Tanda-Tanda
Daulah Keadilan Ilahi.
Ini adalah beberapa tanda pemerintahan keadilan Ilahi yang ditegaskan oleh riwayat-riwayat Ahlulbait (as), yang mendedahkan kepada setiap pembaca bahawa mereka hidup di zaman daulah keadilan Ilahi dan kebangkitannya sudah semakin hampir, dengan izin Allah SWT. Ia merupakan perkara yang diakui oleh seluruh penganut agama-agama, walaupun ada perbedaan mengenai siapakah Juru Penyelamat yang mereka nanti-nantikan itu.
Diriwayatkan mengenai Zaura`(nama lain bagi Baghdad), Amirul Mu`minin Ali (as) pernah mengungkapkan: “Kekuasaan akan kembali ke Zaura`, dan urusan-urusan akan dilakukan dengan syura oleh orang yang memenangkan sesuatu yang telah diwujudkannya. Ketika itu muncul Sufyani dan bergerak di muka bumi selama sembilan bulan dengan menimpakan bencana terburuk kepada mereka.”[1]
Telah terbukti dalam
sejarah Zaura` atau Baghdad bahawa tidak pernah berlaku syura (dalam hal perlantikan
pemerintah) di dalamnya melainkan pilihanraya yang diadakan akhir-akhir ini.
Hal ini diriwayatkan secara khusus mengenainya oleh Hudzaifah bin Yaman
daripada Nabi (S), bahawa baginda bersabda:
“Celakalah!
Celakalah bagi umatku dalam syura besar dan syura kecil!.” Nabi ditanya tentang
keduanya, lalu baginda menjawab, “Syura besar itu diadakan di negeriku (yakni Madinah)
setelah kewafatanku untuk mengambil alih kekhalifahan saudaraku (Ali as) dan
merampas hak putriku (Fatimah as). Sedangkan syura kecil itu diadakan di Zaura`
pada masa ghaib kubra (Imam Mahdi (as)) untuk mengubah sunnahku
dan menggantikan hukum-hakamku.” [2]
Tentang Hijaz, diriwayatkan
bahawa Rasulullah (S) bersabda: “Seorang lelaki akan memerintah Hijaz, yang
namanya adalah nama binatang. Bila kamu melihat dia, akan terlihat olehmu
juling di matanya dari kejauhan. Namun jika kamu dekati ia, kamu tidak akan
melihat apa-apa di matanya. Ia akan digantikan oleh saudaranya yang bernama Abdullah,
berilah amaran kepada Syiah kami tentang beliau! (beliau mengulangi kalimat ini
sebanyak tiga kali). Sampaikan kepadaku berita gembira tentang kematiannya, akan
aku sampaikan berita gembira tentang kemunculan Al-Hujjah (Imam Mahdi as)
kepada kalian.” [3]
Sesungguhnya (raja Fahad,
yang namanya adalah dari nama binatang; iaitu cheetah) telah memerintah Hijaz
dan yang memerintah sesudah beliau Sesungguhnya (raja Fahad, yang namanya
adalah dari nama binatang; iaitu cheetah) telah memerintah Hijaz dan yang
memerintah sesudah beliau adalah saudaranya bernama Abdullah, seperti yang kita
semua tahu sedang dalam proses kematian. Kematian beliau akan menjadi salah
satu tanda yang penting (kezuhuran Imam Mahdi (as)).
Diriwayatkan daripada Abu Bashir:
“Aku mendengar Abu
Abdillah (Imam Shadiq) (as) pernah mengungkapkan:“Siapa yang memastikan kematian
Abdullah bagiku, akan aku pastikan (kemunculan) Qaim baginya.”
Seterusnya beliau menambah: “Bila Abdullah mati, manusia tidak akan
bersepakat atas seseorang (siapa yang akan menggantikannya) sepeninggalan dia,
dan urusan ini tidak akan berakhir tanpa tuan punya kalian, insya Allah. Raja
(yang memerintah) bertahun-tahun akan pergi menjadi raja beberapa bulan dan
beberapa hari”Aku (si perawi) bertanya, “Apakah lama yang demikian
itu?”“Tidak”, jawab imam.[4]
Tentang Mesir dan pemerintahnya, diriwayatkan dari Amirul Mu`minin Ali (as)
berkata:
“Penguasa Mesir adalah satu daripada
tanda penting, tandanya aneh dan memiliki tanda-tanda; nama tengahnya adalah Hasan,
di awalnya adalah Muhammad dan ia mengubah nama datuknya. Jika dia
disingkirkan, maka ketahuilah bahawa Mahdi akan mengetuk pintu-pintu (rumah) kalian.
Sebelum ia disingkirkan, terbanglah kalian kepadanya di tengah-tengah awan,
atau datangilah ia dengan berjalan kaki dan merangkak di atas salji.”.[5]
Tiada seorang pun tahu
bahawa datuk presiden Mubarak bernama Syed lalu ia mengubah namanya, iaitu nama
depannya adalah Muhammad dan nama tengahnya adalah Hasan (baca: Husni), tidak ubah
sepertimana yang dikhabarkan oleh Imam (as).
Cukuplah
kita mengetahui bahawa kekacauan yang terjadi dan tersingkirnya para penguasa
di wilayah Arab telah didedahkan oleh Ahlulbait (as), ketika menyebutkan
bahawa bangsa Arab melepaskan apa yang membelenggu mereka, sebagai kiasan
tentang jatuhnya sistem pemerintahan yang tertegak di sana. Inilah yang terjadi
pada hari ini.
Seterusnya,
semua manusia menyedari tentang kadar perubahan iklim yang terjadi di planet bumi,
dan kita semua mengetahui fenomena rumah hijau dan tingginya suhu panas bumi
yang belum pernah terjadi selama ini. Fenomena ini membawa kepada wujudnya
kongres-kongres antarabangsa dalam rangka meminimakan kesan fenomena yang
sekaligus memperingatkan para penghuni bumi tentang bahaya besar!
Jika anda menyedari fenomena ini, maka ingatlah riwayat
dari Ahmad bin Muhammad bin Abu Nashr:
“Aku mendengar Imam Ridha (as) berkata, “Sebelum
perkara itu adalah bayûh!” Aku (si perawi) tidak mengerti, apakah bayûh itu?
Kemudian aku pergi menunaikan haji, lalu aku mendengar seorang arab badwi
mengatakan, “Ini adalah hari bayûh!” Aku bertanya kepadanya, “Apakah bayûh itu?” “Panas yang
sangat menyengat”, jawabnya.[6]
Semoga kita dihindari dari banyak gempa bumi, tanah runtuh, banjir dan bencana-bencana besar lainnya. Sesungguhnya Rasulullah (S) bersabda:
“Aku
sampaikan berita gembira kepada kalian tentang Mahdi! Ia akan bangkit di tengah
umatku dengan pertelingkahan umat manusia dan gempa bumi.” [7]
Apakah manusia pernah mendengar hadis Imam Shadiq (as) tentang tanda-tanda pasti Qaim yang beliau sebutkan salah satunya adalah seperti berikut:
“Muncul
tapak tangan dari langit adalah daripada tanda (kemunculan Imam Mahdi as) yang
pasti.” [8]
Jika sekarang baru kalian mengetahui hal ini, maka hendaklah kalian meneliti apa yang telah disampaikan oleh perwakilan NASA berkenaan angkasa lepas. Lihatlah gambar foto yang telah disebarkan kepada para penduduk bumi, di situ dapat dilihat tapak tangan dengan jelas sekali di langit:
Selain itu,
banyak lagi tanda yang dapat dilihat oleh manusia dengan jelas sekali sekarang ini.
Ianya telah dikhabarkan di dalam riwayat-riwayat Ahlulbait yang suci as,
termasuklah dunia akan mengalami krisis dalam segala aspek berkaitan politik,
ekonomi dan sebagainya.
✡✡✡✡✡
[1] Al-Malahim Wa Al-Fitan/Ibnu Thawus, ms 134
[2] Kitab Miatan wa Khamsun ‘Alamah, ms 130
[3] Miatan wa Khamsun ‘Alamah, ms 122
[4] Bihar Al-Anwar, juz 52, ms 210
[5] Mazha Qala ‘Ali Fi Akhir Al-Zaman, ms 330
[5] Mazha Qala ‘Ali Fi Akhir Al-Zaman, ms 330
[6]
Al-Ghaibah An-Nu’mani, ms 171
[7] Bihar Al-Anwar, juz 51, ms 74
[7] Bihar Al-Anwar, juz 51, ms 74
Tiada ulasan:
Catat Ulasan