Rabu, 27 Januari 2016

Bagaimana Umat Mengenal Khalifah Allah?

Bagaimana Umat Mengenal Khalifah Allah?


Setelah usai pengkajian bahawa Al Yamani itu adalah Ahmad, yang berhujjah kepada umat manusia. Kini timbul pertanyaan: bagaimana pula mereka hendak memastikan kebenarannya, sedangkan Imam Mahdi as sedang ghaib dari (penglihatan) mereka?

Jawapan: Disempurnakan yang demikian itu melalui pengetahuan tentang Peraturan Allah dalam mengenal para khalifahNya, dan Al Yamani adalah salah seorang dari Khalifah Allah. Oleh itu, umat mengenalinya sebagaimana Allah mengenalkan khalifah-khalifahNya terdahulu. Sunnah Allah adalah satu dan ianya tidak akan berubah sampai bila-bila. Sejak dari khalifah Allah yang pertama lagi (iaitu Adam as), Allah yang Maha Pemurah telah menjelaskan peraturan tersebut kepada hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sebarang perbezaan pendapat dalam hal ini hanya akan membuka ruang kepada penentang jalan kebenaran untuk menggunakan alasan “tidak dapat mengenali beliau.”

Secara ringkas, peraturan Allah dalam mengenal khalifah Allah di muka bumi adalah sebagai berikut:

1-     Nas; Allah SWT yang memperuntukkan nas ke atas khalifahNya di muka bumiNya.
2-     Ilmu; seorang khalifah Allah diajarkan keseluruhan asma` olehNya.
3-     Seruan kepada ketuanan Allah dan perintah Allah yang mewajibkan seluruh hambaNya mentaati khalifah pilihanNya.

Allah SWT berfirman:

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ * وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ﴾ 

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".* Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!".”[30]

﴿فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾

Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh-Ku, maka sujudlah kamu kepadanya dengan bersujud. [31]

Tiga perkara itulah yang telah dijelaskan dalam riwayat-riwayat Ahlulbait as, maka: Dengan nas atau wasiat: para Nabi as berhujah kepada kaum mereka. Hal ini dijelaskan oleh Imam Ridha as:

“Nabi Adam as telah mewasiatkan Hibatullah agar saling berjanji setia dengan wasiat ini pada awal tiap tahun, lalu menjadi hari raya bagi mereka. Kemudian mereka saling berjanji setia dengan pengutusan Nuh di masa ia diutus sebagai rasul. Begitulah yang berlaku dalam wasiat setiap nabi, hingga Allah SWT mengutus nabi Muhammad (S)..” [32]

Wasiat berjalan sampai pada Muhammad Rasulullah (S) yang telah dinaskan nama baginda oleh nabi Isa as:

﴿وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّـهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ﴾

“Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata, “Wahai Bani Isra’il, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, iaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad.” [33]

Dengan ilmu: Nabi Ibrahim as telah mengetahui:

﴿يَا أَبَتِ إِنِّي قَدْ جَاءَنِي مِنَ الْعِلْمِ مَا لَمْ يَأْتِكَ فَاتَّبِعْنِي أَهْدِكَ صِرَاطًا سَوِيًّا﴾

“Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku ilmu pengetahuan yang tidak datang kepadamu, maka ikutilah aku, niscaya aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus.” [34]

Nabi Musa as:

﴿وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَاسْتَوَىٰ آتَيْنَاهُ حُكْمًا وَعِلْمًا ۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ﴾

“Dan setelah (Musa) cukup umur dan sempurna akalnya, Kami berikan kepadanya hikmah dan pengetahuan. Dan demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.” [35]


Nabi Isa as:

﴿وَلَمَّا جَاءَ عِيسَىٰ بِالْبَيِّنَاتِ قَالَ قَدْ جِئْتُكُم بِالْحِكْمَةِ وَلِأُبَيِّنَ لَكُم بَعْضَ الَّذِي تَخْتَلِفُونَ فِيهِ ۖ فَاتَّقُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُونِ﴾

“Dan tatkala Isa datang membawa keterangan, dia berkata, “Sesungguhnya aku datang kepadamu dengan membawa hikmah dan untuk menjelaskan kepadamu sebahagian dari apa yang kamu perselisihkan, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.” [36]


Dan nabi Muhammad (S).:

﴿هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ﴾

“Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang rasul dari golongan mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka, dan mengajarkan kepada mereka kitab (Al-Qur’an) dan hikmah, meskipun mereka sebelum itu benar-benar terjerumus dalam jurang kesesatan yang nyata.” [37]

Adapun mentaati khalifah Allah dan seruannya kepada ketuanan Allah dan menolak ketuanan manusia, maka terlalu banyak sekali nas-nas mengenainya. Peraturan Allah inilah yang telah diisyaratkan oleh para Imam as, ketika ditanya tentang cara-cara mengenal mereka. Mereka menyebutkan nas dan ilmu sebagai jalan yang menunjukkan orang-orang yang diberi petunjuk kepada mereka. Abu Bashir meriwayatkan:

“Aku bertanya kepada Abul Hasan as, “Jadikanku tebusanmu, dengan apa seorang imam itu dikenali?” Beliau menjawab, “Dengan beberapa perkara; yang pertama adalah dengan sesuatu yang tampil dari ayahnya yang mengisyaratkan kepadanya untuk menjadi hujjah ke atas mereka, dan ia ditanya lalu menjawab..”[38]

Imam Ali bin Husein as berkata:

“Imam dari kami tiada lain adalah seorang maksum, dan kemaksuman bukan diketahui dengan rupa bentuk zahir. Kerana itu, kemaksuman itu dinaskan.” [39]

Ketika Imam Shadiq as ditanya:

“Dengan apa seorang imam dikenal?” Beliau menjawab, “Dengan wasiat yang nyata dan dengan keutamaan. Sesungguhnya imam itu, tak seorangpun yang dapat mencela di mulut (terangterangan) mahupun di perut (sembunyi-sembunyi) dan di dalam kelapangan,sehingga dia dikatakan: si pendusta, makan harta manusia dan seumpamanya.” [40]

Perkara ini adalah amat jelas di kalangan ulama-ulama Syiah, dan berikut adalah penjelasan dari mereka: Syeikh Thusi mengatakan:

“Disebabkan seorang imam tidak dikenal bahawa dia adalah seorang imam melainkan dinaskan oleh nabi atau mengdakwa bahawa dia adalah imam, maka Allah mampu menzahirkan ilmu yang menakjubkan di tangannya, sebagaimana yang kami katakan mengenai saat kemunculan Shahibuz Zaman. Maka nas itu adalah prinsip asal...” [41]

Syaikh Mufid mengatakan:

“Adapun ciri mazhab ini dengan imamah dan penyebutan sekumpulan dari Syiah dengan sebutan Imamiah merupakan standard kepada orang yang percaya akan kewajipan imamah dan keberadaannya di setiap zaman. Nas yang jelas, kemaksuman dan kesempurnaan adalah wajib bagi setiap imam.” [42]

Al-Allamah Hilli mengatakan:

“Seorang Imam itu wajib dinaskan atasnya kerana kemaksuman merupakan perkara batin (yang tidak tampak) yang tidak diketahui kecuali Allah SWT. Maka wajib ada nas ke atas seorang yang dikenal kemaksumannya atau tampak mukjizat di tangannya, yang menunjukkan kebenarannya.” [43]

Bahkan keseluruhan Syiah bersepakat bahawa mengenal imam itu adalah dengan nas. Miqdad Al--Siwari dalam mensyarahi ucapan Al-Allamah Hilli tersebut mengatakan:

“Ini mengisyaratkan pada jalan menentukan seorang imam. Telah mencapai ijma’ bahawa peruntukan nas dari Allah dan Rasul-Nya, serta imam sebelumnya adalah dalil tersendiri dalam menentukan siapa imam.” [44]

Peraturan ini diketahui secara semulajadi dan mudah oleh umat, ibarat seorang yang memiliki kilang, ladang atau kapal dan lain-lainnya, yang terdapat di dalamnya pekerja-pekerja yang bekerja untuknya. Maka semestinya dia melantik seseorang dari kalangan pekerjanya untuk mengetuai mereka, dengan menentukan namanya dengan jelas. Jika tidak, pasti akan terjadi kekacauan. Orang yang dilantik ini mestilah seorang yang paling berilmu dan paling berkelayakan. Kemudian diperintahkan mereka untuk mentaati ketua tersebut, demi merealisasikan apa yang mereka harapkan bersama. Jika, berlaku sebarang kekurangan atau kecacatan disebabkan meninggalkan salah satu daripada perkara-perkara yang disebutkan, maka pemiliklah yang bertanggungjawab. Tambahan pula, meninggalkan perkaraperkara tersebut adalah menjauhi kebijaksanaan dan mendekati kebodohan. Maha suci Allah SWT dari perbuatan sedemikian itu.


Setelah masalah ini diperjelaskan, maka urusan mengenalpasti Al Yamani yang dijanjikan akan menjadi mudah, kerana kita sedia maklum sebelumnya bahawa beliau adalah merupakan salah seorang khalifah Allah di bumiNya. Oleh itu, jelas sekali peraturan Allah ini juga tetap terpakai ke atas beliau, menjadi bukti kebenarannya, jalan mendapat hidayah kepadanya dan bersama-sama mendukungnya. Dengan ini, wasiat dan ilmu adalah jalan untuk mengenalinya di awal pergerakan dakwah Ilahiahnya. Diriwayatkan dari Harits bin Mugirah an-Nasri;

“Aku bertanya kepada Abu Abdillah as, “Dengan apa dikenali Pembawa urusan ini?” Beliau as menjawab, “Dengan sifat ketenangan dan kewibawaan, serta dengan ilmu dan wasiat.” [45]

Mufadhal bin Umar meriwayatkan, bahawa Abu Abdillah as berkata:

“Jika ada seorang yang mengaku (sebagai pembawa urusan), tanyalah kepadanya tentang perkara-perkara agung (Al Quran) nescaya akan dijawab seumpamanya.” [46]




✡✡✡✡✡


----------------------------------
[30] Al-Baqarah 2:30-31
[31] Al-Hijr 15:29
[32] Kamaluddin wa Tamam an-Ni’mah, ms 215
[33] Al-Shaff 61:6
[34] Maryam 19:43
[35] Al-Qashash 28:14
[36] Al-Zukhruf 43:63
[37] Al-Jumuah 62:2
[38] Al-Kafi, juz 1, ms 285, hadis 7
[39] Ma’ani Al-Akhbar, ash-Shaduq, ms 132
[40] Al-Kafi, juz 1, ms 284, hadis 3
[41] Al-Iqtishad, ms 194
[42] Awail Al-Maqalat, ms 38
[43] Al-Bab Al-Hadi ‘Asyar, ms 48
[44] Syarh Al-Bab Al-Hadi ‘Asyar, ms 94
[45] Al-Khishal, ash-Shaduq, ms 200
[46] Al-Ghaibah an-Nu’mani, ms 178



Sebelum << ✡✡✡✡✡ >> Selepas

Tiada ulasan: