Dia Menciptakan Manusia Dan Menempatkan Nafs (Diri - Jiwa) Dalam Jasad:
خلق الإنسان وبث النفس في الجسم:
Pada mulanya Allah SWT mencipta Adam di langit pertama (Sama’
Al-Anfus – Langit Nafs-nafs), tetapi bagi Adam dan keturunannya berkelayakan
untuk turun ke bumi dan berhubungan dengan jasad-jasad. Unsur tanah (Al-Thinah)
mesti diangkat ke Langit Pertama dan dicipta nafs Adam (as) dan nafs-nafs
manusia yang lain darinya. Urusan ini sangat diperlukan; dimana Roh yang dilampirkan
(disebarkan) pada unsur tanah (Al-Thinah) ini dipertingkatkan dan jadilah unsur
tanah ini meningkat menjadi alat yang berhubungan dengan Roh pada jasad. Maka
Roh tidak boleh menyentuh badan kerana keduanya berada dalam – dan dari - dua alam
yang berbeza, dan di antara dua alam-alam. Maka diperlukan alat untuk mewujudkan
di semua peringkat tahap dan alam-alam di antara Langit Jasmani dan Langit
Pertama dan apabila dipertingkat (dinaikan) jasad yang mempunyai peringkat
(martabat) ini, ia boleh bergerak di dalam batas-batasnya. Oleh itu, unsur
tanah (Al-Thinah) yang dipertingkat (yang mewakili segala-gala yang ada di bumi)
dijadikan untuknya ruang-ruang ini dalam pergerakan antara alam jisim-jisim
(jasad) dan alam roh-roh, atau untuk pemindahan antara alam jisim-jisim (jasad)
yang mulanya berada Langit Pertama yang berhubung sentuh dengan Langit Kedua,
atau untuk pemindahan alam roh-roh di bahagian permulaan Langit Kedua (Langit
Roh, dan Syurga Malakut).
Begitu juga permulaan penciptaan Adam adalah dari tanah dan air bumi;
untuk dibawa nafsnya yang akan dicipta di Langit Pertama sesuai dengan yang ada
di bumi, dari kekuatan dan keinginan (syahwat) yang sesuai untuk berkembang biak
dan untuk kehidupan di setiap tempat di atas muka bumi dan melayakkannya untuk
menguasai muka bumi. Malaikat telah mengambil unsur-unsur tanah dan air dengan
perintah Allah SWT di atas bumi dan dinaikkan ke Langit Pertama, disiram pada jasad
halus Adam di Langit Pertama dan ditempatkan di Syurga Dunia, iaitu di hujung Langit
Pertama dan di pintu Langit Malakut (Langit Kedua) dan ia adalah laluan syurga-syurga
Malakut yang pertama pada para malaikat.
Dari Abi Abdillah Al-Shadiq (as) berkata: «Para
malaikat lalu melepasi Adam (as) iaitu shurahnya (gambaran; lembaga) dari tanah yang terbaring di syurga, lalu dikatakan:.
Untuk apa ia dicipta.» [1]
Iaitu berbaring di syurga yang ada di Langit Pertama.
Al-Baqir (as) berkata: «Allah menciptakan
Adam maka tinggal lembaganya sedang Iblis yang dilaknat melaluinya berkata:.
Untuk apa ia dicipta.» [2]
﴿فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَـٰذَا عَدُوٌّ
لَّكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰ﴾
Maka Kami berkata: "Wahai
Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka
sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang
menyebabkan kamu menjadi celaka. [Tha Ha 20:117]
Kemudian, apabila bumi telah bersedia untuk menerima Adam (as) sebagai Khalifah
Allah, Allah meniupkan Roh iman ke tubuh (jasad) mitsali (sempurna) Adam yang
ada di dalam Langit Pertama, Maka jadilah nafs pertama kemanusiaan seperti dalam
firman Allah:
﴿فَإِذَا سَوَّيْتُهُ .......﴾
Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya.....
Dan firman Allah SWT:
﴿وَلقَدْ
خَلَقْنَاكُمْ﴾
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu
Ia berada pada martabat Alam Al-Anfus (Alam nafs-nafs) atau Langit
Pertama. Kemudian ditiupkan kepada Adam Roh Al-Qudus seperti firman Allah SWT:
﴿..... وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي﴾
..... dan telah ditiupkan
ke dalamnya ruh-Ku, dan firmanNya lagi:
﴿ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ﴾
lalu Kami bentuk tubuhmu,
26 Berfirmanlah
Allah: "Baiklah Kami menjadikan manusia menurut gambar dan rupa
Kami." [3]
27 Maka Allah
menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya
dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka. [4].
Dan dalam riwayat:
Dari Muhammad bin Muslim katanya, Aku
bertanya kepada Aba Ja'far (as) (Mengenai apa yang mereka riwayatkan mengenai Allah mencipta Adam atas
gambaran-Nya (shurahNya), beliau berkata: Ia adalah gambaran (shurah) makhluk muhaddats
(yang baharu) yang dipilih Allah dan memilih pelbagai gambaran (imej) lain dan ditambah
kepada dirinya sendiri seperti mana Ka’bah pada dirinya dan Roh pada dirinya,
dan Dia berfirman: "Baiti - Rumahku" "dan
ditiupkan ke dalamnya roh-Ku."[5]
Allah memerintahkan para malaikat untuk sujud kepadanya seperti di
dalam firmanNya:
﴿فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾
maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud
dan firmanNya lagi:
﴿ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا
لِآدَمَ﴾
kemudian Kami katakan kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu
kepada Adam",
Maka sujudlah siapa yang sujud dan
tskbur siapa yang tskbur lalu diusir.
﴿فَإِذَا
سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾
Maka
apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya
ruh-Ku, maka tunduklah kamu
kepadanya dengan bersujud. [Al-Hijr 15:29]
﴿وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ
صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا
إِلَّا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ السَّاجِدِينَ﴾
Sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada
para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam", maka merekapun
bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. [Al-A3raf 7:11]
Dari sini kemudiannya Allah SWT menciptakan nafs Hawa (as) daripada nafs
Adam (as) [6], Dia SWT berfirman:
﴿يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ
الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ
مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي
تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَيْكُمْ
رَقِيبًا﴾
Hai sekalian manusia,
bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari nafs yang satu,
dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah
memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada
Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan
(peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan
mengawasi kamu. [Al-Nisa’ 4:1] [7]
Dari Aba Abdillah Al-Shadiq (as) berkata: «Sesungguhnya
Allah menciptakan Adam dari tanah dan menciptakan Hawa dari Adam.» [8]
Dari sini kemudiannya dikeluarkan zuriat keduanya dan mereka semua diuji.
Ujian (Imtihan) yang pertama di Alam Al-Zhar (Alam Al-Anfus) dan ujian itu
dengan satu soalan:
﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن
ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ
بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن
تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ﴾
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu
mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil
kesaksian terhadap nafs-nafs mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini
Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi
saksi". agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami
adalah orang-orang yang lalai terhadap ini.", [Al-A3raf 7:172]
Ayat ini menjelaskan
﴿وأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ﴾
(Allah) mengambil kesaksian terhadap nafs-nafs mereka
(iaitu ia adalah Alam Al-Anfus,. Maka didahulukan dengan ujian dan pemenang
perlumbaan (ujian) itu adalah yang pertama melihat dan mendengar dan yang
pertama menjawabnya..
Apabila ujian ini berakhir, Allah berkehendak untuk menyempurnakan apa
yang ada dalam IlmuNya untuk diturunkan Adam (as) dan menjalani ujian di muka
bumi, Adam (as) telah menjalani ujian di Langit Pertama (Syurga Dunia), dan
gagal dalam ujian sebagaimana telah diperkirakan untuknya,
﴿فَأَكَلَا مِنْهَا فَبَدَتْ لَهُمَا
سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ
الْجَنَّةِ ۚ وَعَصَىٰ آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَىٰ﴾
Maka keduanya memakan dari
buah pohon itu, lalu terdedahlah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah
keduanya menutupinya dengan daun-daun di syurga, dan durhakalah Adam kepada
Tuhan dan tersesatlah ia. [Taha: 12 121]
Maka diturunkan ke bumi dengan selamat dan isterinya Hawa (Selawat
Allah atas keduanya) dan Allah memberkati keduanya dengan syafaat di dunia dan
akhirat..
Dan nash Al-Quran adalah jelas bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dan
tinggal pada mulanya di syurga yang wujud di Langit Pertama, dan ia adalah
Syurga Dunia tetapi ia bukan di bumi, tetapi di Langit Pertama atau Alam
Al-Zhar:
Dia SWT berfirman:
﴿وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ
وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا
هَـٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ﴾
Dan Kami berfirman: "Wahai
Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah
makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan
janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang
yang zalim.. [Al-Baqarah 2:35]
Dan firmanNya lagi:
:﴿وَيَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ فَكُلَا مِنْ
حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَـٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ
الظَّالِمِينَ﴾
"Wahai Adam bertempat
tinggallah kamu dan isterimu di syurga serta makanlah olehmu berdua di mana
saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu
menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim". [Al-A3raf 7: 19]
Dan firmanNya lagi:
﴿
فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَـٰذَا عَدُوٌّ لَّكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا
يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰ ۞
إِنَّ لَكَ أَلَّا تَجُوعَ فِيهَا وَلَا
تَعْرَىٰ ۞ وَأَنَّكَ
لَا تَظْمَأُ فِيهَا وَلَا تَضْحَىٰ ۞ فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ
قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَّا
يَبْلَىٰ ۞ فَأَكَلَا مِنْهَا فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا
يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ الْجَنَّةِ ۚ وَعَصَىٰ آدَمُ
رَبَّهُ فَغَوَىٰ﴾
Maka Kami berkata: "Wahai
Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka
sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang
menyebabkan kamu menjadi celaka. * Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di
dalamnya dan tidak akan telanjang, * dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa
dahaga dan tidak (pula) akan ditimpa panas matahari di dalamnya". *
Kemudian syaitan membisikkan pikiran jahat kepadanya, dengan berkata: "
Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang
tidak akan binasa?" * Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu terdedahlah
bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun
di syurga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan tersesatlah ia. [Tha Ha 20:117-121]
Ayat-ayat menjelaskan bahawa Adam (as) tidak berada di bumi, dan tidak
mula-mula diciptakan di bumi, tetapi di syurga di Langit Pertama, dan ia bukan syurga
yang kekal.
﴿فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ
فَتَشْقَىٰ﴾
maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari
syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka
dan syurga ini tidaklah seperti di bumi yang boleh bagi manusia merasa kelaparan
dan menanggung dahaga, dan terkorban atau cedera oleh panas matahari dan
keadaan cuaca. Di sana ia tidak perlu bekerja, mengumpul buah-buahan, atau menanam
tanaman, menternsk atau memburu haiwan dan mengambil langkah-langkah
berjaga-jaga untuk membiaya kerosakan, kerana ia adalah sesuatu yang lain
daripada kehidupan di bumi.
Kemudian kita melihat keadaan Adam yang dipaparkan dalam ayat-ayat ini,
adakah ia setimpal dengan keadaan di bumi dan benda-benda di dalamnya, kerana
jasad manusia berunsur bumi, jika seseorang tidak menutup sebahagian daripada
tubuhnya dengan pakaian ia akan terdedah, pasti dia dilihat temannya itu, dan
dilihat oleh yang lain, walaupun Adam memakai pakaian bumi, pakaian bumi ini
tidak akan tertanggal apabila seorang manusia melakukan kesalahan kepada Allah.
Jika Adam dan Hawa berada di bumi dan mereka telanjang dari awal hingga akhir berkeadaan
yang sama sejak awal dan tidak melakukan dosa, walaupun mereka di bumi memakai
pakaian maka tidak akan hilang satupun dari dosa-dosa mereka.
Jadi, perkara ini bukan urusan bumi dan cerita ini bukan cerita di bumi,
perkara ini seperti yang diingatkan Allah di dalam Al-Quran yang tidak sepadan
dengan keadaan di bumi sama sekali, manakala jika Adam dan Hawa apabila melakukan
dosa di Syurga Dunia di Langit Pertama dan secara tabi’einya untuk diperlihatkan
kemaluan mereka apabila mereka melakukan maksiat dan bukan sebelumnya; kerana
pakaian yang menutup aurat (kemaluan) di sana adalah pakaian takwa, pakaian
yang dipakai oleh nafs akibat tabi’einya pada ketaatan kepada Allah dan bertentangan
dengan hawa nafsu dan syaitan. Pakaian takwa adalah lebih penting dan lebih
baik daripada pakaian jasad; kerana Allah melihat pada nafs (diri) dan Roh
manusia dan bukannya yang memakai pakaian pada tubuh badan manusia dan apa yang
menutupinya.
﴿يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ
لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ
ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّـهِ لَعَلَّهُمْ
يَذَّكَّرُونَ﴾
Hai anak Adam, sesungguhnya
Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah
untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu
adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu
ingat. [Al-A3raf 7: 26]
Apabila seseorang melakukan kesalahan yang melucutkan pakaiannya dan
terdedahlah aurat manusia di hadapan Tuhannya [9], iaitu, bahawa
Adam dan Hawa (as) yang memakai pakaian sejak awal lagi di syurga, kemudian pakaian
takwa mereka terlucut, mereka tidak telanjang pada permulaan dan keadaan mereka
tidak terdedah pada mulanya, tetapi apa yang mendedahkan kedua mereka adalah keadaan
mereka selepas melakukan dosa dan terlucutlah pakaian takwa.
﴿يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ
الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا
لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا ۗ إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ
وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ ۗ إِنَّا جَعَلْنَا
الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ﴾
Hai anak Adam, janganlah
sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan
kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk
memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan
pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak boleh
melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu
pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman. [Al-A3raf 7: 27]
Ayat ini menjelasksn bahawa pakaian Adam yang terlucut disebabkan pelanggarannya;
﴿لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا
أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا
لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا﴾
janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia
telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya
pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya.
pakaian ini dikembalikan dengan beristighfar.
﴿فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا
يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ الْجَنَّةِ﴾
Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu,
nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya
dengan daun-daun syurga
Ayat ini menjelasksn bahawa Adam (as) dan Hawa dikeluarkan dari Syurga Dunia
di Langit Pertama ke bumi tidak boleh dikatakan bahawa diturunkan daripada syurga
di bumi ini ke bumi,
﴿قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا
جَمِيعًا ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَايَ
فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ﴾
Kami berfirman:
"Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku
kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada
kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati".[Al-Baqarah
2:38]
Maka ia diturunkan dari Langit Pertama ke Langit Jasmani dan ke bumi secara
khusus.
Imam Al-Shadiq (as) menerangkan Adam telah meminta untuk kembali ke
syurga semula dan Allah telah menjawabnya, dan ini jelas menunjukkan bahawa syurga
yang akan dimasukinya selepas pemisahan nafsnya – dengan kematian - dari jasad
ini sekali lagi dan kembali sebagaimana sebelumnya.
Dari Aba Abdillah (as) katanya: Apabila Adam
(as) bertawaf di Al-Bait (ka’bah) selama seratus tahun dia tidak melihat Hawa,
dan menangis di syurga, sehingga terjadi di pipinya seperti dua aliran sungai air
mata yang besar, kemudian datang Jibrail (as) lalu berkata: Haiyaka Allah
Wa Baiyak (semoga Allah mengekalkan hidupmu dan segera memberimu apa
yang kamu kehendaki dan menempatkanmu di tempat yang baik,) dan apabila dia
berkata: "Haiyaka Allah " bersinar wajahnya dengan
kegembiraan dan mengetahui bahawa Allah redha dengannya, dan apabila dia
berkata, "Wa Baiyak" ketawalah dan makna Baiyak
adalah ketawalah kamu. Dia berkata: Dan telah berdiri di pintu Ka'bah dan
beliau berpakaian, kulit unta dan lembu, lalu beliau berkata: Ya Allah, lepaskanlah
ketelanjuranku dan ampunkanlah dosaku dan bawalah aku kembali ke tempat aku
dikeluarkan, Maka Allah yang maha Agung berfirman: Aku telah melepaskan
ketelanjuranmu dan mengampunkan dosa-dosamu dan akan mengembailkan dari tempat kamu
dikeluarkan. [10]
Ini kisah penciptaan Adam (as) dari tanah yang diangkat ke Langit
Pertama dan ditiupkan Roh ke dalamnya. Maka Adam dicipta di Syurga Dunia yang
wujud di Langit Pertama.[11] Maka kita adalah makhluk-makhluk
langit, nafs-nafs kita telah dicipta dari Roh yang ditiup pada tanah yang diangkat
(ditingkatkan) supaya kita dapat melaksanakan ujian di muka bumi ini, dan supaya
nafs-nafs kita boleh berhubungan dengan jasad-jasad di bumi yang akan menjadi
ruang ujiannya di Alam Jasmani kebendaan ini.
---------------------------------
[1] Qishash Al-Anbiak – Al-Rawandi: halaman 41..
[2] Tafsir Al-Qumi: Jilid 1: halaman 41
[3] Perjanjian Lama Kitab Kejadian - 1:26
[4] Perjanjian Lama Kitab Kejadian - 1:27
[5] Al-Kafi – Al-Kulaini:. 1, halaman 134; Al-Tauhid - Al-Shaduq: halaman
103..
[6] Allah tidak mencipta nafs Hawa sebebas ciptaan nafs Adam (as) dengan
demikian supaya dijadikan di antara mereka mempunyai kasih dan sayang (rahmah),
maka kasih sayang atau cinta dan ketaatan yang mengarah dari Hawa kepada Adam
dan sayang (rahmah) dari Adam kepada Hawa,
﴿وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ
أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً
وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ﴾
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia
menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung
dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan
sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
bagi kaum yang berfikir. [Al-Rum 30:21]
[7] Pada martabat yang lebih tinggi perlu dijadikan Roh Pertama, Roh Muhammad
(S) yang darinya dicipta martabat Roh yang lebih rendah dan ia adalah Roh Ali
dan Fathimah (as)
[8] Qishash Al-Anbiak – Al-Rawandi: halaman 42.
[9] Iaitu manusia, bukan Adam sahaja, maka ia dilihat malaikat,
malu oleh takwa dan diketahui bahawa dia berdosa, ini membuatkan Adam dan Hawa
bersusah hati dengan apa yang berlaku dan sekurang-kurangnya yang memalukan kerana
Adam adalah guru malaikat, dan ini membawa kepadanya supaya memohon ampun untuk
mengembalikan pakaian takwanya." Tatkala keduanya telah merasai buah
kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya
menutupinya dengan daun-daun syurga."
[10] Ma3ani Al-Akhbar - Al-Shaduq:. halaman 269
[11] Langit
Dunia terdiri daripada dua bahagian atau dua martabat, iaitu: Langit Jasmani, dan
ia adalah Langit Jasmani Kebendaan ini yang di dalamnya ada galaksi-galaksi,
sistem-sistem solar (matahari), bulan-bulan dan bumi di mana kita hidup di
dalamnya, dan Langit Pertama, ia adalah Langit Al-Anfus
(Nafs-nafs), di dalamnyalah Adam diciptakan, dan di dalamnya ada Syurga Dunia di
mana Adam dan Hawa awal diciptakan sebelum kedua mereka diturunkan ke bumi selepas
kesalahan mereka, Langit Pertama juga adalah langit Alam Al-Zhar yang sama.
Sebelum ✡✡✡✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan