Soalan
2: Apakah Hukum Memperingati Al-Hussein yang sering berlaku pada masa kini?
Antaranya:
a) Amalan
memukul kulit badan?
Jawapan:
Lelaki yang memukul dengan mencederakan (melukakan) bahagian atas badan mereka adalah
amalan yang tidak baik (tidak wajar), dan yang sahihnya hendaklah meninggalkan dari
mendedahkan badan (tidak berpakaian) semasa memukul terutamanya di
tempat-tempat ibadat.
b) Sambutan
majlis perkahwinan atau kelahiran Ahl Al-Bait (as) dan dipenuhi dengan tepukan
dan bersyair, yang menggunakan lagu-lagu bermuzik?
Jawapan:
Dibenarkan bertepuk tangan, dan bagi wanita boleh bersyair di hadapan wanita
dan tidak dibenarkan di hadapan lelaki yang bukan muhrim. Dan haram memperdengarkan
muzik.
c)
Al-Tathbir (التطبير - memukulkan pedang ke
kepala)?
Jawapan:
Al-Tathbir terhad pada sendiri, jika hanya luka sedikit untuk mengeluarkan
darah tidak menyebabkan kemudaratan kepada orang mukmin adalah dibenarkan,
tetapi jika sebab untuk merenggangkan (menakut-nakutkan) manusia biasa tentang
Islam atau memburuk-burukkan Islam ia tidak dibenarkan, dan inilah apa yang
berlaku hari ini.
Sesiapa
yang mahu melakukan Al-Tathbir boleh melakukannya di rumah dan jauh dari mata orang
ramai, dan ini juga lebih baik untuknya untuk ikhlas kepada Allah, dan amalan sebenarnya
yang dicari adalah amalan terus kepada Allah. Orang-orang yang melakukan dalam
bentuk perkumpulan beramai-ramai dihadapan manusia biasa, terutamanya yang
berbeda pendapat dan orang-orang bukan Islam mereka mencari sebab merenggangkan
manusia dari Islam, dan dengan itu menjejaskan amalan mereka.
d)
obor, memasak dan berjalan dan lain-lain?
Jawapan:
memasak dan memberi makan orang ramai adalah mustahab (digalakkan), berjalan
untuk menunaikan haji dan untuk menziarah Al-Rasul Muhammad (S) dan Imam Al-Hussein
(as) dan para Imam (as) adalah mustahab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan