Selasa, 19 Julai 2016

Golongan kanan dan Al-Muqarrabun



Golongan kanan dan Al-Muqarrabun
أصحاب اليمني والمقربون
          

Manusia yang beriman selagi ia berada di langit-langit Malakut ia adalah salah seorang dari golongan kanan (Ashhab Al-Yamin). Apabila dinaikkan ke Langit Ketujuh ia menjadi Al-Muqarrabin (orang-orang yang hampir). Telah pun diterangkan bahawa pada langit-langit Malakut terdapat Roh Iman. Pada Langit Ketujuh ada padanya Roh Qudus. Jadi, Ashhab Al-Yamin (golongan kanan), didampingkan pada mereka dan di sisi mereka ada Roh Iman, dan Al-Muqarrabun (orang-orang yang hampir) didampingkan pada mereka dan di sisi mereka ada Roh Qudus.

Apabila kita mengetahuinya dan jelas kepada kita bahawa sebab keputusan yang dicapai oleh Al-Muqarrabun pada masa kematian, dan mereka tidak dihisab bahkan mereka tidak diazab pada ketika mati, kerana pada hari itu tidak ada syafaat

﴿وَاتَّقُوا يَوْمًا لَّا تَجْزِي نَفْسٌ عَن نَّفْسٍ شَيْئًا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلَا تَنفَعُهَا شَفَاعَةٌ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ


Dan takutlah kamu kepada suatu hari di waktu seseorang tidak dapat menggantikan seseorang lain sedikitpun dan tidak akan diterima suatu tebusan daripadanya dan tidak akan memberi manfaat sesuatu syafa'at kepadanya dan tidak (pula) mereka akan ditolong. [Al-Baqarah 2:123];

Ini kerana mereka masuk ke Langit Aqal, maka jadilah mereka orang-orang yang beraqal (3uqala’), mereka terpelihara dengan Aqal Keseluruhan daripada jatuh kepada pelanggaran (kesalahan) dengan martabat mereka dinaikkan [1], dan masuk ke langit Roh Qudus.

Maka jadilah roh-roh mereka suci lagi disucikan selamanya, mereka memilih yang kekal di mana sahaja mereka berada, dan mereka membezakan yang maksum yang ditetapkan (dinaskan) bagi mereka kerana tetap (tsabit) pada maqamnya; kerana mereka sama sekali tidak memilih yang najis (tercemar) berbanding yang suci. Oleh itu Allah memberi jaminan kepada orang-orang yang mengikutinya untuk sentiasa kekal bersama kebenaran.

Bagi golongan kanan (Ashhab Al-Yamin) mereka digandingkan dengan Roh Iman, tetapi selagi mereka berada di langit-langit Malakut dan  tidak cuba untuk memasuki Langit Aqal Ketujuh Keseluruhan, maka Aqal-aqal mereka tidak lengkap (sempurna) dan tidak ada di sisi mereka bayangan Aqal, dan apabila maqamnya lebih rendah maka manusia lebih jauh daripada kemaksuman dan lebih dekat dengan pelanggaran (kesalahan), dan apabila seorang mukmin mempertingkatkan ketinggiannya di bawah bayangan Aqal akan lebih banyak cahayanya dan lebih tinggi keserupaannya berbanding Aqal sempurna, dan adalah menjadi sebab seorang mukmin untuk mendekati kemaksuman. Tetapi dengan kekalnya gambaran ini bagi Aqal dan tajallinya kepada Aqal sempurna dan kekallah bayangan dan jatuhlah maksiat kewujudannya.


Ahmad Al-Hassan




-------------------------------------

[1] Setiap seorang dari mereka adalah maksum mengikut maqamnya, yang sampai kepadanya, dan kemaksumannya mempunyai had-had maqamnya. Jika ia membawa kepada maqam yang lebih tinggi untuk memastikan bahawa ia akan jatuh tersasar dan membuat kesilapan seperti yang berlaku dengan Adam (as)
فَأَكَلا ِمنْهَا فَبَت لَهُما  َسْوآتُهُما َوطَفِقَا ىخصفَان عليهما من ورق الجنة َوعصى آدُم َربَّهُ"
Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia. [Tha Ha 20:121] dan, seperti yang berlaku dengan Musa (as) yang telah melaluinya, perhatikanlah apa yang berlaku dengannya.





Tiada ulasan: