2. Adakah Ia Hanya Perisytiharan Dalil Wasiat?
هل مجرد ادعاء الوصية دليل ؟
Wasiat Suci, yang ditulis Muhammad (S) adalah
pelindung untuk umatnya dari kesesatan, dan yang dikehendaki Allah SWT untuk
memelihara dari seruan (tuntutan) orang-orang yang batil, Untuk menjadi hujah
yang jelas atas kesungguhan pemilik panji kebenaran dan petunjuk pada masa
kezuhuran, dengan izin Allah bagi keluarga Muhammad (S) dengan bermulanya
seruan (dakwah) ketuhanan yang besar.
Tetapi, sesetengah penyeru-penyeru ilmu cuba
untuk mengalihkan perhatian manusia dari bukti (dalil) ketuhanan Yang Maha
Agung ini, dan membawa mereka kepada keraguannya, dengan kemungkinan dakwaan bantahan-bantahan
orang-orang yang batil terhadap wasiat!!
Sungguhpun kita tidak dapat memberikan satu
contoh, melalui perjalanan kemanusiaan sejak hari pertama, ini mewajarkan perbuatan
yang mereka lakukan, Kita dapati bahawa Al-Quran dengan jelas mendustakan
tuntutan mereka.
Dan mengenai keraguan perkara ini, Abdus
Soleh (as) berkata
[Mereka mengatakan:
bagaimana hanya menjadikan semata-mata tuntutan wasiat sebagai dalil? Padahal Al-Quran
mengatakan bahawa ia adalah dalil, yang menyatakan bahawa Isa berwasiat dan memberikan
khabar gembira bahawa Muhammad (S) untuk dijadikan hujah ke atas orang-orang
Kristian.
Tidakkah kamu melihat bahawa
Allah SWT telah menganggap hanya mengisytiharkan Muhammad (S) adalah dari wasiat
yang dengannya Isa berhujah?
Melainkan, perkara ini tidak
pernah terjadi, apakah makna peringatan Allah SWT bagi wasiat Isa (as)?
Bukankah ia disebut untuk dijadikan
hujah? Adakah peringatan wasiat Isa adalah sesuatu yang selain nama yang
pertama?
Jadi, Al-Quran memutuskan wasiat
itu, yang tidak dapat dituntut, melainkan oleh pemiliknya.
Tambahan pula, Allah melaksanakan
apa yang dikehendakiNya, Perkara ini adalah perkara Allah dan Dia pasti akan
menyampaikannya.]
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan