Soalan 676: بسم الله الرحمن الرحيم
Saidi Al-Washi Al-Yamani yang mulia
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Terdapat masalah bagaimana untuk disepakati (disesuaikan) dan dipertemukan di antara urusan-urusan ketuhanan pada keredhaan dengan ketentuan (qadha) dan ia adalah dari tahap perhambaan yang lebih tinggi kepada-Nya Yang Maha Suci dan di antara urusan-urusan ketuhanan pada doa dan permohonan kepada-Nya Yang Maha Suci dan persoalannya walaupun dalam perkara yang paling mudah dan dipertimbangkan dengan doa dari asas-asas perhambaan kepada-Nya SWT?
Dalam erti kata lain tiada percanggahan pada urusan keredhaan dengan ketentuan (qadha) dan urusan doa? Dan bagaimana kedua-duanya boleh dibayangkan bersama-sama?
Penghantar: Syeikh Arif Al-Hilli - Iraq
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم ً
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيرا
Doa-doa kita adalah tertakluk pada ketentuan (qadha) yang didatangkan dan ianya adalah kebaikan kepada kita yang tidak menafikan keredhaan kita pada (qadha) ketentuan keadaannya: ia suatu hakikat bagi kita, Sebagai contoh, saya redha dengan penyakit yang menimpa saya sekarang kerana ia terletak di dalam ketentuan (qadha) Allah dan pada masa yang sama saya berdoa supaya ia disembuhkan kelak, Maka saya tahu bahawa sakit saya sekarang ini merupakan kenyataan dalam ketentuan (qadha) Allah dan saya redha dengannya, ia tidak bermakna saya tahu atau saya katakan bahawa Allah menetapkan saya akan kekal sakit ke suatu hari tertentu atau satu tahun lagi, atau ke penghujung umur untuk mengatakan saya redha dengan ketentuan (qadha) Allah yang tidak mengubahnya dan saya meninggalkan doa.
Walaupun kalau saya tahu dari Allah melalui kaedah pengetahuan (makrifah) ghaib – seperti peringatan dalam rukya (mimpi) - bahawa peristiwa ini akan berlaku esok, satu peristiwa yang bahaya dan mudharat yang boleh berdoa kepada Allah atau hendaklah bersedekah supaya Allah menghapuskan bahaya dan mudharat ini, sebab tidak ada ketentuan (qadha) Allah yang tidak boleh berubah, dan yang tertulis di dalam Umm Al-Kitab, tetapi ia adalah untuk memberitahu dalam apa jua cara (bentuk) yang sedia ada pada papan (Lauh) Penghapusan dan Penetapan untuk sesuatu yang mungkin tidak berlaku dan yang berlaku dengan cara (bentuk) yang lain..
Kita berdoa kerana kita tidak tahu keputusan akhir yang muktamad yang akan dicapai dan merupakan ketentuan (qadha) Allah bagi masa depan kita dan kita berdoa supaya tidak kekal dalam kemudaratan hasil daripada kesilapan kita
﴿وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ﴾
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar darinya. [Al-Syura 42:30]
Doa-doa kita tidak bertentangan dengan keredhaan kita pada ketentuan Allah yang berlaku pada kita sekarang dan ia adalah satu kenyataan bahawa kita hidup dan kita bersyukur kepada Allah.
Ahmad Al-Hassan
1433 H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan