Rabu, 10 Ogos 2016

Soalan 678, 679 dan 681


Soalan 678: Memakai Salib
Soalan 679 : Wasiat Sepertiga
Soalan 681: Khalwat Perawat Dan Pesakit

Soalan 678 Salam sejahtera atas kamu. Saya berharap semuga semua dalam keadaan baik dan sihat.


Bolehkah kita memakai salib kemuliaan Imam Ahmad - ke atasnya sebaik-baik selawat dan salam - (kerana ia adalah tempat salib Ia Al-Masih ibn Maryam (as))?

Semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan atas penjelasan nanti.

Saudara dan khadam tuan Muannis - dari England


Jawapan:

 بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ

Memakai salib itu sendiri adalah dibenarkan.


Ahmad Al-Hassan  
1436  H


Soalan 679: Bapa saya telah meninggal dunia lebih dari 20 tahun yang lalu, dan telah meninggalkan wasiat, yang termasuk di dalamnya: Satu pertiga daripada harta pusakanya diagihkan oleh anak sulung kepada orang miskin dan beberapa amal kebaikan. Dan Allahyarham meninggalkan harta dan rumah. urusan mengenai harta-harta telah diselesaikan selepas kematiannya, tetapi masalahnya sekarang adalah pada rumah – yang kini - mereka mahu menjualnya.

Anak sulungnya bersih, bersamanya ada kanak-kanak yang memerlukan kewangan, kerana mereka berkongsi rumah atas keadaan kesusahan

Persoalannya bolehkah saya menguruskan dengan satu pertiga yang diperuntukkan dari wasiat kepada yang memerlukan dan memberi sebahagian daripadanya kepada beberapa amal kebaikan dan bakinya diberikan kepada anak-anak Al-Marhum?

Soalan dikemukakan oleh yang berkhidmat dengan tuan.

 Abu Sarah – Kuwait

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ

Ia dibenarkan

Ahmad Al-Hassan
1436 H



Soalan 681: 
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته ً 

Banyak sekali sejak kebelakangan ini fenomena rawatan rohani untuk menangani kesan (pengaruh) dari jin dan sebagainya, terutama di kalangan wanita. Terdapat beberapa terapi yang merawat wanita di dalam bilik yang dikunci atau tertutup dengan menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki bersama-sama dan tidak ada muhrim bersama wanita itu, dengan mendakwa bahawa rawatan tersebut bergantung pada hanya perawat dengan pesakit.

Persoalannya

1. Apakah hukum Syara’ bagi masalah khalwat (bersendirian) dengan wanita, dan bukankah terdapat perbezaan antara orang yang dipercaya (tsiqah) dengan yang lainnya?

2. Adakah benar-benar terdapat rawatan rohani yang bergantung pada khalwat (bersendirian) antara perawat dengan pesakit?

3. Bolehkah seorang lelaki (perawat) menyentuh badan wanita asing (bukan muhrim) tanpa pelapik atau halangan dengan alasan untuk rawatan?

4. Akhir sekali: Adakah nasihat yang boleh tuan anjurkan kepada orang-orang mukmin untuk menghalang laluan syaitan yang dilaknat?


Abu Zahra – Maysan


Jawapannya:

Jawapan 1 / Khalwat (bersendirian) ini tidak dibenarkan dan diharamkan dan tidak ada perbezaan di antara orang yang dipercaya (tsiqah) dan yang lain-lain.

Jawapan 2 / Tidak perlu khalwat (bersendirian) dengan pesakit.

Jawapan 3 / Tidak dibenarkan dan perbuatan ini diharamkan.

Saya nasihatkan orang-orang mukmin hendaklah mengelakkan diri dari khalwat (bersendirian) yang diharamkan; kerana ia adalah salah satu pintu dari pintu-pintu syaitan. Maka janganlah berurusan dengannya, semoga kamu dirahmati Allah.


Ahmad Al-Hassan 
1436 H

Tiada ulasan: