Kemusykilan dan Tuduhan Oleh Golongan Atheis
)إشكالات
يسوقها الملحدون(
Al-Rahim Al-Mutlaq (Pemurah Mutlak) Mengapa menyeksa dengan api
(neraka)?:
Sebelum itu perlulah diberi perhatian kepada Pemilik Hakiki, mana
mungkin Dia dikatakan zalim apabila Dia melupuskan milikNya dan apa jua yang dimilikiNya.
Dengan itu siksaan atau api neraka tidak bertentangan dengan konsep keadilan.
Ya, ia boleh mengelirukan - kerana salah faham terhadap makna siksaan atau api
neraka – yang kononnya tidak sesuai dengan konsep rahmat (belas kasihan), atau musykil
dengan bentuk arahan yang tidak diterima akal atau ungkapan untuk permainan; di
mana Jika tiada rahmat dan kebijaksanaan dalam penilaian Allah dengan menciptakan
mereka untuk kemudiannya menghukum mereka. Maka adalah lebih utama bagiNya
tidak mencipta mereka dari awal. : :
Menjawab Kekeliruan:
Siksaan atau api neraka jahanam hanya mendedahkan hakikat keduniaan (realiti
di dunia) bagi orang-orang yang telah memilih kehidupan di dunia ini dan
berpegang teguh kepadanya, kerana ia tidak lebih dari memberikan seseorang apa
yang dia inginkan untuk dirinya untuk terus kekal di dalam kehidupan di dunia ini.
tetapi patut didedahkan hakikat tentang pilihannya itu. Oleh itu ia adalah keadilan,
belas kasihan (rahmat) dan kebaikan (ihsan) atas pilihan kehidupannya di dunia dan
Allah memberikan kepadanya apa yang dia inginkan. Di manakah kezaliman atau
kekejaman dalam perkara ini?!
Dia SWT berfirman:
﴿لَا تَرْكُضُوا
وَارْجِعُوا إِلَىٰ مَا أُتْرِفْتُمْ فِيهِ وَمَسَاكِنِكُمْ لَعَلَّكُمْ
تُسْأَلُونَ﴾
Janganlah kamu lari
tergesa-gesa; kembalilah kamu kepada nikmat yang telah kamu rasakan dan kepada
tempat-tempat kediamanmu, supaya kamu disoal. [Al-Anbia’ 21.13]
﴿يَسْتَعْجِلُونَكَ
بِالْعَذَابِ وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحِيطَةٌ بِالْكَافِرِينَ﴾
Mereka meminta kepadamu
supaya segera diturunkan azab. Dan sesungguhnya Jahannam benar-benar meliputi
orang-orang yang kafir, [Al-Angkabut 29:54]
﴿قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم
بِشَرٍّ مِّن ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ اللَّـهِ ۚ مَن لَّعَنَهُ
اللَّـهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ
وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ ۚ أُولَـٰئِكَ شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضَلُّ عَن
سَوَاءِ السَّبِيلِ﴾
Katakanlah: "Apakah
akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya
dari (orang-orang fasik) itu disisi Allah, iaitu orang-orang yang dikutuki dan
dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang
yang) menyembah thaghut?". Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih
tersesat dari jalan yang lurus. [Al-Maidah 5:60]
Ini adalah hakikatnya, Allah memberikan setiap manusia kunci utama yang
boleh membuka semua pintu dan yang mengukuhkan kemanusiaannya, ia boleh membuka
satu demi satu pintu untuk bergerak dari cahaya kepada cahaya yang lebih agung
sehingga sampai kepada menghadapi cahaya yang tidak ada kegelapan di dalamnya, Ia
juga boleh dengan segala kesederhanaan untuk membuang kunci ke bumi dan kembali
kepada sifat kebinatangan yang liar dan yang sama dengan kera seperti yang
disebutkan dalam Al-Quran.
﴿وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ﴾
dijadikan di antara mereka kera!
Tidak ada kezaliman di halaman Allah, maka api neraka adalah dunia
untuk orang yang memilih dan mencarinya lalu kekal di dalamnya. Yang akan didedahkan
hanyalah yang meliputi mereka untuk membakar amalan-amalan mereka, kezaliman dan
kejahatan mereka, dan mereka cenderung bersekongkol dengan hasad dengki, dengan
pemikiran raksaksa kebinatangan mereka, dengan dosa-dosa jenayah mereka dan dengan
hakikat-hakikat kebinatangan liar mereka yang akan kelihatan dengan sangat jelas.
Maka disiksa antara satu sama lain berdasarkan hakikat-hakikat kejahatan
tersebut apabila tersingkap penutupnya. Tiada kezaliman di halaman Allah, sesiapa
mencari untuk kekal di dunia akan ditunaikan hasratnya dan tetap tinggal mengikut
kemahuannya, hanya akan didedahkan penutupnya untuk memperlihatkan hakikat-hakikat
sebagaimana adanya:
﴿َرْكُضُوا وَارْجِعُوا إِلَىٰ مَا
أُتْرِفْتُمْ فِيهِ وَمَسَاكِنِكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْأَلُونَ﴾
Janganlah kamu lari
tergesa-gesa; kembalilah kamu kepada nikmat yang telah kamu rasakan dan kepada
tempat-tempat kediamanmu, supaya kamu disoal. [Al-Anbia’ 21.13]
Allah adil atas segala sesuatu, bahkan Pemurahnya dan Mulianya Dia
adalah pada suatu tahap di mana kita tidak dapat memahaminya, dan Dia bukan
sahaja adil, untuk itu, Dia tidak menyakiti sesiapa, tetapi kesangatan hukumanNya
adalah untuk memberi manusia pilihan yang biasanya ia dalam kebinasaan yang
kekal. Inilah makna firman Allah:
﴿وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ الَّذِينَ اعْتَدَوْا
مِنكُمْ فِي السَّبْتِ فَقُلْنَا لَهُمْ كُونُوا قِرَدَةً خَاسِئِينَ﴾
Dan sesungguhnya telah kamu
ketahui orang-orang yang melanggarnya di antara kamu pada hari Sabtu, lalu Kami
berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina". [Al-Baqarah 2:65],
dan firmanNya lagi:
﴿قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن
ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ اللَّـهِ ۚ مَن لَّعَنَهُ اللَّـهُ وَغَضِبَ
عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ
الطَّاغُوتَ ۚ أُولَـٰئِكَ شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضَلُّ عَن سَوَاءِ
السَّبِيلِ﴾
Katakanlah: "Apakah
akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya
dari (orang-orang fasik) itu disisi Allah, iaitu orang-orang yang dikutuki dan
dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang
yang) menyembah thaghut?". Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih
tersesat dari jalan yang lurus. [Al-Maidah 5:60]
dan firmanNya lagi:
﴿فَلَمَّا عَتَوْا عَن مَّا نُهُوا عَنْهُ
قُلْنَا لَهُمْ كُونُوا قِرَدَةً خَاسِئِينَ﴾
Maka tatkala mereka bersikap
sombong terhadap apa yang dilarang mereka mengerjakannya, Kami katakan
kepadanya: "Jadilah kamu kera yang hina. [Al-A’raf 7: 66].
Iaitu, mereka melemparkan kunci-kunci yang ada di tangan mereka dan
mereka hilangkan Roh Insani yang Allah telah sebarkan pada bapa mereka Adam (as)
dan menyeru mereka untuk berkumpul, dan tidak ada yang tinggal pada mereka melainkan
Roh Haiwani, lalu mereka kembali kepada asal-usul sifat haiwan mereka kepada
binatang ternak (lembu) yang tidak mengerti perbicaraan] [1]
Berikut inilah yang mungkin menimbulkan kekeliruan: bahawa manusia ini tidak mengetahui hakikat pilihannya, dan oleh itu dia tertakluk kepada amalan penipuan (godaan) yang tidak diketahuinya bahawa terdapat satu hakikat tersembunyi di sebalik gambaran yang dilihatnya di dalam kehidupan di dunia ini, dan tidak tahu bahawa hakikat-hakikat ini menjijikkan (hodoh) dan hidup dengan pandangannya yang meraba-raba yang diibaratkan sebagai azab besar yang tidak tertanggung olehnya, Itu adalah jika dia tahu akibatnya terlebih dahulu atas pilihannya ini.
Kekeliruan ini adalah berdasarkan kepada alasan bahawa seorang manusia yang tidak mempunyai apa-apa pengetahuan dengan keputusan pilihannya, tetapi ini tidak benar, ya, jikalau Allah tidak memberitahu kepadanya akan hakikat pilihannya yang mungkin mengelirukan pendekatannya, tetapi ia telah diberitahu dan diberikan amaran kepadanya.
---------------------------------------------
[1] Wahmu Ak-Ilhad:. halaman 142.
[1] Wahmu Ak-Ilhad:. halaman 142.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan