Isnin, 18 Julai 2016

Mereka Bertanya Kepadamu Tentang Roh



Mereka Bertanya Kepadamu Tentang Roh
﴿وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا﴾

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit".[Al-Israa’ 17:85] 

Lafaz perkataan Roh ini diertikan  untuk segala makhluk yang hidup tidak di dalam Alam Jasmani ini. Maka nafs-nafs (diri-diri; jiwa-jiwa) manusia, jin dan malaikat semuanya dipanggil roh-roh, dan sebagai mana angin di dunia ini menggerakkan sesuatu; begitulah roh-roh menggerakkan dan boleh menembusi dan bersatu (bergabung) dengannya.

﴿وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَّيِّتٍ فَأَنزَلْنَا بِهِ الْمَاءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ ۚ كَذَٰلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتَىٰ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ﴾

Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya; hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran. [Al-A3raf 7:57] 

Pertama-tama yang diciptakan oleh Allah SWT adalah manusia

﴿الرَّحْمَـٰنُ ۞ عَلَّمَ الْقُرْآنَ ۞ خَلَقَ الْإِنسَانَ﴾

(Al-Rahman) Yang Maha Pemurah, * Yang telah mengajarkan Al Quran. * Dia menciptakan manusia. [Al-Rahman 55:3] 

Kemudian menciptakan (segala) penciptaan dari manusia pertama. Dan manusia pertama ini adalah tajalli (penzahiran) Al-Lahut (ketuhanan) dalam penciptaan dan ia adalah Akal Pertama dan Roh Pertama makhluk dan ia adalah Roh Allah.

﴿وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَا ۚ مَا كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَـٰكِن جَعَلْنَاهُ نُورًا نَّهْدِي بِهِ مَن نَّشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا ۚوَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ﴾
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu roh dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan ia cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. [Al-Syura 42:52]

«Dari Al-Ahwal katanya, Aku bertanya kepada Aba Abdillah (as) mengenai Roh pada Adam (as) dari firmanNya:
فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي
Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh-Ku, Beliau berkata, ini adalah Roh ciptaan (makhlukah) yang dengannya Isa diciptakan.» [1]

«Daripada beberapa sahabat kami, dari Ahmad bin Muhammad bin Isa dari Al-Hajjali dari Tsa’labah dari Humran, katanya: Aku bertanya kepada Aba Abdillah (as) mengenai firman Allah AWJ iaitu mengenai Roh dariNya  Beliau mengatakan ia Roh Allah ciptaan (makhlukah) yang Allah ciptakan pada Adam dan Isa.» [2]

Roh Allah atau Roh di mana malaikat sujud padanya apabila ditiupkan pada (lembaga) tanah Adam yang diangkat dan ditempatkan (ditajjalikan) di dalam sulbinya adalah roh yang paling agung, Muhammad (S)

﴿فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ
Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. [Al-Hijr 15:29] 

Dan sujud di dalam ayat:

﴿فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾ "
Maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya.". [Shad 38:72] 

Sesungguhnya ia adalah Roh yang paling agung atau Muhammad (S), maka ia adalah qiblat (arah) pertama untuk mengenal Allah SWT, tidak terjadi sujud malaikat kepada Adam (as) melainkan selepas ditiupkan pada Adam daripada Roh Pertama iaitu Muhammad (S), Maka Roh yang mereka tanyakan mengenainya adalah Roh yang dihadapkan kepada mereka dan yang mereka menghadapinya di alam dunia ini pada jasad Muhammad (S) tetapi mereka tidak mengetahuinya

, ﴿وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا.
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit".[Al-Israa;17:85] 

«Dari Jabir bin Yazid katanya: Abu Jaafar (as) berkata kepada ku: Wahai Jabir, bahawa yang pertama Allah ciptakan adalah penciptaan Muhammad (S) dan keluarga (‘Itrah) baginda yang memiliki bimbingan. Mereka adalah pancaran (Asybah) cahaya di tangan Allah, Aku bertanya: Apakah pancaran (Asybah) itu? Beliau berkata, bayangan cahaya (Dzil Al-Nur) [3]. Badan-badan nuraniyah (berunsur cahaya) tanpa roh-roh adalah disokong dengan roh yang satu dan ia adalah Roh Al-Qudus padanya [4] dan ‘Itrahnya yang menyembah Allah oleh kerana mereka diciptakan dari yang terpilih dari kepatuhan dan ketaatan dalam beribadah kepada Allah dengan bersholat, berpuasa, bersujud, bertasbih, bertahlil dan yang menyanjung (mengucapkan) selawat, yang berhaji dan berpuasa.» [5]


--------------------------
[1] Al-Kafi - Al-Kulaini: 1, halaman 133 Bab Roh
[2] Al-Kafi - Al-Kulaini: 1, halaman 133 Bab Roh
[3] Dzil Al-Nur (Bayangan Cahaya) adalah kesan menunjukkan kegelapan, dan dalam Hadits yang mulia, cahaya adalah Allah SWT, kerana Dia adalah Nur tanpa kegelapan di dalamnya, dan bayang-bayangNya adalah dizahirkan (ditajallikan) dalam penciptaan, maka mereka (as) adalah Dzil Al-Nur (Bayangan Cahaya) iaitu kesan daripada Allah SWT dalam penciptaan, dan kesan inilah yang mengenal Pemberi Kesan kerana mereka mengenal Allah Yang Maha Suci.
[4] Roh Al-Qudus pada mereka, bahkan adalah Roh di Langit Ketujuh Keseluruhan (Langit 3aqal)
[5] Al-Kafi - Al-Kulaini: 1, halaman 442..



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya




Tiada ulasan: