16.
Injil Barnabas:
إنجيل برنابا:
Mengenai Injil Barnabas, teks-teksnya dibantah oleh sebahagian
umat Islam, saya mendengar Abdus Soleh (as) berkata mengenainya:
] Semoga Allah membantu kamu,
Injil Barnabas yang beredar adalah Injil palsu seratus peratus, dan tidak boleh
digunakan oleh umat Islam untuk menghujah orang-orang Kristian, kerana secara
ringkasnya tidak ada jalan atau mempunyai apa-apa sokongan sejarah yang boleh dipertimbangkan,
di mana naskah ini adalah naskah Injil lama yang dicetak mengikut asas-asasnya,
dan apa sejarahnya, di mana ia didapati, adakah ia telah dianalisa dan siapa
yang menganalisanya, dan apa yang dikatakan mengenainya? Siapa yang mahu
berhujah dengan kitab ini dia mesti menjawab soalan-soalan ini, dan selepas dia
menjawabnya dia akan dapati dirinya hampa tanpa dalil pada kitab ini, mewakili sesuatu
yang boleh dibuat bantahan-bantahan ke atas orang-orang Kristian [.
Dan bagi sesiapa yang membandingkan Injil Barnabas dan
Injil Yudas, beliau mengatakan:
[Apa yang dipanggil Injil
Barnabas hanyalah permainan penipuan yang dianjurkan (untuk pengislaman) oleh diri
mereka sendiri tetapi ia tidak mempunyai nilai sejarah, ia tidak boleh untuk menghujah
kewarasan orang-orang Kristian, oleh itu bagaimana hendak menghujah dengan
kitab yang tidak mempunyai asas? Injil
Yudas, adalah Injil tua, dan ia ada asal-usul sejarah dan dokumen sejarah secara bertulis, dan didokumenkan dengan ketepatan ilmiah (saintifik)].
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan