Ushul-ushul Yang
Tiga:
(الأصول الثالثة)
Ushul Pertama: Al-Mustakhlif -
Yang Melantik khalifah atau Yang memberi mandat.
Ia adalah Allah SWT atau Al-Haqiqah.
Terdapat dua cara untuk mengesahkan wujudnya kesaksian
Al-Haqiqah (Allah SWT) yang ghaib.yang mengwujudkan alam ini.
Pertama: dengan wahyu
﴿قُلْ
إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ
إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ
عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا﴾
Katakanlah: Sesungguhnya aku
ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa
sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap
berjumpa dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan
janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya."
[Al-Kahf 18:110]
Semestinya seseorang manusia itu menyedari bahawa
tidak menasabah (tidak diterima akal) untuk dia bertegas menutup telinganya
dari mendengar sesuatu di sebalik dinding. Kemudian berkata – dengan kedegilan
dan keras kepalanya – apa yang mereka telah dengar: tidak ada apa-apa di
belakang dinding. Sepatutnya mula-mula ia membuka telinganya dan cuba untuk
mendengar, dan kemudian jika dia tidak mendengar sebagaimana apa yang telah
mereka dengarkan, barulah ia boleh menilai bahawa tiada apa yang wujud di
sebalik dinding.
Sebenarnya, bahawa kaedah wahyu adalah kaedah asas
yang mulia. Dan permulaannya adalah mengesahkan kewujudan Al-Haqiqah (atau
Allah SWT), Tetapi ia lebih daripada sekadar mengesahkan makrifah (mengenal)
dan ia adalah penyebab penciptaan [1] dan mula bersedia untuk
mendengar dari Al-Haqiqah. Dan kemudian dengan kesaksamaan dan keikhlasan
kepada hakikat kewujudan alam penciptaan ini, sehingga kamu mendengar roh
manusia dari Al-Haqiqah Yang Maha Bijaksana, dan membuktikan kewujudan dan
kebijaksanaan-Nya. Kemudian bermulalah perjalanannya kepada makrifah, yang akan
mendengar dari Allah dan Rasul-Nya dengan wahyu dalam rukya (mimpi) dan kasyaf,
bahkan sehingga sampai kepada perkara manusia boleh mendengarkan sesuatu
walaupun benda-benda tidak bernyawa (AlJamadaat) [2], ia adalah
jalan (kaedah) para nabi dan para wali, dan sepatutnya menjadi jalan
(kaedah) semua anak-anak Adam, kerana
mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka apa yang diseru kepada mereka.
Pada hal mereka sibuk dalam dunia ini dalam kelalaian. Mungkin tindakan mereka
itu berniat jahat yang berlawanan dengan wali-wali Allah sehinggakan mereka
tidak sedar hati mereka tertutup lalu tidak mendengar atau mengetahuinya,
﴿كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ
عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ﴾
Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.: [Al-Mutaffifin 83:14]
Dan dengan jalan ini seperti yang diterangkan,
melangkaui apa yang telah dibenarkan, tidak ada salahnya untuk meluaskan
sedikit masalah makrifah, yang merupakan tujuan penciptaan manusia ini.
Makrifah adalah,
﴿وَمَا
خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴾
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.: [Al-Zhariyat 51:56]
Manusia pada dasarnya dicipta untuk mengenal Allah,
kerana dia dicipta mengikut shurahNya (gambaranNya), iaitu, manusia adalah
tajalli (penzahiran) Allah dalam alam-alam penciptaan. Maka shurahNya (gambaranNya)
adalah seperti sejauh mana apa yang kita tahu mengenai Al-Haqiqah, tetapi oleh
kerana pada umumnya manusia menjauhi dari jalan Allah, mereka sibuk dengan
dunia ini dan lalai terhadap Tuhan mereka, maka orang-orang yang ingat hanya
tertentu dan sangat sedikit, seperti cahaya bintang-bintang kecil dalam
kegelapan langit, ia adalah kehendak Allah - dan rahmat-Nya - bahawa
Rasul-rasul yang terpilih khususnya inilah yang mengingat dan mendengar, dan
mereka diutus untuk mengingatkan orang-orang yang lalai dan sibuk dengan dunia
ini dan mengenalkan mereka jalan (kaedah) agar mereka berjalan menuju Allah,
untuk menyelamatkan sebahagian dari mereka yang lalai dengan mengingatkan dan
mengenalkan mereka dengan kurnia Allah dan mengurniakan keselamatan yang diterima
oleh orang-orang yang terdahulu. Jadi, pada asasnya manusia kesemuanya ingat
dan mereka tidak perlukan peringatan. Jika terdapat seorang utusan (rasul) maka
sepatutnya mereka mengenalnya walaupun ia tidak mengumumkan dirinya.
﴿وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۖ وَيُعَلِّمُكُمُ
اللَّـهُ ۗ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ﴾
Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan
Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [Al-Baqarah 2:282].
﴿قُلْ
إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ
وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا
صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا﴾
Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti
kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah
Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap berjumpa dengan Tuhannya, maka
hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan
seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya." [Al-Kahf 18:110]
Sekiranya mereka lalai, maka sepatutnya mereka mengambil
pelajaran dari (Al-Rasul) – yang diutus Allah kepada mereka supaya mereka
menjalani bersama mereka, jalan yang tidak dapat difahami atas kelalaian mereka
- mereka tidak perlukan kepada tahap yang tinggi untuk mengingatkan mereka.
Malah sepatutnya Khalifah Allah tidak perlu banyak
perisytiharan mengenai dirinya. Dan sepatutnya manusia dapat mengenal pasti
Khalifah Tuhan (Rabb dan Ilah) mereka, yang memungkinkan mereka tetap
menghubunginya, bersamanya dan bertanya kepadanya mengenai kerasulannya, ini
adalah prinsip asas yang jika mereka itu adalah orang-orang yang memelihara
fitrah kemanusiaan mereka ketika mereka lalai. Ini telah diterangkan di dalam
Al-Quran bahawa para nabi seperti Ibrahim tidak perlu banyak pengisytiharan
dakwah kepada mereka itu, iaitu seruan-seruan berikut:
﴿وَأَذِّن
فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن
كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ﴾
Dan serulah kepada manusia untuk berhaji (ziarah
Al-Hujjah), nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan
mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh,
[Al-Hajj 22:27].
Ayat ini adalah jelas; Serulah, wahai Ibrahim, nescaya
manusia akan datang kepadamu dengan cepat sebaik sahaja mereka tahu
perisytiharanmu tentang seruan (dakwah) Allah yang engkau bawa [3],
kerana mereka akan ingat dan berhubung dengan Tuhan mereka, dan mereka
mengetahuinya. Darinya diperintahkan RasulNya menurut kelayakannya, tetapi
sepatutnya mereka diingatkan sama seperti kamu, dan kamu mengenali mereka sebelum
mereka menyeru, tetapi malangnya mereka sibuk dengan dunia ini sehingga kamu
mengingatkan mereka perkara berkenaan.
Jadi, manusia akan datang kepadamu sebaik sahaja kamu
mengisytiharkannya, adapun selain orang-orang ini atau orang-orang yang gagal menurut
fitrah mereka sehingga ia tidak lagi layak untuk dipanggil manusia, maka mereka
ini sudah tentu tidak ada lagi yang memberi manfaat kepada mereka samada
seruan-seruan mahupun sesuatu yang lain. Dan di antara manusia dan di antara
orang-orang yang gagal menurut fitrah mereka, ada banyak dari mereka yang
mencemarkan fitrah mereka dan dirinya mengikut ukurannya. Mereka tidak perlukan
sesuatu yang lain samada perisytiharan mahupun seruan (dakwah). dan ia adalah
apa yang kita panggil dalil-dalil untuk mengenal Khalifah Allah atau peraturan
untuk mengenal Al-Hujjah.
Dengan rahmat Allah-SWT, Dia tidak hanya mengutus
rasul-rasul sebagai kurniaanNya Yang Maha Suci, tetapi memerintahkan
pesuruh-Nya itu untuk mengumumkan seruan (dakwah). mereka, walaupun apa yang
akan dipikulnya adalah risalah kekasihnya Maha Suci kepada musuh-musuhnya
disebabkan pengumuman ini. Bahkan juga atas keluasan rahmatNya SWT, bukan
sahaja dengan semua ini, namun disertakan bersama rasulNya itu ayat-ayat dan
keterangan-keterangan (dalil-dalil yang jelas dan nyata bagi setiap pencari
kebenaran). Maka tidak ada lagi alasan untuk berdalih dan tidak ada lagi hujjah
yang diperlukan yang semuanya adalah alasan, hujah dan bantahan yang lemah.
﴿رُّسُلًا
مُّبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللَّـهِ حُجَّةٌ
بَعْدَ الرُّسُلِ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ عَزِيزًا حَكِيمًا﴾
(Mereka Kami utus) selaku rasul-rasul pembawa berita
gembira dan pemberi peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia
membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. Dan adalah Allah Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana. [Al-Nisaa’ 4:165]
Dengan itu - seperti yang telah diterangkan - mereka
tidak mempunyai hujah yang benar, tetapi Dia Al-Karim Al-Rahim memberi iktibar
sebagai hujah kepada mereka atas keagungan kemuliaanNya. Maka diutus utusan
yang membawa ayat-ayat dan keterangan-keterangan untuk menghancurkannya hingga
ke akar umbi hujjah khayalan mereka ini. Walau bagaimanapun - dan malangnya -
mereka ini adalah para pemberontak yang tidak sopan yang Allah berikan mereka
peluang demi peluang tanpa kelayakan, namun mereka akan tetap meminta satu
peluang lagi,
﴿قَالُوا
رَبَّنَا أَمَتَّنَا اثْنَتَيْنِ وَأَحْيَيْتَنَا اثْنَتَيْنِ فَاعْتَرَفْنَا
بِذُنُوبِنَا فَهَلْ إِلَىٰ خُرُوجٍ مِّن سَبِيلٍ﴾
Mereka menjawab: "Ya Tuhan kami Engkau telah
mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua kali (pula), lalu kami
mengakui dosa-dosa kami. Maka adakah sesuatu jalan (bagi kami) untuk
keluar?" [Ghafir 40:11]
Untuk lebih jelas lagi gambaran perkara ini dibawakan
contoh berikut: Sekiranya kamu mempunyai kerja-kerja yang dibuat oleh orang
tertentu, dan dia tidak melaksanakannya kerana kecuaian dan kemalasan, dan apabila
ditanyakan kepadanya mengapa dia tidak melakukan kerja itu (sendiri)? Akan
diberikan kepada kamu alasan yang rapuh dan tidak yang sebenar. Mereka berkata
kepadamu, sebagai contoh: Saya perlukan itu dan ini untuk melaksanakan kerja
tersebut. Kamu menyekat (membantah) alasan dan hujah-hujahnya yang rapuh juga -
dengan pengetahuan kamu dan ia adalah alasan yang lemah lagi dusta - yang
mengesahkan tuntutannya, dan dengan demikian jika kamu menganggap alasan dan
hujahnya adalah benar, seperti kata bidalan bijak-pandai: Mengikut pendusta
hingga ke ambang pintu,
﴿وَلَوْ
أَنَّا أَهْلَكْنَاهُم بِعَذَابٍ مِّن قَبْلِهِ لَقَالُوا رَبَّنَا لَوْلَا
أَرْسَلْتَ إِلَيْنَا رَسُولًا فَنَتَّبِعَ آيَاتِكَ مِن قَبْلِ أَن نَّذِلَّ
وَنَخْزَىٰ﴾
Dan sekiranya Kami binasakan mereka dengan suatu azab
sebelumnya, tentulah mereka berkata: "Ya Tuhan kami, mengapa tidak Engkau
utus seorang rasul kepada kami, lalu kami mengikuti ayat-ayat Engkau sebelum
kami menjadi hina dan rendah?" [Taha 20:134]
Maka masalah dalam perkara ini tidak boleh digambarkan
antara manusia sebagai hujah yang sebenar terhadap Allah, sama sahaja diutus
seorang utusan atau tidak, dan sama sahaja pada rasul-rasul itu ada ayat-ayat,
keterangan-keterangan dan dalil-dalil, atau di tangan mereka kosong, tiada
apa-apa kecuali yang diingatkan Allah.
Jadi, apa yang dituntut pada setiap manusia supaya
ingat dan ikhlas apa yang diwahyukan kepada nabi dan mengenal kebenaran
dan apa yang dikehendaki dari kekuasaanNya Yang Maha Suci. Maka Allah telah
mencipta semua ini dan menjadikan untuk ini dan Dialah yang menguji mereka supaya
menjadi demikian,
﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا
لِيَعْبُدُونِ﴾
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
supaya mereka mengabdi kepada-Ku.: [Al-Zhariyat 51:56]
﴿وَاتَّقُوا
اللَّـهَ ۖ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّـهُ ۗ وَاللَّـهُ بِكُلِّ
شَيْءٍ عَلِيمٌ﴾
Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan
Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [Al-Baqarah 2:282].
﴿قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا
إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ
فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا﴾
Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti
kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah
Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap berjumpa dengan Tuhannya, maka
hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan
seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya." [Al-Kahf 18:110]
Tetapi sayangnya kebanyakan manusia bergantung kepada
kegelapan Alam Jasmani ini dan melalaikan Tuhan mereka. Mereka tidak melalui
jalan ini iaitu jalan wahyu melainkan golonan yang sedikit, seperti nabi-nabi
Allah, rasulNya dan wali-waliNya SWT. Maka Allah membuka kepada yang lain
daripada anak-anak Adam jalan perantaraan atau khalifah supaya menyanjung dan
mengenali mereka, dan dengan demikian zahirlah bersama terbukanya jalan
perantaraan dari mula hingga akhir yang berkaitan dengan perlantikan atau
pemberian mandat khalifah sebagai makrifah yang diwajibkan oleh Yang Maha Suci,
ianya adalah Al-Khalifah dan Al-Risalah yang dibawa
untuk mengetahuinya (ditakrifkan).
-----------------------------------
[1] "وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا
لِيَعْبُدُونِ"
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.: [Al-Zhariyat 51:56] Iaitu untuk
mengenali-KU
[2] Al-Jamadaat (benda-benda mati) atau bahan-bahan
umum dari sumber kehidupan bakteria, tumbuh-umbuhan dan haiwan, serta semua
aspek kehidupan dari salinan, pertumbuhan dan pergerakan hanyalah proses kimia
jika dipandang padanya dalam batas-batas dunia kebendaan (Alam Al-Madi), oleh
itu tidak ada perbezaan hakiki antara tumbuhan, haiwan, bakteria dan
benda-benda mati, tetapi perbezaan hanya dalam pemasangan bahan-bahan ini yang
layak untuk proses menyalin sendiri dan proses yang terhasil daripada evolusi.
[3] Ini adalah apa yang dikatakan kepada warisan
Ibrahim (as) mereka khusus memiliki keikhlasan pada Allah dari keturunan
Ibrahim (as), di mana Ibrahim (as) telah menempatkan mereka dengan perintah
Allah, berhampiran Bait Al-Haram untuk mereka menjadi imam- imam manusia,
orang-orang yang diseru berhaji dan mendirikan sholat iaitu mendirikan agama
Allah selepas bapa mereka Ibrahim (as). Maka diwajibkan atas manusia untuk
datang kepada mereka sebagai mana diwajibkan atas manusia datang kepada bapa
mereka Ibrahim (as) sebelum ini,
رَّبَّنَا إِنِّي
أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ
رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي
إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ"
"Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah
menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman
di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang mulia, ya Tuhan kami, agar mereka
mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada
mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka
bersyukur.." [Ibrahim 37:14]
Dalam Al-Kafi - Al-Kulayni: 1, halaman 392-393. -
- Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, dari Ibn Abi
Amir, dari Ibn Azhinah, dari Al-Fadhil, dari Abi Ja'far (as) katanya: Kami
melihat orang bertawaf mengelilingi Ka’bah, beliau berkata: Mereka bertawaf
mengelilinginya secara jahiliyah, Sesungguhnya mereka diperintahkan
bertawaf mengelilinginya, kemudian pergi kepada kami lalu mengenali kami adalah
wilayah mereka, tempat mereka mengasihi, tempat mereka berurusan dan tempat
mereka memberi sokongan, kemudian beliau membaca ayat ini,
﴿فَاجْعَلْ
أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِم﴾
"maka
jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka.”
- Al-Hussein bin Muhammad, dari Ma’la bin Mohammed,
dari Ali bin Asbath, dari Daud bin-Al-Nu'man dari Abu Ubaidah katanya: Aku
mendengar Aba Ja'far (as) - dan Melihat orang-orang di Mekah dan apa yang
mereka amalkan – katanya, beliau berkata: amalan mereka seperti amalan zaman
jahiliyah, Adapun Allah tidak memerintahkan mereka seperti ini dan tidak
diperintahkan mereka melainkan supaya menggunduli rambut mereka (menghilangkan kotoran pada
badan mereka) dan menunaikan nazar mereka, maka melalui kami dikhabarkan tempat
wilayah mereka dan kepada kami tempat mereka memberi sokongan. -
- Ali bin Ibrahim, dari Saleh bin Al-Sindi, daripada
Ja'far bin Basyir dan Muhammad bin Yahya, dari Ahmad bin Muhammad bin Isa, dari
Ibn Fadhil semuanya, dari Abi Jamilah, dari Khaled bin Ammar, dari Sudair
katanya: Aku mendengar Aba Ja'far (as) ketika beliau berada di dalam dan aku di
luar dan dia memegang tanganku, dan kemudian mencium Al-Bait dan berkata: Wahai
Sudair sesungguhnya diperintahkan manusia supaya datang ke batu-batu ini. Lalu
bertawaf mengelilinginya dan kemudian mendatangi kami lalu mengetahui kami
adalah wilayah mereka dan ia adalah firman Allah:
﴿وَإِنِّي
لَغَفَّارٌ لِّمَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا ثُمَّ اهْتَدَىٰ﴾
Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang
bertaubat, beriman, beramal saleh, kemudian tetap di jalan yang benar.
dan kemudian memberi isyarat dengan tangannya ke
dadanya - pada wilayah kami - dan kemudian beliau berkata: Wahai Sudair, Aku
akan tunjukkan kamu orang-orang yang berpatah balik (Al-Shadin) dari agama
Allah, lalu melihat kepada Abu Hanifah dan Sufyan Al-Tsuri pada masa itu mereka
berhalaqah di dalam masjid, Lalu beliau berkata: Mereka itu orang-orang yang
berpatah balik dari agama Allah tanpa mendapat petunjuk dari Allah mahu pun
Kitab yang nyata. Mereka itu jika duduk di rumah mereka, maka orang-orang akan
pergi (ke tempat lain), maka tiada yang dapat diberitahu suatu pun dari Allah TWT, dan Rasul-Nya
(S) sehinggalah mereka mendatangi kami lalu kami memberitahu mereka dari Allah
SWT dan dari Rasul-Nya (S)
Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan