Isnin, 18 Julai 2016

Dia Menciptakan Manusia Dan Menempatkan Nafs (Diri - Jiwa) Dalam Jasad:


Dia Menciptakan Manusia Dan Menempatkan Nafs (Diri - Jiwa) Dalam Jasad:
خلق الإنسان وبث النفس في الجسم:


Pada mulanya Allah SWT mencipta Adam di langit pertama (Sama’ Al-Anfus – Langit Nafs-nafs), tetapi bagi Adam dan keturunannya berkelayakan untuk turun ke bumi dan berhubungan dengan jasad-jasad. Unsur tanah (Al-Thinah) mesti diangkat ke Langit Pertama dan dicipta nafs Adam (as) dan nafs-nafs manusia yang lain darinya. Urusan ini sangat diperlukan; dimana Roh yang dilampirkan (disebarkan) pada unsur tanah (Al-Thinah) ini dipertingkatkan dan jadilah unsur tanah ini meningkat menjadi alat yang berhubungan dengan Roh pada jasad. Maka Roh tidak boleh menyentuh badan kerana keduanya berada dalam – dan dari - dua alam yang berbeza, dan di antara dua alam-alam. Maka diperlukan alat untuk mewujudkan di semua peringkat tahap dan alam-alam di antara Langit Jasmani dan Langit Pertama dan apabila dipertingkat (dinaikan) jasad yang mempunyai peringkat (martabat) ini, ia boleh bergerak di dalam batas-batasnya. Oleh itu, unsur tanah (Al-Thinah) yang dipertingkat (yang mewakili segala-gala yang ada di bumi) dijadikan untuknya ruang-ruang ini dalam pergerakan antara alam jisim-jisim (jasad) dan alam roh-roh, atau untuk pemindahan antara alam jisim-jisim (jasad) yang mulanya berada Langit Pertama yang berhubung sentuh dengan Langit Kedua, atau untuk pemindahan alam roh-roh di bahagian permulaan Langit Kedua (Langit Roh, dan Syurga Malakut).


Begitu juga permulaan penciptaan Adam adalah dari tanah dan air bumi; untuk dibawa nafsnya yang akan dicipta di Langit Pertama sesuai dengan yang ada di bumi, dari kekuatan dan keinginan (syahwat) yang sesuai untuk berkembang biak dan untuk kehidupan di setiap tempat di atas muka bumi dan melayakkannya untuk menguasai muka bumi. Malaikat telah mengambil unsur-unsur tanah dan air dengan perintah Allah SWT di atas bumi dan dinaikkan ke Langit Pertama, disiram pada jasad halus Adam di Langit Pertama dan ditempatkan di Syurga Dunia, iaitu di hujung Langit Pertama dan di pintu Langit Malakut (Langit Kedua) dan ia adalah laluan syurga-syurga Malakut yang pertama pada para malaikat.

Dari Abi Abdillah Al-Shadiq (as) berkata: «Para malaikat lalu melepasi Adam (as) iaitu shurahnya (gambaran; lembaga) dari  tanah yang terbaring di syurga, lalu dikatakan:. Untuk apa ia dicipta.» [1]

Iaitu berbaring di syurga yang ada di Langit Pertama.

Al-Baqir (as) berkata: «Allah menciptakan Adam maka tinggal lembaganya sedang Iblis yang dilaknat melaluinya berkata:. Untuk apa ia dicipta.» [2]

﴿فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَـٰذَا عَدُوٌّ لَّكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰ﴾

Maka Kami berkata: "Wahai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka. [Tha Ha 20:117]

Kemudian, apabila bumi telah bersedia untuk menerima Adam (as) sebagai Khalifah Allah, Allah meniupkan Roh iman ke tubuh (jasad) mitsali (sempurna) Adam yang ada di dalam Langit Pertama, Maka jadilah nafs pertama kemanusiaan seperti dalam firman Allah:
﴿فَإِذَا سَوَّيْتُهُ .......
Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya.....
Dan firman Allah SWT:

﴿وَلقَدْ خَلَقْنَاكُمْ﴾
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu
Ia berada pada martabat Alam Al-Anfus (Alam nafs-nafs) atau Langit Pertama. Kemudian ditiupkan kepada Adam Roh Al-Qudus seperti firman Allah SWT:
﴿..... وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي
 ..... dan telah ditiupkan ke dalamnya ruh-Ku, dan firmanNya lagi:
﴿ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ﴾
  lalu Kami bentuk tubuhmu, 

26 Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kami menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kami." [3]
27 Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka. [4].

Dan dalam riwayat:

Dari Muhammad bin Muslim katanya, Aku bertanya kepada Aba Ja'far (as) (Mengenai apa yang mereka riwayatkan mengenai Allah mencipta Adam atas gambaran-Nya (shurahNya), beliau berkata: Ia adalah gambaran (shurah) makhluk muhaddats (yang baharu) yang dipilih Allah dan memilih pelbagai gambaran (imej) lain dan ditambah kepada dirinya sendiri seperti mana Ka’bah pada dirinya dan Roh pada dirinya, dan Dia berfirman: "Baiti - Rumahku" "dan ditiupkan ke dalamnya roh-Ku."[5]

Allah memerintahkan para malaikat untuk sujud kepadanya seperti di dalam firmanNya:
﴿فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ
maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud
dan firmanNya lagi:
﴿ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ﴾
kemudian Kami katakan kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam", 

Maka sujudlah siapa yang sujud  dan takbur siapa yang takbur lalu diusir.

﴿فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ
Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. [Al-Hijr 15:29] 

﴿وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ السَّاجِدِينَ﴾

Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam", maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. [Al-A3raf 7:11] 

Dari sini kemudiannya Allah SWT menciptakan nafs Hawa (as) daripada nafs Adam (as) [6], Dia SWT berfirman:

﴿يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا﴾

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari nafs yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. [Al-Nisa’ 4:1] [7]
      
Dari Aba Abdillah Al-Shadiq (as) berkata: «Sesungguhnya Allah menciptakan Adam dari tanah dan menciptakan Hawa dari Adam.» [8]

Dari sini kemudiannya dikeluarkan zuriat keduanya dan mereka semua diuji. Ujian (Imtihan) yang pertama di Alam Al-Zhar (Alam Al-Anfus) dan ujian itu dengan satu soalan:

﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ﴾

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap nafs-nafs mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lalai terhadap ini.", [Al-A3raf 7:172] 

Ayat ini menjelaskan
﴿وأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ﴾
(Allah) mengambil kesaksian terhadap nafs-nafs mereka
(iaitu ia adalah Alam Al-Anfus,. Maka didahulukan dengan ujian dan pemenang perlumbaan (ujian) itu adalah yang pertama melihat dan mendengar dan yang pertama menjawabnya..

Apabila ujian ini berakhir, Allah berkehendak untuk menyempurnakan apa yang ada dalam IlmuNya untuk diturunkan Adam (as) dan menjalani ujian di muka bumi, Adam (as) telah menjalani ujian di Langit Pertama (Syurga Dunia), dan gagal dalam ujian sebagaimana telah diperkirakan untuknya,

﴿فَأَكَلَا مِنْهَا فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ الْجَنَّةِ ۚ وَعَصَىٰ آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَىٰ﴾

Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu terdedahlah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun di syurga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan tersesatlah ia.  [Taha: 12 121]
Maka diturunkan ke bumi dengan selamat dan isterinya Hawa (Selawat Allah atas keduanya) dan Allah memberkati keduanya dengan syafaat di dunia dan akhirat..

Dan nash Al-Quran adalah jelas bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dan tinggal pada mulanya di syurga yang wujud di Langit Pertama, dan ia adalah Syurga Dunia tetapi ia bukan di bumi, tetapi di Langit Pertama atau Alam Al-Zhar:

Dia SWT berfirman:

﴿وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَـٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ﴾

Dan Kami berfirman: "Wahai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.. [Al-Baqarah 2:35]
Dan firmanNya lagi:

:﴿وَيَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ فَكُلَا مِنْ حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَـٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ﴾

"Wahai Adam bertempat tinggallah kamu dan isterimu di syurga serta makanlah olehmu berdua di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim". [Al-A3raf 7: 19] 

Dan firmanNya lagi:

﴿ فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَـٰذَا عَدُوٌّ لَّكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰ ۞ إِنَّ لَكَ أَلَّا تَجُوعَ فِيهَا وَلَا تَعْرَىٰ ۞ وَأَنَّكَ لَا تَظْمَأُ فِيهَا وَلَا تَضْحَىٰ ۞ فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَّا يَبْلَىٰ ۞ فَأَكَلَا مِنْهَا فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ الْجَنَّةِ ۚ وَعَصَىٰ آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَىٰ﴾

Maka Kami berkata: "Wahai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka. * Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang, * dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak (pula) akan ditimpa panas matahari di dalamnya". * Kemudian syaitan membisikkan pikiran jahat kepadanya, dengan berkata: " Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?" * Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu terdedahlah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun di syurga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan tersesatlah ia. [Tha Ha 20:117-121]

Ayat-ayat menjelaskan bahawa Adam (as) tidak berada di bumi, dan tidak mula-mula diciptakan di bumi, tetapi di syurga di Langit Pertama, dan ia bukan syurga yang kekal.
﴿فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰ﴾
maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka
dan syurga ini tidaklah seperti di bumi yang boleh bagi manusia merasa kelaparan dan menanggung dahaga, dan terkorban atau cedera oleh panas matahari dan keadaan cuaca. Di sana ia tidak perlu bekerja, mengumpul buah-buahan, atau menanam tanaman, menternsk atau memburu haiwan dan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga untuk membiaya kerosakan, kerana ia adalah sesuatu yang lain daripada kehidupan di bumi.

Kemudian kita melihat keadaan Adam yang dipaparkan dalam ayat-ayat ini, adakah ia setimpal dengan keadaan di bumi dan benda-benda di dalamnya, kerana jasad manusia berunsur bumi, jika seseorang tidak menutup sebahagian daripada tubuhnya dengan pakaian ia akan terdedah, pasti dia dilihat temannya itu, dan dilihat oleh yang lain, walaupun Adam memakai pakaian bumi, pakaian bumi ini tidak akan tertanggal apabila seorang manusia melakukan kesalahan kepada Allah. Jika Adam dan Hawa berada di bumi dan mereka telanjang dari awal hingga akhir berkeadaan yang sama sejak awal dan tidak melakukan dosa, walaupun mereka di bumi memakai pakaian maka tidak akan hilang satupun dari dosa-dosa mereka.

Jadi, perkara ini bukan urusan bumi dan cerita ini bukan cerita di bumi, perkara ini seperti yang diingatkan Allah di dalam Al-Quran yang tidak sepadan dengan keadaan di bumi sama sekali, manakala jika Adam dan Hawa apabila melakukan dosa di Syurga Dunia di Langit Pertama dan secara tabi’einya untuk diperlihatkan kemaluan mereka apabila mereka melakukan maksiat dan bukan sebelumnya; kerana pakaian yang menutup aurat (kemaluan) di sana adalah pakaian takwa, pakaian yang dipakai oleh nafs akibat tabi’einya pada ketaatan kepada Allah dan bertentangan dengan hawa nafsu dan syaitan. Pakaian takwa adalah lebih penting dan lebih baik daripada pakaian jasad; kerana Allah melihat pada nafs (diri) dan Roh manusia dan bukannya yang memakai pakaian pada tubuh badan manusia dan apa yang menutupinya.

﴿يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّـهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ﴾

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. [Al-A3raf 7: 26] 

Apabila seseorang melakukan kesalahan yang melucutkan pakaiannya dan terdedahlah aurat manusia di hadapan Tuhannya [9], iaitu, bahawa Adam dan Hawa (as) yang memakai pakaian sejak awal lagi di syurga, kemudian pakaian takwa mereka terlucut, mereka tidak telanjang pada permulaan dan keadaan mereka tidak terdedah pada mulanya, tetapi apa yang mendedahkan kedua mereka adalah keadaan mereka selepas melakukan dosa dan terlucutlah pakaian takwa.

﴿يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا ۗ إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ ۗ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ﴾

Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman. [Al-A3raf 7: 27] 

Ayat ini menjelasksn bahawa pakaian Adam yang terlucut disebabkan pelanggarannya;
﴿لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا﴾
janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya.
pakaian ini dikembalikan dengan beristighfar.
﴿فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ الْجَنَّةِ﴾
Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga 
Ayat ini menjelasksn bahawa Adam (as) dan Hawa dikeluarkan dari Syurga Dunia di Langit Pertama ke bumi tidak boleh dikatakan bahawa diturunkan daripada syurga di bumi ini ke bumi,

﴿قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ﴾

Kami berfirman: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati".[Al-Baqarah 2:38]

Maka ia diturunkan dari Langit Pertama ke Langit Jasmani dan ke bumi secara khusus.

Imam Al-Shadiq (as) menerangkan Adam telah meminta untuk kembali ke syurga semula dan Allah telah menjawabnya, dan ini jelas menunjukkan bahawa syurga yang akan dimasukinya selepas pemisahan nafsnya – dengan kematian - dari jasad ini sekali lagi dan kembali sebagaimana sebelumnya.

Dari Aba Abdillah (as) katanya: Apabila Adam (as) bertawaf di Al-Bait (ka’bah) selama seratus tahun dia tidak melihat Hawa, dan menangis di syurga, sehingga terjadi di pipinya seperti dua aliran sungai air mata yang besar, kemudian datang Jibrail (as) lalu berkata: Haiyaka Allah Wa Baiyak (semoga Allah mengekalkan hidupmu dan segera memberimu apa yang kamu kehendaki dan menempatkanmu di tempat yang baik,) dan apabila dia berkata: "Haiyaka Allah " bersinar wajahnya dengan kegembiraan dan mengetahui bahawa Allah redha dengannya, dan apabila dia berkata, "Wa Baiyak" ketawalah dan makna Baiyak adalah ketawalah kamu. Dia berkata: Dan telah berdiri di pintu Ka'bah dan beliau berpakaian, kulit unta dan lembu, lalu beliau berkata: Ya Allah, lepaskanlah ketelanjuranku dan ampunkanlah dosaku dan bawalah aku kembali ke tempat aku dikeluarkan, Maka Allah yang maha Agung berfirman: Aku telah melepaskan ketelanjuranmu dan mengampunkan dosa-dosamu dan akan mengembailkan dari tempat kamu dikeluarkan. [10]

Ini kisah penciptaan Adam (as) dari tanah yang diangkat ke Langit Pertama dan ditiupkan Roh ke dalamnya. Maka Adam dicipta di Syurga Dunia yang wujud di Langit Pertama.[11] Maka kita adalah makhluk-makhluk langit, nafs-nafs kita telah dicipta dari Roh yang ditiup pada tanah yang diangkat (ditingkatkan) supaya kita dapat melaksanakan ujian di muka bumi ini, dan supaya nafs-nafs kita boleh berhubungan dengan jasad-jasad di bumi yang akan menjadi ruang ujiannya di Alam Jasmani kebendaan ini.


---------------------------------
[1] Qishash Al-Anbiak – Al-Rawandi: halaman 41..
[2] Tafsir Al-Qumi: Jilid 1: halaman 41
[3] Perjanjian Lama Kitab Kejadian - 1:26
[4] Perjanjian Lama Kitab Kejadian - 1:27
[5] Al-Kafi – Al-Kulaini:. 1, halaman 134; Al-Tauhid - Al-Shaduq: halaman 103..
[6] Allah tidak mencipta nafs Hawa sebebas ciptaan nafs Adam (as) dengan demikian supaya dijadikan di antara mereka mempunyai kasih dan sayang (rahmah), maka kasih sayang atau cinta dan ketaatan yang mengarah dari Hawa kepada Adam dan sayang (rahmah) dari Adam kepada Hawa,
﴿وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ﴾
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. [Al-Rum 30:21] 
[7] Pada martabat yang lebih tinggi perlu dijadikan Roh Pertama, Roh Muhammad (S) yang darinya dicipta martabat Roh yang lebih rendah dan ia adalah Roh Ali dan Fathimah (as)
[8] Qishash Al-Anbiak – Al-Rawandi: halaman 42.
[9] Iaitu manusia, bukan Adam sahaja, maka ia dilihat malaikat, malu oleh takwa dan diketahui bahawa dia berdosa, ini membuatkan Adam dan Hawa bersusah hati dengan apa yang berlaku dan sekurang-kurangnya yang memalukan kerana Adam adalah guru malaikat, dan ini membawa kepadanya supaya memohon ampun untuk mengembalikan pakaian takwanya." Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga."
[10] Ma3ani Al-Akhbar - Al-Shaduq:. halaman 269
[11] Langit Dunia terdiri daripada dua bahagian atau dua martabat, iaitu: Langit Jasmani, dan ia adalah Langit Jasmani Kebendaan ini yang di dalamnya ada galaksi-galaksi, sistem-sistem solar (matahari), bulan-bulan dan bumi di mana kita hidup di dalamnya, dan Langit Pertama, ia adalah Langit Al-Anfus (Nafs-nafs), di dalamnyalah Adam diciptakan, dan di dalamnya ada Syurga Dunia di mana Adam dan Hawa awal diciptakan sebelum kedua mereka diturunkan ke bumi selepas kesalahan mereka, Langit Pertama juga adalah langit Alam Al-Zhar yang sama.



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya




Tiada ulasan: