Rabu, 27 Januari 2016

Ahmad Adalah Al Yamani Yang Dijanjikan

Ahmad Adalah Al Yamani Yang Dijanjikan


Sebagaimana penjelasan sebelumnya bahawa Al Yamani adalah salah seorang khalifah Allah di bumi, yang wajib didukung oleh umat dan diharamkan berpaling daripadanya, yang dinaskan dari kata-kata Imam Baqir (as) bahawa wasi Imam Mahdi (as) adalah Ahmad, pemimpin yang membawa panji persediaan bagi mendirikan daulah keadilan Ilahi. Persoalannya, adakah keduanya (Al Yamani dan mahdi pertama) peribadi yang berbeza atau satu peribadi yang sama?

Pertama, dengan sedikit pemerhatian sudah cukup buat kita mengenalpasti bahawa wasi Ahmad adalah juga Al Yamani yang dijanjikan, kerana wasiat suci telah menjelaskan para khalifah Allah sepeninggalan Rasulullah (S) hingga ke hari kiamat. Al Yamani bukanlah salah seorang daripada duabelas Imam yang disebutkan dalam wasiat Nabi (S), dan tidak ada seorang khalifah Allah yang wujud di zaman kezuhuran selain Imam Mahdi (as) dan anaknya Ahmad, sebagaimana yang telah dijelaskan. Oleh itu, Mahdi Pertama tidak lain adalah Al Yamani yang dijanjikan, dan bukan orang lain.

Kedua, sekiranya Al Yamani itu selain wasi Ahmad serta kedua mereka wujud di zaman kezuhuran dan persediaan, lalu siapakah yang akan menjadi hujjah ke atas yang lain, dan siapakah pembawa panji tunggal hidayah Muhammadiah seperti yang sedia diketahui? Tidak mungkin Al Yamani itu (selain Ahmad) si pembawa panji dan Ahmad bergabung di bawah panjinya, kerana Ahmad adalah salah seorang wasi yang disebutkan di dalam wasiat Rasulullah (S). Begitu juga sebaliknya, apabila Al Yamani bergabung di bawah panji wasi Ahmad, maka peranan Al Yamani akan menjadi kurang mustahak, sedangkan dia adalah pemegang panji petunjuk di zaman kezuhuran berdasarkan nas riwayat Imam Baqir Ahmad Adalah Al Yamani Yang Dijanjikan Sebagaimana penjelasan sebelumnya bahawa Al Yamani adalah salah seorang khalifah Allah di bumi, yang wajib didukung oleh umat dan diharamkan berpaling daripadanya, yang dinaskan dari kata-kata Imam Baqir as bahawa wasi Imam Mahdi as adalah Ahmad, pemimpin yang membawa panji persediaan bagi mendirikan daulah keadilan Ilahi. Persoalannya, adakah keduanya (Al Yamani dan mahdi pertama) peribadi yang berbeza atau satu peribadi yang sama? Pertama, dengan sedikit pemerhatian sudah cukup buat kita mengenalpasti bahawa wasi Ahmad adalah juga Al Yamani yang dijanjikan, kerana wasiat suci telah menjelaskan para khalifah Allah sepeninggalan Rasulullah (S) hingga ke hari kiamat. Al Yamani bukanlah salah seorang daripada duabelas Imam yang disebutkan dalam wasiat Nabi (S), dan tidak ada seorang khalifah Allah yang wujud di zaman kezuhuran selain Imam Mahdi as dan anaknya Ahmad, sebagaimana yang telah dijelaskan. Oleh itu, Mahdi Pertama tidak lain adalah Al Yamani yang dijanjikan, dan bukan orang lain. Kedua, sekiranya Al Yamani itu selain wasi Ahmad serta kedua mereka wujud di zaman kezuhuran dan persediaan, lalu siapakah yang akan menjadi hujjah ke atas yang lain, dan siapakah pembawa panji tunggal hidayah Muhammadiah seperti yang sedia diketahui? Tidak mungkin Al Yamani itu (selain Ahmad) si pembawa panji dan Ahmad bergabung di bawah panjinya, kerana Ahmad adalah salah seorang wasi yang disebutkan di dalam wasiat Rasulullah (S). Begitu juga sebaliknya, apabila Al Yamani bergabung di bawah panji wasi Ahmad, maka peranan Al Yamani akan menjadi kurang mustahak, sedangkan dia adalah pemegang panji petunjuk di zaman kezuhuran berdasarkan nas riwayat Imam Baqir as. Sebaliknya, Ahmad lah si pembawa panji hidayah sebagaimana yang diperuntukkan oleh nas riwayat. Oleh itu, kedua-dua kemungkinan ini adalah terbatal dan dapat disimpulkan bahawa Al Yamani adalah Mahdi Pertama iaitu Ahmad.

Akhirnya, bagi mengetahui sebab gelaran “Al Yamani”, maka jelas pada pengetahuan kami bahawa Al Yamani bermaksud tangan kanan (Yamin) Imam Mahdi as dan wasinya yang memulai seruan dakwahnya. Dia dari keluarga Muhammad as dan kesemua mereka termasuk datuknya (S) adalah Yamani, kerana mereka berasal dari Mekah, yang dulu merupakan sebahagian dari wilayah Tihamah dan Tihamah pula sebahagian dari wilayah Yaman. Sebagaimana sabda Nabi (S): “Iman adalah yamân dan aku adalah seorang yamâni.[28]

Di dalam kitab Bihar Al Anwar menyebutkan Abdul Muthalib, datuknya Nabi (S) menamakan Ka’bah dengan “Al-Ka’bah Al-Yamâniah”, dan penulis kitab tersebut di dalam mukadimah kitabnya menyebut keluarga Muhammad dengan “Al-Hikmah Al-Yamâniah”.





✡✡✡✡✡





Sebelum << ✡✡✡✡✡ >> Selepas

Tiada ulasan: