Berhubung
Dengan Dakwah Al-Haq Dan Yang Menentangnya
Soalan
31: Apakah hukum umat, yang
menjual kitab Allah (Al-Quran Al-Karim) dan menulis kitab dengan tangannya sendiri
untuk dijadikan perlembagaan bagi mereka sebagai ganti perlembagaan orang-orang
Islam, dan menjual ‘itrah yang disucikan (as) dengan mengumumkan penghakiman
yang dikhaskan bagi peribadi Imam Al-Hujah Ibn Al-Hasan (as), Dan berbai’ah kepada
orang lain yang tidak memerintah dengan hukum Allah, adakah didapati umat
menidakkan Rasulullah (S), adakah mereka disifatkan sebagai kufur atau zalim
dan fasiq, dan adakah mereka boleh bertaubat? Adakah ia memikul beban ulama
yang khianat dan sesat?!
Jawapan: Ia disifatkan dengan keterangan
mereka meninggalkan Amir Al-Mukminin Ali bin Abi Talib (as), dan pergi ke Saqifah
dan Majlis Syura.
Soalan
32: Saya bekerja dengan orang
yang berpaling dari ketentuan selepas mereka beriman, Apakah hukum syar’ei berhubungan
dengan mereka, bekerja dengan mereka dan berjabat tangan dengan mereka, adalah
diketahui bahawa mereka tidak mengisytiharkan tidak bersama kita?
Jawapan: Jika mereka tidak mengisytiharkan
permusuhan maka dibenarkan bekerja dan berjabat tangan dengan mereka.
Soalan
33: Seorang wanita beriman
dengan dakwah Al-Yamani yang dijanjikan (salamu Allah 3alaih), manakala
suaminya tidak beriman, dan dia sangat tidak boleh dipercayai, dan mereka mempunyai
dua orang anak, dan masih mengharapkan anak-anak lagi. Kelihatan dia tidak
layak untuk melahirkan anak-anaknya, apakah wajib dari segi syar’ei bagi wanita
ini ke arah itu? Adakah dia harus kekal bersama suaminya itu atau meminta
pemisahan untuk taat kepada Imam (as)?
Jawapan: Jika mereka tidak menjadi
musuh kepada Imam-imam dan Mahdi-mahdi atau pada Syiah mereka ,bolehlah ia kekal
bersamanya.
Soalan
34: Adakah saya boleh menggunakan
taqiyah dengan orang lain kerana mereka melihat kita dengan syak wasangka?
Jawapan: Taqiyah hanya perlu untuk
menyelamatkan darah dan harta dan gejala buruk, atau untuk melindungi diri
sendiri dalam menyokong agama Allah SWT untuk waktu berikutnya. Saya berdoa
supaya Allah tidak memaksa kamu bertaqiyah dan membantu kamu dengan bantuan
keperkasaan penjagaanNya SWT.
Soalan
35: Bolehkah menghadiri majlis
yang didakwah oleh para ulama (fuqahak) yang jahat?
Jawapan: Jika majlis itu majlis
dakwah orang-orang yang zalim tidak dibenarkan.
Soalan 36: Ia diadakan di bandar,
dan seperti biasa ada majlis-majlis membaca doa dan masalah fiqh serta
majlis-majlis Abi Abdillah, Al-Hussein (as), kuliah dan seminar kemasyarakatan.
Ternyata bahawa tajuk dakwah tidak disentuh sama sekali. Adakah kehadiran saya
bermasalah? Adalah disedari bahawa jika saya tidak hadir akan menyebabkan saya mendapat
masalah?
Jawapan: Jika kamu ingin menghadiri
majlis-majlis mestilah matlamat kamu adalah untuk berkomunikasi dengan mereka.
Mungkin kamu boleh beri petunjuk kepada sebahagian daripada mereka.
Insya-Allah, Allah membantu kamu dengan bantuan yang perkasa, dan saya memohon
kepada Allah untuk menjayakan dan menampung kamu, memudahkan urusan kamu untuk
kebaikan dunia dan akhirat.
والسلام
عليكم ورحمة الله وبركاته.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan