Ahad, 31 Julai 2016

Kedua: Dengan Akal


Ulangan [Ushul-ushul Yang Tiga:(الأصول الثالثة)

Ushul  Pertama: Al-Mustakhlif - Yang Melantik khalifah atau Yang memberi mandat.
Ia adalah Allah SWT atau Al-Haqiqah.

Terdapat dua cara untuk mengesahkan wujudnya kesaksian Al-Haqiqah (Allah SWT) yang ghaib.yang mengwujudkan alam ini.
Pertama: dengan wahyu]


Kedua: Dengan Akal
(الثاني: الطريق العقلي)



Ia adalah kaedah melalui penyelidikan untuk membuktikan kewujudan Allah atau Al-Haqiqah dan membuktikan dengan sifat-sifat (gambaran-gambaran), tetapi ia tidak mencapai makrifah Al-Haqiqah (yang sebenar) yang merupakan sebab penciptaan.

Al-Quran mendedahkan sebahagian dalil-dalil akal, seperti dalil-dalil ketertiban dan kebijaksanaan yang dilihat oleh seseorang pada alam penciptaan, dan dalil-dalil bahawa ketiadaan tidak menghasilkan (sesuatu). Dan kita akan memperlihatkan dalil-dalil akal yang mungkin akan menjadi hujah kepada sesiapa yang menggunakan akal fikiran [1]. dalam menyimpulkannya seperti yang mereka dakwa.

Di sini perlulah kita terus menetapkan sesuatu yang penting yang akan mengiringi kita dalam tajuk yang kita mahu melibatkan akal di dalamnya, Akal adalah sebuah neraca bukannya neraca-neraca. Akal membuat perbandingan antara maklumat yang diberikan kepadanya dan menjelaskannya. Ianya sama ada berat atau ringan, bernilai atau tidak. Atas sebab ini dalam usaha untuk memastikan tugas akal mengikut gambaran yang sahih (betul), mestilah ada peraturan (kawal selia) pertimbangan-pertimbangan yang kukuh dan meyakinkan, untuk menjadi rujukan dalam pertimbangan. Jika tidak apa yang akan diletakkan di dalam salah satu daripada neraca timbangan yang adil, atau akal hanyalah sesuatu yang waham (khayalan) yang tidak berkesudahan bagi hakikat yang berkaitan. Hasilnya ialah membuat kesimpulan (keputusan) yang salah. Malangnya, kenyataan ini tersebar secara meluas sama pada kedua-dua tahap aqidah atau syari'ah..

Oleh kerana apa yang duperkatakan di sini adalah untuk membuktikan adanya hakikat kewujudan bagi alam atau Al-Mustakhlif - Yang melantik khalifah atau Yang memberi mandat (Allah), maka tidak boleh kita jadikan pertimbangan syari’at agama kita dengan pertimbangan akal fikiran, kerana tujuan kita di sini untuk membuktikan asas-asas yang melibatkan agama. Jadi, kita mesti menjadikan pertimbangan kita pada pembuktian dan dugaan-dugaan yang tidak perlukan pendapat, seperti: mustahilnya untuk menentukan sesuatu itu tidak wujud dan wujudnya bersama-sama (serentak), dan betapa mustahilnya untuk menyatakan urutan kewujudan-kewujudan ini banyak had-hadnya dalam urutan yang tak terbatas dari semua aspek kedudukan, dan betapa mustahilnya untuk menyatakan yang tiada (tidak wojud) itu menghasilkan (sesuatu), dan ketetapan-ketetapan lain yang seperti ini.

Sebahagian dalil-dalil akal yang digunakan oleh Allah SWT atas mereka yang tidak percaya kepada Tuhan (Atheis - Mulhid) dalam Al-Quran [2]:

a) Ketiadaan (yang tiada - tidak wojud)  tidak menghasilkan sesuatu, dan kesan-kesan kejadian menunjukkan adanya pelaku.

Firman AllahL

﴿أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ﴾

Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatupun ataukah mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri)? [Al-Thur 52:35]

Alam (atau alam-alam) tidak azali (sedia ada), tetapi baharu kerana ia berubah-ubah (mengalami perubahan), dan setiap yang baharu didahului dari tiada sebelumnya, maka ia termasuk dari yang baharu, kerana yang tiada secara mutlak (asalnya tidak wujud) tiada sesuatupun padanya, maka ia tidak menghasilkan sesuatu. Maka mustahil untuk mendatangkan (mengadakan) sesuatu dari sesuatu yang tiada secara mutlak. Maknanya untuk mendatangkan (mengadakan) sesuatu dari ketiadaan (yang tiada) secara mutlak. Semesta alam atau alam-alam atau kewujudan adalah sesuatu yang baharu, adalah tidak mungkin ia boleh datang dari yang tiada secara mutlak. Jadi kewujudan yang baharu (semesta alam atau seluruh alam penciptaan) membuktikan bahawa ia datang dari kewujudan azali Yang Dirinya Maha Kaya dari yang lain.
Jika kita katakan, baharunya itu sedia ada dari azali dan tidak didahului dari yang tiada sebelumnya kita telah membuktikan kewujudanNya SWT [3].

Tetapi jika kita katakan ia adalah yang baharu, ia juga mengalami pembaharuan. Ia tidak boleh menjadi yang pertama, kerana ia bermakna bahawa ia adalah kenyataan bersama sesuatu yang wujud dan yang tidak wujud (sekali gus), maka yang lainnya sebagai urutan dimana tidak boleh urutan ini menjadi tidak terbatas dari semua aspek kedudukan; kerana alam yang baharu mempunyai batasan dan permulaan. Dan apabila ia adalah suatu urutan (siri) tidak tercapai oleh akal dari aspek kejadiannya yang mempunyai permulaan, ia mesti terhenti kepada yang baharu dari azali sedia ada, dan dengan itu membuktikan kewujudanNya SWT.

Kita maksudkan pada Al-Azal (azali), bukan azali masa, tetapi ia bermakna tidak didahului sebelumnya dengan ketiadaan tanpa jarak masa selepas kewujudannya dari ketiadaannya.

Dan dengan tidak terhingga mutlak: ia adalah terhad dari mana-mana aspek kedudukan, tidak ada permulaan dan penamat, tanpa mengira jarak masa dan tempat kewujudannya dari ketiadaannya. Kita tidak maksudkan ia adalah yang (tiada penghujungnya) pada sebahagian persamaan, seperti:


 
Di sebelah kiri pada persamaan di atas adalah benar ia menjangkau hingga ke akhirnya (tiada penghujungnya), tetapi ia ada permulaan, dan begitulah juga dengan satah (dataran) alam adalah benar keluasannya ditetapkan kepada tiada berpenghujung, tetapi ia ada awal permulaannya.

Hakikat (kejadian) Alam Jasmani atau alam semesta Jasmani di mana kita hidup adalah baharu, telah terbukti walaupun menurut kajian Ilmu Fizik Moden. Kalaulah Alam Jasmani adalah azali (sedia ada) ia adalah stabil, seimbang, dan tidak seperti yang berlaku sekarang mengalami kegawatan dan perubahan yang berterusan. Dan sepatutnya mereka yang berfahaman Atheis sekarang mematuhi (menerima) bahawa alam ini baharu bukan azali (sedia ada); kerana, menurut dakwaan, pemerhatian dan pengakuan mereka, apa yang diakui dalam Ilmu Fizik dan hukumnya.

Saya katakan ini sebagai hujjah atas mereka yang berfahaman Atheis; kerana mereka melibatkan diri dengan Alam Jasmani sahaja, dengan mengatakan bahawa untuk membuktikan baharunya alam tidak dimaksudkan kepada Alam Jasmani sahaja.

b) Sifat kesan-kesan kejadian menunjukkan adanya sifat pemberi kesan.
Untuk menerangkan dalil ini akan dibawakan di sini sebahagian teks dari dari Buku Delusi Atheisme (Wahmu l-Ilhad), dan sesiapa yang mahu keterangan lebih terperinci bolehlah merujuk kepada Delusi Atheisme (Wahmu l-Ilhad).


[Fasal yang mengatakan "Makna (matlamat) Evolusi":


Kita mempunyai genetik, genetik mutasi dan hukum pewarisan untuk genetik lebih baik atau kita boleh katakan: bagi bentuk kehidupan (objek) yang lebih baik. Maka perbezaan di antara genetik dan bentuk kehidupan adalah seperti perbezaan antara plan untuk membina rumah dan rumah itu sendiri dan hukum pewarisan bagi pemakaian genetik memperbaiki genetik-genetik ini. Kini kita tahu secara muktamad bahawa alat terbaik yang meneruskan (mengekal) kehidupan di bumi (duniawi) adalah alat yang benar-benar pintar (otak). Walaupun perbelanjaan alat pintar atau otak nilai ekonominya sangat tinggi pada pemakaian organisma (kehidupan) kerana ia memerlukan sejumlah besar makanan, tetapi hasil evolusi memaksa untuk pergi ke arah ini iaitu untuk membangunkan alat pintar.

Maka dengan mengambil kira hakikat bahawa genetik itu ada sejak dari awal lagi maka genetik perlu membina alat pintar mutasi (contohnya otak), samada cepat atau lambat sehingga walaupun genetik mutasi itu datang secara rawak (liar) sepenuhnya.

Apabila hukum pewarisan genetik lebih baik atau untuk menjadi yang terbaik [4] ia adalah penentu dalam proses evolusi. Maka hasilnya adalah bahawa kita sekarang boleh mengatakan dengan pasti bahawa evolusi sejak dari mula adalah satu arah pergerakan yang bertujuan untuk menghasilkan genetik sebagai alat atau pemakaian pintar, maka evolusi jadi bermakna.

Saya percaya bahawa pandangan ini cukup lengkap untuk membatalkan teori Dr. Dawkins yang tidak percaya kepada Tuhan dalam skop kehidupan di bumi (dunia) yang tertegak atas evolusi yang tidak bermakna (semestinya) dalam jangka masa yang panjang.

Pada hakikatnya, bahawa jika kita mahu mengembangkan dalam kita menentukan lebih lanjut dan lebih banyak ketentuan yang lebih baik pada sebarang jenis kehidupan yang boleh dibayangkan, maka kita boleh yakin – dibina mengikut peraturan evolusi berdasarkan kesukaran (komplikasi) mutasi atau alat-alat pembiakan dan pemilihan yang lebih baik darinya - bahawa mana-mana hidupan sama seperti hidupan yang ada di bumi - berasaskan air, karbon, nitrogen dan bahan-bahan kimia lain - atau berada di planet lain atau alam lain yang berasaskan ammonia sebagai ganti air, atau berasaskan silikon sebagai ganti karbon - kerana ia mampu untuk membentuk rantaian yang panjang seperti karbon – maka tidak dapat dielakkan akan menghasilkan alat pintar, ini adalah matlamat evolusi yang tidak dapat dielakkan, menurut peraturan yang kita tahu sekarang, dan tidak boleh menyimpang dari mana-mana kesukaran (komplikasi) kehidupan atau alat-alat pembiakan dan evolusi yang boleh dicapai sama ada cepat atau lambat.

Adalah diketahui bahawa dijangkakan daripada semua hidupan lain di alam kita bergantung kepada air dan karbon; kerana air yang keadaannya cair adalah sesuai untuk menjadi tempat tinggal hidupan di mana ketumpatannya berkurang apabila ia membeku dan terapung (di permukaan) sebagai air batu (ais), ini membolehkan hidupan itu terus hidup di dalam air yang cair di bahagian bawahnya, dan empat unsur ini iaitu Hidrogen, Oksigen, Nitrogen dan Karbon adalah paling banyak dan berlimpahan di seluruh alam ini dan karbon tanpa unsur lain berupaya membentuk rantaian yang lemah yang boleh patah dengan mudah, dan ini juga sesuai untuk metabolit dan hidupan tidak seperti rantaian silikon.

Dengan itu, kita telah sampai kepada fasal yang membicarakan kesimpulan yang diperselisihkan mengenai kemungkinan membuktikan kewujudan Tuhan (Rabb atau Ilah) mengikut teori evolusi. Kita telah membuktikan keupayaan (sifat) matlamat kehidupan dan ia adalah tujuan dan matlamat evolusi, di mana keupayaan (sifat) kesan-kesan kejadian menunjukkan adanya pemberi kesan yang membuktikan keupayaan (sifat) pemberi kesan bahawa ia adalah tujuan, kesedaran dan pengetahuan. Dan hasilnya membuktikan kewujudan Tuhan (Rabb atau Ilah) sama ada Dia adalah pemberi kesan langsung atau adalah pemberi kesan langsung terhadap kesan dari kesan-kesan kejadian yang juga menunjukkan sifat-sifatNya. iaitu matlamat sifat yang kita buktikan, dan ini dengan sendirinya sudah cukup untuk mengubah teori atheis moden yang dibina atas dasar bahawa evolusi bukan bermatlamat pada kebendaan dalam jangka masa panjang .


Alat pintar:


Saya katakan: pembangunan (evolusi) ini bertujuan untuk mencapai alat pintar; kerana ia adalah alat pintar yang lebih baik untuk tinggal bebas dalam persaingan sengit untuk kekal antara genetik-genetik, dan dengan kewujudan tujuh bilion (ribu juta) manusia di bumi hari ini sudah cukup untuk membuktikan hakikat ini, tetapi tidak ada salahnya dalam membincangkan mengenai hakikat ini secara ringkas untuk menjelaskannya. maka walaupun kita menganggap bahawa genetik mutasi secara rawak dari awal lagi kita akan katakan bahawa ia tidak dapat tidak mesti menyediakan genetik yang layak untuk membina alat pintar, dan ia tidak bermaksud di sini dengan alat pintar otak semasa (kini) bagi manusia dan haiwan, tetapi apa yang kita maksudkan adalah sesuatu yang boleh digambarkan sebagai permulaan bagi otak, seperti sel saraf tunggal, dan pasti bahawa mereka yang memiliki alat pintar adalah mereka yang lebih baik dalam pertandingan ini dan akan menjadikan peluang untuk kekal yang lebih besar dan kemudian jika pertandingan telah bergerak di antara mereka yang mempunyai alat-alat pintar akan menjadi objek yang mempunyai alat pintar yang menyediakan kepintaran yang lebih besar adalah pemenang dalam perlumbaan untuk tinggal kepada yang lebih baik dan sebagainya. Maka dalam evolusi permulaan alat pintar tidak dapat dielakkan alat pintar itu diperbaiki mengikut masa juga tidak dapat dielakkan. Dan dengan itu kita boleh katakan bahawa matlamat alat pintar tidak dapat dielakkan mengalami evolusi kepada apa jua matlamat yang boleh diringkaskan dan kita katakan evolusi direka untuk mencapai kepintaran.

Saya ingin mengingatkan bahawa saya tidak mengatakan bahawa mana-mana pertandingan yang berlaku antara individu, keputusannya akan memihak kepada individu pintar dan juga antara spesies-spesies, tetapi saya katakan: jika binaan genetik alat pintar adalah yang terbaik dalam pertandingan itu tidak dapat dielakkan dialah pemenang dalam pertandingan itu. 

Individu paling pintar atau yang memiliki alat pintar yang terbaik mungkin menjejaskan individu kurang pintar atau mempunyai alat pintar yang lebih rendah atau tidak mempunyai alat pintar akibat dari kelebihan, pendekatan dan keadaannya.

Jenis yang mempunyai alat pintar yang terbaik boleh terjejas dalam persaingan jika kekal di hadapan jenis yang mempunyai alat pintar yang lebih rendah akibat dari kelebihan, pendekatan dan keadaannya.

Tetapi genetik binaan alat pintar pada bila-bila masa tidak didapati masuk kepada kumpulan genetik-genetik yang membina organisma hidupan, Maka ia tidak boleh terjejas dalam pertandingan itu di hadapan genetik lain, dan tidak boleh keluar daripada kumpulan genetik-genetik penanda untuk membina organisma hidupan, bahkan akan mara dan dengan kecepatan yang ketara yang meningkat mengikut masa; kerana perbezaan di antaranya dengan genetik lain dalam persaingan untuk kekal atau kemajuan memperoleh tempat dan peningkatan yang ketara.

Persaingan antara genetik-genetik tidak berhenti pada persaingan untuk kekal, tetapi terdapat persaingan antara genetik-genetik di barisan hadapan dalam kumpulan genetik-genetik yang membina jasad organisma hidup, maka ia berusaha menjadikan bilangannya banyak, walaupun persaingnya sedar atau tidak sedar, tetapi ia adalah pertandingan melalui hukum evolusi umum dan patuh di bawah peraturan nya.


Dalil-dalil akal dikemukakan oleh Al-Quran untuk membuktikan kewujudan Allah:


Apa yang dibentangkan dalam bab ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa tujuan evolusi yang dengan itu membuktikan bahawa di belakangnya adalah sesiapa yang mahu mencapai matlamat ini, dan hasilnya kita telah membuktikan kewujudan Tuhan dalam peraturan sifat kesan-kesan kejadian menunjukkan sifat (keupayaan) pemberi kesan. Maka kesan-kesan kejadian iaitu kehidupan duniawi (bumi) membuktikan ia mempunyai gambaran adanya matlamat, dan dengannya kita buktikan sifat yang mencari matlamat dan tahap terendah bagi pemberi kesannya, dan ini membuktikan kepada kita kewujudan Tuhan alam sedar. Tetapi dengan ini saya akan membincangkan bab yang selebihnya mengenai masalah matlamat evolusi ini dari sudut pandangan bahagian-bahagian bahkan akan memberi tumpuan ke atasnya; kerana ahli biologi memerhatikan masalah bahagian-bahagian evolusi dan sebahagian golongan atheis, mereka mendesak untuk mempertimbangkan sudut tertentu sahaja walaupun saya melihatnya pada sudut yang sama dengan keadaan mereka melihatnya dengan sebelah mata.

Adapun untuk menunjukkan dalil bagi (ketiadaan tidak menghasilkan sesuatu) maka mesti diperhatikan bahawa kesan-kesan kejadian yang perlu kita bincangkan untuk menunjukkan Allah sebagai pemberi kesan adalah asal Alam Semesta Jasmani dan seterusnya, dan ini tidak diperkatakan mengenainya dengan batas-batas teori Darwin, atau ilmu kajihayat (biologi), tetapi boleh dibincangkan secara ilmiah (saintifik) dalam ketentuan penyelidikan dan teori fizik yang khusus dalam alam semesta dan bagaimana ia tejadi, dan perkara ini akan dibincangkan secara terperinci dalam Bab VI.


Dalil pertama kewujudan Tuhan Mutlak: sifat kesan-kesan kejadian menunjukkan kepada sifat pemberi kesan.


Ia adalah dalil peraturan (pengkanunan): dengan wujudnya peraturan pada kesan-kesan kejadian menunjukkan akan adanya peraturan pemberi kesan, dan oleh itu ia menunjukkan memberi kesan ke atas alam, dan ia perlu untuk dibuktikan.

Dan dari dalil sistem: Kewujudan sistem (peraturan) pada kesan-kesan kejadian menunjukkan pemberi kesannya meletakkan peraturan, dan dengan itu menunjukkan ia memberi kesan ke atas alam, dan ia perlu dibuktikan.

Dan dari dalil matlamat: Kewujudan matlamat pada kesan-kesan kejadian menunjukkan pada memberi kesan ke atas matlamat, dan oleh itu menunjukkan ia memberi kesan ke atas alam, dan ia perlu dibuktikan.


Kesimpulan Dalil-dalil ialah:


Apabila kita dapati sesuatu yang berperaturan tahulah kita bahawa pemberi kesan ke atas alam mampu mengatur dan dengan itu membuktikan kewujudan pemberi kesan mampu mengatur alam, dan apabila kita dapati kata-kata atau perbuatan mempunyai ciri-ciri kebijaksanaan tahulah kita bahawa ia datang dari yang bijaksana dan dengan itu membuktikan kewujudan pemberi kesan yang bijaksana. Contohnya: Apabila kita dapati sebidang tanah yang dipenuhi dengan pokok-pokok buah-buahan ditanam secara teratur (bersistem) lagi rapi (bijak) dan tanamannya bersifat teratur dan bermatlamat, dengan itu kita menilai bahawa dia seorang yang berilmu dan mengerti apa yang dia lakukan. Kita katakan:yang menanamnya adalah seorang manusia, sebagai contoh. dan apabila kita dapati tanah yang dipenuhi semak samun (berhutan) di mana pokok-pokok tumbuh secara liar dan tidak teratur menunjukkan kepada kita tumbuh-tumbuhan liar itu tidak ditanam oleh manusia.

Secara umumnya, dalil ini boleh dijadikan sebahagian penggunaannya dalam had-had kehidupan di muka bumi dan contoh-contoh sepertinya ada banyak, terutamanya bagi wujud manusia dengan anggapan bahawa ia mempunyai sifat-sifat khas yang menunjukkan kepada kita bahawa ada pemberi kesan yang sebenar (asal) yang berupaya mengatur siatem dan matlamatnya, dan boleh menjadikan dalil ini mempunyai hubungan dengan teori evolusi.


Sifat kesan-kesan kejadian menunjukkan sifat pemberi kesan kepada alam semesta di mana kita hidup:


Tidak syak lagi (undang-undang) hukum fizik mengawal alam semesta, undang-undang bermakna bahawa ada penggubal undang-undang, dan bahawa undang-undang adalah mesti akan membawa kepada sistem, dan sistem yang maknanya adalah di sana ada yang mengatur,


Untuk menerangkan urusannya lebih kekal di dalam perumpamaan ini:


Ia bermakna kita dapati apabila ada satu simpang dan lampu-lampu isyarat yang mengawal lalu lintas kenderaan di persimpangan tersebut. Kita tahu bahawa ada kesedaran yang kuat tentang pengetahuan peraturan yang dikehendaki bagi sistem ini iaitu meletakkan isyarat lalu lintas ini dengan cara yang sama kita katakan: Hukum gravity (daya tarikan) menunjukkan kepatuhannya, serta kepatuhan kuasa elektromagnet dan nuklear, dan kekuatan pada tahap kewujudannya dan pada tahap ukurannya, Maka kesemuanya kena patuh dengan hukum laluan alam semesta seperti yang dinyatakan ketika (peredarannya) berselisih. Tetapi ia tidaklah terlalu banyak seperti laluan (benda-benda) yang terdapai di alam semesta ini. Maka adakah munasabah bahawa apabila kita melihat lampu isyarat lalu kita menilai kewujudan polis trafik atau Majlis Perbandaran yang meletakkan lampu isyarat di simpang-simpang untuk mengawal selia lalu lintas daripada melihat di belakangnya ada undung-undang kepolisian (keselamatan) mengatur kerja-kerjanya, dan kita tidak menilai bahawa terdapat kekuatan pengetahuan pemimpin yang meletakkan peraturan yang kita dapat dan membuktikan ilmunya dan kita dapati bahawa Dia mengatur dan mentadbir lalulintas (perjalanan) di seluruh alam?!

Akal mentadbir dan tidak diragukan lagi wujudnya pengatur yang meletakkan peraturan ini yang menjadi sistem bagi alam semesta. Adapun mereka yang berkeras menafikan pengatur alam Yang Bijaksana ini, penafiannya hanyalah kedegilan semata-mata dan bantahannya dapat diduga yang menunjukkan bahawa yang menafikannya tidak banyak berbeza dari mereka yang berkeras mengatakan bahawa bumi ini tidak berputar.

Adakah semua sistem ini tanpa pengatur?! Demi Allah, Sungguh pelik, bagi sesiapa yang mempercayainya, Dan bagi mereka yang berkata bahawa yang meletakkan lampu isyarat adalah polis trafik atau pekerja jalan, sepatutnya ia berlaku adil dengan dirinya sendiri yang tanpa tujuan dan secara membuta tuli dalam perkara ini yang juga mengatakan bahawa lampu isyarat itu jadi sendiri, datang sendiri ke persimpangan jalan, Maka adakah berat bagi akal kita melihat sistem dan peraturan dalam kedudukan ini, lalu kita mengatakan: bahawa tidak ada pengatur, dan melihat sistem dan peraturan dalam kedudukan lain dan mengatakan: Tidak wujud pengatur alam yang boleh menciptanya!!!?

Sekiranya kita ringkaskan (simpulkan) dalil sifat kesan-kesan kejadian atas sifat pemberi kesan dan dengan itu wujud pemberi kesan, berikut digambarkan pendapat mereka:

Di sisi kita –   ada kita dan orang-orang atheis - Apabila kita memasuki mahkamah akal manusia.

Kesan-kesan kejadian = Alam, sifat alam = Peraturan dan sistem, sifat pemberi kesan = Pengatur alam, pemberi kesan = tidak diketahui.

Kita mempelajari alam semesta dalam ilmu sains moden maka kita tahu sifatnya (gambarannya), dan sifatnya ini kita tahu sebagaimana yang dinyatakan dan membuktikan ia wujud, ternyata dari sifatnya sebagai pengatur (pembuat peraturan), dan dengan itu ia adalah yang sedar dan yang mengetahui.

Sekarang terbukti bahawa terdapat pemberi kesan pada kejadian yang disifatkan sebagai pengatur, yang sedar dan yang mengetahui.

Jadi, kita telah membuktikan kewujudan pengatur alam yang mengatur alam semesta (dan bagi kita: adalah perlu untuk membuktikannya).

Sifat (adanya) kesan-kesan kejadian kepada pemberi kesan dalam kehidupan di muka bumi:

Tidak diragukan lagi bahawa sekumpulan hukum-hukum fizik alam juga berjalan pada bumi dan di bumi ini sesuai diselaraskan sebagaimana dalil ini juga, Maka peraturan itulah yang menjadi sebab sistem ini dihasilkan, Dan sifat tabi'ei (semula jadi) yang dipilih hanyalah hasil daripada peraturan ini, oleh itu ia berdasarkan undang-undang yang muktamad dan termaktub. Dan tidak boleh dikatakan: ia hanyalah kebetulan dan tidak termaktub, dan hasil dalam pemilihan sifat tabi'ei untuk membentuk kesesuaian atau sesuai dikanunkan atau berdasarkan peraturan, dan selagi ada hukum fizik sekurang-kurangnya adalah jelas bagi kita dan dengan kadar yang sedikit di peringkat atom dan subatom dan ia adalah tahap pergantungan kepada kehidupan bentuk kehidupan di muka bumi, maka ia telah dikanunkan, dan ia yang dicari.

Ini adalah penerangan, untuk melengkapkan penerangan kita dan akan membentangkannya di tempat lain,

Dan akan dibawakan tiga perkara lain yang berkaitan dengan kehidupan di muka bumi, khususnya, ia adalah:

- Pemetaan genetik.
- Peraturan evolusi atau kenaikan dengan pilihan tabi’ei.
- Matlamat dari evolusi atau kenaikan dengan pilihan tabi’ei. [5]

Dan di sini ia menimbulkan bentuk kepentingan orang yang berfahaman Atheis: Kejadian gempa bumi di dalam tanah dan sebahagian batu-batan atau perlanggaran asteroid pada zaman dahulu ... dan lain-lain, menunjukkan bahawa kewujudan tidak ada sistem tertentu tetapi berlaku secara rawak (liar). 

Ini sebenarnya adalah tidak lebih daripada kekeliruan orang bodoh yang melakukan sesuatu atas kebodohannya, kewujudan sistem umum yang membuktikannya dan membuktikan hasil yang bermatlamat, ia tidak membatalkan kewujudan sesuatu yang berlaku yang tidak selaras dengan sistem umum, secara zahir, dan untuk menghampiri gambaran yang lebih banyak: Sekiranya terdapat taman yang teratur dan pokok-pokok.

Penyusunan dan matlamat yang tepat dan teratur dari aspek jenis dan jarak di antara mereka, dan kita melihat di tengah-tengah taman sebidang tanah pokoknya telah tumbang dan tanahnya terhakis. Adakah peristiwa ini menguji kejahilan kita kerana ia berikan kepada kita untuk menentukan taman ini menjadi semak samun atau tidak teratur. Walaupun setiap susunan yang kita lihat sekeliling tempat ini hancur? Hakikatnya bahawa kita berada di bahagian yang tidak munasabah yang kita pertimbangkan bahawa dusun ini menjadi semak samun kerana kita dan didapati entah bagaimana di bahagian tengahnya hancur, kerana kita tidak tahu kemungkinan sebab berlaku kemusnahan ini adalah hendak dibina rumah untuk didiami di kebun itu, atau untuk membuat tasik bagi penternakan ikan, atau ladang lembu atau padang rumput terbuka. .. dan lain-lain, atas sebab-sebab yang mungkin kita tidak ketahui. Perkara yang sama berlaku kepada peristiwa-peristiwa yang mereka katakan dan mengecam dalil sistem di muka bumi dan alam semesta ini, di mana sistemnya telah diterangkan dan dibuktikan dengan keterangan (dalil-dalil), ia tidak membatalkan sebahagian peristiwa yang mereka tidak ketahui sepenuhnya, dan mungkin jika kita tahu kita akan mengatakan bahawa dia sangat teratur dan sangat bijaksana. [6]

Maka akan lebih tidak diketahui lagi mengenai yang mengawalnya yang wujud tempohnya yang terbaik tidak lebih daripada seratus tahun - sebagai manusia - sesuatu yang terjadi tempoh kesan kewujudannya melampaui hingga ke ribuan atau beratus-ratus ribu atau berjuta-juta tahun, 

Bukankah ini betul-betul mengimbau kebijakan betapa kerasnya batu di bawah tanah ketika penggalian asas untuk mendirikan bangunan pencakar langit, mereka adalah pembinasa dan tidak membantu langsung untuk menguatkan sistem dan begitu juga dengan akalnya; kerana ia menggali lubang lubang contohnya, yang menyebabkan kemusnahan?! Kemudian dia berkata bahawa segala perbincangan yang melanggar kepentingan kebendaan dan jasmani sebahagian kewujudan pada satu masa apa yang dilakukan itu pada akal adalah membabi buta, Bukankan ia suatu kemungkinan untuk menjadikan matlamat untuk memperbaiki sesetengah diri, atau bertujuan untuk mencapai kebaikan semua? Bukankah undang-undang yang adil yang diluluskan oleh semua masyarakat untuk menghukum pembunuh atau pencuri? Adakah hukuman ini mengganggu dan menunjukkan kegagalan sistem dan kekurangan sebab; apakah kerana ia menyebabkan kerosakan kepada manusia? Atau adakah hukuman ini sangat adil, teratur dan diterima akal dengan kerosakan yang sama yang terkandung di dalamnya atau yang berat sebelah atau ia menyebabkan kepada kerosakan?!!! Pada hakikatnya, sistem ini sahih, dan dengan itu telah dianjurkan ia terbukti adil bagi mereka yang mencari kebenaran, dan kemusykilan-kemusykilan tidak akan menghapuskan dalil, tetapi hanya mengekalkan masalah untuk menunjukkan kegagalan pertemuannya untuk membuktikan kepercayaannya, dan ini berpindah pula kepada kemusykilan selepas mengakui ketidakupayaan untuk mempertahankan dalil [7].


-------------------------------------
** Atsar (kesan) = tanda sesuatu yang telah wujud
[1] Untuk menarik perhatian bahawa kita berada di sini untuk bersaing dengan penggunaan lafaz-lafaz perkataan yang kita panggil cetusan pemikiran manusia dengan akal, dengan menganggap bahawa gambarannya benar (sahih) untuk kita menamakannya, pada hal akal sebenar (Al-3aqal Al-Haqiqi) adalah apa yang ada di Langit Ketujuh Keseluruhan.
[2] Ayat-ayat Al-Quran yang dibawa di sini bukan kerana ia sebagai hujah yang berdiri sendiri tetapi kerana ia membangkitkan bukti akal dan bukan untuk berselisih dengan menolak sesuatu dalil kerana ia adalah dari Al-Quran dan orang itu pula tidak beriman kepada Allah dan Al-Quran. kita tidak membawanya sebagai dalil kerana ia bersumber dari Al-Quran tetapi ia adalah dalil akal. Jika dia tidak menerima bukti akal ini dia akan mengembalikannya dengan dalil akal yang kita tolak.
[3].Allah berfirman: 
﴿وَكَذَٰلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ ۞ فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَأَىٰ كَوْكَبًا ۖ قَالَ هَـٰذَا رَبِّي ۖ فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَا أُحِبُّ الْآفِلِينَ۞ فَلَمَّا رَأَى الْقَمَرَ بَازِغًا قَالَ هَـٰذَا رَبِّي ۖ فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَئِن لَّمْ يَهْدِنِي رَبِّي لَأَكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ ۞ فَلَمَّا رَأَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَـٰذَا رَبِّي هَـٰذَا أَكْبَرُ ۖ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ ۞ إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا ۖ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ﴾
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan di langit dan bumi dan agar dia termasuk orang yang yakin.* Ketika malam telah gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: "Inilah Tuhanku", tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: "Saya tidak suka kepada yang tenggelam." * Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: "Inilah Tuhanku". Tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata: "Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang yang sesat".* Kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, dia berkata: "Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar". Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: "Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan.* Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi, dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. [Al-An3am 6:75 - 79.]
[4] Gen-gen dan benda wujud (hidupan) adalah pembantu untuk membina pemetaan  dan pembina itu sendiri, Maka gen-gen mewakili pemetaan dan organisma hidupan mewakili hasil perlaksanaan pemetaan. 
[5] Wahm Al-Ilhad:. halaman 194.
[6]. Kewujudan jurang dalam vakum kuantum mencukupi untuk menyangkal idea bahawa manusia boleh dilindungi dengan sebab kecacatan sepenuhnya.
[7] Dalam perkara ini kita dapati semua yang tidak berdaya bersandar dan mungkin lebih meredhai dirinya dengan berpegang kepada aqidah yang batil.




Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya


Tiada ulasan: