Bahagian
Kelapan
Keterangan-keterangan
sokongan terhadap Imam Ahmad Al-Hasaan (as):
Pertama: Dia (Imam Ahmad Al-Hasaan
(as)) mencontohi datuknya, Rasulullah (S), dan mengajak mereka untuk
bermubahalah namun mereka tidak bertambah dekat malah melarikan diri. Ini
adalah satu lagi bukti sebagai tambahan kepada dalil-dalilnya. Semoga Allah
berselawat (menyanjung) padanya.
.
Kedua, Al-Mahdi muncul dari Timur
dari Iraq, yang demikian adalah sesuai dengannya.
Ketiga, sirahnya (perjalanannya),
sifat adilnya, zuhud dan ibadahnya sehinggakan orang-orang telah memanggil
beliau di Hauzah Najaf dengan panggilanAl-Shadiq Al-Amin (yang
jujur lagi terpecaya). Tetapi apabila dia berdakwah (menyeru) mereka kepada
hidayah sebagaimana yang telah dilakukan datuknya, Rasulullah (S), tidak
berbeza perkataan kaumnya dari perkataan nenek moyang mereka bahawa: “Dia
seorang ahli sihir dan gila!” baginya
tempat berlindung dan sebaik-baik Hakim dalam firmanNya SWT:
﴿أَتَوَاصَوْا بِهِ ۚ بَلْ
هُمْ قَوْمٌ طَاغُونَ﴾
Apakah mereka saling berpesan tentang apa yang
dikatakan itu? Sebenarnya mereka adalah kaum yang melampaui batas. [Al-Zhariyaat
51:53]
Keempat: Dia (as) terselamat dari
segala percubaan pembenterasan lahiriah yang dilakukan oleh musuh-musuhnya yang
dibantu Dajjal Amerika bermata satu. Hal ini bertentangan dengan peraturan Ilahi
dalam menghukum qishas sesiapa yang mendakwa secara dusta, dan bukanlah seperti
Mahdi Juhaiman sama sekali. (Juhaiman bin Saif al-‘Utaibiy, pemberontak
penumpah darah umat Islam di tanah suci Makkah di Masjidil Harom di awal bulan
suci Muharrom tahun 1400 H). Allah berfirman:
﴿وَلَوْ تَقَوَّلَ عَلَيْنَا بَعْضَ الْأَقَاوِيلِ * لَأَخَذْنَا
مِنْهُ بِالْيَمِينِ*
ثُمَّ لَقَطَعْنَا مِنْهُ الْوَتِينَ ﴾
Seandainya dia mengada-adakan sebagian ucapan atas
(nama) Kami, * niscaya benar-benar Kami pegang dia dengan kuat, * kemudian benar-benar
Kami potong urat jantungnya.
[Surah Al-Haqqah 69: 44-46]
[Surah Al-Haqqah 69: 44-46]
Kelima, Musnah dan tersingkapnya
keburukan musuh-musuhnya. Misalnya Al-Sistani bagaimana Allah mendedahkan penafiannya
dengan melarikan diri, dan kebinasaan Khatib terkenal Ali Al-Shukri setelah
beberapa hari kemudian melampaui batas terhadap kedudukan Imam Ahmad Al-Hassan (as)
dan menghasut pemerintah anti terhadapnya di masjid-masjid perngikut Sistani terbesar
di Basrah (Masjid Al-Abalah) dan semuanya dirakam di video.
Keenam, Kebenaran mukjizat yang
banyak, di antaranya atas permintaan Al-Kurani agar di udarakan secara langsung
dalam Saluran Al-Kautsar dengan binasanya Syarun, dan ia menghalangi
kemunculannya di rancangan “Al-Mahdi Al-Mau’ud” (Mahdi Yang Dijanjikan).
Al-Kurani sendiri mengakui perkara ini dalam rekaman suaranya.
Ketujuh, salah satu cara mengetahui
atas bukti kebenaran (tokoh sebenar) adalah Al-Rukya (mimpi benar). Ia telah
berlaku secara mutawatir (terlalu ramai yang mengalami) adanya Rukya (mimpi
benar) oleh berbagai kalangan manusia bahawa Imam Ahmad Al-Hassan (as) adalah tokoh
sebenar Mahdi Al-Haq, dan kebanyakannya adalah mimpi dengan (hadir) Rasulullah (S),
Ahl Al-Bait baginda (as) serta para nabi dan rasul.
Tidak
akan dihentikan pembuktian tersebut dan cukuplah pada kesempatan ini bagi
urusan membincangkan rukya yang sesuai dan menjadi dalil-dalil dalam
membuktikan kebenaran (tokoh sebenar).
Ya’qub
(as) menentukan kebenaran (tokoh sebenar).khalifah Allah sesudahnya iaitu Yusuf
dengan rukya (mimpi):
﴿يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ
وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ﴾
"Wahai ayahku,
sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat
semuanya sujud kepadaku." [Yusuf 12:4]
Bukan
Ya’qub saja yang akan mengetahui kebenaran (tokoh sebenar) dari rukya (mimpi),
saudara-saudara Yusuf juga akan mengetahuinya. Kerana itu ia memperingatkan
Yusuf agar tidak menceritakan rukyanya kepada mereka.
﴿قَال يَا بُنَيَّ لَا تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَىٰ
إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا﴾
Ayahnya berkata, “Wahai
anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, kerana
mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu [Yusuf 12:5]
Allah
SWT menyatakan diri-Nya sebagai saksi bagi keingkaran kaum Quraisy atas
kebenaran seruan Nabi (S):
﴿وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَسْتَ مُرْسَلًا ۚ قُلْ
كَفَىٰ بِاللَّـهِ شَهِيدًا بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ﴾
Berkatalah orang-orang kafir: "Kamu bukan
seorang yang dijadikan Rasul". Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi
saksi antaraku dan kamu," [Al-Ra’d 13:43]
Bagaimana
mereka boleh bersaksi hanya melalui rukya (mimpi), sebagaimana yang dialami
pemuka Bani Umayah, Khalid bin Said bin Al-‘Ash Al-Umawi, dia nermimpi melihat
ayahnya mendorongnya (menolaknya) ke neraka, sedangkan Rasulullah (S) mendorongnya
ke syurga. Kemudian dia beriman kepada Nabi Muhammad (S).
Perlu
kami sampaikan beberapa perkara berikut ini:
Pertama, Kita tidak mengingkari
adanya rukya (mimpi) dari syaitan, sebagaimana wujudnya mimpi dari Allah.
Kedua, rukya (mimpi), dari Allah
adalah benar, tidak kira yang bermimpi itu seorang nabi:
﴿يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ …﴾
“Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas
bintang..”
atau
seorang kafir:
﴿إِنِّي
أَرَىٰ سَبْعَ بَقَرَاتٍ سِمَانٍ …﴾
“Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi
betina yang gemuk..” [Yusuf 12:43]
Perbezaannya
terletak pada kegunaan (manfaat) mimpi, dengan itu manfaat yang diambil oleh
Yusuf dari rukya (mimpi) Firaun yang kafir adalah demi mentadbir ekonomi sebuah
negara yang membuktikan kebenaran mimpi itu walaupun orang kafir yang bermimpi.
Sementara Firaun tidak mengambil manfaat dari mimpi itu, tidak berarti mimpi
tidak ada kebenarannya. Kerana yang mengatakan demikian sama seperti apa yang
dikatakan oleh pemuja berhala:
﴿قَالُوا أَضْغَاثُ أَحْلَامٍ …﴾
“Mereka
menjawab, (Itu) adalah mimpi-mimpi yang kosong. [Yusuf 12:44]
Tidak
seperti nabi-nabi (as):
﴿
يَا إِبْرَاهِيمُ *قَدْ
صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا﴾
“Hai Ibrahim,
sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu.” [Yusuf 12:43]
Ketiga, mimpi-mimpi dari syaitan
adalah kebodohan, kerana syaitan itu bodoh. Adapun mimpi dari Allah itu adalah tersirat
(petanda – rumusan) kebijaksanaan, walaupun orang-orang awam sulit membezakannya.
Tetapi tidak sulit bagi mereka membezakan mimpi (rukya) yang di dalamnya ada melihat
Rasulullah (S), dan tidak mungkin syaitan menyerupai baginda. Akan disampaikan nanti
hadis-hadis mengenainya.
Keempat, untuk menangkis
kemungkinan berbohong bagi pengakuan seseorang bahawa dia telah bermimpi (rukya)
melihat Rasulullah (S), kami serukan saudara sekalian untuk percaya pada yang mutawatir.
Berikut
adalah penyampaian yang tidak mungkin mereka bersubahat atas kebohongan. Kerana
saudara sekalian memperoleh ilmu dengan membenarkan apa yang disampaikan.
Inilah apa yang dikatakan di kalangan ulama.
Pandangan
ulama Sunnah mengenai banyaknya mimpi dalam perkara yang sama:
Ibnu
Qayim berkata: “Penglihatan mimpi (rukya) ini, jika tidak benar kerana bayangan
mujaradnya (abstrak) untuk ketepatan-ketepatannya, maka kami tidak menetapkannya hanya dengan
bayangan mimpi mujaradnya tetapi dengan kami menyebutkannya sebagai hujjah dan yang
lainnya….. penglihatan mimpi (rukya) ini terlalu banyak terjadi yang tak
terhingga (yang mampu menghitungnya) kecuali Allah yang telah membisikkan atas pengertiannya
ini. Jika sepakat mimpi (rukya) orang-orang beriman atas sesuatu ia adalah
seperti ketepatan
riwayat mereka
untuknya.”[1]
Ibnu
Hajar berkata: “dan yang dapat diambil dari hadits [2] bahawa kesepakatan
sekumpulan atas satu mimpi (rukya) menunjukkan kebenarannya dan kesahannya,
sebagaimana diperoleh kekuatan Al-Khabar (hadits) apabila diriwayatkan dari
kumpulan ramai.” [3]
Al-Qardhawi
mengatakan: “Bahawa golongan ruhani (Al-Rabbaniyin) yang menyerukan kepada kesederhanaan
Islam adalah orang-orang yang berkumpul di antara cahaya akal dan cahaya hati,
cahaya ilmu dan cahaya iman, mereka mendapat petunjuk dengan penyampaian yang
sahih dan penerangan yang munasabah. Mereka selaras di antara sebahagian nash-nash
dan tujuan-tujuan menyeluruh, mengembalikan yang cabang (Furu’) kepada pangkal
(Ushul), kesamaran (mutasyabihat) kepada kejelasan (muhkamat) agakan kepada
kepastian. Mereka mengukuhkan ilham dan mimpi yang benar sesuai persayaratannya
dan batas-batasnya. Mereka adakan timbangan bukan dengan pertimbangan yang merugikan,
dan tidak melampaui batas di dalamnya. Dengan demikian mereka meletakkan ilmu pada
rukun (asas-asas) yang kuat dan berpegang teguh pada agama dengan tali yang
kokoh, berdirinya orang-orang adil dan sederhana dari kalangan para ulama
sunnah yang sejati adalah mengungkapkan dengan kebenaran melalui ajaran Islam
sederhana dan umatnya. Mereka tidak menutup satu pintu di antara pintu-pintu
makrifat dan kesedaran, yang terkadang Allah bukakan bagi hamba-hamba
pilihan-Nya. [4]
Itulah
sebagian pendapat ulama Al-Sunnah mengenai mimpi yang mutawatir tentang urusan
tertentu.
Dan
demi sesungguhnya, untuk menentukan tokoh sebenar, semestinya tidak
bertentangan dengan peraturan mengenal Khalifah Allah. Ibnu Baz mengatakan:
“Menerima
pakai mimpi (rukya) dalam menetapkan Si Fulan itu Al-Mahdi adalah bertentangan
dengan dalil-dalil syar’i dan ijma’ para ahli ilmu dan iman. Kerana penglihatan
mimpi (rukya) betapapun banyaknya tidak boleh diterima pakai padanya apabila
bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan oleh syariat yang suci.” [5]
Saya
katakan bahawa perkataan Ibnu Baz tidak bebas dari kelemahan dalam ungkapannya:
“Menerima
pakai mimpi dalam menetapkan Si Fulan itu Al-Mahdi adalah bertentangan dengan
dalil-dali syar’i dan ijma’ para ahli ilmu dan iman.”
Tetapi
benar dikaitkan dengan kalimat selanjutnya:
“Kerana
penglihatan mimpi (rukya) betapapun banyaknya ia tidak boleh diterima pakai apabila
bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan oleh syariat yang suci.”
Dengan
syarat, kenyataan bahawa mereka menerima bahawa Al-Mahdi bernama Muhammad bin
Abdullah.
Sebabnya
adalah bagi mereka tidak ada pensyaratan Hakimiyah Allah dan ilmu ada pada Al-Mahdi,
atas kejahilan mereka mengenai peraturan mengenal Khalifah Allah. Sehingga agama
tidak ada lagi peraturan melainkan ada pada nama, iaitu Muhammad bin Abdullah,
ialah nama orang yang mengaku Mahdi pada peristiwa (dakwaan) Juhaiman.
Jadi
perkataan Ibnu Baz tidak menerima pakai penglihatan mimpi (rukya) pada kedudukan
dengan hujjah yang bertentangan dan dibatalkan pula dengan apa yang telah
ditetapkan oleh syariat yang suci. Kerana syara’ bagi Bin Baz menetapkan bahawa
Al-Mahdi, namanya adalah Muhammad bin Abdullah.
Ya,
tidak menerima pakai pendekatan ini dari perbincangan jika kita melihat kembali
bahawa yang dimaksudkan oleh Ibnu Baz bertentangan dengan syariat yang suci dikeluarkan oleh keluarga Sa’ud,
ia adalah perbincangan yang tidak menguatkan kepentingan mereka dengan adanya peraturan
mengenal Al-hujjah (Khalifah Allah).
Ibnu
Baz berkata:
“Kerana
penglihatan mimpi (rukya) betapapun banyaknya tidak boleh diterima pakai apabila
bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan oleh syariat yang suci. Oleh
kerana Allah SWT telah menyempurnakan agama bagi Nabi kita Muhammad (S), dan agama
bagi umatnya dan menyempurnakan nikmat yang sebelum baginda (S) wafat. Maka
tidak boleh bagi siapapun yang menerima pakai sesuatu dari mimpi yang
bertentangan dengan syariat baginda (S). Kemudian bahawa Al-Mahdi, telah dikhabarkan
oleh Nabi (S) bahawa dia akan melaksanakan syariat yang suci, mana mungkin
boleh baginya dan para pengikutnya menghancurkan Masjidil Haram dan menjatuhkan
kehormatan orang-orang Islam serta mengangkat senjata melawan mereka. Mana
mungkin ia boleh muncul melawan negara yang disepakati bagi satu orang dan memberikan
perjanjian kepadanya, lalu ia mematahkan tonggak pemerintahan dan memecah belah
himpunan mereka. Baginda (S) telah bersabda: “Siapa yang mendatangi kalian dan
memerintahkan kalian semua, ia ingin mematahkan tonggak kalian atau memecah
belah kumpulan kalian, maka tebaslah batang lehernya siapapun dia.” Dikeluarkan
oleh Muslim dalam Sahihnya [6]
Saya
katakan: tidak diragukan lagi bahawa siapapun dia, bagi Ibnu Baz termasuk Al-Mahdi
yang haq. Oleh kerananya, Ibnu Baz berfatwa agar Al-Mahdi dibunuh demi memuaskan
keluarga Sa’ud!!! Setidak-tidaknya membuat anggaran bagi menegaskan terkaan
terhadap perkara yang ghaib bahawa Al-Mahdi tidak akan muncul pada masa pemerintahan keluarga Sa’ud.
✡✡✡✡✡
---------------------------------
[1] Kitab: Al-Ruh - 12
[2] Apakah yang dimaksudkan dengan hadits ketepatan rukya
sahabat berkenaan Malam Al-Qadar (Lail Al-Qadr) pada tujuh malam akhir baginda
(S) bersabda: ((Aku melihat mimpi kalian telah bertepatan pada tujuh malam
terakhir, maka barangsiapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, maka carilah
pada tujuh malam terakhir)) Riwayat - Bukhari - Fadhl Lail Al-Qadr - 4- 256 ...
dan Muslim – Al-Shiam - 2- 822
[3] Lihat: Fath Al-Bari - 12
[4] Mauquf Al-Islam Min Al-Ilham - 2 -
[5] Laman web Bin Baz, peristiwa Masjid Al-Haram dan Perkara
Al-Mahdi Al-Muntadzar http://www.binbaz.org.sa/mat/8202
[6] Ibid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan