Jumaat, 27 Februari 2015

Soalan 139: Awal Surah Al-Rahman

Permulaan Bahagian Jawapan Kepada Soalan Bertulis

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
Nama Allah yang Maha Pengasih
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Dan untuk lebih bermanafaat lagi ditambah dalam edisi Al-Jawab Al-Munir ini, jawapan kepada soalan-soalan bertulis yang dihantar kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)
1427. S



Soalan 139: Awal Surah Al-Rahman

Allah berfirman:

﴿الرَّحْمَنُ * عَلَّمَ الْقُرْآنَ * خَلَقَ الْإِنسَانَ * عَلَّمَهُ الْبَيَانَ﴾

(Tuhan) Yang Maha Pemurah. * Yang telah mengajarkan Al Quran. * Dia menciptakan manusia (insan) * Mengajarkannya Al-Bayan. [281].

Bagaimana [Al-Rahman] mengajarkan Al Quran, Al-Rasul Muhammad (S) dibukakan kepadanya hijab, sementara Hijab pula adalah Al-Quran, Bukankah Al-Rahman yang mencipta manusia (Al-Insan)? Dan perkataan Al-Insan secara umum atau khusus? Jika secara khusus, apakah yang dimaksudkan dengan yang menciptakan ini? Apakah kenyataan yang IlmuNya Al-Rahman pada Al-Quran?

Hamid Abu Anwar – Najaf Al-Asyraf


Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
                           
Sila baca Maksud Muhkam dan Mutasyabih dari  Kitab Mutasyabihat Jz 1 untuk mengetahu bahawa makna Mutasyabih ada banyak dan setiap makna banyak keterangan yang keluar.

Ada pun ayat-ayat dari Surah Al-Rahman:
﴿الرَّحْمَنُ * عَلَّمَ الْقُرْآنَ﴾
(Tuhan) Yang Maha Pemurah. * Yang telah mengajarkan Al Quran.
Yang mengajarkan bahawa pintu Zat ilahiyah (Allah) yang melimpahkan dariNya atas penciptaan adalah Al-Rahman dan Al-Rahim, bahkan Al-Rahman adalah pintu zahir menghadap kepada penciptaan darinya dilimpahkan ke atas penciptaan, dan Al-Rahman juga adalah pintu Allah SWT,
Sementara Al-Quran: Adalah Muhammad (S), maka Al-Quran walaupun merupakan Hijab Cahaya tetapi Muhammad (S) merangkuminya dan ditajallikan padanya, maka Al-Quran dan Muhammad (S) menjadi satu.
﴿خَلَقَ الْإِنسَانَ﴾
Dia menciptakan Insan (manusia)
Insan adalah Ali ibn Abi Talib (as), maka Al-Rahman SWT menciptakan Insan (Ali) dari Al-Quran, Maka Ali (as) dicipta dari Nur Muhammad (S).
﴿عَلَّمَهُ الْبَيَانَ﴾
Mengajarkannya Al-Bayan
Al-Bayan (yang beri keterangan) adalah nama dari nama-nama Al-Quran, dan menjadikannya Al-Quran yang lebih rendah martabatmya dari martabat Muhammad (S) dan maqamnya. Maka Al-Rahman Yang Maha Suci mengajarkan Insan (Ali) Al-Bayan (Al-Quran) dari Al-Quran (Muhammad). Al-Bayan itu adalah tajalli Al-Quran pada martabat yang lebih rendah, maka Al-Bayan adalah dari Al-Quran bahkan juga adalah Al-Quran [282].


Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan utusan Imam Mahdi (as)




✡✡✡✡✡
           
                                               
______________________________
[281] – Al-Rahman 55:1-4.
[282] - Dari Al-Hussein Bin Khalid, dari Abi Al-Hassan Al-Regha (as), dia berkata: Aku bertanya kepadanya mengenai firman Allah AWJ:
﴿الرَّحْمَنُ * عَلَّمَ الْقُرْآنَ﴾
(Tuhan) Yang Maha Pemurah. * Yang telah mengajarkan Al Quran.
beliau berkata: Bahawa Allah AWJ mengajarkan Muhammad Al-Quran. Aku berkata:
(﴿خَلَقَ الْإِنسَانَ * عَلَّمَهُ الْبَيَانَ﴾
Dia menciptakan Insan (manusia) * Mengajarkannya Al-Bayan
beliau berkata:Itu adalah Amir AL-Mukminin Ali bin Abi Talib (as), diajarkan padanya bayan (keterangan) segala sesuatu yang diperlukan manusia) -Mukhtashar Bashair Al-Darajaat - oleh Al-Hassan bin Suleiman: halaman 57.
Adalah diketahui bahawa Muhammad dan Ahl Bait baginda adalah Al-Quran, seperti kata Imam Ali (as): (Aku Al-Quran yang berkata-kata) - Yanabi3 Al-Mawaddah Li Zawi Al-Qurba  oleh Al-Qunduziy: Jilid 1: halaman 214.
Muhammad (S) adalah Al-Quran, dan adalah Kota Ilmu dan Ali (as) adalah pintunya, dan ilmu Al-Rasul (S) adalah segala ilmu yang diamanahkan padanya, seperti dalam hadits yang berikut:
Dari Ibn Abbas katanya: Rasulullah (S) bersabda: (Jibril datang kepadaku sampai dari syurga dan duduk di sisiku, dan apabila ditentukan Tuhanku kalamku dan didatangkan kepada ku maka tidak diajarkan sesuatu melainkan diajarkan kepada Ali. Dia adalah pintu kota ilmuku, kemudian memanggilnya dan berkata: Wahai Ali (sesiapa yang) menyerah kepada mu adalah menyerah kepada Ku, yang memerangi mu adalah memerangiKu, dan engkau mempunyai ilmu antara aku dan umatKu selepas Ku) - Bihar Al-Anwar: Jilid 83 hakaman 149..
Allah SWT mengajarkan Muhammad Al-Quran sehingga dia adalah Al-Quran, dan Ali diajarkan (Al-Quran) dari Muhammad. (Pengulas).




                       

Rabu, 25 Februari 2015

Soalan 258: Fiqh Wudhuk dan Shalat


Soalan 258: Fiqh Wudhuk dan Shalat
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang,

Tuan yang mulia –dengan segala hormat ..
Saya mempunyai soalan untuk mencari jawapannya:

Soalan pertama: Apakah tertib wajib wuduk? Atau yang mana patut didahulukan dan dikemudiankan atau antara basuh dan sapu?

Soalan kedua: Allah berfirman:

﴿... إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فاغْسِلُواْ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُواْ بِرُؤُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَينِ﴾

... apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan kakimu sampai dengan kedua buku lali,  [94],


Kaki di sini termasuk celah-celah (jari), dan yang terdapat lekuk-lekuk pada permukaan dan jari-jari, maka saya faham bahawa ia perlu dibersihkan. Adapun menyapu hanya untuk kepala sahaja. melainkan, saya mempunyai kekeliruan lain, iaitu boleh bertujuan untuk menyapu kepala kamu (hujung kepala kamu) dan kaki kamu, iaitu sapulah hujung kepala kamu kaki kamu (wau yang didatangkan di sini untuk penguat,  misalnya Wa Iiyaka – Wa Iiyana dan WaIiyakum, dan lain-lain), jadi apakah hukum menyapu kepala?

Soalan ketiga: Apakah hukum menjamakkan (himpun) solat? Jika ia dibolehkan untuk melaksanakan segala solat pada waktunya, maka yang mana diutamakan, pada waktunya atau jamak lebih utama?

Soalan Keempat: Apakah hukum sujud pada turbah (tanah)? Adakah ia wajib? Saya sujud pada (sejadah) permaidani yang diperbuat daripada tikar (jerami) dan tidak pada turbah (tanah) dan pada saya ada tujuh anggota sujud di atas tikar, yang tidak boleh dimakan atau dipakai. Apakah hukumnya pada kamu, apakah solat tidak sah? Yang tidak pada turbah (tanah)?

Soalan Kelima: Saya ingin menyoal tentang perbezaan masyarakat Islam pada Rukya Syariah pada anak bulan  (Al-Hilal). Mana yang kita hendak ikut? Adakah wajib setiap Muslim melihat anak bulan dengan matanya sendiri dengan yakin?

Soalan Enam: Allah berfirman:

﴿أَتِمُّواْ الصِّيَامَ إِلَى الَّليْلِ﴾

sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam [95]
,
Apakah yang dimaksudkan dengan waktu ini? Adakah kemunculan bintang yang pertama di langit sebagai sempadan masuknya malam barulah berbuka puasa?

Soalan ketujuh: Allah berfirman:

                                          ﴿حَافِظُواْ عَلَى الصَّلَوَاتِ والصَّلاَةِ الْوُسْطَى﴾                                         

Peliharalah semua shalat(mu), dan (peliharalah) Shalat Wusthaa.  [96],

Apakah dia Shalat Wusthaa?

Soalan Kelapan: Zakat dan Khumus (Satu perlima): Sebutan Zakat dalam Al-Quran disertai dengan perkataan Shalat, manakala Khumus disebut hanya sekali. Apakah wajib bagi Muslim membayar Zakat semua hartanya setiap tahun atau Khumus dibatalkan dari dikenaikan? Atau kedua-duanya?

Saya pada setiap bulan Ramadan telah mengira harta dan perhiasan saya dan membayar zakatnya pada yang teratas asnabnya dan memastikan kewajaran asnab pada setiap tahun. Dan memastikan untuk dibayar kepada umat Islam yang berhak (Syiah atau Sunni) Adakah ini satu kesilapan?

Saya meminta anda untuk menjawab soalan-soalan ini, dan sehingga bertemu lagi dalam satu lagi kumpulan soalan semoga Allah membalas jasa tuan.

Dihantar oleh: Fida Hussain Ahmed

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Jawapan soalan 1:

Yang pertama: Tertib wajib dalam wuduk, dimulakan dengan mencuci muka, kemudian dahulukan tangan kanan dari tangan kiri, dan Ketiga menyapu kepala, dan akhirnya kedua-dua kaki. Jika silap, ambil wuduk semula - samada dengan sengaja atau dengan tidak sengaja – jika air wuduk telah kering, Jika masih basah sambung semula pada yang silap mengikut tertib.

Yang Kedua: wajib berterusan, iaitu tidak menghubungkan antara basuh dan sapu dengan berselang melakukannya satu demi satu sebagai satu kerja iaitu berwuduk, maka apabila membasuh muka, diikuti dengan membasuh kedua-dua tangan dan kemudian diikuti dengan menyapu kepalanya dan kemudian diikuti dengan menyapu kedua-dua kakinya tanpa berhenti atau cuai.

Yang ketiga: Yang tardhu dalam basuhan sekali, dua kali sunat, dan yang ketiga bid’ah, dan tidak ada ulangan dalam menyapu.

Keempat: memperbaiki basuhan yang dipanggil cara membersih, misalnya lemak. dan terdapat cincin di jari atau tali, air sampai pada semua yang ada di bawahnya. Jika ia longgar, disyorkan (mustahab) menanggalkannya.

Jawapan soalan 2: Jika, mengikut kaedah-kaedah Bahasa Arab manusia meletakkan pada kecenderungan yang paling dekat adalah benar (sahih), maka bacaan berbaris bawah (kasrah) yang betul dan bukan berbaris atas (fathah), tetapi jika memilih baris atas, hendaklah dibaca bersama-sama dengan menukar (kepala kamu) yang dengan penukaran itu memberi kesan kesalahan

Jawapan soalan 3: Dari gelincir rembang matahari (zawal) hingga matahari terbenam untuk waktu Dzohor dan ‘Ashar. Dikhususkan waktu Dzohor diawalkan perlaksanaannya, dan waktu ‘Ashar pula pada akhirnya (selepasnya), dan di antara dua waktu itu dikongsi bersama. Dan juga apabila matahari telah tenggelam masuklah waktu Maghrib, dan Dikhususkan waktu diawalkan untuk mendirikannya dengan kadar tiga rakaat, kemudian dikongsi bersama bersama dengan Shalat ‘Isyak sehinggan pertengahan malam dan sebagai pilihan hingga terbit fajar bagi yang bermasalah. Dikhususkan waktu ‘Isyak dengan kadar empat rakaat. Dan di antara terbit fajar kedua – sinar cahaya di kaki langit – hingga terbit matahari, adalah waktu bagi Shalat Subuh.

Dan mengetahui Zawal (gelincir rembang matahari): apabila wujud sedikit bayang,

Tenggelam Matahari: hilang bulatan, hilangnya pandangan warna merah dari Timur lebih baik untuk memastikan lagi hilangnya bulatan matahari, dan sebaik-baik amalan shalat adalah pada awal waktunya, dan Shalat ‘Isyak adalah lebih afdhal ditangguhkan sehingga hilangnya mega (warna) merah senja Maghrib, dan Shalat ‘Ashar satu jam atau dua jam dari gelincir (zawal) matahari, kerana panjangnya hari dan dari melalaikannya.

Waktu Nawafil (Shalat-shalat Nafilah) setiap hari:

Untuk Dzohor: dari Zawal-hingga lepas setengah jam.

Untuk ‘Ashar: satu jam setengah atau dua jam setengah, mengikut panjang hari, maka terkeluar waktunya dan telah terpakai untuk Nafilah walaupun dengan satu rakaat, jika disuntukkan dengan yang fardhu ia diringankan.. Dan jika belum shalat lagi, pada awal dengan shalat fardhu. kemudian datang dengan shalat Nafilah. Tidak boleh didahulukan (shalat Nafilah) sebelum Zawal melainkan pada hari Jumaat. Dan ditambahkan Nafilah-nya empat rakaat, dua daripadanya untuk Zawal.
.
Nafilah Maghrib: Selepas hilangnya merah senja (Maghrib) iaitu sekadar mendirikan shalat fardhu. Jika sampai waktunya itu tidak boleh dirikan Nafilah sepanjang tempoh itu, dimulakan dengan shalat fardhu.

Dua rakaat sambil duduk selepas Shalat ‘3isyaa’. Dan memanjangkan waktunya di sepanjang waktu shalat fardhu dan sepatutnya membuat kedua-duanya untuk nawafil terakhirnya (penutup)..

Shalat Malam: Selepas tengah malam. dan lebih afdhal hampir ke terbit fajar. Tidak boleh didirikan sebelum tengah malam, melainkan untuk musafir yang menghalang kepentingannya, atau kemudaannya menghalang kepalanya dari lembap (memberatkannya), dan masa yang terbaik mendirikannya adalah di penghujung sebelum terbit fajar kedua. Apabila terbit (fajar) tidak terpakai lagi sekadar empat (rakaat), dimulakan dengan dua rakaat (nafilah) Subuh sebelum shalat fardhu sehingga terbit mega (cahaya) kemerah-merahan di sebelah timur, dilaksanakan shalat fardhu. Jika telah terpakai sekadar empat (rakaat), sempurnakan dengan ringan walaupun telah terbit fajar. Dan waktu dua rakaat (nafilah) Fajr (Subuh) selepas terbit fajar pertama. Dan dibolehkan shalat sebelumnya. Masanya lebih afdhal selepasnya disepanjang masa itu sehingga terbit mega (cahaya) merah, dan kemudian akan menjadi shalat fardu lebih utama.



Adalah dibolehkan mengqadhakan (ganti) lima Shalat Fardu di sepanjang masa, tetapi jangan menyempitkan Shalat Fardu semasa, dan juga shalat-shalat fardhu yang lain, dan dirikan shalat Nawafil (qadha) sebelum masuk waktu shalat fardhu, demikianlah yang ditetapkan.

Jawapan soalan 4: Tidaklah menjadi syarat sah shalat dengan bersujud pada tanah atau tanah sempena Al-Hussein (Turbah Al-Husseiniyah) secara khusus.

Tidak dibolehkan sujud selain pada tanah, seperti kulit, bulu, rambut dan kain. Juga tidak dibolehkan sujud pada sesuatu yang berasal dari tanah jika ia galian, seperti garam dan batu akik, emas, perak dan arang kecuali terdesak (dharurat). Juga tidak dibolehkan sujud pada apa yang tumbuh dari bumi, jika boleh dimakan seperti roti, buah-buahan, atau pakaian seperti kapas dan linen. Juga tidak dibolehkan sujud pada lumpur (kotoran). Maka jika terpaksa, dibolehkan sujud pada kertas, dan makruh pada kertas yang ada tulisan, dan jangan sujud pada sesuatu dari tubuh badan. Maka jika yang menghalangnya adalah panas untuk sujud di atas tanah sujudlah pada pakaiannya, tetapi jika tidak boleh sujudlah pada tapak tangannya. Dan yang telah dinyatakan, tetapi adalah dalam kedudukan yang istimewa daripada bahagian depan, bukan pada tempat lain masjid. Dan mengambil kira: tentang milikan, atau yang diberi izin, dan yang bebas dari najis. Jika najis dalam kedudukan adalah terhad, seperti rumah dan yang serupa dangannya, dan tidak tahu tentang kedudukan najisnya jangan sujud pada mana-mana bahagian daripadanya. Boleh sujud pada kedudukan pelepasan untuk menghindari kesusahan.

Jawapan soalan 5: melihat anak bulan difardhukan mengikut Imam Al-Haq untuk menyatukan manusia pada hari yang satu.

Jawapan soalan 6: Dibolehkan berbuka apabila masuk waktu Shalat Maghrib.

Jawapan soalan 7: Shalat Al-Wusthaa adalad Shalat hari Jumaat dan wilayah yang beredar pada Al-Falak, iaitu Al-Imamah dan Al-Hidayah.

Jawapan soalan 8: Bagi Zakat dan Khumus serta ibadah yang lain telah diperincikan dalam Kitab Syarai3 Al-Islam (Hukum Syara3 Islam). Zakat sumbernya berbeza daripada Khumus juga boleh di baca di sana. Saya ingin terangkan lebih lanjut soalan saudara.
.

Ahmad Al-Hassan



✡✡✡✡✡
                                                           
______________________________
[94] – Al-Maidah 5:6.
[95] – Al-Baqarah 2:187.
[96] - Al-Baqarah 2:238.
[97] - yang merujuk kepada orang muda yang menghalangnya daripada berdiri menghidupkan malam sangat berat panggilan tidur mendahului shalatnya.


Isnin, 23 Februari 2015

Soalan 121: Upah Haji

Soalan 121: Upah Haji

Bolehkah seseorang itu mengambil bayaran sebagai pertukaran untuk Haji bagi pihak orang yang telah mati, atau adakah ia seperti berpuasa dan solat tidak dibenarkan?

Dihantar oleh: Hussein Al-Hilali

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Ia dibolehkan.



✡✡✡✡✡



Soalan 114: Pendakian terbaik manusia dari bumi ke langit

Soalan 114: Pendakian terbaik manusia dari bumi ke langit

Adakah semua Al-Ma'sumin itu Imam? Apakah kemaksuman terhad hanya kepada Imam-imam, atau mampu dicapai oleh semua manusia? Adakah semua nabi-nabi dan rasul-rasul sebagai Imam-imam? Adakah sesiapa sahaja boleh naik kepada kedudukan Nabi Muhammad (S) pada Makrifah Allah? Apakah (maqam) manusia boleh naik dengan amalannya seperti Salman Muhammadiy, dan jatuh dengan amalannya serendah seperti Abi Lahab? Di manakan tempat perkiraan Allah dari semuanya ini??

Dihantar oleh: As3ad Anuar, Abbas Tahir, Adnan Mahdi, Imad Khalil

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                           
Pendakian terbaik dari bumi ke langit adalah ikhlas, dan perkara yang terbaik turun dari langit ke bumi adalah Kejayaan (kedamaian).

Semakin tinggi kadar keikhlasan seorang manusia semakin dijayakan (didamaikan) Allah SWT. Dan manusia mempunyai fitrah untuk meningkatkan setinggi mungkin yang dapat dicapai oleh makhluk.

Allah tidak melebihkan seorang manusia atas manusia lain, melainkan dengan amalan dan keikhlasan. Pintu sentiasa terbuka sehingga berlakunya Al-Saah bagi setiap manusia untuk mencapainya dengan amalan dan keikhlasan kepada maqam tertinggi. semua yang diutus (rasul) dan yang disempurnakan (ma’sum) dan yang seperti mereka boleh disempurnakan Allah dari KemuliaanNya, dan tidak semua Nabi-nabi dan Rasul-rasul adalah Imam-imam [266].


Ahmad Al-Hassan



✡✡✡✡✡
                                                           
______________________________
[266] - dari Hisham bin Salim dan Darsat bin Abi Mansur Al-Wasathiy, mereka (as) berkata: (Nabi-nabi dan para rasul pada empat kedudukan. Nabi diberitakan pada dirinya sendiri dan tidak melampaui yang lain, dan nabi melihat dalam tidur, mendengar bunyi dan tidak menyaksikan dalam jaga telah diutus kepadanya seorang pun. Ia adalah imam seperti yang berlaku pada Nabi Ibrahim atas Lut, dan nabi melihat dalam tidur (mimpi) dan mendengar bunyi dan menyaksikan Malaikat yang telah diutus kepada golongan-golongan sedikit atau banyak sebagaimana firman Allah SWT:
(وَأَرْسَلْنَاهُ إِلَى مِئَةِ أَلْفٍ أَوْ يَزِيدُونَ)
(Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih).
 Dia berkata: ditambah tiga puluh ribu, dan nabi melihat dalam tidurnya, mendengar bunyi dan menyaksikan dalam jaga adalah seorang imam seperti Uuli Al-3azim, Bahawa Nabi Ibrahim adalah seorang nabi dan bukan seorang Imam sehingga Allah berfirman:
(إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَاماً قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي)
Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan aku mohon juga) dari keturunanku".
Kerana dia meminta pada seluruh anak-anaknya
(قَالَ لاَ يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ)
Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim".
Iaitu dari hamba patung atau berhala) Bashair Al-Darajaaat – Oleh Mohammed bin Al-Hassan Al-Saffar: halaman 393 .
Zaid Al-Syaham, berkata: Aku telah mendengar Aba Abdillah (as) berkata: (Allah Tabaraka Wa Taala) telah mengambil Ibrahim sebagai hamba sebelum diambil menjadi nabi, Allah melantiknya sebagai seorang nabi sebelum menjadikannya seorang rasul, dan Allah menjadikannya seorang rasul sebelum menjadikannya Al-Khalil (teman rapat), dan Allah menjadikannya Al-Khalil Sebelum menjadikannya seorang Imam, apabila dikumpul segala sesuatu Allah berfirman:
(إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَاماً)
Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia".
Dia berkata: Dari kemuliaan di mata Ibrahim, lalu dia berkata:
(وَمِن ذُرِّيَّتِي قَالَ لاَ يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ)
Ibrahim berkata: "(Dan aku mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim".
Dia berkata: Jangan menjadi orang-orang bodoh , ia adalah Imam yang bertaqwa (Al-Taqiy)) Al-Kafi: Jilid 1:halaman 175.




Soalan 113: Soalan Seorang Kristian: Mengapa Agama Ilahi Berperang

Soalan 113: Soalan Seorang Kristian: Mengapa Agama Ilahi Berperang
السلام عليكم
Saudara yang mulia: berdoa kepada Allah Yang Maha Esa-lagi Maha Tunggal yang tiada sekutu  bagiNya yang memimpin saya ke jalan yang benar.


Kitab Suci kita memberitahu kita bahawa yang mengalir adalah Roh Kudus yang masih lagi bersama kita membantu kita untuk memahami kalimah Allah, dan membantu kita untuk mengekal Amanah Allah, walaupun semua penganiayaan terhadap agama Kristian, Yahudi dan Islam, dimana sebahagian yang mengikutnya tidak mahu mengenal kebenaran Allah, adalah Tuhan yang memberikan kehidupan pada manusia, yang merupakan satu-satunya yang mempunyai hak untuk menariknya semula, dan kita terdedah kepada pembunuhan pengikut tiga agama ini.

Soalan kami ialah apabila mereka percaya kepada Allah Yang Memelihara Keamanan, maka mengapa ada peperangan ini? Dan penyebaran agama mereka dengan nabi-nabi mereka dengan pedang peperangan bertentangan dengan Al-Masih, yang diutus Allah ke muka bumi untuk keamanan, dan pendakwah Kristian Hari ini jauh dari keamanan di masa lalu dan masa kini? Saya harap surat-menyurat dapat berterusan.

Dihantar oleh: 3adil Al-Muwahid

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                           
Ya, Roh Kudus mengalir dan ia sebaik-baik yang mengalir, tetapi bagi orang-orang yang meminta kepada Allah dengan ikhlas ​​dan bebas dari Al-Ana (keakuan), bagi mengenal kebenaran (yang hak) dari Al-Haq SWT. Saya hamba yang serba kurang lagi jahil. Saya sentiasa mahu mengatakan dari kehendak Al-Haq, maka saya mohon kepada Allah dan untuk mengenal dari Allah.

Peperangan adalah untuk penyebaran Agama Ilahi yang benar pada setiap zaman. Ia dilaksanakan oleh nabi-nabi Allah dan Rasul-rasulNya (as), dan urusan mereka adalah urusan Allah, kerana mereka mengamalkan perintah Allah, mereka tidak bertindak mengikut hawa nafsu atau pendapat mereka, tetapi mereka tidak berkeinginan atau berkemahuan melainkan apa yang dikehendaki Allah SWT. Anda orang-orang Kristian tidakkah percaya bahawa Musa, Harun, Yusa3, Daud dan Nabi Sulaiman (as) diutus sebagai nabi-nabi Allah?

Bacalah sejarah dan Perjanjian Lama untuk melihat bahawa Allah memerintahkan kepada mereka untuk memerangi orang-orang kafir dan pembukaan Tanah Suci dan pembinaan Haikal dan menyebarkan agama Ilahi yang hak pada masa itu.

Mengenai Isa (as) tidakkah orang yang mahu mengikuti aku akan membawa salibnya bersama-sama? Mengapa anda berfikir dia mahu melakukan seperti itu? Bolehkah anda berfikir dia mahu sesiapa yang mengikutinya dan mengikut kebenaran yang dibawanya dari Allah SWT membuatkan orang-orang kafir menyerah dengannya dan dengan kebenaran lalu memeranginya dan menyalibnya, atau dengan kata-kata ini: (Barangsiapa tidak memikul salibnya dan mengikut Aku, ia tidak layak bagi-Ku) bukankah ia bermakna Revolusi pada kekufuran, kezaliman dan yang melampaui batas? [264].

Isa (as) tidaklah berperang seperti para pemimpin kafir yang sesat lagi melampaui batas, sama ada ulamak Yahudi yang tidak beramal atau orang-orang Rom, kerana peperangan perlu perediaan (kelengkapan) dan bilangan tentera, dan ia tidak ada pada Isa (as) tidak ada perediaan (kelengkapan) dan bilangan tentera, yang ada bersamanya hanyalah orang-orang yang beriman kepadanya, dan berapa ramai orang-orang yang sanggup meninggalkan kehidupan mereka? !!

Jawapan soalan ini kamu akan dapati bahawa Isa (as) tidak mempunyai perlindungan kecuali hanya kepada Allah SWT untuk menemuiNya. Tidakkah Isa (as) meminta dari orang-orang yang diseru beriman dengannya untuk menahan diri daripada membayar ufti (jizyah-cukai) kepada Kaisar. Adakah mereka dapat menahan diri?! Jika mereka mengkhianati perkara ini, tentulah mereka akan mengkhianati beliau nanti dalam peperangan dengan terang dan jelas sekali.

Tujuan dakwah Nabi-nabi (as) perlu diambil kira, hakikat bahawa Isa (as) tidak memerangi musuh-musuh Allah dengan pedang tidak bermakna pula para nabi yang memerangi musuh-musuh Allah dengan pedang adalah suatu kebatilan dan dilarang pada mereka (atas mereka selawat Allah dan salamNya). Saya telah mengatakannya pada lebih daripada satu tempat seperti yang saya tulis sebelum ini [265]:

Dakwah Isa kepada Allah SWT mempunyai keistimewaan, keadaan sekitar membuatkan dakwah Ilahiyah yang dibawa lebih sukar, kerana Isa (as) bukannya menghadapi orang menyembah batu-batu berhala, dan bukannya menghadapi orang-orang yang kafir kepada Allah, bahkan menghadapi orang-orang yang mendakwa bahawa mereka bertauhid dan beriman kepada Allah dan Nabi-nabiNya, dan menghadapi ulamak Yahudi yang tidak beramal yang menzahirkan kebaikan dan berpura-pura kepada manusia bahawa mereka adalah pewaris para nabi yang diutus terdahulu (as), dan pada masa yang sama menyanjung orang-orang Rom penyembah berhala yang menduduki Tanah Suci.

Isa (as) datang untuk menghadapi orang-orang yang sesat lagi menyesatkan dimana mereka menganggap para ulama itu yang soleh dan mewakili Musa (as) dan Nabi-nabi (as). Ia bukan satu cara untuk mendedahkan dan menerangkan kerosakan dan kesesatan mereka, melainkan dengan kezuhudan Isa (as) dan peristiwa penyaliban yang menerangkan dan menunjukkan kekejaman hati mereka dan betapa jauh mereka dari rahmat Ilahiyah, yang mereka dakwa sebagai mewakilinya.

Ini adalah khusus mengenai Nabi-nabi (as), dan jika anda ingin untuk memperluaskan mengenai masalah ini sila rujuk dan baca buku: «Jihad Pintu Syurga».

Selebihnya adalah dari orang-orang yang tidak akan disinari dengan cahaya seorang nabi atau washiy dan dengan itu memenuhi bumi secara zalim dan tidak adil, maka mereka adalah segolongan dengan syaitan dan beramal dengan amalan syaitan, sehingga anda dapati mereka terdesak untuk mengekalkan kerajaan syaitan dan melakukan kejahatan di muka bumi ini dan kesemua mereka dengan cara yang tersendir. Orang yang mengetahui perkara yang sebenar yang mencari redha Allah mengetahui bahawa Empayar Umayyah, Empayar Abbasiyah dan Empayar Uthmaniyyah yang mendakwa mewakili Muhammad (S) dan Islam, hanyalah Negeri-negeri Syaitaniyah dan yang mewakili syaitan bukan yang lain, dan tiada kena mengena dengan Muhammad (S) dan Islam, melainkan demi kepentingan dan muslihat raja-raja zalim yang meampau ke darjat Firaun (laknahumu Allah), sama seperti Amerika dan Bush hari ini dan Al-Qaedah (Kaedah Syaitan) yang menganjurkan jenayah dan pembunuhan di bawah panji-panji mereka, iaitu panji-panji Syaitan (laknahu Allah).


Ahmad Al-Hassan



✡✡✡✡✡
                                                           
______________________________
[264] - dan selepas ini dengarlah apa yang dinyatakan dalam Injil dengan lisan Al-Masih (Matius Bab IX:34-42)  (Jangan kamu menyangka, bahawa Aku datang untuk membawa damai di atas bumi; Aku datang bukan untuk membawa damai, melainkan pedang. * Sebab Aku datang untuk memisahkan orang dari ayahnya, anak perempuan dari ibunya, menantu perempuan dari ibu mertuanya,*  dan musuh orang ialah orang-orang seisi rumahnya. * Barangsiapa mengasihi bapa atau ibunya lebih dari pada-Ku, ia tidak layak bagi-Ku; dan barangsiapa mengasihi anaknya laki-laki atau perempuan lebih dari pada-Ku, ia tidak layak bagi-Ku. * Barangsiapa tidak memikul salibnya dan mengikut Aku, ia tidak layak bagi-Ku. * Barangsiapa mempertahankan nyawanya, ia akan kehilangan nyawanya, dan barangsiapa kehilangan nyawanya karena Aku, ia akan memperolehnya. * Barangsiapa menyambut kamu, ia menyambut Aku, dan barangsiapa menyambut Aku, ia menyambut Dia yang mengutus Aku. * Barangsiapa menyambut seorang nabi sebagai nabi, ia akan menerima upah nabi, dan barangsiapa menyambut seorang benar sebagai orang benar, ia akan menerima upah orang benar. * Dan barangsiapa memberi air sejuk secangkir sajapun kepada salah seorang yang kecil ini, karena ia murid-Ku, Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya ia tidak akan kehilangan upahnya dari padanya.")

Ya, semua matlamat nabi adalah untuk menyebarkan tauhid di muka bumi dalam pelbagai cara, bukan untuk menyebarkan kedamaian yang kosong dan hampa dari tauhid dan keadilan. Maka penyebaran tauhid dan keadilan dengan aman tidak akan terjadi, melainkan jika disebarkan, dengan peperangan, dan peperangan melibatkan pada wujudnya bantuan, tetapi sebahagian nabi-nabi seperti Isa (as) apabila mereka yang beriman tidak menolongnya, melainkan sedikit yang lemah, terpaksalah bertaqiyah dan meninggalkan peperangan. Untuk mengetahui masalah meninggalkan peperangan dan kedamaian bukalah (bacalah) sirah perjalanan para nabi sebenar, tetapi ia adalah urusan yang bertentangan disebabkan kekurangan bantuan dan sokongan, oleh kerana itulah, kita dapati bahawa para nabi mewujudkan perediaan (kelengkapan) dan bilangan tentera untuk memerangi orang-orang kafir dengan membawa kepadanya dengan segala kekuatan dan keazaman seperti nabi Allah Daud (as).
Isa juga berkata kepada para sahabatnya di hadapan orang-orang Yahudi yang datang untuk menangkapnya: (...Lalu Ia berkata kepada mereka: "Ketika Aku mengutus kamu dengan tiada membawa pundi-pundi, bekal dan kasut, adakah kamu kekurangan apa-apa?" * Jawab mereka: "Suatupun tidak." Kata-Nya kepada mereka: "Tetapi sekarang ini, siapa yang mempunyai pundi-pundi, hendaklah ia membawanya, demikian juga yang mempunyai bekal; dan siapa yang tidak mempunyainya hendaklah ia menjual jubahnya dan membeli pedang.).[ Injil Lukas (Luke) 22:36-37] (Pengulas).
[265] – Sila lihat kitab saya Al-3ijl (anak lembu), dan Pencerahan dawah Para Rasul oleh, Al-Syed Ahmad Al-Hassan. (Pengulas).



Ahad, 22 Februari 2015

27 02 2015

27 02 2015
KHUTBAH PERTAMA
                                                                                                 
 بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ * الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُون ،  
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
أشهد ان لا إله إلا الله و حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان عليا و الأئمة من ولده حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله،
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ،          
       
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi     
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Ada beberapa ansar mengeluh kerana dakwahnya kepada orang ramai tidak berkesan, dia membuat pertanyaan. Soalannya dijawab oleh seorang sahabat besar Imam Ahmad Al-Hassan (as), iaitu Syeikh Nadzim Al-3uqaili (Hafidzahu Allah - semoga Allah Memeliharanya)

Soalannya: Adakah ia Taklif (satu tanggung jawab yang diberati) dalam dakwah ini atau adakah ia penambahbaikan (islah) untuk diri saya yang rendah? Adakah saya sepatutnya mengambil persetujuan Imam Al-Mahdi (as) dalam perkara ini? Sila jelaskan arah (sifat) saya mengikut pandangan Imam sendiri dan apa yang dia nasihatkan kepada saya dan bagaimanakah persetujuan diambil dari Imam Al-Mahdi (as)
(عجل الله له الفرج وسهل له المخرج 
3ajala Allahu Lahu Al-Faraja Wa Sahla Lahu –l-Makhraj
semoga Allah mempercepatkan pelepasan dan kelapangan untuknya dan memudahkan kemunculan beliau). Dan Allah sahaja yang tahu berapa banyak saya gembira dengan doa ini. Saya mohon Tuan mendoakan untuk saya agar mendapat taufiq dalam memahami maknanya dan mendapat manfaat daripadanya untuk terus menyokong Imam yang ditindas dan dianiaya.

Jawapan

Tiap-tiap orang yang beriman dengan Risalah Ahmad Al-Hassan dari Imam Al-Mahdi (as) adalah bertanggungjawab untuk berdakwah (menyeru) dengan ketentuan ini, menyokong, menyertai dan mengikutinya, serta mengikut pimpinan daripada Syed Ahmad sendiri, atau melalui wakil-wakil yang dilantiknya.
                              
Apa-apa kebenaran (keizinan) dari Syed Ahmad Al-Hassan adalah keizinan dan kebenaran Imam Al-Mahdi (as) kerana dia adalah Timbalan (Wakil) Khas dan menyampaikannya dari beliau (as). Saya memohon kepada Allah untuk memberikan kita semua taufiq untuk menyokong kebenaran dan pemegang kebenaran (Sohib Al-Haq).....
                                                                 
Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi     
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Risalah ilmiah Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan bukti ke atas manusia bahawa dia seorang utusan dari Imam Al-Mahdi (as) adalah untuk menyatukan kembali umat daripada perselisihan, kesesatan dan perpecahan, dan untuk menyatukan mereka di bawah panji-panji Imam Al-Mahdi, dan untuk menyingkirkan dan menentang pelantikan manusia (iaitu Kekufuran Demokrasi ala Barat) dan berikrar (mewujudkan) dengan Hakimiyah Allah Ta3ala; di mana beliau telah menjelaskannya di dalam Kitabnya (حاكمية الله لا حاكمية الناس - Hakimiyah Allah, Bukan Ketuanan Manusia), jadi sila rujuk kembali kepadanya dan memikirkannya.

Pembuktian (dalil-dalil) kejujuran (kebenaran) Al-Syed Ahmad Al-Hassan adalah banyak jadi sila rujuk di laman web yang dinyatakan dan kami membuat pernyataan khas (Al-Balagh Al-Mubin Jilid 1), (Al-Rad Al-Qashim -The Shattering reply - jawapan penamat) dan (Al-Rad Al-Hasym - Jawapan Tegas), dan lain-lain penerbitan Ansar Al-Imam Al-Mahdi (as).

Sunnah Allah Ta3ala kepada pemegang dakwah Al-Ilahiyah adalah untuk menyampaikan kepada manusia dan menegakkan hujjah ke atas mereka di hadapan Allah Yang Maha Tinggi. Jadi jika manusia atau ulamak berpaling dan mengabaikan seruan-seruan ini, maka adalah satu kemestian untuk mengetuk pintu mereka dan mengajak mereka mendengar hujjah dan penjelasan, kerana ini adalah sirah perjalanan dari Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan para Imam yang suci, seperti yang diterangkan Rasulullah (S):

(Doktor perayauan (Tabib bergerak) bersiap sedia dengan salap (ubat sapu) dan telah dipanaskan ubat-ubatannya),

dan pada awal baginda diutus, baginda (S) menghantar utusan kepada raja-raja seperti raja Rom dan raja Parsi dan lain-lain, menuntut mereka supaya beriman dengan risalah baginda dari Allah Yang Maha Tinggi, dan Allah Ta3ala dengan sunnah (cara) ini telah menyebut dalam banyak keadaan dalam Al-Quran Al-Karim, sebahagian dari firmanNya yang Maha Tinggi dalam menerangkan dakwah Nabi Allah Nuh (as), firmanNya:

Allah ber firman       
               
اعود بالله من الشيطان الرجيم

﴿قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلاً وَنَهَاراً * فَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَائي إِلَّا فِرَاراً * وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَاراً * ثُمَّ إِنِّي دَعَوْتُهُمْ جِهَاراً * ثُمَّ إِنِّي أَعْلَنْتُ لَهُمْ وَأَسْرَرْتُ لَهُمْ إِسْرَاراً﴾

"Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, (5) maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari. (6) Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (kemukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan takbur diri dan sangat sombong. (7) Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka dengan cara terang-terangan, (8) kemudian sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan dengan diam-diam, (9).

.
اللّهُمّ أَهْلَ الْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ، وَأَهْلَ الْجُودِ وَالْجَبَرُوتِ، وَأَهْلَ الْعَفْوِ وَالرّحْمَةِ، وَأَهْلَ التّقْوَى وَالْمَغْفِرَةِ،:  وَلِمُحَمّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِه ذُخْراً وَ شَرِفاً كَرامَةً وَمَزِيداً * أَنْ تُصَلّيَ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ كَأَفْضَلِ ما صَلَّيْتَ عَلَى عَبْدٍ مِنْ عِبَادِكْ وَ صَلِّ عَلَى مَلَائِكَتِكَ وَ رَسُلِكَ
وَ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اَلاَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالاَمْواتِ* اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ خِيْرٍ مَا سَألَكَ عِبَادُكَ المُرْسَلُونَ * وَ أَعُوذَ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذٍ بِهِ عِبَادِكَ المُرْسَلُونَ).

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّـهِ وَالْفَتْحُ ﴿١ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّـهِ أَفْوَاجًا ﴿٢ 
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا﴿٣



KHUTBAH KEDUA

بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا*  وَّ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا *  اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي اللهِ  *
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Wahai hamba Allah, saya menasihati saudara semua supaya bertakwa kepada Allah serta saya berpesan kepada saudara semua untuk taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara semua (dan diri saya) supaya melakukan perbuatan-perbuatan baik sebelum hari yang tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian meragut kita; tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari kematian itu.

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi     
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Dalam kita menyempaikan dakwah kadang kala mereka berkata:

Sudah terlalu ramai yang mendakwa sebagai Utusan Al-Mahdi (as) atau Al-Mahdi sendiri, sedangkan mereka tidak lain hanyalah berdusta.

Katakanlah:

Wujudnya kepalsuan tidak menunjukkan kebenaran itu palsu . Oleh kerana wujudnya Musailamah Al-Kazhzhab [laknahu Allah] tidak menunjukkan palsunya Muhammad [S].

Jika orang bertamya:

Bagaimanakah cara paling mudah untuk saya mempercayai bahawa Sayed Ahmad al Hassan adalah utusan dan washi Imam Mahdi?

Maka katakanlah

Cara paling mudah untuk seseorang mempercayai perkara ghaib, adalah melalui perkara ghaib,
mohonlah kepada Allah setelah
Mandilah (ghusl) dan
berpuasalah tiga hari,
dan berdoa dan merayu di atas haknya Fatimah (as), binti Muhammad (S)
(Kerana di dalam hadits mengatakan Imam Mahdi adalah Anak Fatimah) agar
dia dapat mengetahui kebenaran dari Allah melalui
kasyaf atau rukya (pengelihatan/mimpi)
atau melalui apa sahaja cara dari kerajaan Allah SWT.

Ya Tuhan-ku, Selamatkanlah aku di atas hak Fatimah, kasihanilah aku Ya Tuhan, di atas haknya Fatimah, tunjukilah aku ya Tuhan di atas haknya Fatimah

 اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ  *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ*  وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا  *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ  *مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين
                                           
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.


اعود بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
((إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ{1} فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ{2} إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ {3})) صدق الله العلي العظيم