para pengikut Sufyani bertemu di pintu Ishthikhar. Terjadi pertempuran besar di antara mereka. Panji-panji hitam itu menang, dan pasukan Sufyani lari. Ketika itu orang-orang mengharapkan dan mencari Al-Mahdi.”

Di antara perbexaan-perbexaan di antara panji Khurasan dan panji Iraq, bahawa panji Iraq digambarkan kelompok kecil dan ini tidak berlaku bagi panji-panji Khurasan mereka digambarkan mempunyai lapan puluh ribu orang yang hati mereka dipenuhi iman laksana delima yang penuh kasih sayang.

911-Disampaikan oleh Dhamrah dari Ibnu Syauzhab katanya;

“Aku di sisi Al-Hasan, kami mengingatkan Khamsh dengan katanya: “Mereka orang-orang paling bahagia dengan “gambaran kasar pertama” dan paling sengsara dengan “gambaran kasar yang kedua”. Kami bertanya, “Apakah gambaran kasar kedua itu wahai Aba Said?” Abu Thahawi berkata, “Muncul dari arah Timur bersama lapan puluh ribu orang yang hati mereka penuh keimanan laksana buah delima yang penuh kasih sayang. Selebihnya gambaran kasar pertama atas tangan mereka.

Maksud gambaran kasar pertama yang memasuki Iraq atas nama Ahl Al-Bait, padahal mereka adalah tandingan-tandingan bani Abbas yang keluar meneriakkan syiar (slogan) Al-Husein!” kemudian mereka menjadi orang-orang yang paling kejam terhadap anak-anakanya. Sampai seorang penyair mengungkapkan:

“Demi Allah, apa yang diperbuat bani Umayah terhadap mereka, - adalah sepersepuluh dari apa yang diperbuat bani Abbas.”

Rakan-rakan (keturunan) bani Abbas hari ini juga meneriakkan syiar cintakan Al-Husein dan menangisinya, sementara mereka juga memerangi anaknya, Al-Qaim Al-Mahdi. Bahkan mereka memberi contoh yang buruk, yang membuat banyak orang-orang Islam berpaling dari agama yang lurus ini.

906- Disampaikan oleh Muhammad bin Abdullah Abu Abdillah Al-Taiharati dari Abdur-Rahman bin Ziyad bin An’am dari Muslim bin Yasar dari Said bin Musayab katanya, bahawa Rasulullah  (S) bersabda:

يخرج من المشرق رايات سود لبني العباس ثم يمكثون ما شاء الله ثم تخرج رايات سود صغار تقاتل رجلا من ولد أبي سفيان وأصحابه من قبل المشرق يؤدون الطاعة للمهدي

“Akan keluar dari Timur panji-panji hitam bagi Bani Al-Abbas, lalu mereka ditetaplan apa yang dikehendaki Allah. Kemudian keluar panji-panji hitam kecil yang memerangi seorang lelaki dari anak keturunan Abi Sufyan dan para pengikutnya dari arah Timur mereka itu beralih mentaati Al-Mahdi..”

Perintah Rasulullah (S) agar turut serta dengan panji-panji hitam itu apabila telah muncul, sebagaimana riwayat ini:

Disampaikan oleh Abu Nashr Al-Khafaf dari Khalid dari Abu Qilabah dari Tsauban, katanya:

“Jika kalian melihat panji-panji hitam muncul dari Khurasan, maka datangilah ia, walaupun dengan merangkak di atas salji. Kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi. [28]

Yang jelasnya bahawa Al-Mahdi menemui panji-panji hitam pada masa ini, di saat mereka muncul, dan mengalahkan Sufyani dalam peperangan Isthikhar. Sebagaimana dilihat dalam beberapa riwayat menunjukkan bahawa orang-orang ketika itu mengharapkan dan mencari Al-Mahdi.  Sayangnya umat selalu dalam demikian, menantikan pembukaan Mekah baharulah mereka beriman kepada Muhammad. Sedangkan pada awal dakwah baginda, betapa sedikitnya penolong baginda.

Al-Mahdi inilah orang pertama yang mencegah bencana Ahl Bait Nabi (S), tidak mungkin ada Mahdi lainnya sebelum dia. Seandainya ada, pastilah bumi dipenuhi keadilan atau setidaknya mencegah bencana dari Ahl Bait Nabi  (S).

Dibawakan hadits dalam Sunan Ibnu Majah; Disampaikan oleh Utsman bin Abu Syaibah, dari Muawiyah bin Hisyam, dari Ali bin Saleh dari Yazid bin Abu Ziyad dari Ibrahim dari ‘Alqamah dari Abdullah, katanya:

“Ketika kami berada di sisi Rasulullah  (S), datang sejumlah pemuda bani Hasyim. Apabila Nabi (S) melihat mereka, berlinang kedua air matanya dan berubah warna air mukanya. Katanya: Maka aku katakan, “Kami melihat sesuatu yang tidak kami suka di wajah baginda.” Maka baginda bersabda, “Kami Ahl Bait dipilih Allah untuk kami akhirat berbanding dunia. Sesungguhnya Ahl Baitku akan mennghadapi bencana sesudahku, pelarian (pengusiran) dan dikerumuni. Sehingga datang kaum dari Timur bersama panji-panji hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Lalu mereka berperang dan mencapai kemenangan, maka diberikan apa yang mereka pinta. Namun mereka menolaknya, sampai mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari Ahl Baitku. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan sesudah dipenuhi kezaliman. Sesiapa di antara kalian yang mendapati demikian, maka datangilah mereka sekalipun dengan merangkak di atas salji.”         

Disahihkan (hasan) oleh Ibnu Katsir dalam kitab “Al-Bidayah wa Al-Nihayah”, juz 9, hal 278, katanya: “Sanadnya adalah hasan.” Dan disahihkan (hasan) juga oleh Al-Albani dalam “Silsilah Al-Ahadits Al-Dha’ifah”, nombor 85, 1/195,. Al-Albani mengatakan: “diikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam juz 2, halaman 517-518, membawakannya melalui jalur ‘Alqamah dari Ibnu Mas’ud secara marfu’ mengenai riwayat Tsauban yang kedua. Sanadnya hasan seperti sebelum ini. Di dalamnya terdapat Yazid bin Abi Ziyad dan dia diperselisihkan, maka adalah baik untuk berdalil dengannya. Di dalamnya juga tidak disebutkan kata “khalifan Allah” maupun kata “Khurasan”.





---------------------
 [1] - Ghaibah Al-Thusi halaman 150, dan tidak ada wasiat Rasulullah (S) dituliskan selain dari riwayat ini. Sesiapa yang ingin menuduh Nabi (S) (baginda jauh dari) melanggar Al-Quran, iaitu firman Allah:
كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ 
Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, berwasiat  jika ia meninggalkan kebaikan....
[2] Dalam (Al-Nihayah) (hal. 26) sebagai mana juga dinukilkan Abi Ya’la Al-Baidhawi dalam Hamisy Al-‘Aarif Al-Waradi oleh Al-Suyuthi halaman (1/62) http://islamport.com/d/1/ajz/1/160/527.html
[3] Al-Suyuthi di dalam Al-Hawi Li Al-fatawa p 290
[4] Jawab Al-Suyuthi mengikut nukilan yang disahkan Abi Ya’la Al-Baidhawi dalam Hamisy Kitab Al-‘Aarif Al-Waradi oleh Al-Suyuthi nombor (1/156)
 [5] ‘Aqag Al-Durar halaman (1/29) http://islamport.com/d/1/aqd/1/256/1002.html
[6] Fitan Al-Marwazi hadits No 1095
[7] Fitan Al-Marwazi hadits No 920
[8] Fitan Al-Marwazi hadits No 917 -
[9] Fitan Al-Marwazi hadits No 1011 –
[10] Dua belas ribu atau lima belas ribu tentulah tidak mungkin dikumpulkan dalam masa semalaman dan mesti ada seruan (dakwah) akidah-akidah pada permulaannya yang memakan masa untuk menghimpunkan dan mengibarkan panji-panjinya.
Dalam Fitan Al-Marwazi hadits No 804 –
Diceritakan kepada kami Al-Walid dari Abi Abdillah dari Abdul Karim dari Ibn Al-Hanafiah katanya: Di antara keluarnya panji-panji hitam dari Khurasan dan Syu’aib bin Shaleh dan keluarnya Al-Mahdi dan di antara menyerahkan kepada Al-Mahdi adalah tujuh puluh dua bulan.
Dalam hadits No. 894 - Diceritakan kepada kami Al-Walid bin Muslim dari Abi Abdillah dari Abdul Karim dari Abi Umaiyah dari Mohammed bin Al-Hanafiah katanya:
Keluarnya panji hitam Bani Abbas kemudian keluar dari Khurasan panji-panji hitam yang lain mereka pakai serban hitam dan pakaian mereka putih di barisan hadapan seorang lelaki dikatakan ia adalah: Syu’aib bin Shaleh atau Shaleh bin Syu’aib daripada (suku) Tamim mengalahkan Tentera Sufyani sehingga dia (Syu'aib bin Salih) tiba ke Bait Al-Maqdis, dia akan meletakkan asas bagi (masa depan) kuasa pemerintahan Al Mahdi. beliau akan dibekalkan dengan tiga ratus orang dari Al-Syam (Syria).  dari masa dia keluar (dari Khurasan) sehingga ia menyerahkan urusan itu kepada Mahdi, akan berlalu tujuh puluh dua bulan lamanya
[] Amat (أمت) ialah syiar (slogan) umat Islam di Badar, sebahagian daripada mereka mengetahuinya. Dan Amat: bermaksud Ketinggian dan kerendahan itu. Dan Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿لا تَرَى فِيهَا عِوَجاً وَلا أَمْتاً﴾                 
"tidak ada sedikitpun kamu lihat padanya tempat yang rendah dan yang tinggi-tinggi." [Tha Ha 20:107] makna darinya adalah syiar untuk mengimbangi Ketinggian oleh kerendahan dan istiqamah pada jalan meninggalkan kepalsuan dan menegakkan kebenaran. Dan Amat adalah berdoa kepada Allah untuk mematikan (meninggalkan - Imaatah) kepalsuan dan menegakkan kebenaran. Dan mendorong orang yang beriman untuk mematikan (Imaatah) kepalsuan dan menegakkan kebenaran.  – pent.
[11] Al-Mu’jam Al-Ausath oleh Al-Thabrani 4052 –
[12] Fitan Al-Marwazi hadits No 1005 -
[13] Fitan Al-Marwazi hadits No 1006 -
[14] Khutbah Al-Bayan Al-Masyhurah Al-Nisbah oleh Imam Ali dan disalin dari Kitab Al-Durr Al-Mundzam Fi Al-Sirr Al-A'dzam oleh Kamal Al-Din Abi Salim Mohammed Bin Thalhah Al-Syafei, salah seorang daripada ulama besar Al-Sunnah telah disahkan (tsabit) di sisi ulama Tharekat, dia meninggal dunia pada tahun 652 Hijrah, telah berkata dalam naskah khutbah berbunyi:
Telah disahkan (tsabit) di sisi ulama Tharekat dan para ulama Hakikat dengan salinan yang sahih dan pendedahan yang jelas bahawa Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib, (Karama Allah Wajhah) berdiri di atas mimbar di Kufah, dan dia berkhutbah dan katanya:
Bismi Allah Al-Rahman Al-Rahim Segala puji bagi Allah, Pencipta langit dan bumi, dan Penciptanya mencipta keindahan yang terbentang, dan pemikul beban dengan gunung-gunungnya yang kukuh dan tanah luas saujana yang menusuk mata hingga membeliakkannya dan mengutus angin dan mengimbau hati... dan seterusnya. Dan apa yang dikatakan padanya: Abu Salim Al-Nashibi 582-652 H = 1186-1254 M, Mohammed Bin Talha bin Mohammed bin Al-Hassan, Kamal Al-Din Al-Qurasyi Al-Nashibi Al-‘Aadawi Al-Syafei, Abu Salim: Menteri Penulisan kesusasteraan. dilahirkan di Al-‘Amriyah (dari kampung-kampung Nashibin) dan berpindah ke Naisabur, dan Ketua Kementerian di Damsyik, kemudian meninggalkanya dan zuhud. Beliau meninggal dunia di Haleb, Kitabnya (Al-‘Aqad Al-Farid Li Al-Malik Al-Sa’eid - Tha).. dan (Muthalib Al-Suul Fi Manaqib Aal Al-Rasul - Kha) dan (Al-Durr Al-Mundzam Fi Al-Sirr Al-A'dzam - Kha) dan (Miftah Al-Falah Fi Ai-I’tiqad 'Ahl Al-Shalah - Kha) Tasauf, dan (Nafais Al-‘Anashir Li Majalis Al-Malik Al-Nashir - Kha). Sumber: Al-A’lam – Khair Al-Din Al-Zarkali - Jilid 6 - halaman 175, berkata mengenainya Al-Imam Ibn Al-‘Amad Syahab Al-Din Al-Hanbali Al-Damsyiqi. Di dalamnya ada Al-Kamal Mohammed Bin Talha bin Mohammed bin Al-Hassan Kamal Al-Din Abu Salim Al-Qurasyi Al-Nashibi Al-‘Aadawi Al-Syafei Mufti aliran. Kitab Al-‘Aqad Al-Farid salah satu terbitan berkedudukan dan ketua-ketua ulama yang diagungkan. Dilahirkan pada tahun 582 H, dan dia mendengar di Naisabur dari Al-Muid, dan syair Zainab. yang berilmu (memahami), Cemerlang di dalam Fiqh, Ushul dan perbandingan. Dihantar untuk raja-raja, dan ada kemajuan... dan disediakan Kitab Al-Durr Al-Mundzim pada nama Allah Al-A’dzam. Dan pada mulanya berpaling menghapuskan Nashibin, kemudian penaung guru Damsyik, kemudian oleh kerana zuhud pada dunia, ia berhaji, Maka tidak kembali tinggal di Damsyik sedikit pun, kemudian mengembara ke Haleb dan meninggal dunia pada bulan Rejab. - Syazharat Al-Zhahab Fi 'Akhbar Min Zhahab Jilid 7 halaman 447 tahun kejadian 652 H Terbitan Dar Ibn Kathir disahkan oleh Al-Arnawuuth.
[15] Mu’jam Ibn Al-‘Arabi halaman (3/379) hadits No. 1375. Nombor-nombor dalam kitab ini secara automatik tidak sepadan dengan versi cetakan http://islamport.com/d/1/ajz/1/444/1163.html
[16] Tarikh Dimasyq halaman (1/28) http://islamport.com/d/1/trj/1/192/4188.html
 [17] Al-Mustadrak, hadits No. 8809 bernombor secara automatik http://islamport.com/d/1/mtn/1/21/453.html
[18] Kitab Fadhail Al-sahabah No. hadits 1125 Pengarang: Ahmad ibn Hanbal, Abu Abdullah Al-Shaibani, Penerbit: Muassasah Al-Risalah - Beirut Cetakan Pertama 1403 H -1983 M disahkan oleh: Dr. Washi Allah Mohammed Abbas. Bab (dan Keutamaan Ali (ra) dari hadits Abu Bakar bin Malik dari Syeikh-syeikhnya selain Abdullah.
[19] Kanz Al-‘Amal hadits No. 31760 - Pengarang: Ali bin Husam Al-Din, Al-Muttaqi Al-Hindi, penerbit: Muassasah Al-Risalah - Beirut 1989 http://islamport.com/d/1/krj/1/77/1042.html
[20] Perenggan ini adalah apa yang diriwayatkan dalam kitab-kitab Syiah Imam Muhammad Al-Baqir (as): Tiada panji yang lebih mendapat petunjuk selain daripada panji Al Yamani, panjinya adalah panji petunjuk, kerana dia mengajak kepada tuan punya kamu (Imam Al Mahdi a.s). apabila keluar Al Yamani, maka diharamkan penjualan senjata ke atas orang ramai dan setiap muslim.Dan apabila keluar Al Yamani, maka pergilah kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Dan diharamkan bagi muslim untuk berpaling daripadanya, dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus.
[21] Fitan Al-Marwazi hadits No 836 -
[22] lebih tepat lagi, Al-Ghadgab (Yang Murka) adalah mengikut budi bicara tanda baca.
[23] Fitan Al-Marwazi hadits No 913
[24] Tambahan pula ditangguhkan masa penenggelaman, kerana tidak akan diketahui mengenainya kerana ia hanya satu pelindung, oleh itu tidak boleh ditakwil untuk mengenal Al-Mahdi. – Dalam Kitab Fitan Al-Marwazi hadits No: 934 - diceritakan kepada kami, Ibn Wahab dari Ibn Lahi'ah dari Khalid bin Abi Imran dari Hanasy bin Abdullah, telah mendengar Ibnu Abbas (ra) berkata, Penduduk Madinah telah menghantar tentera kepada orang-orang Bani Hashim di Mekah. Maka mereka mengalahkannya dan ia didengar oleh Khalifah di Syam lalu memutuskan untuk menghantar kepada mereka enam ratus tentera berkuda. Maka apabila mereka sampai di Al-Baida’ mereka ditenggelamkan pada malam bulan terang. Mereka menerima perlindungan yang memerhatikan mereka dan ia sungguh ajaib. dan mereka berkata: Aduhai celakalah orang Makkah atas apa yang mereka telah alami. Lalu mereka datang keluar mencari domba-domba dan kemudian kembali kerana tidak melihat seekor pun yang ditenggelamkan bersama mereka. Maka mereka berkata Subhana Allah! Mereka berangkat dalam masa satu jam. Lalu mereka pulang ke rumah dan mendapati sebahagian kelengkapan telah tenggelam dan sebahagian daripadanya timbul di atas tanah bekas-bekasnya, tidaklah susah untuk menyedarinya bahawa ia telah tenggelam bersama meraka, maka bermula dengan penduduk Mekah maka tersebarlah beritanya. Telah berkata penduduk Mekah Syukurlah (Al-Hamdu Lillah) berita yang kamu sampaikan. Lalu mereka pergi ke Syam. Ia berakhir

Dalam Hadits No: 937 - diceritakan kepada kami Rushdin Ibn Lahi'ah dari Abu Zar’ah dari Mohammed bin Ali katanya: Orang akan mencari perlindungan di Mekah, dihantar tujuh puluh ribu orang lelaki dari Qais, sehingga mereka tiba pada jurang dan masuk (tenggelam) semuanya, tidak dapat keluar lagi. Pertamanya (sebelumnya) Jibril telah menyeteru di (padang pasir) Baida’: Wahai Baida’! Wahai Baida’! Dapat didengar di Timur dan di Barat pada pendengaran mereka. Tidak ada kebaikan pada mereka dan tidak selamat dari kebinasaan mereka, kecuali dilindungi seorang gembala di pergunungan yang melihat mereka ketika tenggelam. Berita mereka apabila didengar mereka yang mencari perlindungan itu telah keluar.

Dalam Hadits No: 942 - diceritakan kepada kami Al-Walid dan Rushdin Ibn Lahi'ah dari Abi Qubail dari Abi Ruman dari Ali (ra) katanya: Apabila tentera keluar mencari orang-orang yang pergi ke Mekah dan mereka berkemah di Al-Baida’ mereka ditenggelamkan dan dibinasakan. Ia adalah Firman Dia AWJ
﴿وَلَوْ تَرَىٰ إِذْ فَزِعُوا فَلَا فَوْتَ وَأُخِذُوا مِن مَّكَانٍ قَرِيبٍ﴾
Dan (alangkah hebatnya) jikalau kamu melihat ketika mereka terperanjat ketakutan; maka mereka tidak dapat melepaskan diri dan mereka ditangkap dari tempat yang dekat,[Saba 34:51] 
di antara mereka keluar seorang lelaki daripada tentera mencari seekor unta, dan kemudian kembali orang-orangnya dan tidak bertemu seorang pun daripada mereka dan tidak melihat mereka. Dialah orang yang menceritakan kepada orang lain peristiwa yang berlaku.

Dalam Hadits No: 948 - Diriwayatkan Abu ‘Umar Al-Basri dari Al-Wahab bin Hussein dari Mohammed bin Tsabit daripada bapanya, daripada al-Harith dari Abdullah beliau berkata: Allah Taala berfirman, Wahai Baida’ (padang pasir) dengan tanganKu kamu binasakanlah lalu mereka hilang melainkan seorang lelaki dengan Kemuliaan dan Kekuasaan Allah diselamatkan muka dan bahagian atas lehernya untuk memberitahu orang ramai mengenai mereka
[25] Fitan Al-Marwazi hadits No 893 -
[26] Imam Al-Ahmad Hassan (as) berkata: Mekah dari Tuhamah dan Tuhamah dari Yaman Muhammad dan Aali Muhammad kesemua mereka orang-orang Yaman. .. Berakhir:
Ini adalah dalam kitab Al-Sunnah: Dalam Kanz Al-‘Amal hampir lebih daripada tiga puluh riwayat dengan perkataan Al-Aiman Yaman.
dan dalam Kitab Majmu’ Al-Zawaid oleh Al-Haitami hadits No 16548 dari Rasulullah (S), baginda bersabda
dalam riwayat: "Aku dari Yaman, dan Hadhramaut adalah lebih baik daripada Bani Al-Harith, Aku tidak peduli kepada binasa pada kedua-duanya tida pada ketua maupun raja selain Allah. ")) Riwayat Ahmad secara muttashil (bersambung)  dan mursal, dan Al-Tabaraani menyebutnya terputus pada Basar bin ‘Ubaidillah, dan semua perawi (tsiqah) boleh dipercayai.
[27] - Fitan Al-Marwazi oleh Naim bin Hammad hadits No. 1299 Penerbit: Maktabah Al-Tauhid – Kaherah  cetakan  pertama, tahun 1412 Disahkan: Samir Amin Zuhairi http://islamport.com/d/1/aqd/1/137/400.html
[28] Fitan Al-Marwazi oleh Naim bin Hammad hadits No. 896 Penerbit: Maktabah Al-Tauhid – Kaherah  cetakan  pertama, tahun 1412 Disahkan: Samir Amin Zuhairi http://islamport.com/d/1/aqd/1/137/399.html


                           Bincang IV << ✡✡✡✡✡ >> Bahagian VI 


Tiada ulasan: