Isnin, 29 Ogos 2016

Soalan 19 - 21


Soalan 19: saya bekerja di sebuah jabatan kerajaan dan dibayar gaji bulanan daripada kerajaan (yang tidak syar’ei) di mana tidak memerintah dengan apa yang diturunkan Allah, apakah hukum syar’ei wang yang saya dapat itu?

Jawapan: Penyelewengan kerajaan taghut dalam harta mudah alih dan harta tetap adalah tidak sah secara syar’ei; kerana kerajaan taghut tidak diambil kira (tidak sah), dan harta kekayaan di negara umat Islam sama ada untuk Imam (as), atau untuk umat islam secara umumnya. Adalah dibenarkan mengambil wang (harta) dengan pertimbangan sebagai seorang Muslim adalah orang-orang yang memiliki wang (harta) ini.

Soalan 20: Saya membina sebuah rumah di tanah milik kerajaan negeri dan bukan milik seseorang, adalah diketahui bahawa ianya tidak memberi kesan kepada pasar atau sekolah atau jalan raya dan telahpun mendapat persetujuan jiran sebelum membinanya, apakah hukum rumah ini?

Jawapan: Tanah itu sama ada milik Imam Mahdi (as) atau milik orang Islam yang beriman dengan kebenaran, dan haq bidang kuasa untuk Imam, dan bukan untuk negara taghut dalam bidang kuasanya, maka semua orang-orang mukmin mempunyai hak yang sah untuk tinggal dan membina rumahnya jika dia tidak memiliki sebuah rumah untuk tinggal di tempat itu, Dan tidaklah dianggap negara taghut itu atau yang dikuasai oleh orang-orang bodoh yang menganggap tanah (bumi) yang raja bagi mereka adalah Saddam atau taghut sepertinya memerintah secara syari’ah, dan menganggap tanah (bumi) yang diberi izin oleh Imam untuk para penolongnya tidak secara syari’ah!!

Soalan: 21 Tanggung jawab saya pada wang untuk negara bernilai 20 ribu dinar, di mana saya bekerja sebagai akauntan Tentera Darat dari 1991 - 1997. Begitu juga 300 ribu dinar wang rasuah untuk tujuan menjalankan urus niaga, dan kebanyakan daripada mereka mengambil untuk keperluan pada
keadaan kesukaran kewangan, di mana pegawai yang bertanggungjawab
mengambilnya untuk membebaskan sebahagian besar ansuran dan bagi saya ianya adalah untuk ansuran. Bagaimana melepaskan tanggung jawab saya saya kerana saya tidak tahu tiada seorang pun daripada orang-orang ini memulangkannya atau mereka merelakannya?

Jawapan: Negara taghut tidak mempunyai milikan, dan wang (harta) dalam negara umat Islam adalah  untuk Imam (as) dan untuk umat Islam, wang yang diambil dari negara taghut dan anda memerlukannya kerana kemiskinan adalah untuk (milik) anda, kerana anda adalah orang Islam. Bagi apa yang diambil dari orang tertentu ia adalah wang (harta) peribadi, maka bersedekahlah kepada orang-orang miskin jika anda tidak boleh menyampaikan kepadanya dan untuk berjaya melepaskan tanggung jawab dari mereka, dan jika anda tidak boleh memberi sedekah semua wang (harta), maka bersedekahlah apa yang anda boleh melakukannya.


Sebelum ✡✡✡✡✡ Seterusnya



Tiada ulasan: