Ahad, 31 Januari 2016

5. Wasiat Dan Nash Langsung


5. Wasiat Dan Nash Langsung
الوصية والنص المباشر:

:
Sebahagian daripada mereka mengatakan bahawa wasiat Rasulullah (S) tidak cukup untuk membuktikan kelayakan berhujjah dengannya, dan perlu diadakan wasiat dari Imam kepada Imam selepasnya, secara langsung?

Untuk membuat perbandingan mengenainya Abdus Soleh (as) berkata

[Para ulama Syiah mengatakan bahawa wasiat atau nash adalah mencukupi dari Rasul, seperti dalam kitab (Bab ke sebelas) (Bi Syarah – dengan penjelasan - Al-Miqdad Al-Suyuri [1], terdapat nash di dalamnya: Nash dari Nabi atau imam terdahulu yang mencukupi.

Wasiat dari Rasul mencukupi, dengan nash-nash dari Aqidah pegangan (Hauzah) mereka.

Sesungguhnya mereka itu tidak mengambil iktibar daripada Al-Quran daripada riwayat-riwayat mahupun daripada maksumin, mereka itu tidak mengambil iktibar melainkan dengan Marajik dan Fuqahak mereka yang mengajar di Hauzah Najaf, dan bahkan menafikannya juga demi kesenangan hawa nafsu mereka.]

Ini adalah pandangan Al-‘Alamah Al-Hilli:

(Imam baginya perlu dinashkan; kerana kemaksuman termasuk perkara batin (dalaman) yang tidak mengetahuinya melainkan Allah Ta’ala. Nash mestilah dari sesiapa yang mengetahui kemaksumannya, atau zahir mukjizat di tangannya untuk menunjukkan kebenarannya.)

Dan diulas dengan penjelasan (Al-Miqdad Al-Suyuri) dalam (Al-Nafi’ Yaum Al-Hasyr halaman 100), yang mengatakan:

(Aku katakan: ini adalah merujuk kepada cara pelantikan imam, dan telah disepakati bahawa dinashkan dari Allah Rasul-Nya, dan imam sebelumnya, Sebab adalah tertentu di dalam pelantikan Imam (as). Namun ada perbezaan pendapat, adakah ia akan dilantik dengan sebab selain nash atau tidak, tetapi sahabat kami Al-Imamiyah mempertahankan perkara ini secara mutlak dengan mengatakan: Tiada cara lain melainkan dengan nash.)

         

✡✡✡✡✡


--------------------------------
[1] A. Al-Syeikh Al-Thusi (rahmahu Allah) di dalam kitab bernama (Mishbah Al-Mutahajjid) dengan sepuluh bab, kemudian diikuti dengan penjelasan-penjelasan Al-‘Alamah Al-Hilli dan ditambah satu bab yang diberinya nama (Bab ke sebelas) dan dinyatakan Al-Miqdad Al-Suyuri (Tahun: 826 H) dengan penjelasannya, ia adalah salah satu penjelasan yang agak penting,


4. Apakah Kandungan Wasiat Diketahui Terlebih Dahulu?

[Al-Baqarah 2:180] 

4. Apakah Kandungan Wasiat Diketahui Terlebih Dahulu?
هل مضمون الوصية معلوم سلفاً ؟

Sebahagian orang yang mengaku dan mendakwa mengetahui bahawa Muhammad (S) tidak ada keperluan untuk berwasiat saat baginda akan kembali pada Tuhannya, kerana hadits Al-Tsaqalain atau Al-Ghadir, contohnya sangat banyak penulisannya, dan kandungannya telah diketahui lebih awal sehingga tidak perlu bersusah payah menulisnya!!

Jawapan Syed Ahmad Al-Hassan (as) seperti apa yang mereka dakwakan adalah sebagai berikut:

[Jika sebahagian daripada mereka mendakwa bahawa mereka tahu apa yang ada dalam wasiat Rasulullah (S), yang mereka dakwa tidak ditulis, dan bahawa ia hanya satu pengesahan bagi Bai'ah Al-Ghadir dan hadits Al-Tsaqalain secara menyeluruh, dan kerana itu baginda (S) tidak mengambil kisah untuk menulisnya dan tidak ditulis selepas kejadian bencana secara tiba-tiba itu mengikut dakwaan mereka walaupun golongan miskin telah menerimanya seperti Ammar, Abu Zhar dan Al-Miqdad, dan baginda tidak pun menulisnya sehingga ditulis oleh Ali (as) untuk disampaikan kepada orang-orang yang menerimanya agar tidak terjerumus kepada kemusnahan dan kesesatan semua keturunan di kalangan manusia dan memelihara umat daripada kesesatan.

Saya tidak tahu di mana mereka belajar bahawa wasiat hanya pengulangan atau pengesahan hadits Al-Ghadir atau hadits-hadits dan kenyataan-kenyataan yang lain sebelumnya oleh Rasulullah (S) seperti hadits Al-Tsaqalain seluruhnya, kerana baginda (S) seorang nabi dan Rasul dari Allah yang menurunkan wahyu yang berterusan kepadanya dan risalahNya untuk membimbing manusia terus-menerus sehingga saat-saat akhir hayat baginda. Adakah Allah memberitahu mereka, misalnya Dia (SWT) tidak menurunkan wahyu kepada Muhammad sehari sebelum kesakitannya atau sebulan atau dua bulan, sesuatu yang baru dan maklumat baru yang dimiliki oleh salah satu daripada dua perkara penting (Al-Tsaqalain), ia adalah Al-Aushiak selepas baginda, nama-nama dan sifat-sifat sebahagian daripada mereka untuk memastikan tiada kesesatan umat sehingga hari kiamat, kerana perkara ini sesuai (hampir) dengan kebijaksanaan. Jika tidak, Allah telah mewahyukan kepada mereka sesuatu kenyataan, jadi mengapa mengatakan dengan pasti bahawa wasiat itu hanya pengulangan bagi yang sebelumnya. Oleh kerana itu lebih baik untuk ditinggalkan penulisan selepas bencana hari Khamis, menurut yang mereka dakwakan?

Adakah ini bermakna bahawa Umar berkata bahawa bagi Rasulullah adalah lebih baik tidak menulis wasiat pada hari Khamis tersebut seperti dakwaan mereka dengan menganggap bahawa Umar membantah untuk menuliskan penulisan (wasiat) itu adalah untuk mendamaikan dan memberikan arahan, dan kalian sendiri memutuskan bagi Rasulullah adalah lebih baik tidak menulis wasiat pada hari Khamis itu, dan mereka tidak ada jerami untuk menyalakan api kamu. Maka siapakah rasul dari Tuhanmu, Muhammad bin Abdullah (S), atau Umar dan kumpulannya, atau kamu, wahai orang yang telah dipanggil sebagai Syiah?].

Dan tidak lengkap pertanyaan mereka pada masalah penulisan (wasiat) Muhammad (S) bagi memelihara umatnya dari kesesatan, lalu sebahagian mereka mengadakan masalah yang membawa maksud: Sama ada Musa bin Ja'far (as) telah berwasiat dalam penjara sebelum kematiannya pada orang selepasnya dan menulis wasiatnya, atau bahawa Muhammad (S) tidak menulis wasiatnya?!! Dan ini tidak masuk akal. Maka Abdus Soleh (as) berkata:

[Kami menegaskan wajib berwasiat apabila akan mati dan dengan dalil, dan sekarang mereka tidak mempunyai dalil untuk menyangkalnya, maka dalil kita tsabit (terbukti), dan tsabitlah (terbuktilah) wasiat Rasulullah (S) yang satu dengan mengambil kira dalil (wasiat) ini diwajibkan supaya menulisnya.

Mengenai kemusykilan wasiat Rasulullah (S) terhadap tidak ada wasiat apabila matinya Musa bin Ja'far (as), sebagai contoh, kerana dipenjarakan, Allah berfirman:

﴿لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا﴾

Allah tidak membeban seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. [Al-Baqarah 2:286] 

Maka orang yang sakit tidak perlu berpuasa, dan begitu pula sesiapa yang tidak ada cara untuk berwasiat apabila akan mati, Musa bin Ja'far tiada kesanggupannya dan Nabi (S) tidak begitu, bahkan baginda telah menulis wasiatnya dengan kesanggupannya, maka wajib atas baginda menulisnya.

Ini ditambah pula bahawa wasiat dan riwayat-riwayat dari Imam-imam (as) tidak semuanya dapat disampaikan, banyak riwayat dari sumber Syiah telah hilang seperti yang diketahui umum.

Tambahan pula bahawa tidaklah mendatangkan mudharat bagi Musa bin Ja'far (as) tidak menuliskan wasiatnya ketika akan mati, kerana wasiat Nabi (S) melindungi umat dari kesesatan sehingga hari kiamat, Allah tidak meletakkan kewajipan dengan memberikan keadaan Musa bin Ja'far (as) untuk berwasiat ketika akan mati, Tetapi Allah meletakkan waktu, kesempatan dan kesanggupan kepada Rasulullah (S), ketika akan mati untuk berwasiat, dan baginda telah berwasiat dan dinaqalkan (dituliskan) wasiat itu].

Sekarang, adakah telah selesai kemusykilan yang kalian simpan atas Wasiat Suci, atau ia masih ada!!



✡✡✡✡✡


Sabtu, 30 Januari 2016

3. Nabi-nabi Berhujah Dengan Wasiat:


3. Nabi-nabi Berhujah Dengan Wasiat:
احتجاج الأنبياء بالوصية:


Nabi-nabi (as) berhujah dengan wasiat, Saya mendengar Abdus Soleh (as) berkata pada suatu hari:

[Mereka mengatakan: Apakah Musa (as) berhujah dengan wasiat?

Bagaimana ia tidak berhujah dengan wasiat, sedangkan Bani Israel telah menunggunya kerana wasiat yang dilakukan oleh Nabi-nabi mereka!

Begitu juga dengan Isa (as), dan juga Muhammad (S). Tidakkah Al-Quran dengan jelas menyatakan hujah-hujah wasiat? 

Al-Quran menjelaskan bahawa mereka (as) telah menyatakan wasiat mereka, dan mereka telah berhujah dengan wasiat, dan cukuplah bahawa Al-Quran dan jelas berhujah dengan wasiat para nabi (as) dan Nabi Isa (as) kepada Muhammad (S)]. 

Dia SWT berfirman:

﴿وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّـهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ ۖ فَلَمَّا جَاءَهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَـٰذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ 

Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad.". Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata".[Al-Shaf 61:6] 



✡✡✡✡✡


2. Adakah Ia Hanya Perisytiharan Dalil Wasiat?


2. Adakah Ia Hanya Perisytiharan Dalil Wasiat?
هل مجرد ادعاء الوصية دليل ؟

Wasiat Suci, yang ditulis Muhammad (S) adalah pelindung untuk umatnya dari kesesatan, dan yang dikehendaki Allah SWT untuk memelihara dari seruan (tuntutan) orang-orang yang batil, Untuk menjadi hujah yang jelas atas kesungguhan pemilik panji kebenaran dan petunjuk pada masa kezuhuran, dengan izin Allah bagi keluarga Muhammad (S) dengan bermulanya seruan (dakwah) ketuhanan yang besar.

Tetapi, sesetengah penyeru-penyeru ilmu cuba untuk mengalihkan perhatian manusia dari bukti (dalil) ketuhanan Yang Maha Agung ini, dan membawa mereka kepada keraguannya, dengan kemungkinan dakwaan bantahan-bantahan orang-orang yang batil terhadap wasiat!!

Sungguhpun kita tidak dapat memberikan satu contoh, melalui perjalanan kemanusiaan sejak hari pertama, ini mewajarkan perbuatan yang mereka lakukan, Kita dapati bahawa Al-Quran dengan jelas mendustakan tuntutan mereka.

Dan mengenai keraguan perkara ini, Abdus Soleh (as) berkata

[Mereka mengatakan: bagaimana hanya menjadikan semata-mata tuntutan wasiat sebagai dalil? Padahal Al-Quran mengatakan bahawa ia adalah dalil, yang menyatakan bahawa Isa berwasiat dan memberikan khabar gembira bahawa Muhammad (S) untuk dijadikan hujah ke atas orang-orang Kristian.

Tidakkah kamu melihat bahawa Allah SWT telah menganggap hanya mengisytiharkan Muhammad (S) adalah dari wasiat yang dengannya Isa berhujah?

Melainkan, perkara ini tidak pernah terjadi, apakah makna peringatan Allah SWT bagi wasiat Isa (as)?

Bukankah ia disebut untuk dijadikan hujah? Adakah peringatan wasiat Isa adalah sesuatu yang selain nama yang pertama?

Jadi, Al-Quran memutuskan wasiat itu, yang tidak dapat dituntut, melainkan oleh pemiliknya.

Tambahan pula, Allah melaksanakan apa yang dikehendakiNya, Perkara ini adalah perkara Allah dan Dia pasti akan menyampaikannya.]


✡✡✡✡✡


1. Nash dan kesaksian Allah:


Hentian Ketiga:

Apa Yang Berkenaan Dengan Bukti Seruan (Dalil Dakwah) Yang Diberkati

1.   Nash dan kesaksian Allah:

Suatu hari, Syed Ahmad Al-Hassan (as) datang mengejutkan saya kemudian berkata:

[Saya ada soalan untuk kamu, ia adalah satu persoalan ilmu dan semoga Allah memberi kamu kejayaan.

Dalil kepada hujah adalah nash, bukankah begitu?

Baiklah, adakah dalil ini mesti disertakan hujah sejak hari pertama, yang mana dikemukakan sejak hari pertama, atau boleh jadi terkemudian dari hari pertama pengisytiharan khalifah?

Adakah nash ini sepatutnya menjadi hujah kepada semua manusia pada masa yang sama ketika diisytiharkan atau tidak?

Dan bagaimana penggunaan untuk membela Muhammad (S) sebagai hujah kepada agama Buddha dengan nash?

Atau apakah nash untuk membela Muhammad (S) sebagai hujah kepada agama Hindu dan Buddha?

Ini adalah soalan mengenai peraturan untuk mengenal hujah atau nash secara khusus..

Adakah terdapat jawapan kepada soalan- soalan-soalan ini?]

Saya berkata: Adakah saya menjawab dengan apa yang saya tahu dari kata-kata tuan?

 [Ya!] katanya.

Saya menjawab: Apa yang saya tahu bahawa Allah SWT dan kesaksianNya serta soalanNya adalah apa yang menyokong hujah dalam Dakwah permulaan, Dan dengannya telah beriman hamba-hamba Allah, dan nash yang jika ia wujud, tetapi kesaksian Allah adalah urusan tertinggi, dan Allah lebih mengetahui.

Dia (as) berkata:

[Ya, dan adakah kesaksian Allah tidak dinashkan? Adakah nash selain Allah adalah lebih besar dari kesaksian Allah dan nash Allah?

Ya, ia dinashkan, Saya tidak menulis peraturan untuk mengenal hujah selengkapnya pada masa lalu, dengan harapan untuk mempertahankan perbahasan, Tetapi mereka nampaknya tidak mahu berdebat dan cukuplah bagi saya apa yang mereka telah nyatakan di (TV) saluran satelit, mengenai penghinaan mereka terhadap rukya (mimpi), dan kini, Insya-Allah, akan didatangkan kitab Aqidah Islam dan yang mededahkan kehinaan (fitnah) mereka dan menjelaskan tentang kejahilan mereka, kerana mereka tidak mempunyai perasaan malu!

Beberapa hari lalu saya terdengar secara kebetulan salah satu kesan tindak balas yang beredar terhadap Wahabi yang keliru dengan asal-usul imamah (kepimpinan) yang mengatakan ia disebut dalam Al-Quran sebagai asas ajaran agama, jawabnya konon diambil dari kitab dakwah. Dikatakan kepadanya:

Kita katakan bahawa Imam-imam (pemimpin) adalah Khalifah Allah di bumiNya, dan Adam adalah Khalifah lantikan Allah pertama, pada firman Allah:
 إني جاعل ... الخ
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan ... hingga akhir (Al-Baqarah 2:30)

Oleh itu, tanpa rasa malu mereka mendakwa diambil dari ajaran dakwah apabila membincangkan kesalahan mereka, dan apabila orang bertanya kepada mereka mengenai dakwah yang mereka dustakan!!

Tidakkah mereka ambil dari ajaran dakwah dan dalil ilmu atas keperluan mereka dari pemilik dakwah dan hanya untuk menolong (melepaskan) mereka? Bukankah ini (mana-mana ilmu) adalah dalil-dalil imamah (kepimpinan), Dan imam itu tahu semua keperluan dan pertolongan terhadap manusia? Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, alangkah beraninya mereka menentang api neraka!].



✡✡✡✡✡

Jumaat, 29 Januari 2016

Injil Barnabas


16. Injil Barnabas:
إنجيل برنابا:

Mengenai Injil Barnabas, teks-teksnya dibantah oleh sebahagian umat Islam, saya mendengar Abdus Soleh (as) berkata mengenainya:

] Semoga Allah membantu kamu, Injil Barnabas yang beredar adalah Injil palsu seratus peratus, dan tidak boleh digunakan oleh umat Islam untuk menghujah orang-orang Kristian, kerana secara ringkasnya tidak ada jalan atau mempunyai apa-apa sokongan sejarah yang boleh dipertimbangkan, di mana naskah ini adalah naskah Injil lama yang dicetak mengikut asas-asasnya, dan apa sejarahnya, di mana ia didapati, adakah ia telah dianalisa dan siapa yang menganalisanya, dan apa yang dikatakan mengenainya? Siapa yang mahu berhujah dengan kitab ini dia mesti menjawab soalan-soalan ini, dan selepas dia menjawabnya dia akan dapati dirinya hampa tanpa dalil pada kitab ini, mewakili sesuatu yang boleh dibuat bantahan-bantahan ke atas orang-orang Kristian [.

Dan bagi sesiapa yang membandingkan Injil Barnabas dan Injil Yudas, beliau mengatakan:

[Apa yang dipanggil Injil Barnabas hanyalah permainan penipuan yang dianjurkan (untuk pengislaman) oleh diri mereka sendiri tetapi ia tidak mempunyai nilai sejarah, ia tidak boleh untuk menghujah kewarasan orang-orang Kristian, oleh itu bagaimana hendak menghujah dengan kitab yang tidak mempunyai asas? Injil Yudas, adalah Injil tua, dan ia ada asal-usul sejarah dan dokumen sejarah secara bertulis, dan didokumenkan dengan ketepatan ilmiah (saintifik)].
         

✡✡✡✡✡

          

14. Teori Big Bang 15. Oknum (Triniti)?

                     

  

14. Adakah Anda Menolak Teori Pencipta Big Bang?
هل تنكر نظرية الانفجار الكوني الخالق ؟

Abdus Soleh (as) berkata, mengulas mengenai teori Big Bang dan menjadi sebab bagi kemunculan teori penciptaan:

[Teori Big Bang (ledakan besar), adalah teori yang membuktikan Alam Jasmani (alam semesta atau jagad raya) yang terbaru, ia disebabkan oleh tenaga pemeluwapan, oleh itu ia menunjukkan terdapat tanda-tanda kewujudan Pencipta yang azali (sedia ada)].

Saya menyeru kepada semua orang untuk menunggu terbitnya buku "Delusi Atheisme" (Wahmu Al-Ilhad), yang dikatakan Abdus Soleh (as) mengenainya - selepas dikemukakan beberapa soalan mengenai Pencipta dan alam semesta dan telah ditanya kepada ulama agama jawapan mengenainya-:

[... Bagi saya soalan-soalan ini dan banyak lagi yang lain, kebanyakanya dijawab di dalam buku " Delusi Atheisme," Insya-Allah, saya akan menerbitkannya tidak lama lagi, dan ia juga mengandungi apa yang boleh dipanggil perdebatan ilmiyah dengan Profesor Richard Dawkins, yang merupakan salah seorang daripada ahli Biologi terbesar mengikut perkembangan sezaman, dan Profesor Stephen Hawking, salah seorang daripada ahli teori Fizik dan Matematik terbesar dan juga ahli sains khusus dalam teori Kosmologi telah terpasang pada sinaran (cahaya) lubang hitam.]




✡✡✡✡✡






15. Adakah Oknum (Peribadi-peribadi) berbeza?
هل الأقانيم متمايزة ؟


Orang-orang Kristian (Roman Katolik)  percaya tiga oknum (diri) atau triniti, tiga wujud Tuhan (Bapa, Anak dan Roh Kudus) yang terkenal pada mereka. Ia berbeza atau tidak, Syed Ahmad Al-Hassan (as) telah berkata mengenainya:

[Dan mereka berkata: triniti (tiga oknum) adalah berbeza, untuk itu ia adalah pengutusan dari yang satu kepada yang lain, Bapa mengutus Anak-Nya, Bapa mengutus Roh Kudus, dan Anak mengutus Roh Kudus. Mereka katakan dibezakan bagi setiap oknum (Trinity) yang lain mengutus yang lain dan inilah yang menunjukkan kepada kita sebab yang mengatakan mereka berbeza.]

Dan hubungan kepercayaan dengan membezakan antara Trinity dan Penjelmaan (jasad), yang diiktikadkannya juga, beliau (as) berkata:

[Bercakap mengenai Trinity tiada kaitan dengan Penjelmaan (jasad), kerana Penjelmaan (jasad) di sisi mereka adalah suatu  tajuk (perkara) yang lain. Trinity mempunyai perbezaan di antara yang sedia ada sebelum Penjelmaan (jasad) itu, dan semasa Penjelmaan itu, dan selepas berakhirnya Penjelmaan.]




✡✡✡✡✡




Khamis, 28 Januari 2016

12. Perundangan (Syariat ) Dengan Al-Quran Dan Masalah Takwil! 13. Adakah Benar-Benar Serasi undang-undang buatan manusia Dengan Sifat (Fitrah) Manusia?


12. Perundangan (Syariat ) Dengan Al-Quran Dan Masalah Takwil!

التشريع بالقرآن ومشكلة التأويل !


Boleh dikatakan: Undang-undang Al-Quran bagi umat Islam hari ini terdapat kemusykilan pentakwilan dan berbagai kaedah (cara),

Dan juga telah mempengaruhi zaman yang berbeza terhadap perbezaan hukum-hakam, bagaimana penyelesaiannya?

Dan jelas sekali, bahawa contoh persoalan ini juga meninggalkan (melalaikan) keadilan yang lain sekali gus melibatkan Al-Quran, dan nash yang tidak pernah terpisah dari hadits Tsaqalain yang diketahui oleh semua umat Islam.

Untuk itu Abdus Soleh (as) telah menjawab kepada persoalan ini: 􀁘

[Perundangan (Syariat) adalah dengan Al-Quran dan juga dengan Sunnah Al-Maksum semasa (sezaman). Al-Maksum meletakkan syariat (perundangan) pada setiap zaman. Dan ini tidak semestinya Al-Maksum semasa mengeluarkan semula (menggantikan) hukum-hakam yang terdahulu untuk zaman ini, kerana dia boleh meletakkan syariat dan boleh menggantikan hukum-hakum sebelumnya].




✡✡✡✡✡


13. Adakah Benar-Benar Serasi Undang-Undang Buatan Manusia Dengan Sifat (Fitrah) Manusia?
                         
هل ينسجم القانون الوضعي مع فطرة الإنسان ؟

Untuk membersihkan orang-orang yang tidak bersedia pada agama, dan ia seolah-olah menjadi sebab mengapa bagi saya kadang-kadang ia terletak pada orang-orangnya, sampaikan keadaan mereka sehingga memandang suci pada undang-undang buatan manusia dan mengakui kebenaran mutlaknya untuk memimpin masyarakat manusia dalam pelbagai aspek, pada hal ia bertentangan dengan undang-undang agama.

Dengan  semua contoh itu Abdus Soleh (as) berkata:

[Dalam undang-undang buatan manusia,  Adakah hak-hak masyarakat terpelihara, atau tidak? Dan bagaimana untuk mengimbangi undang-undang buatan manusia di antara mereka dan hak-hak individu? Adakah hak-hak Allah terpelihara? Adakah hak-hak alam sekitar terpelihara? Apakah hak asasi haiwan terpelihara? Apakah hak-hak perindustrian terpelihara? Begitu juga dengan yang lain-lainnya.

Maka bagaimana boleh mencapai keseimbangan antara hak-hak ini dalam undang-undang buatan manusia, sama ada mereka mengatakan pertimbangannya sempurna dan adil, dan bagaimana mereka yang diperintah, dan apakah itu keseimbangan penghakiman (pemerintahan) mereka?

Kini undang-undang buatan manusia melakukan jenayah paling besar dalam sejarah hak kemanusiaan, ia mengakibatkan bumi meraih pemanasan global, yang mengancam kenusnahan umat manusia secara menyeluruh!]



✡✡✡✡✡

10. Cukuplah Dengan Al-Kitab Sebagai Hujjah Dan Pengambilan! dan 11.....

10. Cukuplah Dengan Al-Kitab Sebagai Hujjah Dan Pengambilan!

كفى بالكتاب حجيجاً وخصيماً !


Sebahagian fahaman Wahabi adalah cuba untuk mewajarkan hujah yang memastikan Cukuplah bagi kita kitab Allah” yang ingin disempurnakan oleh penghulu penciptaan (S) apabila baginda mahu menuliskan sebuah tulisan (wasiat) yang akan memelihara umatnya dari kesesatan dengan meminta kertas dan dakwat, dengan dibandingkan kata-kata Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (as) dalam khutbahnya: .. “Cukuplah Allah yang memberi hukuman dan penolong, dan cukuplah dengan Al-Kitab sebagai hujjah dan pengambilan”.

Dalam menyatakan perbezaan antara kedua-dua pandangan ini, dinyatakan bantahan terhadao orang-orang yang jahil itu, dia Abdus Soleh (as) berkata:

[Umar berkata, dengan kata-katanya itu sebagai melawan Sunnah Al-Rasul (S), dimana dia berkata: Cukuplah bagi kita kitab Allah” dalam kedudukan menolak Sunnah Al-Rasul Muhammad (S). Bagi kata-kata Imam Ali (as), ia tidaklah begitu, ia adalah suatu perkara memuji Al-Quran dan mengagungkannya berbanding dengan yang lain, dan tidak bagi menolak yang lain seperti yang dilakukan Umar].



✡✡✡✡✡

11. Celaan Kepada Kitab Allah Oleh Orang-Orang Kristian!
الطعن على كتاب الله من قبل المسيحيين !

Orang-orang Kristian banyak mencela kitab Allah al-Quran Al-Karim, dan Abdus Soleh (as) berkata mengenainya:


[Orang-orang Kristian tidak melihat kepada hikmah Al-Quran dan peraturan yang adil dengan perkara baik dan ma’ruf di dalamnya. Ia benar-benar menunjukkan bahawa Al-Quran adalah dari Allah dan bukannya dari syaitan, sementara berhujah bahawa Al-Quran adalah bertentangan dengan bahasa dan masalah yang tidak berkesudahan dan mendapati bahawa pemiliknya tidak berjaya mendapatkan sesuatu, dimana yang mengatakan dari syaitan menunjukan kebodohan kata-katanya, Amirul Mukminin (as) telah berkata "(Mengenal Al-Rasul (utusan) dengan risalah", risalah (mesej) menunjukkan pengutus (Yang Mengutus) dan di mana Dialah. Yang berkata-kata lagi bijaksana (Al-Hakim) dan Sistem (peraturan) yang tepat dan yang menyeru kepada makruf serta mencegah kemungkaran adalah dari Allah, sementara kata-kata yang bodoh pula adalah mencanangkan kemungkaran dan mencegah yang makruf adalah dari syaitan].



✡✡✡✡✡


Rabu, 27 Januari 2016

Kata Penutup

Kata Penutup


Allah SWT berfirman:

﴿وَبِالْحَقِّ أَنزَلْنَاهُ وَبِالْحَقِّ نَزَلَ ۗ وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا مُبَشِّرًا وَنَذِيرًا﴾

Dan dengan kebenaran Kami menurunkannya dan telah turun dengan (membawa) kebenaran. Dan Kami tidak mengutusmu, melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. [69]

Wahai manusia! Inilah dia kebenaran dan pembawanya telah muncul di hadapan kalian, menyeru dengan suara tinggi di tengah kalian: “Apakah ada orang yang mendukung agama Allah?!” Beliaulah Ahmad Al Yamani yang dijanjikan, yang datang kepada kalian berdasarkan apa yang telah dijelaskan oleh Allah SWT melalui para khalifahNya. Menjelaskan apa yang telah disampaikan oleh para pendahulunya yang suci, yang menyebutkan beliau dengan nama, sifat, nasab, kedudukan, hujah serta panjinya, dan semua yang bersangkutan dengan urusannya. Sebahagian daripadanya telah kami sampaikan sebelumnya di dalam risalah ringkas ini dan buat mereka yang mahukan penjelasan lebih lanjut lagi, maka bolehlah merujuk kepada tulisan-tulisan Syed Ahmad Al-Hasan dan para pendukungnya di dalam kitab-kitab yang sudah diterbitkan melebihi 150 buah buku. Kesemuanya disebarkan melalui laman web rasmi Ansar Al-Imam Al-Mahdi as.

Jadi, apa lagi yang kalian tunggu! Jika, bukti ketuhanan ini tidak mampu mengenalkan kalian dengan keluarga Muhammad as pada hari ini, maka bagaimana cara kalian dapat mengenalpasti orang yang kalian nantikan? Apa lagi yang kalian ingin beliau datangkan, sedangkan beliau tidak meninggalkan sesuatupun dari kitab dan itrah melainkan beliau berhujah dengan kesemuanya?

Jika, kalian masih lagi menukar ganti keluarga Muhammad as dengan orang yang mendakwa sebagai ahli ilmu, maka dunia telah mendedahkan realiti kebanyakan mereka pada hari ini. Kejahilan mereka telah didedahkan kepada kalian dengan memastikan kebahagiaan kalian di dunia ini, maka bagaimana mungkin kalian meletakkan kepercayaan kepada mereka untuk urusan akhirat kalian?!!

Tidakkah kalian merasa terasing dan semakin jauh daripada Al Quran apabila para ahli ilmu ini menyuruh kalian memilih sesuatu selain daripada Kitab Allah, yang mengakibatkan kesengsaraan buat kalian dan ramainya manusia yang merintih kelaparan? Adakah terdapat keterasingan yang lebih teruk lagi terhadap “dua pusaka”, berbanding orang yang mengatakan supaya ditinggalkan keduanya, daripada kalangan ahli ilmu, dan menganggap zuhud setiap orang yang menginginkan dunia ini??

Bahkan, adakah terdapat jenayah lebih buruk daripada umat yang mencipta neraca kebenaran berdasarkan hawa nafsu sebahagian mereka, dengan mencadangkan cara mengenal penyeru Allah adalah dengan melemparkan dia ke kandang singa? Mengimani beliau, sekiranya beliau tidak mempunyai bayang? Mengenali beliau, sekiranya beliau meninggalkan kesan tapak kakinya di atas batu atau apa jua tempat yang dilaluinya? Dan dalam masa yang sama membuang segala prinsip yang telah ditetapkan oleh keluarga Muhammad as dalam mengenal kebenaran dan penyerunya, yang telah kami bentangkan sebelum ini!!

Tidak masuk akal, apabila kalian bersikap tolak ansur terhadap orang-orang yang menolak wasiat Rasulullah (S) di saqifah pertama, tetapi mengulangi penolakannya pada hari ini. Kalian membenarkan diri kalian mengikuti orang yang menyifatkan wasiat tersebut sebagai lemah, tiada nilai, goyah, kata-kata yang melemahkan dan sebagainya. Sesungguhnya mereka ini telah bersikap lancang terhadap Rasulullah (S). Sebaik-baik penghukum adalah Allah dan para khalifahNya.

Kemanakah kalian melangkahkan kaki kalian? Adakah kalian sedang mencipta peperangan baru terhadap keluarga Muhammad as tanpa kalian sedari? Adakah kalian sedang mengulangi fatwa Syuraih yang mengumpul umat dengan bala tenteranya sekali lagi untuk membunuh anak-anak kepada anak perempuan Nabi (S)? Sudahkah kalian bertanya pada diri kalian sendiri, mengapa terlalu sedikit sekali manusia yang menolong al-Qaim? Bahkan, di dalam riwayat disebutkan mereka seperti garam di dalam makanan dan celak di mata! Jadi, kemanakah perginya jutaan umat? Benar, memang amat sedikit sekali, kerana sedikit sekali orang yang membenarkan penjelasan Allah dan kalam para khalifahNya. Sedangkan majoriti mereka menyatakan bahawa mereka mahu bersama majoriti umat manusia!


Bumi seperti yang kalian lihat pada hari ini, bergelora dengan fitnah, huru hara, kemelesetan dan bencana . Bangsa Arab menyingkirkan pemerintah-pemerintah mereka, sebagaimana yang dikhabarkan manusia teragung (S). Harihari kekacauan, kebinasaan dan pembalasan yang diakibatkan oleh tangan-tangan manusia. Sekiranya ini adalah azab dan sememangnya azab, maka di manakah utusan petunjuk sebelumnya, kerana azab didatangkan sebagai balasan mendustakannya? Allah SWT berfirman:

﴿وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولًا﴾

“Dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul.”[70]

Adakah kalian melihat sunnah Allah itu telah berubah? Bangunlah sebelum ia terlambat dan kembalilah kepada Allah untuk menunjukkan kalian jalan petunjukNya, kerana Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

﴿قَالَ يَا قَوْمِ أَرَأَيْتُمْ إِن كُنتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّي وَآتَانِي رَحْمَةً مِّنْ عِندِهِ فَعُمِّيَتْ عَلَيْكُمْ أَنُلْزِمُكُمُوهَا وَأَنتُمْ لَهَا كَارِهُونَ﴾

“Nuh berkata, “Wahai kaumku, bagaimana pendapatmu, jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Dia memberiku rahmat dari sisi-Nya, tetapi rahmat itu tersembunyi darimu, apakah kami dapat memaksamu menerima bukti yang nyata itu, padahal kamu tiada menyukainya?”[71]  



الحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً
وسلام على خليفة رب العالمين.

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad dan limpahan salam pengiktirafan, para Imam dan Mahdi-mahdi.
Dan salam atas Khalifah Tuhan sekalian alam






✡✡✡✡✡✡✡✡✡✡





-------------------------------
[69] Al-Isra’ 17:105       
[70] Al-Isra’ 17:15
[71] Hud 11:28



  



Sebahagian Dari Lelaman Yang Boleh Dilayari


Laman Web: Bahasa Arab:
http://www.nsr313.com/home/ Majalah Ansar I. Mahdi
http://almahdyoon.org/ansar-2 Kitab-kitab Tulisan Ansar


Ansar Nusantara (Bahasa Melayu)

1.     Era Mahdi


Bahasa Parsi:

Bahasa Inggeris:

Bahasa Perancis:



Pautan Muat Turun Buku-Buku Imam Ahmad Al Hassan dan Ansar Imam Mahdi as: Bahasa Arab: Kitab Imam Ahmad Al Hassan:

Kitab Ansar Imam Mahdi as: http://almahdyoon.org/imam/adila/ansar



Sebelum << ✡✡✡✡✡ >> Kandungan