Syiar Memperingati Al-Hussein
Soalan
1: Apakah hukum berkabung, berpakaian hitam, dan amalan sambutan (khenduri) pada
bulan Muharram pada bentuk yang kita lakukan sekarang, terutamanya pada hari
kesepuluh? Sehinggakan manusia menerima pakai atas kenyataan dari perintah-Nya
pada pendekatan yang sahih.
Jawapan:
Semua yang ditunjukkan manusia atas penderitaan Al-Hussein (as) adalah mustahab dan padanya ganjaran yang besar, dan ganjaran yang paling besar lagi adalah
mengetahui mengapa Al-Hussein (as) keluar dan menerangkannya kepada manusia. Al-Hussein
(as) keluar untuk memperbaiki (mengislah) umat dan mengeluarkan mereka dari kesesatan
(Al-Tiih), yang mereka masuk selepas melanggar kehendak Allah dan agar berikrar
untuk melaksanakan kehendakNya. Umat yang telah menolak pelantikan Allah dan berikrar
beralih darinya adalah, umat yang menerima dengan hati terbuka pelantikan Abu
Bakr oleh Omar dan menolak bulat-bulat pelantikan Nabi Muhammad (S) atas
perintah Allah SWT ke atas Ali (as). Umat yang kemudiannya ditadbir oleh Yazid Ibn
Maisun (la) yang kononnya Khalifah Allah di bumiNya mentadbir Al-Hussein Ibn Fatimah
(as) sebagai orang luaran (pelarian). Umat yang membenarkan (mewajarkan) Syura
Saqifah yang menghasilkan tulang rusuk Fatimah Al-Zahraa’ patah dan menawan (memenjara)
Zainab Al-Hauraa’ dari anak-cucu perempuan Rasulullah (S).
Menghidupkan
peringatan Syahidnya Al-Hussein (as) pada sepuluh Muharram setiap tahun adalah menghidupkan
semula Agama Ilahi sejak turunnya Adam (as); kerana Al-Hussein mengorbankan
darahnya sendiri untuk mengatakan: Allah adalah pemilik Kerajaan yang melantik KhalifahNya
dibumiNya: Allah berfirman kepada malaikat:
﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي
الْأَرْضِ خَلِيفَةً ...﴾
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para
Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka
bumi".
Dan
setelah para Malaikat membantah dan:
﴿قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ
الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ﴾
Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak
menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan
menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan
mensucikan Engkau?"
Allah
SWT membidas mereka:
﴿قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ﴾
Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui
apa yang tidak kamu ketahui." [Al-Baqarah 2:30]
Adakah
Ahli Mesyuarat Saqifah mengetahui
bahawa Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia daripada apa yang mereka sifatkan, hingga mereka dapat melantik sesiapa yang mereka kehendaki??!!
Pengorbanan
Al-Hussain (as) demi panji-panji Rasulullah (S) (Bai3atu Lillah - ikrar taat
setia kepada Allah). Pengorbanan Al-Hussain (as) untuk membatalkan haikal batil
(peribadatan palsu) atau Ketuanan Manusia dan membina haikal yang haq (Kekuasaan
Allah) atau Hakimiyah Allah. Maka orang yang mahu menghidupkan peringatan
Asyura ia benar-benar mahu mengembalikan matlamat Hakimiyah Allah (Pemerintahan
Allah SWT).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan