Kecacatan Dan Penyakit:
Berikut adalah kemusykilan yang ditimbulkan oleh golongan Atheis, iaitu: Apakah dosa orang yang dilahirkan cacat. Jika Tuhan wujud sudah tentu Dia zalim; kerana mencipta hidupan yang cacat ini yang menyebabkan dia tersiksa teruk sepanjang hayatnya di bumi ini kepada tahap yang sebahagian daripada mereka dianggap mati. Sungguh kasihan padanya dalam menjalani kehidupan.
Menjawab Kekeliruan:
Masalah kesihatan adalah akibat atau hasil semula jadi (tabi’ei). Pada hakikatnya jasad manusia hanyalah jasad yang serupa dengan haiwan yang dihidupkan di atas muka bumi ini, yang tidak sempurna dan tidak kebal. Namun seperti mana-mana jasad haiwan atau tumbuhan yang hidup di bumi ini, yang terdiri daripada bahan (unsur) kimia dan ianys mengalami kerosakan semasa pembentukannya, hasilnya, sebagai contoh, kecacatan genetik atau selepas ia terbentuk akibat dari kemalangan. Oleh itu tidak masuk akal untuk dimusykilkan. Ya Allah, Ya Tuhan! Bukankah itu hanya untuk mengatakan: Mengapa Allah tidak menciptakan alam yang sempurna dan menghasilkan keadaan semuanya sempurna? Jawapannya mudah, makhluk yang dijadikan di dalamnya mempunyai kegelapan dan tidak mutlak, mempunyai kekurangan dan ketidakseimbangan yang lazim bagi kegelapan, yang disertakan dengan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan tidak dapat dijauhkan. Kekeliruan ini benar-benar bertentangan dengan akal. ia tidak berpunca dari Allah SWT, yang tidak mungkin menjadi seperti makhluk kerana Dia cahaya yang tiada kegelapan di dalamnya, kerana Dia hanya cahaya yang mutlak dan Dia Ketuhanan Mutlak, dan dengan itu kejadian makhluk tidak terjadi melainkan mempunyai cahaya dan kegelapan. Selagi yang gelap itu berisi kegelapan kita mesti melihat kesannya yang sememangnya gelap lagi menggelapkan, yang kekurangan, yang hilang upaya dan yang tidak dapat dipisahkan (yang lazim) bagi seluruh alam-alam yang diciptakan.
Kekeliruan ini walaupun dalam batas-batas kekurangan di alam ini, maka reka bentuk genetiknya mempunyai kecacatan yang ketara dan nyata.
Maka jawabnya: penciptaan secara langsung bukan
oleh Tuhan Mutlak, tetapi pencipta mereka telah diwujudkan oleh Tuhan
Mutlak.
﴿وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ
وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ﴾
Dan langit itu Kami bina dengan tangan-tangan dan sesungguhnya kuasa Kami
lebih luas [Al-Zariaat 51:47].
﴿أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا خَلَقْنَا لَهُم
مِّمَّا عَمِلَتْ أَيْدِينَا أَنْعَامًا فَهُمْ لَهَا مَالِكُونَ﴾
Dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya
Kami telah menciptakan untuk mereka yang dilakukan dengan tangan-tangan Kami,
binatang ternak, lalu mereka memilikinya? [Ya Sin 36:71]
Dan tidak mungkin bagi Tuhan Mutlak menjadi tangan-tangan sebahagian
daripadanya, melainkan akan membatalkan ketuhanannya, dan oleh itu, maka mereka
adalah tangan-tangan Allah yang diciptakan oleh Allah untuk mencipta pula, dan
mereka meneruskan penciptaan yang lebih rendah dari mereka, seperti Alam Jasmani,
perkara yang dimusykilkan ini, dan bentuk gambaran ini adalah sangat umum. Pada
kebiasaannya dikatakan mengenai orang yang melakukan kerja-kerja untuk orang
lain atau bagi pihaknya, kerana dia adalah tangannya (kaki tangannya). Perkataan
seorang kepada yang lain: (Engkau tanganku yang melakukannya) adalah perkara
biasa.
Pendekatan kedua: Boleh digambarkan Teori Reka Bentuk Pintar dimana ia
selari dengan evolusi dan ingin membuktikannya melalui pemasangan, kerumitan (komplikasi)
dan ketepatan sistem organisma hidupan dan bahagian-bahagiannya, dimana
organisma hidupan direka mengikut matlamat evolusi, dan oleh itu terdapat di sebalik
kuasa Tuhan yang mahu mencapai matlamat.
Dan kekeliruan pada kedua-dua arah ialah mewujudkan jurang yang besar dalam
reka-bentuknya walaupun pada hakikatnya bahawa pencipta yang menyerunya (Tuhan)
Yang IlmuNya Mutlak dan KuasaNya Mutlak, dan ia juga perlu direka lengkap melengkapi
dan tidak mengandungi jurang yang ketara seperti kelemahan turus tulang
belakang bagi manusia dan sebab kelemahannya adalah ia direka untuk badan
melengkung dan reka bentuknya yang tidak lengkap menegakkan badan seperti badan
manusia, dan dengan itu ramai orang di bumi ini mengalami sakit belakang badan,
sekurang-kurangnya dalam tempoh-tempoh kehidupan mereka. Juga tulang belakang yang
bersambung dengan peti suara (larinks);dianggap oleh sesetengah pakar dalam Anatomi
Perbandingan tidak sesuai pada reka bentuknya, oleh itu ia tidak boleh stabil untuk
semua jenis (spesis). Kerana ianya memanjang tanpa faedah sebenar, bahkan
berbahaya kerana pemanjangan saraf ini terdedah kepada kemungkinan kerosakan
yang lebih banyak daripada jika ia pendek dan ringkas kepada kadar yang
diperlukan.
Bagi mereka yang mengatakan pada penciptaan sekali gus tidak mungkin dijawab
kekeliruan ini secara logik kerana jika saraf (tunjang) larinks tidak sesuai
dan ianya satu kesilapan besar, oleh itu tidak cukup untuk menafikan reka
bentuk pintar tubuh dengan segala bahagian-bahagiannya untuk semua jenis
(spesis), dan tidak dapat menjelaskan ketidakseimbangan ini iaitu pada tahap
ini jauh dari reka bentuk pintar hanya jika ia adalah warisan evolusi.
Bagi mereka yang mengatakan tentang evolusi dan dengan itu mengatakan pada
reka bentuk pintar, yang juga mereka berkata bahawa yang mencipta bentuk adalah
Tuhan Mutlak iaitu yang Ilmu dan KeupayaanNya Mutlak, maka wujud kekeliruan; kerana
organisma hidupan dalam reka bentuk cacat telah menafikan IlmuNya yang mutlak untuk
mereka-bentuknya. Bagi mereka yang menyatakan, seperti firman Allah dalam
Al-Quran bahawa penciptaan atau reka bentuk dan pelaksanaan penciptaan adalah
tangan-tangan Allah, iaitu melalui pengantaraan ciptaan Allah SWT maka dapat
menjelaskan bahawa reka bentuknya adalah tidak sempurna sepenuhnya, dan dapat
dijelaskan oleh wujudnya satu kesilapan kecil dalam reka bentuk pada awal
evolusi meluaskan akibat evolusi sehingga ia menjadi warisan evolusi penanda
mengumpul kesilapan yang jelas dalam reka bentuk.
Ini juga merupakan satu petunjuk jelas bahawa Pencipta yang Asal adalah
Allah SWT, Tuhan Mutlak, tetapi pencipta yang meneruskannya bukan Allah SWT, bahkan
mereka diberi penghormatan meneruskan penciptaan dengan perintah Allah SWT dan menunjukkan
kekurangan sebagaimana cahaya makhluk yang mengandungi kegelapan, kerana cahaya
yang tiada kegelapan di dalamnya adalah Allah SWT sebaik-baik Pencipta, Dialah yang
menjadikan Aqal pertama Muhammad (S) dan menciptakan darinya cahaya-cahaya
pertama dan kemudian mengarahkan mereka untuk memulakan penciptaan dengan kehendak,
keupayaan dan kuasa yang Maha Suci, dan untuk ini Dia SWT berfirman:
﴿لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن سُلَالَةٍ
مِّن طِينٍ ۞ ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ ۞ ثُمَّ
خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا
الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقًا
آخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ اللَّـهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ﴾
Dan sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia dari suatu saripati dari tanah. * Kemudian Kami jadikan darinya
air mani (nutfah) dalam tempat yang kokoh. * Kemudian air mani itu Kami jadikan
segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan
segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami
bungkus dengan daging. Kemudian Kami mahu jadikan dia makhluk yang lain. Maka
Maha Berkah Allah, sebaik-baik dari pencipta-pencipta. [Al-Mu’minun 23: 12-14],
Lihatlah juga kata tunggal dan jamak dalam ayat di atas:
خَلَقْنَا - Kami telah menciptakan
جَعَلْنَاهُ - Kami jadikan
خَلَقْنَا - Kami telah menciptakan
فَخَلَقْنَا - Maka Kami menciptakan
فَخَلَقْنَا - Maka Kami menciptakan
فَكَسَوْنَا - Kami bungkus
أَنشَأْنَاهُ - Kami mahu
kemudian ditutup ayat tersebut dengan kenyataan bahawa yang menguasai atas
pencipta-pencipta, yang mencipta seterusnya adalah Allah SWT:
﴿فَتَبَارَكَ اللَّـهُ
أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ﴾
Maka Maha Berkah Allah, sebaik-baik dari para pencipta
Ia menerangkan keadaan Allah dengan pencipta-pencipta ini dan bahawa
mereka tangan-tangan (kaki-tangan) Allah SWT iaitu yang meneruskan penciptaan
Allah sebaik-baik dari para pencipta dengan perantaraan mereka.
﴿وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ
وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ﴾
Dan langit itu Kami bina dengan tangan-tangan dan sesungguhnya kuasa Kami
Maha Luas [Al-Zariaat 51:47].
Mungkin ada yang berkata: Adalah perlu meletakkan tulang belakang pada manusia,
dengan memasukkannya saraf pemetaan larinks (peti suara) dalam badan dengan
cara ini ada faedah tertentu dalam proses evolusi atau peringkat-peringkat umur
tertentu. Dan pada hakikatnya walaupun benar (sahih), tanpa sebarang keraguan,
ia juga tidak menafikan hakikat bahawa perkara-perkara ini menunjukkan sebagai
warisan sejarah evolusi dan oleh itu ia menafikan penciptaan sekaligus (satu
kali).
Ia juga tidak menafikan bahawa tidak dikeluarkan reka bentuknya oleh alam
Penguasa Mutlak, Maka dengan kemungkinan bagi menghasilkan reka bentuk yang
lebih baik,dan ini bermakna bahawa ia bukan reka bentuk yang terbaik, paling sempurna
dan lengkap oleh itu tiada pilihan lain selain menerima apa yang diterangkan
Allah di dalam Al-Quran, mereka sebagai pengantara tangan-tangan (kaki-tangan) Allah
dalam penciptaan [Wahmu Al-Ilhad: 259-260]
Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan