Soalan
22: Seseorang yang bekerja di Kementerian Kesihatan mempunyai gaji bulanan, dan
dikerahui bahawa setiap kakitangan diwajibkan hadir setiap hari dari awal waktu
bekerja rasmi akhir seperti yang dinyatakan oleh kerajaan dan kementeriannya. Mereka
berada dalam bidang pengkhususan yang sama seramai lima orang, mereka membahagikan
bilangan hari dalam seminggu sehingga setiap hari untuk setiap seorang daripada
mereka, adakah terdapat sebarang kekeliruan dari segi kehadiran yang berterusan,
adakah ia
terkurang?
Dari segi gaji bulanan, adakah sebarang masalah, kerana wang dari yang hak
umumnya akan kembali kepada Maulai Al-Imam Al-Hujah (as)?
Jawapan:
Jika kamu melakukan pekerjaan untuk orang Islam dengan betul dan tidak ada kekurangan
dalam apa jua bentuk adalah dibenarkan, tetapi jika ia adalah Negara Haq dan Keadilan
Ilahi maka wajiblah dipatuhi segala apa yang diputuskan semuanya atau
perinciannya.
Soalan
23: Saya sebelum ini bekerja sebagai tentera untuk menyara hidup, dan saya
mengambil jumlah hanya lima puluh ribu dinar, berbanding dengan apa yang
terhutang oleh tentera dari pakaian dan peralatan, Saya telah mengambil jumlah
ini dan memberikan sebahagian daripadanya kepada pegawai yang cekap, dan bahagian
yang lain saya mengambilnya. Adalah diketahui bahawa jika saya tidak melakukan
proses ini pegawai itu akan menghalang urusan tentera maka ia akan melambatkan penamatan
perkhidmatan mereka. Sejumlah enam puluh ribu (60,000) dinar diambil daripada
pegawai pentadbiran bekas tentera yang saya jadi pembantunya dalam proses
mengawal Akaun pendapatan gaji itu dan saya tidak tahu dari mana sumbernya,
sama ada ia wang terkumpul atau dari pihak tentera?
Jawapan:
Negara taghut tidak (sah) memiliki sesuatu, dan harta (wang) di dalam Negara umat
Islam adalah kepunyaan Imam (as) dan umat Islam. Jika kamu telah mengambil wang
dari negara taghut dan kamu memerlukannya kerana kemiskinan kamu, ia milik kamu
kerana kamu adalah orang Islam, tetapi jika kamu telah mengambil wang dari
orang-orang tertentu maka kamu perlu membayar balik kepada mereka, jika kamu kenal
mereka, jika tidak maka bersedekahlah kepada fakir miskin dengan kadar tersebut.
Soalan
24: Selepas saya menerima pengurusan salah sebuah sekolah saya menyaksikan penyelewengan
syar’at dan akhlak oleh Lembaga
Pengarah,
dan kemudian saya memberi nasihat dan cadangan sehingga sampai kepada keadaan bertikam
lidah tetapi ia menjadi lebih teruk lagi di antara saya dengan mereka dan saya
maksudkan perkara buruk yang dibenci. Saya berharap tuan dapat membantu dengan
nasihat apakah hukum syar’ei terhadap orang-orang khilaf (penentang Imam) ini?
Sesetengah
guru memaksa pelajar untuk kelas-kelas khas, dan berjanji kepada pelajar akan
berjaya dalam semua pelajaran dan pembayaran yang sepadan bagi jumlah wang yang
besar sehingga 500,000 dinar. Bayaran tambahan yang tidak wajar (untuk kelas-kelas
khas itu) adalah mengambil kesempatan dari para ibu pelajar terhadap kejayaan
anak-anak mereka.
Jawapan:
Bertaqwalah dan bertanggungjawab kepada Allah dengan menyeru kepada kebaikan
dan mencegah kemungkaran apa sahaja yang didatangkan Allah pada kamu, dan Allah
akan menolong kamu jika kamu ikhlas kepadanya. Setahu saya, nama kementerian kamu
adalah pendidikan dan pelajaran, dan dari perkataan ini dinyatakan (Pendidikan
- tarbiyah), maka dibawakan contoh, pada hari Khamis diadakan syarahan akhlaq
agama kepada pelajar agama dan guru-guru, dan akan membuatkan sebahagian mereka
yang bermasalah ini terlibat di dalamnya, mudah-mudahan mereka beroleh hidayah.
Akan mendorong mereka, dan yang lain-lain serta diri kamu sendiri agar melakukan
dan menyeru sebahagian tetamu dari orang-orang beriman yang beragama untuk
bertemu dalam syarahan akhlaq agama pada hari Khamis.
Berusahalah
dan lakukanlah, dan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang mukmin akan melihat amalan
kamu, Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang
baik. Cubalah untuk membuatkan semua orang menyukai kamu dan menerima perkataan
kamu. Saya bermohon kepada Allah agar membantu dan mempersiapkan kamu bagi
segala kebaikan, dan saya berharap agar kamu, wahai guru yang mulia mengingat
saya dalam doa mu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan