Ahad, 21 Ogos 2016

Pendahuluan

Pendahuluan


بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على محمد وآله الطاهرين الأئمة والمهديين وسلم تسليماً



Dari Harits bin Al-Mughirah Al-Nasiri: (Aku bertanya kepada Abi Abdillah (as): Dengan apa untuk mengenal Al-Imam Al-Qaim (as). Dia (as) berkata:. Dengan Ketenangan dan kesungguhan. Aku bertanya: Dengan apa lagi? Dia berkata, Dia mengetahui Halal dan Haram, dan yang diperlukan manusia kepadanya dan tidak berhajat kepada selainnya. dan senjata Rasulullah (S) ada bersamanya. Aku berkata: Bukankah yang ada bersamanya hanya seorang washi anak kepada washi? Beliau berkata: Tidak ada bersamanya melainkan seorang washi anak kepada washi) Ghaibah Al-Nu3mani:. halaman 129.

Memandangkan pendekatan ilahi ini yang digariskan oleh keluarga Muhammad (as) untuk mengenali Al-Imam Al-Qaim (as). Saya menghidangkan ke tangan ansar Allah - ansar Imam Mahdi (as) sejumlah 159 soalan, yang boleh diguna pakai bila diperlukan, Ianya telah dihantar kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) berhubung dengan pelbagai hukum Fiqah. Sebahagiannya dikumpul dari Kitab Al-Jawab Al-Munir dan dtambah dari pelbagai sumber lain, tetapi ianya menangani persoalan penting yang berguna dan jawapan-jawapan dan catatan dalam kitab ini sangat membantu dengan caranya yang tersendiri. Ia mempunyai beberapa pindaan yang dibuat kepada soalan-soalan untuk lebih menyeluruh dan lebih jelas.

Saidi Ahmad Al-Hassan (as).. Keadaannya yang ditakdirkan berada di antara semua kita, dan berterusan hari demi hari selepas menunggu selama bertahun-tahun kemerosotan, kerana ia menjadi pelarian yang terusir, tetapi tidak dapat simpati kita, kita adalah orang-orang berdosa yang cuai dalam menjaga hak Aali Muhammad, melainkan kita mengambil dengan tangan kita menuju kepada jalan Allah yang lurus dan yang telah menerangkan kepada kita tentang halal dan haram, untuk melengkapkan wiliyah bulatan suci untuk kamu yang diambil Allah SWT pada penciptaan Piagam PersetiaaanNya.

Saya meletakkan di hadapan tuan, wahai putera Rasulullah yang dikumpulkan daripada Syariat Allah, yang menjelaskan jawapan kepada soalan-soalan yang diambil satu persatu dari tuan. jawapannya walaupun melalui dengan segala kepayahan yang memakan masa dan kemahiran, tetapi ia adalah syari’at yang dikehendaki yang hilang bersama ketiadaan tuan Ahl Al-Bait yang sebelumnya telah diisi oleh ulamak yang terpesong yang hidup bersama manusia dengan hokum-hukum yang bukan asas dari agama Allah dan syari’at-Nya dan tidak ada kaitan langsung. Saya bermohon dan berharap kepada Allah agar menempatkan tuan di bumiNya untuk menegakkan agama dan pemerintanNya, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

‘Alaa Salem
13 / Syawal / 1432 H



 Sebelum ✡✡✡✡✡ Seterusnya


Tiada ulasan: