Selasa, 23 Ogos 2016

Soalan 13 - 15: Pemberian


Pemberian

Soalan 13: setiap tahun seorang dari saudara ansar atau beberapa orang saudara-saudara ansar yang menyumbang untuk mengadakan kenduri di Al-Husseiniyah (Masjid ansar) khususnya, Adakah dibenarkan untuk memberi jumlah yang disebutkan daripada yang dperolehinya kepada ansar yang memerlukan?

Jawapan: Jika ia hanya sumbangan, dia boleh melakukan apa yang difikirkannya patut, dan jika ia adalah amalan jamuan seperti sebelumnya; adalah lebih baik untuk mengumpulkan saudara-saudaranya juga dengan jamuan berbuka puasa pada satu hari dalam bulan Ramadan.

Soalan 14: Jika seorang dari saudara mukmin mendermakan suatu jumlah kepada seorang Ansar dan ada lebihan jumlah yang didermakan untuk jumlah yang diperlukan. Adakah ..

1. Jumlah yang diberikan kepadanya dengan lebihan?

2. Diberikan jumlah lebihan kepada orang lain yang memerlukan?

3. Adakah wajib mengambil izin darinya untuk diberikan jumlah lebihan kepada yang lain atau diuruskan untuk kebajikan ansar?

4. Adakah perlu mengambil kebenaran daripada penderma untuk diuruskan jumlah lebihan itu?

5. Adakah patut diberi wang kepada pengurus Baitu l-Mal untuk menguruskannya?

Jawapan: Sebagai penderma yang telah menderma kepada orang ini, cara yang betul adalah mendapat kebenaran darinya atas lebihan tersebut untuk diurus pada yang berhajat dan memerlukan bagi orang-orang mukmin yang lain.

Soalan 15: Pada saya ada tabung sumbangan untuk menerima pemberian (sedekah). Saya mengumpulnya dari sebuah masjid, masjid itu adalah masjid orang-orang yang khilaf (mukhalifin) pada lebenaran. Sekarang selepas saya beriman dengan dakwah Imam Mahdi, apa yang perlu dilakukan dengannya?

Jawapan: wang yang dibelanjakan pada salah satu dari jalan-jalan Allah SWT adalah seperti menolong anak yatim, janda, fakir miskin, atau menyebarkan kalimah Haq.


Sebelum ✡✡✡✡✡ Seterusnya



Tiada ulasan: