Rabu, 20 Julai 2016

Ushuluddin (Asas Agama):




بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani


والحمد الله رب العاملين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما
,
Puji-pujian bagi Allah Tuhan sekelian alam..Selawat sanjungan Allah atas Muhammad dan Aali Muhammad, Imam-imam dan Mahdi-mahdi serta salam pengiktirafan


Ushuluddin (Asas Agama):
(أصلُ الدين)

Ushuluddin atau aqidah Al-Ilahiyah (kepercayaan ketuhanan) di muka bumi ini adalah perlantikan pengganti (penggantian kepemimpinan) sejak Allah menciptakan makhluk manusia bumi pertama, ia adalah Adam (as) dengan menjadikan dia khalifahNya di muka bumiNya.

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ﴾

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".[Al-Baqarah 2:30] 

﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ﴾

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama-nama itu jika kamu semamangnya orang-orang yang benar!" [Al-Baqarah 2:31] 

﴿قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ﴾ 

Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana". [Al-Baqarah 2:32] 

قَالَ يَا آدَمُ أَنبِئْهُم بِأَسْمَائِهِمْ ۖ فَلَمَّا أَنبَأَهُم بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ﴿٣٣

Allah berfirman: "Wahai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-namanya". Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku-katakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?"

Itu adalah apa yang berlaku di antara Adam (as), malaikat-malaikat dan jin, kerana malaikat-malaikat dan jin tidak mampu mendapat makrifah (pengetahuan) seperti diri Adam (as). Maka tidak dapat dielakkan Adam adalah seorang Khalifah dari Kekhalifahan (Al-Khalifah), kerana dia mampu untuk memperkenalkan apa yang tidak mereka ketahui. ia telah beramal dengan sebahagian daripada apa yang telah diamanahkan kepadanya dari keupayaan dan berkebolehannya sebagai seorang manusia, dan kebolehan manusia lebih luas dan lebih hebat (A3dzam) kerana ia dicipta menurut shurah (gambaran) Allah. Iaitu ia dicipta atas makrifah nama-nama Allah dan diamanahkan berkeupayaan untuk menzahirkan nama-nama Allah bagi penciptaan Allah yang menciptakan Adam menurut shurahNya (gambaranNya) [1]

Adapun di antara manusia atau anak-anak Adam sendiri, maka tidak dapat tidak mereka tidak sama dalam amalan dan keikhlasan. Apatah lagi kelalaian mereka lebih banyak dari amalan, Maka ia juga menjadi sebab yang tidak dapat dielakkan supaya dilantik sebagai pengganti seorang yang ‘alim lagi arif (mengenal) Allah berbanding yang jahil kepadaNya. Maka Khalifah pertama yang hakiki (sebenar) - dalam alam-alam yang tinggi - adalah Muhammad (S) kemudian Aali Muhammad (S) kemudian yang seumpama mereka dari kalangan manusia. Adapun dalam Alam Jasmani ini mereka adalah penciptaan yang paling berilmu dan yang paling mengenal Allah SWT dalam setiap zaman.


Di sini yang terpilih dan yang dilantik akan diajarkan amanah oleh yang memberi mandat khalifah, dan dengan mengambil kira sifat-sifat Khalifah dan kemuliaan amalannya atau tanggungjawabnya sebagai seorang khalifah (yang terpilih) boleh menggambarkan apa yang dibawanya dan boleh menggambarkan sebagai seorang (khalifah) yang terpilih.

Kita katakan kerana ia menerima berita yang ghaib maka dia adalah seorang nabi yang membawa berita dan akan diberitakan kepadanya dengan wahyu tentang asas-asas (Al-Ushul), dan kerana ia membawa risalah maka dia adalah seorang Rasul yang membawa risalah daripada yang mengutusnya. Maka Ushul Al-Din (asas-asas agama) adalah perlantikan khalifah yang mengandungi tiga asas-asas iaitu: Yang memberi mandat khalifah, khalifah dan Ilmu atau Pemberi berita (Munbiyun), nabi dan berita-berita (Anba’un), atau yang mengutus, Rasul dan risalah, dan boleh digambarkan seorang khalifah sebagai seorang imam jika dia mempunyai maqam Imamah.
                                             
Ushul perlantikan khalifah (penggantian kepemimpinan) ini adalah Ushul Al-Din (asas-asas agama), tunggak dan tiang agama. Maka sesiapa yang menghancurkannya akan hancurlah agama Al-Ilahi dan tiada sesuatu yang tinggal daripadanya. Ini telah disahkan oleh Imam-imam (as) dan Imam Al-Shadiq (as) mengatakan tentang mereka yang merampas hak Imam Ali (as), merekalah golongan yang tambah menghancurkan nasib Islam, mereka bukan sahaja merampas hak Amir Al-Mukminin (as), bahkan kerana rampasan ini adalah dianggap menghancurkan asas-asas tempat bergantung agama Ilahi, dan kemudian jadilah manusia itu menyimpang dari asas-asas agama Ilahi, dari Alif hingga Ya’ (dari A sampai Z).

Imam Ja'far bin Muhammad Al-Shadiq (as) berkata:

«Agama dan asas-asas agama adalah pada seorang lelaki dan lelaki tersebut adalah seorang yang yakin, seorang yang beriman, ia imam umatnya dan ahli di zamannya. Sesiapa yang mengenalnya akan mengenal Allah dan sesiapa yang menafikannya telah menafikan Allah dan agamaNya dan sesiapa yang jahil (tidak mengenalnya) tidak akan mengenal Allah dan agamaNya dan syari’atNya tanpa Imam tersebut juga telah lari, dan dengan mengenal lelaki itu adalah mengenal agama Allah, dan mengenal wajahnya [2] adalah pengenalan (makrifah) yang kukuh (tsabit) terhadap pengertian mengenali agama Allah dan menyampaikannya kepada mengenal Allah.» [3]

Nabi (S) menegaskan mengenai perkara ini dalam satu hadis golongan yang selamat (Al-Firqatu Al-Najiyah) yang terkenal di dalam kitab-Al-Sunnah:

«Umat ini akan terpecah belah menjadi 73 golongan. Mereka semua ada di neraka kecuali satu golongan”. Dikatakan kepada Rasulullah (S) “siapakah golongan itu”. Baginda (S) bersabda “Apa yang Aku dan para sahabat-ku ada di atasnya pada hari ini.”»

«Umat ku akan terpecah belah menjadi 73 golongan. Mereka semua ada di neraka kecuali satu golongan”. Dikatakan: Ya Rasulullah (S) “siapakah golongan itu?. Baginda (S) bersabda “Apa yang Aku dan para Sahabat-Ku ada di atasnya pada hari ini.» [4]

Jadi, Al-Rasul (S) telah menyifatkan sendiri golongan yang selamat (Al-Firqatu Al-Najiyah) dengan menyatakan bahawa golongan yang menjadikan kepimpinannya dilantik oleh Allah, sebagaimana Rasulullah (S) dan orang-orang mukmin yang percaya dengan kepimpinan Ilahiyah ini yang mengenal Allah dan dengan perintah Allah, begitulah juga dengan Sahabat Rasulullah (S)

Maka yang sebenarnya sebagaimana yang ditakrifkan dan disifatkan oleh Rasulullah (S) dengan tepat, ia adalah golongan (Firqah) di mana hubungan kesepakatan di antara baginda dan para sahabat, iaitu beriman dengan perlantikan Khalifah, dan terdapat Khalifah Ilahi lantikan Allah, dan di sana terdapat orang-orang yang beriman dengan khalifah ini dan dengan asas-asas ini yang merupakan Ushul Al-Din (asas-asas agama) Ilahi.
Dan riwayat pendamping (yang menguatkan) mengenainya dari Al-Syeikh Al-Shaduq (rahimahu Allah) berkata:

«Diriwayatkan dari Abu Nashr Muhammad bin Ahmad bin Tamim Al-Sarkhasi berkata: diriwayatkan dari Abu Lubaid Muhammad bin Idris Al-Syami berkata: diriwayatkan dari Ishaq bin Israel berkata: diriwayatkan dari Abdul Rahman bin Muhammad Al-Muharibi berkata: diriwayatkan dari Al-Afriqi, dari Abdullah bin Yazid, dari Abdullah bin Umar berkata: Rasulullah (S) bersabda: Akan datang kepada umatku apa yang datang kepada Bani Israel, sama seperti mereka dan mereka berpecah kepada tujuh puluh dua golongan dan umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan lebih daripada mereka satu golongan, semuanya akan ke neraka selain satu golongan. Katanya, mereka berkata:: Ya Rasulullah, golongan yang mana satu? Baginda (S) bersabda “Adalah apa yang kami ada di atasnya pada hari ini,  Aku dan para sahabat-ku.» [5]



---------------------
[1] Al-Kafi - Al-Kulayni: Jilid 1, halaman 134; Al-Tauhid - Al-Shaduq: halaman 103...
[2] Perkataan ini ada khilaf di antara sumber-sumbernya, dalam riwayat ini (Wajahahu - wajahnya), dalam Khatimah Al-Mustadrak: Jilid 4, halaman 118 (Wajahtaha - wajahnya), dalam Al-Bihar. Jilid 24, halaman 290, disebutkan oleh Al-Bashair (Wajahain – dua wajah),, dan juga dalam Miraah Al-3uqul, dan dalam sebahagian sumber : (Dharabain - dua jenis).
[3]. Bashair Al-Darajat - Mohammed bin Al-Hassan Al-Shafar: halaman 549; Mukhtashar Bashair Al-Darajat - Al-Hassan bin Sulaiman:.. halaman 82; Khatimah Al-Mustadrak - Al-Mirza Al-Nuri: Jilid 4, halaman 118; Bihar Al-Anwar - Al-Majlisi: Jilid 42, halaman 290.
[4] Perkataan ini disebut oleh Ibn Taimiyah di dalam Majmu3 Al-Fatawa: Jilid 24, halaman 171-172, dan disifatkan sebagai masyhur..
[5] Ma3ani Al-Akhbar- Al-Shaduq:. halaman 323.



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya

Tiada ulasan: