Bahagian
Kesembilan:
Hadits-hadits Mengenai Rukya (Mimpi):
Rasulullah (S) mengambil berat tentang rukya
(mimpi). ketelitian baginda mentafsir dan menta’bir mimpi sehingga diriwayatkan
dari baginda (S), Bahawa baginda bertanya para sahabat baginda setiap kali
selepas sholat subuh; adakah terdapat sebarang perkara yang mengembirakan
(mengenai mmpi)..dan baginda menyuruh mereka supaya memotong kuku kerana rukya
(mimpi) akan lambat datang kepada mereka. Baginda (S) bersabda kepada mereka.
Bagaimana boleh datang kepada kamu malaikat membawa mimpi sedangkan terdapat
kotoran di bawah kuku-kuku kamu..
.
Telah ditulis dalam hadits Sunni bab-bab mengenai
rukya (mimpi), Kami akan mengambil Sunan Ibn Majah [1] sebagai
contoh yang dapat kita pelajari daripada rukya (mimpi) di dalam hadits-hadits
tersebut, ia dibawakan mengikut kitab dan disebutkan nombornya:
35 - Sunan Ibn Majah - Kitab Ta’bir Mimpi
(2/1281)
(1) Bab Rukya Al-Sholehah (Mimpi Yang Baik) Dilihat
Seorang Muslim, Atau Yang Akan Ditunjukkan Kepadanya
(2/1281)
حدثنا
هشام بن عمار . حدثنا مالك ين أنس . حدثني إسحاق بن عبد الله بن أبي طلحة عن أنس
بن مالك : قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ( الرؤيا الحسنة من الرؤيا
الحسنة من الرجل الصالح جزء من ستة وأربعين جزءا من النبوة (
3893 – Diceritakan kepada kami Hisyam bin ‘Ammar. Diceritakan
Anas bin Malik. dari Ishaq bin Abdullah bin Abi Thalhah dari Anas bin Malik
katanya: Rasulullah (S) bersabda, rukya (mimpi) yang baik daripada rukya yang
baik dan daripada manusia yang soleh dan satu per empat puluh enam bahagian
kenabian (nubuwah))
[3893 – Syin ش -
hakikat bahagian atau pecahannya tidak dapat ditunjukkan dengan jelas. Kerana
disebutkan dalam riwayat-riwayat juga berbeza-beza. Dan kadar yang mahu dijelaskan
pada rukya (mimpi) adalah selaras dengan nubuwah. Di mana mereka melihat yang
ghaib melalui malaikat adalah baik (sahih). ] Syeikh Al-Albani berkata ia adalah
sahih
(2/1282)
3894 - Diceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abi Syaiyiyah.
dari Abdul A’laa dari Mu’ammar dari Al-Zuhri dari Sa’id dari Abu Hurairah
bahawa Nabi (S) bersabda (Rukya (mimpi) adalah sebahagian daripada empat puluh
enam bahagian kenabian (nubuwah)). Syeikh Al-Albani berkata ia adalah sahih
(2/1282)
3895 - Diceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abi Syaiyiyah
dan Abu Karib, berkata diceritakan kepada kami ‘Ubaidullah bin Musa diceritakan
kepada kami Syaiban dari Firas dari ‘Athiyah dari Abi Sa'id Al-Khudri bahawa
Nabi (S) bersabda (Rukya (mimpi) seorang lelaki muslim adalah baik, ia satu per
tujuh puluh bahagian daripada kenabian) dalam Al-Zawaid di dalam Isnadnya Athiyah
bin Abu Sa'id Al-‘Aufi Al-Bajali, ia adalah lemah. Syeikh Al-Albani berkata
adalah Shahih
(2/1282)
3896 - Diceritakan kepada kami Harun bin Abdullah Al-Jamali.
Beritahu kami Sufian bin ‘Aiyinah dari ‘Ubaidullah bin Abi Yazid daripada
bapanya, daripada Ibn Thabit dari Ummu Kiraz Al-Ka’biyah berkata, aku mendengar
Rasulullah (S) bersabda: Kata (ذهبت
النبوة وبقيت المبشرات) - (Kenabian berlalu dan tinggallah
khabar yang mengembirakan) dalam Al-Zawaid Isnadnya shahih. Orang-orangnya
(perawi) tsiqah [3896 - Syin ش - (ذهبت النبوة - kenabian berlalu) iaitu akan berlalu kewafatan baginda (S)
dan baginda (S) adalah penutup nabi-nabi, tidak ada nabi selepas baginda. (المبشرات - khabar yang mengembirakan) khabar yang mengembirakan yang baik dari Rukya
(mimpi) ] Syeikh Al-Albani berkata
adalah Shahih
(2/1283)
3897 - Diceritakan kepada kami Ali bin Muhammad menceritakan
kepada kami. dari Abu Usama dan ‘Ubaidullah bin Namir dari‘Ubaidullah bin ‘Umar
dari Nafi’ dari Ibnu ‘Umar: Rasulullah (S) bersabda (Rukya (mimpi) yang baik
adalah daripada satu per tujuh puluh bahagian kenabian). Syeikh Al-Albani
berkata adalah Shahih
(2/1283)
3898 - Diceritakan kepada kami Ali bin Muhammad dari
Waki’ dari Ali bin Al-Mubarak dari Yahya bin Abi Katsir dari Abi Salamah bin
ibadah bin Al-Shamat katanya, Aku bertanya kepada Rasulullah (S) mengenai firman
Allah SWT:
ۚ ﴿لَهُمُ الْبُشْرَىٰ
فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ﴾
Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan
akhirat. . Baginda (S) bersabda (Ia adalah Rukya (mimpi) yang baik, yang dilihat oleh muslim atau yang ditunjukkan
kepadanya)
(2/1283)
حدثنا إسحاق بن إسماعيل
الأيلي . حدثنا سفيان بن عيينة عن سليمان بن سحيم عن إبراهيم بن عبد الله بن معبد
بن عباس عن أبيه عن ابن عباس قال كشف رسول الله صلى الله عليه و سلم الستارة في
مرضه . والصفوف خلف أبي بكر . فقال ( أيها الناس إنه لم يبق من مبشرات النبوة إلا
الرؤيا الصالحة . يراها المسلم أو ترى له ) . قال الشيخ الألباني : صحيح
3899 - Diceritakan kepada kami Ishak bin Ismail Al-Ailaa.
dari Sufian bin ‘Aiyinah dari Sulaiman bin Suhaim dari Ibrahim bin Abdullah bin
Ma’id bin ‘Abbas bin daripada bapanya, daripada Ibn Abbas berkata, Rasulullah (S)
membuka tirai ketika baginda sakit. Dan ada shaf-shaf di belakang Abu Bakr. Baginda
bersabda (wahai manusia, sesungguhnya tidak tinggal khabar yang mengembirakan nubuawah
melainkan rukya Al-Sholehah (mimpi yang baik), orang islam akan melihatnya atau
akan ditunjukkan kepadanya). Syeikh Al-Albani berkata adalah Shahih.
(2)
Bab Rukya (Mimpi/Melihat) Nabi (S) Dalam Tidur
(2/1283)
حدثنا علي بن محمد .
حدثنا وكيع عن سفيان عن أبي إسحاق عن أبي الأحوص عن عبد الله عن النبي صلى الله
عليه و سلم : قال ( من رآني في المنام فقد رآني في اليقظة فإن الشيطان لا يتمثل
على صورتي )
3900 - Diceritakan kepada kami Ali bin Muhammad dari
Waki’ dari Sufian Abu Ishaq dari Abu Ahwash dari Abdullah bahawa Nabi (S) bersabda
(Sesiapa yang melihatku dalam mimpi (tidur) telah melihat saya dalam terjaga, kerana
syaitan tidak boleh menyerupaiku)
[3900 - Syin ش -
(telah melihatku dalam terjaga) Iaitu bermimpi (rukya) benar. Seolah-olah rukyanya
(penglihatannya) waktu jaga. (tidak boleh menyerupai) Iaitu tidak boleh muncul dilihat
sebagai disangka Nabi (S). Syeikh Al-Albani berkata ia adalah shahih
(2/1284)
3901 - Diceritakan kepada kami Abu Marwan Al-‘Utshmani
berkata; Diceritakan kepada kami Abdul Aziz bin Abu Hazim dari Al-‘Alaa bin
Abdul Rahman daripada bapanya, daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah (S) bersabda
(Sesiapa yang melihatku dalam mimpi (tidur) maka ia telah melihatku, kerana syaitan
tidak boleh menyerupaiku.) Syeikh Al-Albani berkata ia adalah shahih
(2/1284)
3902 - Diceritakan kepada kami Muhammad bin Ramh dari
Al-Laith bin Sa’ad dari Abu Zubair Jabir bahawa Rasulullah (S) bersabda
(Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, maka ia telah melihatku. Sesungguhnya
syaitan tidak boleh menyerupaiku). Syeikh Al-Albani berkata ia adalah shahih
(2/1284)
3903 - Diceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abi Syaibah
dan Abu Karib katanya Diceritakan kepada kami Bakr dari Ibn Abdul Rahman. dari Isa
bin Mukhtar dari Ibn Abi Laila dari ‘Athiyah dari Abu Said dari Nabi (S) bersabda
(Sesiapa yang melihatku dalam mimpi maka ia telah melihatku. Kerana syaitan
tidak boleh menyerupaiku) di dalam Al-Zawaid isnadnya dhaif didhaifkan ‘Athiyah
bin Saad Al-‘Aufi dan Ibn Abi Laila. Namanya Muhammad bin Abd Al-Rahman Ibn Abi
Layla. Syeikh Al-Albani berkata ia adalah shahih
(2/1284)
3904 - Diceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya.
Dari Sulaiman bin Abdul Rahman Al-Damsyiqi. dari Sa’adan bin Yahya bin Shaleh
Al-Lakhmi. dari Shidqah bin Abi Imran dari ‘Aun bin Abi Juhaifah daripada
bapanya bahawa Rasulullah (S) bersabda (Sesiapa yang melihatku dalam mimpi,
seolah-olah dia melihatku waktu jaga. Kerana syaitan tidak boleh menyerupaiku) Di
dalam Al-Zawaid isnadnya hasan. Kerana Shidqah bin Abi Imran khilaf di
dalamnya.
Syeikh Al-Albani berkata ia adalah hasan shahih
(2/1284)
حدثنا محمد بن يحيى .
حدثنا أبو الوليد . قال أبو عوانة . حدثنا عن جابر عن عمار هو الدهني عن سعيد بن
جبير عن ابن عباس : قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ( من رآني في المنام
فقد رآني . فإن الشيطان لا يتمثل بي ) في الزوائد في إسناده جابر الجعفي وهو متهم
. قال الشيخ الألباني : صحيح
3905 - Diceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya,
dari Abu Al-Walid. Abu ‘Awana berkata. Diceritakan kepada kami Jabir dari ‘Ammar
dan dia adalah Al-Zhahabi dari Sa’eid bin Jubair dari Ibnu Abbas: Rasulullah (S)
bersabda (Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, maka ia telah melihatku, Kerana
syaitan tidak boleh menyerupaiku.) Di dalam Al-Zawaid pada isnadnya Jabir Al-Ja’fi
Beliau dituduh. Syeikh Al-Albani berkata ia adalah shahih
(3) Bab Rukya (Mimpi) Ada Tiga
(2/1285)
حدثنا أبو بكر بن أبي
شيية . حدثنا هوءذة بن خليفة . حدثنا عوف عن محمد بن سيرين عن أبي هريرة عن النبي
صلى الله عليه و سلم : قال ( الرؤيا ثلاث فبشرى من الله . و حديث النفس وتخويف من
الشيطان . فإذا رأى أحدكم رؤيا تعجبه فليقص إن شاء . وإن رأى شييا يكرهه فلا يقصه
على أحد . وليقم يصلي ) في الزوائد في إسناده هوذة بن خليفة قال ابن معين هوذة بن
خليفة ضعيف
3906 - Diceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abi Syaibah,
dari Huazhah bin Khalifah, dari Auf, dari Muhammad bin Sirin dari Abu Hurairah
bahawa Nabi (S) bersabda (Rukya (mimpi) ada tiga, Khabar gembira dari Allah. Percakapan
diri sendiri dan ugutan (ditakut-takutkan) syaitan. Jika seseorang melihat rukya
(mimpi) yang dikaguminya - hendaklah
ia berkata adalah dikehendaki
(semoga berlaku). Jika dia melihat rukya (bermimpi) sesuatu yang
dibenci janganlah menceritakannya pada seseorang. Dia hendaklah bersholat/berdoa.)
Di dalam Al-Zawaid pada isnadnya terdapat Huazhah bin Khalifah. Ibn Mu’in
berkata Huazhah bin Khalifah dhaif.
[3906 - Syin ش - (Khabar gembira dari Allah) Iaitu darinya khabar
gembira. Iaitu salah satu darinya khabar gembira. (hendaklah bersholat/berdoa) Iaitu
un untuk mengusir syaitan.] Syeikh Al-Albani berkata: Shahih, tanpa mengatakan
jika dia melihat
(2/1285)
3907 - Diceritakan kepada kami Hisyam bin ‘Ammar
dari Yahya ibn Hamzah dari Yazid bin ‘Ubaidah. dari Abu Ubaidillah Muslim bin
Masykam dari ‘Auf bin Malik dari Rasulullah (S) bersabda
( إن الرؤيا ثلاث منها أهاويل من الشيطان ليحزن بها ابن آدم .
ومنها ما يهم به الرجل في يقظته فيراه في منامه . ومنها جزء من ستة وأربعين جزءا
من النبوة ) قال قلت له أنت سمعت هذا من رسول الله صلى الله عليه و سلم ؟ قال نعم
. أنا سمعته من رسول الله صلى الله عليه و سلم . أنا سمعته من رسول الله صلى الله
عليه و سلم في الزوائد أسناده صحيح . رجاله ثقات
(Bahawa rukya (mimpi),
"Mimpi ada tiga jenis: yang pertama: kengerian-kengerian dari syaitan,
tujuannya supaya anak Adam menjadi susah hati. kedua: mimpi yang dibawa dari
alam realiti yang terbawa-bawa ke alam tidur. ketiga: mimpi yang (benar) yang
merupakan sebahagian daripada empat puluh enam bahagian kenabian) katanya, Aku bertanya,
Adakah kamu mendengarnya dari Rasulullah (S)? Beliau berkata ya. Aku mendengarnya
dari Rasulullah (S), katanya, Ya. Aku dengar dari Rasulullah (S) Di dalam
Al-Zawaid pada isnadnya, perawinya boleh dipercayai (tsiqah)
[3907 - Syin ش - (kengerian-kengerian dari syaitan) kata jamak
kengerian. seperti kata-kata (Perkataan-perkataan) daripada daripada kata jamak
Perkataan . ] Syeikh Al-Albani berkata ia adalah shahih
(4) Bab, Melihat Rukya (Mimpi) Yang Dibencinya
(2/1285)
حدثنا محمد بن رمح
المصري . أنبأنا الليث بن سعد عن أبي الزبير عن جابر بن عبد الله عن رسول الله صلى
الله عليه و سلم أنه : قال ( إذا رأى أحدكم الرؤيا يكرهها فليبصق عن يساره ثلاثا .
وليستعذ بالله من الشيطان ثلاثا . وليتحول عن جنبه الذي كان عليه)
3908 - Diceritakan kepada kami Muhammad bin Ramh Al-Mishr.
Diceritakan kepada kami Al-Laits bin Sa’ad dari Abi Zubair dari Jabir bin
Abdullah bahawa Rasulullah Rasulullah (S) bersabda (jika kamu melihat rukya
(mimpi) yang dibenci hendaklah dia meludah ke kiri tiga kali dan memohon
perlindungan kepada Allah (Ta’uz) dari syaitan tiga kali, kemudian mengubah kedudukan
tidurnya dari kedudukan asal.)
[3908 - Syin ش - (hendaklah ia meludah ke kiri tiga kali) iaitu
mengusir syaitan. ] Syeikh Al-Albani berkata ia adalah shahih
(2/1286)
3909 - Diceritakan kepada kami Muhammad bin Ramh
dari Al-Laits bin Saad daripada Yahya bin Said dari Abu Salamah Ibn Abd Al-Rahn
bin ‘Auf dari Abu Qatadah bahawa Rasulullah (S) bersabda (Rukya (Al-Rukya) dari
Allah. mimpi (Al-Hulum) dari syaitan. Jika salah seorang dari kalian melihat
sesuatu yang dibenci hendaklah dia meludah ke kiri tiga kali. Dan mintalah
perlindungan pada Allah dari syaitan. tiga kali dan kemudian mengubah kedudukan
tidurnya dari kedudukan asal)
[3909 - Syin ش - (rukya (Al-Rukya) Allah. mimpi (Al-Hulum)
dari syaitan) ia berkata pada akhir rukya dan dimimpikan (Al-Hulum) ibarat apa
yang dilihatnya dalam tidurnya mengenai segala sesuatu Tidur. Tetapi biasanya rukya
itu apa yang dilihatnya tentang sesuatu berita dan kebaikan. biasanya mimpi apa
yang dilihatnya tentang keburukan kejahatan. ] Syeikh Al-Albani berkata ia adalah
shahih
(2/1286)
(9) Bab Kebenaran Rukya
(Mimpi) Manusia Mengikut Percakapan Mereka Yang Benar
(2/1289)
حدثنا أحمد بن عمرو بن
السرح المصري . حدثنا بشر بن بكر . حدثنا الأوزاعي عن ابن سيرين عن أبي هريرة قال
: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ( إذا قرب الزمام لم تكد رؤيا المؤمن تكذب .
وأصدقهم وؤيا أصدقهم حديثا . ورؤيا المؤمن جزء من ستة وأربعين جزءا من النبوة )
3917 - Diceritakan kepada kami Ahmad bin ‘Amru bin
Al-Sarh Al-Mishr, dari Basyir bin Bakr. dari A’-Auza’ei dari Ibnu Sirin dari Abi
Hurairah ia berkata: Rasulullah (S) bersabda (Apabila hampir kepada zaman itu,
tidak bermimpi (rukya) orang mukmin yang dusta-dusta dan rukya mereka benar
dan percakapan mereka benar. Dan rukya orang mukmin sebahagian daripada
empat puluh enam bahagian kenabian.)
[3917 - Syin ش - (Apabila hampir kepada zaman itu) Iaitu hampirnya
tempoh untuk menemui Al-Saah.] Syeikh Al-Albani berkata ia adalah shahih
(2/1289)
(10) Bab Ta’bir Mimpi (Rukya)
(2/1289)
يعقوب بن حميد بن كاسب
المدني . حدثنا سفيان بن عيينة عنش الزهري عن عبيد الله بن عبد الله عن ابن عباس
قال أتى النبي صلى الله عليه و سلم رجل منصرفه من أحد .
فقال يا رسول الله إني
رأيت في المنام ظلة تنطف سمنا وعسلا . ورأيت الناس يتكففون منها فالمستكثر
والمستقل . ورأيت سببا واصلا إلى السماء . رأيتك أخذت به فعلوت به . ثم أخذ به رجل
بعد فعلا به . ثم أخذ به رجل بعد فعلا به . ثم أخذ به رجل بعده فانقطع به ثم وصل
له فعلا به
فقال أبو بكر دعني
أعبرها يا رسول الله
: قال ( اعبرها )
: قال ( اعبرها )
قال أما الظلة فالإسلام
. وأما ما بنطف منها من العسل والسمن فهو القرآن . حلاوته ولينه . وأما ما يتكفف
منه الناس فالآخذ من القرآن كثيرا وقليلا . وأما السبب الواصل إلى السماء فما أنت
عليه من الحق أخذت به فعلا بك . ثم يأخذه رجل من بعدك فيعلو به . ثم آخر فيعلو به
. ثم آخر فينقطع به . ثم يوصل له فيعلو به :
قال ( أصبت بعضا وأخطأت
بعضا ) . قال أبو بكر أقسمت عليك يا رسول الله لتخبرني بالذي أصبت من الذي أخطأت .
فقال النبي صلى الله عليه و سلم ( لا تقسم يا أبأ بكر)
قال الشيخ الألباني : صحيح
3918
- Yakub bin Humaid bin Kasbab Al-Madani. Diceritakan kepada kami Sufian bin ‘Aiyinah ‘Anasy
Al-Zahri ‘Ubaidullah bin Abdullah dari Ibn Abbas berkata, Bahawa Nabi (S) didatangi
seorang lelaki yang lain daripada yang lain.
Maka dia berkata: Wahai
Rasulullah! Sesungguhnya aku semalam bermimpi melihat segumpal awan yang
meneteskan minyak samin (sapi) dan madu. Kemudian aku melihat orang-orang
menengadahkan tangannya pada tetesan tersebut mereka ada yang mendapat banyak
dan ada pula yang hanya mendapat sedikit. Lalu aku melihat seutas tali yang
terentang dari langit sampai ke bumi kemudian melihat engkau memegang tali
tersebut lalu engkau naik ke atas. Kemudian ada seorang lelaki memegang tali
tersebut setelahmu, dan naik ke atas. Ada juga seorang lelaki lain memegang
tali tersebut namun terputus, kemudian setelah disambung lagi, lelaki itu naik
ke atas.
Abu Bakar berkata: Wahai
Rasulullah! Izinkan aku untuk mentakbir mimpi tersebut. Rasulullah (S).
bersabda: Takbirkanlah!
Abu Bakar berkata: Segumpal
awan tersebut berarti awan Islam. Tetesan yang berupa samin dan madu adalah Al-Quran
dari segi manis dan halusnya. Orang-orang yang menengadahkan tangannya pada
tetesan tersebut berarti orang-orang yang banyak menghayati isi Al-Quran dan
yang sedikit penghayatannya terhadap Al-Quran. Adapun seutas tali yang
tersambung ke langit maka ia adalah kebenaran yang engkau bawa yang dengannya meninggikan
engkau. Kemudian setelah engkau, ada seorang lelaki yang memegang tali tersebut
dan naik ke atas dengan tali itu. Ada seorang lelaki lain yang memegang tali
tersebut dan naik ke atas dengan tali itu. Dan ada seorang lelaki yang lain
lagi memegang tali tersebut, namun terputus dan setelah disambung lagi baru dia
naik ke atas dengan tali itu.
Rasulullah (S). bersabda: (Sebahagian
yang kamu jelaskan itu ada yang tepat dan sebahagian ada yang salah.)
Selanjutnya Abu Bakar mengatakan: Aku bersumpah
kepadamu, wahai Rasulullah, beri tahu aku mana kesalahanku! Baginda (S) bersabda: Kamu jangan sering bersumpah
wahai Abu Bakar.)
Syeikh
Albani berkata ia adalah shahih
(2/1289)
Penamat
bahagian ini dengan hadits ini dari Kitab Al-Jami’ Baina Al-Shahihain hadits
nombor:
1223
- 32 Dari Abu Bakar bin Hafsh dari Abdullah bin Hunain dari Ibn Abbas berkata, Bahawa
aku dilarang untuk membaca dan aku sedang rukuk tidak menambahnya dan juga
dalam riwayat ini. Dan di dalam hadits Abdullah bin Mu’bad bin Abbas dari bapa
saudaranya Abdullah bin Abbas katanya: Rasulullah (S) membuka tirai
dan orang-orang bershaf-shaf di belakang Abu Bakr. Baginda bersabda; Wahai manusia,
sesungguhnya tidak tinggal khabar yang mengembirakan nubuawah melainkan rukya
Al-Sholehah (mimpi yang baik), orang islam akan melihatnya atau akan
ditunjukkan kepadanya. Dan aku tidak dilarang membaca Al-Quran ketika ruku’ dan
sujud. Adapun ketika ruku’ maka hendaklah kalian mengagungkan Rabb ‘Azza Wa
Jalla, dan ketika sujud maka hendaklah kalian bersungguh-sungguh dalam berdoa
karena yang demikian lebih berhak dikabulkan doa kalian.
Dan di dalam hadits Ismail bin Ja’far Rasulullah {S}
membuka langsir pintu dan kepala baginda diikat (diretang) ketika sakit yang membawa
baginda wafat dan bersabda, Ya Allah, adakah telah aku sampaikan, sebanyak tiga
kali. Sesungguhnya
tidak tinggal khabar yang mengembirakan nubuawah melainkan melihatnya rukya
(mimpi) hamba yang Sholeh, atau akan ditunjukkan kepadanya. Kemudian menyebutkan
riwayat yang serupadan dari Ali (ra) dan yang disebut di dalam Musnadnya)) [2]
✡✡✡✡✡
------------------------------
[1] Sunan Ibn Majah Pengarang: Muhammad bin Yazid, Abu Abdullah Al-Qazwini. Penerbit: Dal Al-Fikr – Beirut. Diahqiq: Mohamed Fuad Abdul Baqi dengan litab: Ulasan Mohamed Fuad Abdul Baqi Hukum (nilai) hadits Al-Albani
[2]
Kitab Al-Jami’ Baina Al-Shahihain Bukhari dan Muslim. Penulis: Muhammad bin
Fatuh Al-Hamidi Publishing / Dar Al-Nashr / Dar Ibn Hazm - Lubnan / Beirut – 1423 H - 2002 M, Edisi:
Kedua; Ulasan: Dr. Ali Hussein Al-Bawab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan