Berbuat
Baik Kepada Ibu Bapa
Soalan
37: Adakah seseorang
itu dianggap derhaka kepada ibu bapanya dan putus dari rahmatinya jika berlepas
diri dari mereka kerena mereka tidak beriman dengan dakwah ini, atau apa yang
dia patut lakukan?
Jawapan: Pertamanya seorang mukmin hendaklah
memperbaiki hubungan kekeluargaan dan cuba untuk memberi bimbingan kepada
mereka apa sahaja yang dia mampu. Bagi ibu bapa khususnya perlu berbuat baik
kepada mereka, walaupun mereka tidak beriman, Dia SWT berfirman:
﴿وَإِن جَاهَدَاكَ عَلى أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ
عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفاً وَاتَّبِعْ
سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا
كُنتُمْ تَعْمَلُونَ﴾
Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan
dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah
kamu mengikuti keduanya, dan bergaullah dengan keduanya di dunia dengan baik,
dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada Akulah kamu
kembali, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. [Luqman 31:15]
Soalan
38: Seorang
saudara ansar bertindak dengan kelakuan buruk dengan ayahnya, Ini menyebabkan
bapanya mengutuk dan menuduhnya dalam banyak perkara, dan dia tidak dapat
bersabar lalu banyak menghina bapanya. Maka dia mencari penyelesaian kepada
masalah seperti ini?
Jawapan: Dia SWT berfirman:
﴿وَإِن جَاهَدَاكَ عَلى أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ
عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفاً وَاتَّبِعْ
سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا
كُنتُمْ تَعْمَلُونَ﴾
Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan
dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah
kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan
ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada Akulah kamu kembali,
maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. [Luqman 31:15]
Dia
perlu berkelakuan baik dan berbelas kasihan kepada bapanya, dan dia tidak dibenarkan
melebihi bapanya. Jika bapanya menghina atau mencederakannya, dia hendaklah mengelakkan
dari bersentuhan dengan bapanya dan cuba untuk menjauhkan diri daripada apa jua
yang menyebabkan pertentangan antara mereka, jika terpaksa maka hendaklah cuba
untuk mengurangkan pertemuan beliau dengan bapanya, sejarang yang mungkin
sehingga memperbaiki hubungan antara mereka, dan Allah pemilik kejayaan.
Soalan
39: Apa
hukumnya jika bapa saya tidak mahu bercakap dengan saya dan marah kepada saya. Saya
tidak tahu jika dia mahu berlepas diri dari saya, kerana dia tahu saya bermazhab
Syiah, dan dia dari Ahli Sunnah?
Jawapan: Berbuat baiklah kepada bapa kamu, dan cuba
untuk cari redhanya (kepuasannya) dengan tidak memudharatkan agama kamu, Dia
SWT berfirman:
﴿وَإِن جَاهَدَاكَ عَلى أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ
عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفاً وَاتَّبِعْ
سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا
كُنتُمْ تَعْمَلُونَ﴾
Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan
dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah
kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan
ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada Akulah kamu kembali,
maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. [Luqman 31:15]
Soalan
40: Apa
hukumnya mencium tangan tangan ibu bapa atau tangan anak-anak yang masih kecil?
Jawapan: dibenarkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan