Selasa, 23 Ogos 2016

Kerajaan Penindas (Zalim)

Kerajaan Penindas (Zalim)


Soalan 16: Apa hukumnya terlibat dalam pembinaan bangunan, hospital dan perkhidmatan untuk rakyat, bekerja dengan upah atau makan gaji? Adalah diketahui untuk membinanya ia diganggu oleh kuasa-kuasa Dajjal yang menduduki sesebuah negara umat Islam, di mana mereka adalah sebagai pembiaya:.


Jawapan: Jika pembinaan hospital atau sekolah yang memberi manfaat kepada umat Islam adalah dibenarkan, ...... Adapun wang itu adalah wang umat Islam. Amerika dan tali barut yang sering memperdayakan umat Islam yang telah menghabiskan kekayaan mereka dengan bantuan para pemerintah zalim yang memerintah negara umat Islam dan kemudian memberikan sedekah kepada umat Islam dengan wang (atau serbuk halus).

Soalan 17: Saya seorang yang beriman dengan dakwah kebenaran tuan, dan saya bekerja di sebuah pusat Pemeriksaan Peralatan Keselamatan, Dalam beberapa kes, pesalah yang bertanggungjawab akan dibawa untuk dihukum kerana mengambil wang orang lain, mengambil rasuah atau salah guna kuasa. Adakah dibenarkan mereka itu dibawa kerana diketahui mereka melakukan kerusakan dari segi syari’ah, dan mengambil dari gaji bulanan syarikat atau mengambil jumlah wang syarikat sebagai pertukaran untuk memberi kepada mereka kerana meninggalkan kerja atau menolong melepaskan keperluan orang tertentu berbanding mengambil sebahagian daripada gaji mereka?

Jawapan: Tidak boleh menbantu pada penzalim dalam apa jua cara (bentuk), dan wajib dijatunkan Kerajaan Thaghut dengan segala usaha mungkin yang boleh melemahkan sebahagian daripada kerajaan syaitan, dan tidak boleh merayu kepada hakim-hakim yang menghukum selain daripada apa yang telah diturunkan Allah dan tidak memberi hak hujjah Allah kepada mereka untuk menghukum di antara manusia,

Jika anda bekerja dengan kemungkinan untuk membenteras kezaliman sebahagian manusia kepada sebahagian yang lain, anda juga perlu mengambil kira perkara di atas, dan tidak menjadi penyokong kepada thaghut penzalim yang kejam untuk menguatkan kerajaan dan pemerintahannya dan berkerja sambil membantu kewangan orang yang teraniaya dan membantu orang mukmin.

Saya bermohon kepada Allah atas segala yang baik, keredhaanNya dan syurga untuk anda, dan menjauhkan anda dari segala kejahatan yang menjadi murkaNya dan dari api neraka dan, insyaAllah, agar anda dihisab dengan hisab yang mudah, dengan kelebihan iman anda dan penglibatan anda dengan Rab Rahim dengan rahmatNya dan Dia Maha Penyayang dari segala yang menyayang.

Soalan 18: Seseorang yang bekerja di salah sebuah perkhidmatan keselamatan, apakah tugasnya jika dia melihat tentera yang masuk menyerang lalu di hadapannya di tempat baru dia bekerja?

Jawapan: bagi kependudukan (serangan) tidak dapat dihalang secara individu, tetapi mesti ada bilangan (tentera) dan organisasi, dan saya bermohon kepada Allah untuk memudahkan iman makhluk-Nya supaya mengwujudkan beberapa orang yang beriman yang mampu memikul beban dakwah Ilahiyah dalam semua arah.


Sebelum ✡✡✡✡✡ Seterusnya



Tiada ulasan: