Rabu, 21 Jun 2017

[31] [32] (Dari Ahl Al-Bait atau Dari Quraisy)

(Dari Ahl Al-Bait atau Dari Quraisy)

Berkata Al-Taftazani dalam Syarah Al-Maqashid:

(... ألا ترى أنه (صلى الله عليه وآله) قرنهم بكتاب الله في كون التمسك بهما منقذا من الضلالة ولا معني للتمسك بالكتاب ألا الأخذ بما فيه من العلم والهداية فكذا العترة )

(...Tidakkah kamu melihat bahawa baginda (S) mendampingkan mereka Ahl Al-Bait dengan kitab Allah di mana berpegang teguh dengan keduanya menyebabkan keselamatan dari kesesatan? Berpegang teguh dengan kitab Allah tidak ada makna melainkan penerimaan ilmu dan hidayah dari dalamnya. sebagaimana yang ada pada Al-‘Itrah (keluarga Rasulullah)) [35]

Ia adalah dari firman Allah:

﴿إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ﴾

Sesungguhnya kamu adalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk [Al-Ra’d 13:7] 

dan dari hadits: 
من مات وليس له إمام مات ميتة جاهلية

Sesiapa yang mati dengan tidak mempunyai imam matinya adalah mati jahiliyah,

dan dari hadits Tsaqalain (dua perkara berat), hadits Safinah (bahtera Nuh), dan hadits Al-Aman (pelindung), kita ketahui dengan pasti wujudnya Hadi (orang yang memberi petunjuk) dan imam dari ‘itrah yang disucikan pada setiap zaman hingga datangnya Al-Sa’ah (kiamat).

Dan telah dibawakan hadits-hadits yang menerangkan urusan khilafah dan Imamah di tangan Quraisy walaupun manusia hanya tinggal dua orang, atau tinggal orang Quraisy hanya dua orang, sebenarnya tidak ada tafsiran sahih mengenai hadits-hadits tersebut melainkan hanya digunakan kepada imam-imam Ahl Al-Bait (S), disamping hadits Tsaqalain (dua perkara berat), hadits Al-Aman (pelindung), hadits Safinah (bahtera Nuh) dan lain-lain, dan dengan dalil bahawa tidak wujud pada masa sekarang ini firqah (golongan) yang mendakwa bahawa semua khalifah-khalifah dan imam-imam yang ada di sisi mereka dari kalangan Quraisy sejak kewafatan Al-Rasul Muhammad (S) dan hingga kini, dan hingga hari kiamat, selain dari Syiah Ahl Al-Bait (as) yang mengatakan bahawa Imamah para Imam dan Mahdi-mahdi dari keturunan Nabi Muhammad (S), maka semata-mata yang mengesahkan hadits-hadits ini tidak lain selain mereka, dan bahawa hanya merekalah kumpulan yang selamat (Al-Firqah Al-Najiyah).

Dikeluarkankan oleh Bukhari dalam Shahihnya dari Ibn Umar, dari Nabi Muhammad (S), Baginda bersabda:

(لا يزال هذا الأمر في قريش ما بقي منهم اثنان)

(Urusan ini senantiasa ada di tangan Quraisy walaupun daripada mereka hanya tinggal dua orang) [36]

Dan dikeluarkankan oleh Muslim dalam Shahihnya dari Abdullah, Rasulullah (S) bersabda:

(لا يزال هذا الأمر في قريش ما بقي من الناس اثنان)

Urusan ini senantiasa ada di tangan Quraisy walaupun manusia hanya tinggal dua orang.» [37]
                                     
Hadits-hadits ini telah memfitnah dengan menyinggungnya melalui tafsir yang memalukan dan melakukan kekacauan, Al-Nawawi telah berkata dalam Syarah Shahih Muslim:


(“Hadis-hadis ini dan yang serupa dengannya adalah dalil yang jelas bahawa kekhalifahan adalah khusus untuk Quraisy, tidak boleh melantik sesiapapun selain mereka. Perkara ini dikuatkan oleh kesepakatan para sahabat, begitu juga generasi berikutnya. Sesiapa yang menyalahi perkara ini adalah dari kalangan ahli bid’ah, atau mendatangkan pendapat bertentangan dengannya, maka mereka membantah dengan kesepakatan para sahabat dan tabi’ein serta generasi berikutnya berdasarkan hadis-hadis sahih.
Al-Qadhi berkata syarat untuk keturunannya haruslah dari Quraisy, ia adalah mazhab 'ulama seluruhnya. Katanya lagi: dan dengannya Abu Bakar dan ‘Umar (ra) berhujjah ke atas kaum Ansar pada Hari Al-Saqifah, maka tidak seorang pun menafikannya. Al-Qadhi berkata 'ulama telah menghitung sebagai masalah Ijma’. Dan tidak ada seorang salaf-pun yang menukil mengenainya samada perkataan ataupun perbuatan yang bertentangan dengan apa yang kita sebutkan." dan begitu juga selepas meraka di semua zaman, Beliau juga berkata, "Dan tidaklah dianggap pendapat orang-orang yang sepakat dengannya di kalangan khawarij dan Ahl bid’ah yang membolehkan bukan keturunan Quraisy. Dan tidaklah dengan kebodohan pendapat Dirar bin ‘Amru: bahawa bukan Keturunan Quraisy dari Al-Nabath dan lain-lain, menawarkan Keturunan Quraisy baginya adalah untuk mengangkatnya jika ianya diminta. Ini adalah apa yang dia katakan dari pendapat yang batil dan dihiasi dengan apa yang bertentangan dengan kesepakatan umat Islam dan Allah lebih mengetahui, "Adapun baginda (S) telah bersabda: Manusia mengikut orang-orang Quraisy pada kebaikan dan kejahatan yang maknanya pada Islam dan jahiliyah sebagaimana dinyatakan; dalam riwayat awal, kerana mereka berada dalam jahiliyah, ketua-ketua orang-orang Arab dan penduduk (Tanah) Haram Allah dan berhaji di Baitullah, orang-orang Arab telah melihat keislaman mereka apabila mereka masuk Islam dan pembukaan Mekah, diikuti oleh datangnya perwakilan Arab pada setiap arah, dan manusia masuk ke dalam agama Allah berbondong-bondong, dan begitu juga dalam Islam, mereka pemilik Khilafah dan manusia mengikuti mereka dihadapan bagiinda (S) bahawa pemerintahan ini telah berterusan ke dunia lain walaupun manusia hanya tinggal dua orang. telah jelas apa yang dikatakan baginda (S), dari zaman baginda (S) hingga kini Khilafah adalah pada kaum Quraisy yang bukan menjadi saingan buat mereka dan akan kekal seperti itu walaupun hanya tinggal dua orang seperti yang diucapkan oleh baginda (S)") [38]

Perhatikanlah bahawa Al-Nawawi mengiktiraf dan mengakui bahawa hadits-hadits ini membawa makna bahawa khalifah terhad kepada Kaum Quraisy dan bukan kepada selain mereka, dan bahawa ijma’ menetapkan syarat keturunan Quraisy untuk menjadi khalifah, tidak boleh mengangkat khalifah selain dari Kaum Quraisy, dan bahawa perkara ini seperti sabda Nabi (S), di mana berlangsungnya kekhalifahan pada Quraish dari wafatnya Rasulullah (S) sehingga era kehidupan Al-Nawawi yang membuat ulasan (Syarah) kepada Shahih Muslim, dan ini akan berterusan hingga ke akhir dunia.


-----------------------------
[35] Syarah Al-Maqashid – oleh Mas’ud bin ‘Umar bin Abdullah, yang terkenal dengan nama Sa’ad Al-Din Al-Taftazani (wafat 793 Hijrah.) ditahqiq oleh Dr. Abdul Rahman ‘Amirah, ‘Alam Al-Kitab, Beirut - Lubnan, cet 1, 1419 H-1998 M, J 5 hal 303
[36] Sahih Bukhari: J 4 hal 155, dan J 8 hal 105.
[37] Sahih Muslim: J 6 hal 2 - 3.
[38] Syarah Shahih Muslim, oleh Muhyiddin Yahya bin Syarif Al-Nawawi (wafat. 676 H): J 12 hal 200-201.


[30][31] [32][33] [34]


[30] (Wujud Al-‘Itrah Selagi Wujud Al-Quran)

(Wujud Al-‘Itrah Selagi Wujud Al-Quran)

Al-Quran dan Al-‘Itrah (keluarga Rasulullah) adalah dua perkara yang tidak terpisah hingga datangnya Al-Sa’ah (kiamat);
(وإنهما لن يفترقا حتى يردا على الحوض)
(dan keduanya tidak akan berpisah hingga keduanya datang menemuiku di telaga), iaitu, selagi Al-Quran masih wujud, maka mestilah wujud wakil Al-‘Itrah (keluarga Rasulullah) yang disucikan, jika tidak, perlulah didustakan Al-Shadiq Al-Amin (Rasulullah) – jauh baginda dari sifat itu – kerana baginda terpelihara dari Tuhan Yang Maha Mulia, yang berfirman:

﴿وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ ۞ إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ﴾

Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya.۞ Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan..[Al-Najm 53: 3-4].

Telah diingatkan perkara tersebut oleh sebahagian ulama Al-Sunnah, mereka menyatakan tiada putus orang yang tergolong sebagai Al-‘Itrah (keluarga Rasulullah) pada setiap masa (zaman):

Ibn Hajar Al-Haitsami telah berkata di dalam Al-Shawa’eiq Al-Mahraqah:

(والحاصل أن الحث وقع على التمسك بالكتاب وبالسنة وبالعلماء بهما من أهل البيت ويستفاد من مجموع ذلك بقاء المور الثلاثة إلى قيام الساعة(

(Kesimpulannya adalah bahawa penekanan kenyataan supaya berpegang dengan Al-Kitab, Al-Sunnah dan Al-Ulama’ antara keduanya mereka adalah dari Ahl Al-Bait dan diambil kesemuanya tiga perkara yang kekal itu hingga datangnya Al-Sa’ah (kiamat) [32]

Beliau juga berkata:

وفي أحاديث الحث على التمسك بأهل البيت إشارة إلى عدم انقطاع متأهل منهم للتمسك به إلى يوم القيامة كما أن الكتاب العزيز كذلك ولهذا كانوا أمانا لأهل الأرض كما يأتي ويشهد لذلك الخبر السابق في كل خلف من أمتي عدول من أهل بيتي إلى آخره ثم أحق من يتمسك به منهم إمامهم وعالمهم علي بن أبي طالب كرم الله وجهه لما قدمناه من مزيد علمه ودقائق مستنبطاته ومن ثم قال أبو بكر رضي الله عنه علي عترة رسول الله(

Dalam hadits-hadits yang menekankan supaya berpegang kepada Ahl Al-Bait telah memberi isyarat bahawa tidak akan putus orang yang tergolong dari kalangan mereka supaya berpegang dengannya hingga hari kiamat dan begitulah Al-Kitab Al-‘Aziz (Al-Quran) dan ini kerana mereka adalah pelindung (penyelamat) bagi penduduk bumi sebagaimana yang dibawakan sebelum ini yang menjadi bukti bahawa khabar (peringatan) kepada setiap pengganti dari umatku adalah yang adil-adil dari ahli baitku dan seterusnya. Kemudian orang yang paling layak untuk dipegang (dipatuhi) dari mereka sebagai imam mereka adalah yang ‘alim dari mereka adalah Ali bin Abi Talib (karama Allahu wajhah – semoga dimuliakan Allah wajahnya), dia yang mendahului kita dengan lebih ilmunya dan kefahamannya yang terperinci dan dengan itu Abu Bakar (ra) mengatakan Ali adalah ‘itrah (keluarga) Rasulullah.) [33]

Al-Manawi berkata dalam Faidh Al-Qadir:

(قال الشريف: هذا الخبر يفهم وجود من يكون أهلا للتمسك به من أهل البيت والعترة الطاهرة في كل زمن إلى قيام الساعة حتى يتوجه الحث المذكور إلى التمسك به كما أن الكتاب كذلك فلذلك كانوا أمانا لأهل الأرض فإذا ذهبوا ذهب أهل الأرض(.

(Al-Syarif berkata: Khabar ini dapat difahamkan akan wujudnya kelayakan untuk mewajibkan supaya berpegang kepada Ahl Al-Bait dan Al-‘Itrah yang disucikan, sehingga datangnya Al-Sa’ah (kiamat)  supaya menghadap penekanan yang disebutkan agar berpegang dengannya sebagaimana juga dengan Al-Kitab, oleh itu mereka adalah pelindung bagi penduduk bumi, sekiranya mereka pergi akan lenyaplah penduduk bumi [34]



---------------------------------
[32] Al-Shawa’eiq Al-Mahraqah menolak ahli bidaah dan zindiq – oleh Ahmad bin Hajar Al-Makki Haitsami hal 150..
[33] Al-Shawa’eiq Al-Mahraqah menolak ahli bidaah dan zindiq – oleh Ahmad bin Hajar Al-Makki Haitsami hal 151..
[34] Faidh Al-Qadir: Syarah Al-Jami’ Al-Shaghir Al-Manawi J 3 hal. 20.


[29][30][31] [32}


Selasa, 20 Jun 2017

[29] (Al-Tsaqalain)

(Al-Tsaqalain)

Ia sama makna dengan hadits (Al-Tsaqalain - dua perkara berat) yang diperintahkan Rasulullah pada umat supaya mengikut keduanya dan berpegang kepada kedua-duanya.

عن زيد بن أرقم، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم. (إني ترك فيكم ما إن تمسكتم به لن تضلوا بعدي؛ أحدها أعظم من الآخر؛ كتاب الله حبل ممدود من السماء إلى الأرض وعترتي أهل بيتي ولن يتفرقا حتى يردا على الحوض فانظروا كيف تخلفوني فييهما(

Dari Zaid bin Arqam, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam: “Sesungguhnya aku telah meninggalkan untuk kalian sesuatu yang sekiranya kalian berpegang teguh dengannya, niscaya kalian tidak akan tersesat sepeninggalku, salah satu dari keduanya itu lebih besar dari yang lain, iaitu; Kitabullah adalah tali yang Allah bentangkan dari langit ke bumi, dan ‘itrahku ahli baitku, dan keduanya tidak akan berpisah hingga keduanya datang menemuiku di telaga (Al-Haudh), oleh karena itu perhatikanlah oleh kalian, apa yang kalian perbuat terhadap keduanya sesudahku" [29]
                                 
وعن جابر بن عبد الله قال: (رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم في حجته يوم عرفة وهو على ناقته القصواء يخطب فسمعته يقول: يا أيها الناس، إني تركت فيكم من (ما) إن أخذتم به لن تضلوا كتاب الله وعترتي أهل بيتي (

Dan dari Jabir bin Abdullah katanya: (Aku melihat Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam dalam hajinya ketika di 'Arafah, sementara baginda berkhutbah di atas untanya - Al Qashwa`- dan aku mendengar baginda bersabda : ‘Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan di tengah-tengah kalian (sesuatu) yang jika kalian berpegang dengannya, maka kalian tidak akan pernah sesat, iaitu Kitabullah, dan ‘itrahku ahlul-baitku.) [30]

وعن أبي سعيد الخدري، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (إني قد تركت فيكم ما إن أخذتم به لن تضلوا بعدي الثقلين أحدها أكبر من الآخر كتاب الله حبل ممدود من السماء إلى الأرض وعترتي أهل بيتي ألا وأنهما لن يفترقا حتى يردا على الحوض)

Dan dari Abi Sa'id Al-Khudri ia berkata: Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam: (sesungguhnya aku telah meninggalkan pada kamu sesuatu yang jika kalian berpegang dengannya, kamu tidak akan pernah sesat selepasku, iaitu tsaqalain salah satu dari keduanya itu lebih besar dari yang lain, iaitu; Kitabullah adalah tali yang terbentang dari langit ke bumi, dan ‘itrahku ahli baitku, dan keduanya tidak akan berpisah hingga keduanya datang menemuiku di telaga,) [31]
                                      
Selepas kita mengetahui Nabi Muhammad (S) yang pertama mengesahkan dari pengesahan-pengesahan para hujaj (Al-Hujah) pemberi petunjuk dari ‘itrah yang diberkati, dan dia adalah Ali ibn Abi Talib (as), kita tahu dari baginda (S) bahawa para pemberi petunjuk tidak boleh kosong tanpa mereka di bumi ini yang senantiasa menjadi tugas berat kepadanya, kalaulah ada di atas muka bumi ini dua peribadi tentulah salah seorangnya adalah Al-Hujah, sebagaimana dinyatakan oleh khabar, dan ini adalah antara yang dinyatakan oleh hadits Al-tsaqalain yang dijelaskan bahawa tsaqalain adalah


-----------------------
[29] Diriwayatkan oleh Al-Tirmizhi dalam Sunannya: J 5 hal 328-329 no 3876, berkata mengenainya: "Ini adalah hadits hasan gharib", dan diriwayatkan oleh Al-Muttaqi Al-Hindi dalam Kanz Al-‘Umal - J 1 hal 173 no 873, dan diriwayatkan oleh Abd bin Humaid bin Nasr Al-Kassi dalam Muntakhab musnadnya hal 107-108 nombor 240 dengan sedikit perbezaan, dan disahihkan oleh Al- Albani dalam Shahih Sunan Al-Tirmizhi, J 3 hal 543-544 no 3788, di mana beliau berkata:. (Shahih: "Al-Mishkat" (6144), "Al-Raudh Al-Nadhir" (977), (978 ), "Al-Shahihah" (4/356-357), dan juga disahihkan dalam Shahih Al-Jami’ Al-Shaghir hal 382 nombor 2458.
[30] Diriwayatkan oleh Al-Tirmizhi dalam Shahihnya: J 5 hal 327-328 no 3874, berkata mengenainya: "Hadits ini adalah hasan gharib dari pendekatan ini.
Dan Zaid bin Hassan telah meriwayatkan mengenai Sa’id Bin Sulaiman dan selainnya salah seorang dari ahli ilmu."
Dan Al-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Ausath: J 5 hal, 89 dan juga diriwayatkan oleh Al-Thabrani dengan lafaz ini dalam Al-Mu’jam Al-Kabir: J 3 hal 66 nombor 2680, dan ia telah disebut Al-Albani dalam Al-Silsilah Al-Shahihah: J 4 nombor 1 761 dan melihat kesahihannya.
[31] Musnad Ahmad bin Hanbal: J 3 hal 59, dan dihasankan oleh Hamzah Ahmad Al-Zain dalam mentahqiq Musnad Ahmed:. J 10 hal 184 no 11499, ketika ia berkata: "Isanadnya hasan disebabkan Al-‘Aufi", dan dihasankan Al-Albani dalam Al-Silsilah Al-Shahihah: J 4 hal 356-357 di bawah No. 1761, ketika ia berkata: "Ianya isanad hasan dalam Al-Syawahid,"


 [28][29][30]



Isnin, 19 Jun 2017

[28] (Pelindung Penyelamat Bagi Umat Baginda)

(Pelindung Penyelamat Bagi Umat Baginda)

Hasilnya: Tidak akan terselamat atau tiada sebarang petunjuk dan tidak akan mendapat perlindungan dari fitnah dan kesesatan melainkan dengan berpegang dengan warisan Rasulullah (S), dan dengan apa yang ditinggalkan baginda pada umat, dan ia adalah Al-Tsaqalain (dua perkara berat); kitab Allah dan ‘ttrah baginda, Ahl Bait baginda (as).

Mereka (as) yang menyelamatkan penghuni bumi, bumi ini tidak boleh tanpa mereka:

Nabi Muhammad (S) bersabda:

(النجوم أمان لأهل السماء، وإن أهل بيت أمان لأمتي(

(Bintang-bintang penyelamat (pelindung) penghuni langit dan sesungguhnya Ahl Bait penyelamat penghuni bumi.) [28]

Nash Hadith yang mulia ini menyatakan bahawa keselamatan dan petunjuk adalah disyaratkan kepada Ahl Al-Bait (as), dan salah satu lafaz hadits yang menjadi nash bahawa mereka adalah penyelamat (pelindung) daripada perselisihan - seperti yang disebutkan dalam nota kaki -, manakala umat berselisih dan berpecah belah, padahal pemilik kebenaran (Ahl Al-Haq) mereka adalah Ahl Al-Bait (as). Dan sesiapa yang mengikut mereka dan berlepas diri dari orang-orang yang membelakangkan mereka dan menyusahkan mereka telah memerangi mereka,


----------------------
[28] Diriwayatkan dengan makna seperti ini dalam banyak riwayat-riwayat dengan susunan kata yang berbeza, ianya seperti berikut:
Al-Mustadrak:
(النجوم أمان لأهل السماء فإذ أذهبت أتاها ما يوعدون وأنا لاصحابي ما كنت فإذ ذهبت أتاهم ما يوعدون وأهل بيتي أمان لأمتي فإذ ذهب أهل بيتي أتاهم ما يوعدون)
(Bintang-bintang itu pelindung (penyelamat) bagi penduduk langit. Jika, bintang itu pergi, maka akan datang kepada mereka apa yang dijanjikan. Dan aku adalah pelindung shahabat-shahabatku di manapun aku berada. Jika, aku pergi, maka akan datang kepada mereka apa yang dijanjikan. Keluargaku (ahl baitku) adalah pelindung bagi umatku. Jika keluargaku pergi, maka akan datang kepada apa yang dijanjikan.),
(النجوم أمان لأهل السماء فإذ أذهبت أتاها ما يوعدون وأنا أمان لاصحابي ما كنت فإذ ذهبت أتاهم ما يوعدون وأهل بيتي أمان لأمتي فإذ ذهب أهل بيتي أتاهم ما يوعدون)
(Bintang-bintang itu pelindung bagi penduduk langit. Jika, bintang itu pergi, maka akan datang kepada mereka apa yang dijanjikan. Dan aku adalah pelindung shahabat-shahabatku di manapun aku berada. Jika, aku pergi, maka akan datang kepada mereka apa yang dijanjikan. Keluargaku (ahl baitku) adalah pelindung bagi umatku. Jika keluargaku pergi, maka akan datang kepada apa yang dijanjikan),
(النجوم أمان لأهل الأرض من الغرق وأهل بيتي أمان لأمتي من الاختلاف فإذ خالفتها قبيلة من العرب اختلفوا فصاروا حزب إبليس).
(Bintang-bintang itu pelindung bagi penduduk bumi dari tenggelam. Keluargaku (ahl baitku adalah pelindung bagi umatku dari perselisihan. Jika Satu kabilah dari orang-orang Arab kaum ku berselisih akan menjadi Parti (kumpulan) Iblis).
Al-Mu’jam Al-Kabir:
(النجوم جعلت أمانا لأهل السماء، وإن أهل بيتي أمان لأمتي(
(Bintang-bintang itu dijadikan pelindung bagi penduduk langit dan Keluargaku (ahl baitku) adalah pelindung bagi umatku.)

Fadhail Al-Shahabah:
(النجوم أمان لأهل السماء، فإذ ذهبت النجوم، ذهب أهل السماء، وأهل بيتي أمان لأهل الأرض فإذ ذهب أهل بيتي ذهب أهل الأرض).
(Bintang-bintang itu pelindung bagi penghuni langit, Jika, bintang itu pergi, akan pergilah penghuni langit. dan Keluargaku (ahl baitku) adalah pelindung penduduk bumi, Jika ahl baitku itu pergi, akan pergilah penduduk bumi).
Al-Jami’ Al-Shaghir oleh Al-Suyuthi:
(النجوم أمان لأهل السماء، وأهل بيتي أمان لأمتي.(
(Bintang-bintang itu pelindung bagi penghuni langit, dan Keluargaku (Ahl Baitku) adalah pelindung bagi umatku.).
Betapa hampirnya lafaz-lafaz ini semua yang membawa satu makba, ia adalah menjadikan Ahl Bait Nabi (S) pelindung bagi penduduk bumi dan ummah, dan sekarang kita sampai kepada menyebut sumbernya:
Al-Mustadrak Al-Hakim Al-Naisaburi : J 2 hal 448, dan disahihkan J 3 hal 149, dan disahihkan J 3 hal 457, Fadhail Al-Shahabah oleh Ahmad bin Hanbal – ditahqiq oleh Washiy Allah bin Muhammad Abbas: J 2 hal 830 no 1145, Al-Jami’ Al-Shaghir - oleh Al-Suyuthi: J 2 hal 680 no 9313, Ihya’ Al-Maiyit - oleh Al-Suyuthi - ditahqiq oleh. Dr. Muhammad Zainahum – Dar Al-Ma’arif: hal 20 no 21, hal 22 no 35, Al-Mu’jam Al-Kabir – oleh Al-Thabrani:.. J 7 hal 22, Mujma’ Al-Zawaid – oleh Al-Haitsami J 9 hal 174, - Kanz Al-‘Umal oleh Al-Muttaqi Al-Hindi: J 12 hal 96 no 34 155, J 12 hal 101-102 no 34 188, J 12 hal 102 no 34 189, J 12 hal 102 no 34 190 Nawadir Al-Ushul – oleh Al-Hakim Al-Tirmizhi - Maktabah Al-Imam Al-Bukhari oleh terbitan Al-Kaherah - cet 1-1429 H 2008 M, J 2 hal 840, no 1133 no asal 224, Kasyaf Al-Khafa’ - oleh Al-‘Ajaluni: J 2 hal 327-328 no 2856, Tarikh Madinah Dimasyq – oleh Ibn ‘Asakir: J 30 hal 20, Sabil Al-Huda wa Al-Risyad - oleh Al-Shalahi Al-Syami: J 11 hal 6-7, Yanabi’ Al-Mawaddah Lizhawi Al-Qurba - oleh Al-Qunduzi: J 1 hal 72, J 1 hal 104, Dakhair Al-‘Uqba oleh Ahmad bin Abdullah Al-Thabari: hal 17, Nidzam Darar Al-Samathain - oleh Al-Zurundi Al-Hanafi: hal 234, Al-Shawa’eiq Al-Mahraqah – oleh Ibn Hajar Al-Haitsami - disahihkan oleh Muhammad Al-Balbisi - Al-Mathba’ah Al-Wahabiyah - Mesir -1292 H:. J 2 bab Al-Aman bi Baqa’ihim hal 207, katanya: (...adalah sahih Bintang-bintang itu pelindung bagi penduduk bumi dari tenggelam. Ahl Baitku adalah pelindung bagi umatku dari perselisihan...), beliau juga berkata J 2 bab 11 fasal-1 ayat ketujuh, hal 134:. dalam riwayat yang disahihkan oleh Al-Hakim mengikut syarat kedua-dua syeikh. (Bintang-bintang itu pelindung bagi penduduk bumi dari tenggelam. Ahl Baitku adalah pelindung bagi umatku dari perselisihan. Jika
Satu kabilah dari orang-orang Arab kaumku berselisih akan menjadi Parti (kumpulan) Iblis...), dan dihasankan oleh Muhammad Jar Allah Al-Sa’adi dalam Al-Nawafi’ Al-‘Ithrah - dipetik dari Mauqi’ Al-Durar Al-Sunniyah – (satu laman web)

               
   [27] [28][29]


[27] (Kepimpinan dihadkan dari Ahl Al-Bait Baginda)

(Kepimpinan dihadkan dari Ahl Al-Bait Baginda)

Di sini Nabi Muhammad (S) menghadkan: contohnya , petunjuk, tidak diterima pembinaan makna (takwil -tafsiran) sama sekali dan selamanya, untuk menutup mulut mereka yang tidak mahu percaya dan merasa ragu-ragu seperti peranan Ahl Al-Bait (as) kepada umat adalah seumpama bahtera Nuh (as), sesiapa yang menaiki bahtera untuk membimbing mereka kepada keselamatan, dan sesiapa yang ketinggalan atau mengikuti orang lain selain mereka akan tenggelam, binasa dan tersesat.

Pengajaran dari perumpamaan bahtera Nuh (as),

Pertama: Seperti mana Bahtera Nuh (as), ia adalah satu-satunya jalan untuk menyelamatkan diri dari lemas tenggelam, dan Ahl Al-Bait (as), mereka adalah satu-satunya jalan untuk menyelamatkan diri dari fitnah (godaan), kesesatan dan perselisihan, dan ini bermakna Imamah dan kekhalifahan tidak lain hanya dihadkan kepada mereka sahaja.

Kedua: Begitu juga oleh kerana semua orang yang tidak menaiki Bahtera Nuh (as) akan menerima nasib tenggelam dan musnah di dunia dan akhirat, begitulah juga orang-orang yang tidak menaiki Bahtera Ahl Al-Bait (as) dan menjadikan mereka pemimpin-pemimpin,  akan menerima nasib lemas tenggelam dalam taufan banjir kesesatan dan fitnah dan penyelewengan.

-----------------------
Sambungan... )
Fadhail Al-Shahabah – oleh Ahmad bin Hanbal: J 2, hal 987 no 1402, Al-Bahar – Al-Zakhar: Al-Bazaz: J 11 hal 329 no 5142, Al-Mustadrak Al-Hakim Al-Naisaburi J 3 hal 150-151, J 3 hal 343, dan berkata megenainya: "Hadits ini sahih mengikut syarat Muslim tetapi dia tidak mengeluarkannys, "Al-Mu’jam Al-Kabir – oleh Al-Thabrani: J 3 hal 35-36 no 2636, no 2637, dan no 2638, Nawadir Al-Ushul Al-Hakim Al-Tirmizhi: J 2 hal 840 no 1133, Al-Jami’ Al-Shaghir – oleh Al-Suyuthi:. J 1 hal 373 no 2442, J 2 hal 533 no 8162, Ihya’ Al-Maiyit - oleh Al-Suyuthi: hal 20-21 no 24 dari Ibn Al-Zubair no 25, dari Ibn Abbas no 26, dari Abu Zhar, no 27 dari Abi Sa’id Al-Khudri, Kanz Al-‘Umal - oleh Al-Muttaqi Al-Hindi: J 12 hal 94-99 no 34 144, no 34 151, no 34.169, dan no 34170, Mujma’ Al-Zawaid – oleh Al-Haitsami: J 9 hal 168, Al-Shawa’eiq Al-Mahraqah – oleh Ibn Hajar Al-Haitsami J 2 bab Al-Aman bi Baqaihim hal 207, mengatakan, "Ada banyak jalan yang menguatkan antara satu sama lain (seperti orang rumah saya) dalam novel (مثل أهل بيتي - perumpamaan Ahl Baitku), ada riwayat (إنما مثل أهل بيتي -  sesungguhnya perumpamaan Ahl Baitku) riwayat lain (إن مثل أهل بيتي bahwa perumpamaan Ahl Baitku) dan ada riwayat
(ألا إن مثل أهل بيتي فيكم مثل سفينة نوح في قومه من ركبها نجا ومن . تخلف عنها غرق)
(Ingatlah sesungguhnya perumpamaan Ahl Baitku pada kamu adalah seperti Bahtera Nuh sesiapa dari kamu yang menaikinya akan terselamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam),
ada pula riwayat
(من ركبها سلم ومن لم يركبها غرق وإن مثل أهل بيتي فيكم مثل باب حطة في بني إسرئيل من دخله غفر له)
(sesiapa yang menaikinya akan terselamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam, dan sesungguhnya perumpamaan Ahl Al-Baitku pada kamu adalah seperti pintu benteng Bani Israil, sesiapa yang memasukinya ia akan diampuni dosa-dosanya.) Sabil Al-Huda wa Al-Risyad - oleh Al-Shalahi Al-Syami: J 11 hal 11-12, beliau berkata megenainya: " Al-Hafiz Abu Al-Khabar Al-Sakhawi berkata: Sebahagian jalan hadits ini menguatkan satu sama lain," Nidzam Darar Al-Samathain - oleh Al-Zurundi Al-Hanafi: hal 235 Yanabi’ Al- Mawaddah Lizhawi Al-Qurba: J 1 hal 92-94, J 2 hal 190, Al-Mu’talif wa Al-Mukhtalif oleh Al-Darquthni wafat 385 H - ditahqiq. Dr. Maufiq bin Abdullah bin Abdul Qadir - Dar Al-Gharib Al-Islami - Beirut - cet 1 -1402 H 1986 M: J 2 hal 1046, Dakhair Al-‘Uqba - oleh Al-Muhib Al-Thabari,:. hal 20, Kifayah Al-Thalib - oleh Al-Kanji Al-Syafi’ei hal 378-379, Rasyfah Al-Shadi – oleh Abu Bakar Al-Hadhrami hal 79-80 Al-Fath Al-Kabir oleh Al-Nabahani - Dar Al-Kitab Al-‘Arabi - Beirut - J 3 hal 133, Al-Biladaniyat – oleh Muhammad bin Abd Al-Rahman Al-Sakhawi wafat 902 H – Ditahqiq oleh Hussam bin Muhammad Al-Qathan - Dar Al-‘Atha’- cet 1-1422 H 2001 M: hal 186-187, dan berkata mengenainya: "Hadits ini hasan," dan kemudian sebagai menolak ke atas Al-Bazaz dalam mengatakan Abu Zhar bersendirian pada meriwayatkan hadits ini, hal 188-189:. " tetapi tidak demikian, dalam bab dari Ibn Abbas, Abu Al-Zubair dan Abu Sa'id Al-Khudri – (ra) - dan sebahagiannya menguatkan satu sama lain dan dengan itu ianya hasan, " Dar Al-Shahabah. - oleh Al-Syaukani: bab 3 fasal 1 hal 268 no 12, Al-Siraj Al-Munir pada syarah Al-Jami’ Al-Shaghir – oleh Al-‘Azizi:.J 3 hal 279 dan berkata mengenainya:"Isanadnya hasan.".


[26][27] [28]


Ahad, 18 Jun 2017

Terjemahan postingan FB Syed Ahmed Al-Hasan pada 13 Jun 2017

Terjemahan postingan FB Syed Ahmed Al-Hasan pada 13 Jun 2017:

Wahai Muradi!
Apa yang kamu bencikan pada Ali?
Adakah kerana mahkota di kepalanya yang tidak pernah disinggahi kejahatan mahupun  ada ruang untuknya walaupun sehari?*

Walau kamu memfitnah dirinya, beliau tetap melayani kamu dengan baik.
Kamu berdiri solat dibelakangnya untuk mengganggu beliau.
Kamu berdiri di hadapan beliau dan berulang-ulang membaca: "Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi." [Quran 39:65]

Kamu mengkafirkan dan memfitnah beliau, namun beliau tidak menghukum mu.
Beliau bersabar dengan kejahilan kamu, dan menjadikan dirinya bersabar dengan berkata:

"Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak meyakini itu menggelisahkan kamu." [Quran 30:60].

Semoga Allah mengganjari kamu sebesar-besarnya. Saya akan pos semula apa yang telah saya poskan pada tahun 2015:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Di hari ini seorang daripada Khawarij, iaitu seorang munafik bernama Abdul Rahman bin Muljam telah menetak Imam Ali, salam ke atas beliau, di kepalanya ketika beliau sedang bersolat dan Imam Ali mati syahid kerana tetakan ini.

Semoga Allah melaknat Khawarij pada zaman awal dan semoga Allah melaknat  Khawarij di akhir zaman:

Orang-orang jahil yang telah memudahkan syaitan untuk memandu dan membawa mereka ke mana sahaja yang dia mahukan. Mereka adalah tunggangan iblis dan tentera iblis.

Iblis telah meludah ke dalam mulut mereka, menyebabkan mereka bertutur dengan kejahilan dan kata-kata iblis.

Iblis telah bersarang dalam minda kotor mereka agar dapat mencapai apa yang dia mahukan. Iblis telah menunggang mereka agar mereka melawan para tentera dan pendokong Tuhan.

Mereka telah terlaknat. Mereka meminta kehidupan duniawi sebagai ganti kepada agama mereka atau mereka menjual agama mereka sebagai ganti kepada kehidupan duniawi orang lain.

Tiada dari kalangan mereka yang tinggal dan mereka tidak terselamat dari kemurkaan Tuhan serta laknatnya yang memusnahkan mereka semua. Saya akan pos semula apa yang telah dipos sebelumnya:

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih. Segala pujian bagi Allah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Di hari-hari ini tamatlah riwayat Ali bin Abi Tholib, salam ke atas beliau. Sebuah riwayat kehidupan yang penuh dengan kesakitan dan kesengsaraan serta tiada keselesaan bagi beliau di dalamnya.

Ketika beliau masih seorang kanak-kanak beliau tidak mempunyai peluang untuk bermain seperti kanak-kanak lain dan menikmati zaman kanak-kanaknya. Ini apabila Tuhan berkehendak untuk mengutuskan seorang nabi yang akan membesarkan beliau. Maka beliau akan mendapati beliau berada di tengah-tengah pertempuran kata-kata, sebuah pertempuran yang kerap kali membawa kepada rejaman batu batu. Malah ia juga bisa membawa kepada hancurnya sebuah keberanian.

Beliau membesar dalam persekitaran tersebut dan mendapati beliau tidak mempunyai pilihan melainkan untuk membawa pedang demi mempertahankan agama baru itu, nabinya dan orang-orang yang beriman kepada baginda.

Sebelum baginda pergi, Tuhan telah melantik Ali sebagai Khalifah Allah di buminya menggantikan Khalifah Allah sebelumnya, Muhammad, sepertimana Sunnah Allah sebelumnya. Maka wafatlah Muhammad.

Maka Ali mendapati beliau tidak mempunyai pilihan melainkan untuk menuntut hak ketuhanan yang telah dirampas oleh manusia yang berkerumun.

Tuntutan beliau telah menyebabkan manusia mengerumuni beliau, mengumpul tentera mereka untuk menyerang rumah beliau, menyeret beliau dengan tali, menindas beliau, menyakiti beliau dan membahayakan isterinya, Fatimah, puteri Muhammad, walaupun telah disebut dengan sahih bahawa barangsiapa yang menyakitinya telah menyakiti bapanya, Nabi Muhammad serta menyebabkan kemurkaan Allah. Maka wafatlah Fatimah.

Ali kekal ditindas, beliau duduk di rumahnya selama lebih dari dua puluh tahun. Kesilapan semakin bertimbun, tangisan umat yang tertindas menjadi lebih kuat, dan selepas si fulan yang ketiga, kebanyakan orang  tidak menjumpai jalan penyelesaian untuk apa yang telah terjadi kepada mereka kecuali dengan Ali. Iblis menyambut pemerintahan Ali dengan tiga perang yang mana iblis telah mengumpulkan semua syaitan di bumi, yang pertama dipimpin oleh Aisyah, selain itu oleh Muawiyah dan Ibn Al-As, dan akhirnya oleh Iblis sendiri. Pertempuran ini tidak berakhir kecuali dengan Ali terbaring di atas katil, dalam keadaan dibasahi oleh darahnya sendiri.


Salam sejahtera ke atas kamu, bapa kepada Al-Hasan, ke atas penderitaan dan kesakitan yang kamu telah alami. Salam sejahtera ke atas kamu bapa kepada Al-Hasan. Kamu telah maju terkehadapan dan telah melelahkan orang yang akan menggantikanmu dengan hebat. Tragedi yang menimpamu sangat hebat di langit, dan kecelakaan yang melandamu menjadi bencana buat seluruh alam, kita adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya lah kita kembali. Semoga Allah menambahkan ganjaran buat kamu bersempena dengan bencana yang menimpa Amirul Mukminin Ali bin Ali Talib, semoga doa Allah senantiasa ke atas beliau.


[26] (Pengesahan Imamah dari Ahl Al-Bait Baginda)

(Pengesahan Imamah dari Ahl Al-Bait Baginda)

[Datang kepada Nabi (S). (dua tokoh-tokoh terkenal Kristian bernama) Al-Aqib dan Al-Thaiyib, Maka keduanya diajak kepada sumpah laknat, atas bersumpah laknat (bermubahalah) pada keesokan harinya. pada esoknya Rasulullah (S) keluar membawa All, Fatimah, Al-Hasan dan Husain (as), kemudian menjemput mereka berdua tetapi mereka menolak untuk menyahutnya dan mengakuinya dengan penuh harapan. Katanya: Maka Rasulullah (S) bersabda, demi Zhat yang mengutusku dengan kebenaran, jika mereka mengatakan tidak, akan dihujani ke atas mereka lembah api," Jabir berkata: kepada merekalah diturunkan (ayat)
" ندع أبناءنا وأبناءكم ونساءنا ونساءكم وأنفسنا وأنفسكم"
[kami memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, perempuan-perempuan kami dan perempuan-perempuan kamu, diri-diri kami dan diri-diri kamu.]
Jabir berkata: diri-diri kami dan diri-diri kamu," adalah Rasulullah (S) dan Ali bin Abi Talib "anak-anak kami," adalah Al-Hassan dan Al-Hussein dan "perempuan-perempuan kami," adalah Fatimah].

Dari apa yang tersebut di atas diketahui bahawa Nabi Muhammad (S) adalah peribadi pertama yang mengesahkan orang yang memberi petunjuk (Al-Hadah), Imam-imam dan khalifah-khalifah selepas baginda dan menjalankan kuat kuasa itu oleh diri baginda sendiri, supaya ditaati, dipatuhi, diminta bimbingan dan dikasihi dan berwilayahkan (berwalikan mereka), untuk meletakkan batu asas yang kuat bagi kepimpinan (imamah) agama penutup, dan untuk menegakkan hujah muktamad (qath’ei) bagi seluruh umat.

Maka wajiblah atas umat pada setiap masa (zaman) untuk mengenali Imam pada masanya dan mengikutinya dan berusaha untuk mendokong dan membantunya, untuk dibimbing kepada kebenaran seluruhnya, dan untuk mengelakkan kesia-siaan, kesesatan, penyelewengan dan berpecah belah. Imam-imam adalah pemberi bimbingan - seperti yang dikemukakan terdahulu – hanyalah dari itrah (keluarga) Nabi (S) semata-mata, mereka adalah bahtera penyelamat yang tidak akan selamat dari fitnah (bencana) lautan selain dari menaiki bahtera mereka (as):

قال رسول الله (صلى الله عليه وآله): (مثل أهل بيت مثل سفينة نوح من ركبها نجا ومن تخلف عنها غرق)

Rasulullah (S) bersabda: (Perumpamaan Ahl Al-Bait adalah seperti Bahtera Nabi Nuh sesiapa yang menaikinya akan terselamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam) [27]

----------------------
[27] Hadits ini diriwayatkan dari banyak jalan dengan lafaz yang sangat hampir, sebagaimana berikut:
Al-Mustadrak:
(ألا إن مثل أهل بيتي فيكم مثل سفينة نوح من قوم من ركبها نجا ومن . تخلف عنها غرق)
(Ingatlah sesungguhnya perumpamaan Ahl Al-Baitku pada kamu adalah seperti Bahtera Nuh sesiapa dari kamu yang menaikinya akan terselamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam),
(مثل أهل بيتي مثل سفينة نوح من ركبها نجا ومن تخلف عنها غرق).
(Perumpamaan Ahl Al-Baitku pada kamu adalah seperti Bahtera Nuh sesiapa dari kamu yang menaikinya akan terselamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam).
Majmu’ Al-Zawaid:
(مثل أهل بيتي كمثل سفينة نوح من ركب فيها نجا ومن تخلف عنها غرق ومن قاتلنا في آخر زمان كمن قاتل مع الدجال)
(Perumpamaan Ahl Al-Baitku adalah seperti Bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya akan terselamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam, dan sesiapa yang memperjuangkan kami di akhir zaman adalah seperti mereka yang berperang melawan Dajjal) Dari Al-Bazaz dan Al-Thabrani dengan sanadnya dari Abi Zhar.
(مثل أهل بيتي مثل سفينة نوح من ركبها سلم ومن تركها غرق)
(Perumpamaan Ahl Al-Baitku adalah seperti Bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya selamat dan sesiapa yang meninggalkannya tenggelam) Dari Al-Bazaz dengan sanadnya dari Abdullah bin Al-Zubair.
(مثل أهل بيتي مثل سفينة نوح من ركبها فيها نجا ومن تخلف عنها غرق)
(Perumpamaan Ahl Al-Baitku adalah seperti Bahtera Nuh, sesiapa yang menaikinya akan terselamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam) Dari Al-Bazaz dan Al-Thabrani dengan sanad kedua-duanya dari Ibn Abbas.
(إنما مثل أهل بيتي فيكم مثل سفينة نوح من ركبها نجا ومن تخلف عنها غرق وإنما مثل أهل بيتي فيكم مثل باب حطة في بني إسرئيل من دخله غفر له)
(Sesungguhnya perumpamaan Ahl Al-Baitku pada kamu adalah seperti Bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya akan terselamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam, dan sesungguhnya perumpamaan Ahl Al-Baitku pada kamu adalah seperti pintu benteng Bani Israil, sesiapa yang memasukinya ia akan diampuni dosa-dosanya), dari Al-Thabrani dengan sanadnya dari Abu Sa’id Al-Khudri.
Al-Jami’ Al-Shaghir oleh Al-Suyuthi:
(إن مثل أهل بيتي فيكم مثل سفينة نوح، من ركبها نجا ومن تخلف عنها هلك)
(Sesungguhnya perumpamaan Ahl Al-Baitku pada kamu adalah seperti Bahtera Nuh, sesiapa yang menaikinya akan selamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan binasa),
(مثل أهل بيتي مثل سفينة نوح من ركبها نجا، ومن تخلف عنها غرق).
(perumpamaan Ahl Al-Baitku pada kamu adalah seperti Bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya akan selamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam).
Kita dapat lihat betapa hampirnya lafaz-lafaz tersebut, dan sekarang kami sampaikan sumber-sumber yang disenaraikan:


[25] [26][27]