Soalan 686: Izin Ibu Bapa
Soalan 687: Darah Lebihan Daging Sembelihan
Soalan 688: Ikan, Hukum Dan Kesuciannya
Soalan 689: Cukup Dengan Azan TV
Soalan 686:
السلام عليكم ورحمة الله
وبركاتهIbu saya bukan seorang Ansariyah, dan tidak membenarkan saya untuk menghadiri majlis-majlis ansar. Bolehkah saya untuk menghadiri majlis ansar untuk memperingati kematian semasa dia berpergian dan tidak mengetahuinya? Bapa saya juga bukanlah seorang Ansari, tetapi dia membenarkan saya untuk menghadirinya, bahkan saya digalakkan untuk berbuat demikian.
Kami memohon pengampunan Allah atas kelemahan kami.
Zahra’ - Oman
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ
Tidak wajib mentaatinya dalam perkara ini, selagi ibu bapa (semoga dipelihara Allah) kedua-duanya tidak menyokong apa yang kamu lakukan dalam mentaati Allah, maka bertawakkallah kepada Allah dan semoga Allah memberi kejayaan dan menghapuskan keburukan kamu
Ahmad Al-Hassan
1436 H
✡✡✡✡✡
Soalan 687: Darah Lebihan Daging Sembelihan
بسم الله الرحمن الرحيم ً
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semasa merebus ayam dan ketika akan mendidih warna rebusan menjadi merah yang bermakna darah dan bahan itu semasa dibersihkan darahnya masih keluar... Adakah ini satu perkara yang biasa? Apakah hukum darah ini? Bolehkah dimakan daging ini?
Kami membeli ayam yang masih hidup dan disembelih di hadapan kami
... Semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran kepada tuan
Zainab – Al-Amsyarat
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ
Tidak ada masalah padanya dan boleh memakannya, dan darah lebihan dalam daging selepas sembelihan suci
Ahmad Al-Hassan
1436 H
✡✡✡✡✡
Soalan 688: Ikan, Hukum Dan Kesuciannya
بسم الله الرحمن الرحيم
ً اللهم صل على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ
Salam atas tuan Ya hujah Allah atas penciptaannya dan washi hujahNya dan rahmat Allah serta keberkatanNya... dan selepas semua ini
Bahawa tuan telah berkata di dalam jawapan sebelumnya (dalam Kitab AL-Ajwabah Al-Fiqhiyah / Mutafarriqah (Soal Jawab Fiqh / Pelbagai) Jilid 1, halaman 19.) Mengenai ikan, hukum dan kesuciannya: [Jika kamu tahu bahawa di dalamnya tiada apa-apa dan berpuas hati dengan kesuciannya maka boleh digunakan atau dimakan, kerana ikan itu suci diambil hidup-hidup dari air atau dengan alat-alat menangkap ikan, sama ada ditangkap oleh nelayan Muslim atau bukan Muslim, dan ikan ini diimport dari hasil pukat dan alat-alat menangkap ikan yang keluar dari air dan dibiarkan mati di darat (luar dari air) dan biasanya ia suci walaupun ditangkap oleh orang-orang bukan Islam].
Soalan saya: Adakah mungkin untuk membina keyakinan atas kata-kata penjual (Kristian atau kafir) bahawa ikan yang mereka jual di pasaran negara-negara Barat bersih dengan cara yang tuan sebut dalam jawapan tuan di atas? Bagaimana jika kita bertanya kepada penjual ini supaya menberitahu kita, kerana kita tidak tahu bagaimana cara mereka menangkap ikan, Adakah dibenarkan untuk membelinya dan kemudian makan ikan yang dibeli itu?
Tuan, dengan haq Zainab (as) dan musibah yang diterimanya dan penghijrahan dan dahaga Al Hussein (as) ia telah mengundang saya untuk menjadi tangan tuan, seketul batu di di tangan kanan tuan dan semoga ditamatkan saya dengan kebaikan dan akibat yang baik. Semoga Dia SWT menghimpunkan saya bersama-sama tuan, wahai Ahl Al-Bait yang maksum dan pembawa risalah – selawat dan salam Tuhanku atau tuan.
Muhammad - Amerika Utara
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ
Boleh dipercayai (diktiraf) atas apa yang dikatakan oleh penjual. Jika kamu yakin apa yang dikatakannya, tetapi jika penjual tidak mengetahuinya, maka kamu harus dapat mencari cara lain untuk mengetahui keadaan ikan yang kamu peroleh itu. Maka jika boleh mendapatkan jaminan (keyakinan) yang ianya suci, kamu boleh memakannya.
Ahmad Al-Hassan
1436 H
✡✡✡✡✡
Soalan 689: Cukup Dengan Azan TV
بسم الله الرحمن الرحيم
Adakah mencukupi azan yang dilaungkan di TV jika ia secocok (sama) dengan waktu setempat untuk sesebuah bandar atau ianya mendahului atau terkemudian untuk tempoh satu dua minit?
Abu Isra – Al-Nasiriyah
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ
Dibenarkan (mencukupi) dengan azan yang dilaungkan di TV jika ia secocok (sama) dengan waktu sholat setempat, tetapi adalah lebih baik bagi kamu melaungkan azan itu sendiri.
Ahmad Al-Hassan
1436 H
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan