Berhubung
Dengan Dakwah Al-Haq Dan Yang Menentangnya
Soalan
27: Oleh
kerana kekurangan ansar kami meminta sebahagian saudara ansar bersedia untuk bersedekah
wajib bagi semua orang tanpa sebarang pengecualian. Kami, tidak ada kemampuan untuk
perbelanjaan harian dan terdapat orang-orang yang bersedekah, Apakah hukum sedekah
dengan cara ini?
Jawapan: Semoga Allah membantu kamu
segala yang baik, yang wajib ialah khums dan zakat, bersedekah adalah mustahab.
Bagi sesiapa yang memerlukan kewangan dan tidak ada kemampuan untuk perbelanjaan
harian, ia berhak mendapatkannya dari Baitu l-Mal, saya berharap mereka yang menguruskan
Baitu l-Mal supaya menyampaikan wang kepada golongan miskin hak-hak mereka, dan
mereka insya Allah adalah termasuk golongan tersebut.
Soalan
28: Apakah tafsiran ayat:
﴿الَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ
وَالْفِضَّةَ وَلاَ يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللّهِ ...﴾
Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan
tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka siksa
yang pedih,... [Al-Taubah 9:34]
Adakah
ia dilaksanakan sekarang atau apabila kemunculan Imam Jika ingin memberikan sebahagian
barang kemas sebagai hadiah kepada Imam?
Jawapan: Ini pada Zakat harta secara
umum, samada pada harta simpanannya tanpa membayar zakat, atau bagi sesiapa yang
mempunyai harta Zakat yang disimpannya. Pada masa bangkitnya Al-Qaim ia dikenakan
kepada semua orang yang mempunyai lebihan wang dari keperluannya yang memegangnya
dan tidak digunakan sebahagiannya untuk Jihad bersama Al-Qaim. Bagi barang
kemas atau emas yang diperolehi untuk hiasan wanita ia bukanlah daripada simpanannya.
Soalan
29: Apakah
hukum kekal menunggu untuk beriman dengan dakwah yang diberkati, adakah kekal
bertaklid, dan kepada siapa (bertaklid), atau berhati-hati? Apakah hokum syar’einya?
Jawapan: Walak (berwalikan) kepada
Wali Allah adalah tiang agama, jika menerimanya ia diterima tetapi jika
menolaknya ia ditolaklah. Sesiapa yang tidak menolong Al-Hussein (as) padahal
ia mendengar dan menyedarinya, bagaimana dikatakan menunggu untuk diterima sholat
atau puasa darinya?!
Soalan
30: Apakah hukum umat dan yang ada hubungan darah yang mendakwa mereka tidak
tahu tentang seruan dakwah, walaupun seruan kebenaran ini telah disampaikan dan
disiarkan. Adakah kita diwajibkan untuk perdengarkan kepada mereka satu demi
satu atau pemberitahuan umum telah memenuhi dan melepasi tanggungjawab?
Jawapan: Diwajibkan atas orang
mukmin menyampaikan kepada sesiapa yang mungkin untuk disampaikannya, tetapi tidak
perlu secara terpeinci, hanya cukup secara keseluruhan atau mengatakan bahawa
Imam Mahdi (as) telah mengutus seorang utusan yang bernama si Fulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan