Selasa, 19 Julai 2016

Roh Iman dan Roh Qudus:


Roh Iman dan Roh Qudus:
روح الايمان وروح القدس


Al-Sama’ Al-Dunia (Langit Dunia) terdiri dari:

Langit Jasmani (Bumi telah dipanggil (dinamakan) bergandingan dengan langit-langit yang lain).

Langit Pertama adalah Kerajaan Langit Jasmani (Malakut Al-Samaa’ Al-Jasmaniyah) yang berhubung dengannya. Ia berhubungan secara langsung dengan hubungan pengendalian dan perjalanan.

Di Langit Pertama ada banyak martabat-martabat, dan nafs di mana manusia wujud di dalamnya mengikut maqam dan martabatnya, Maka nafs yang ringkas kewujudannya pada martabat yang lebih rendah di langit ini takdirnya adalah diketahui secara lahir apa yang ada di dalam alam Jasmani di dalam kehidupan dunia ini,

﴿يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِّنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ﴾

Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai. [Al-Rum 30:7]

Dan nafs yang meningkat ke martabat yang lrbih tinggi di langit ini, akan berada penghujung untuk meningkat (naik) ke Malakut Langit Kedua, ia adalah syurga-syurga pertama di Malakut, dan sesiapa yang ada takdir di dalamnya akan menjadi ahli syurga di akhirat.

Dan nafs kemanusiaan apabila dinaikkan ke martabat yang lebih rendah ke Malakut Langit Kedua; yang akan didampingkan dengannya dan diberikan Roh Iman yang merupakan hakikat bahawa nafs ini berubah dan bertukar dengan tajalli cahaya iman padanya, dan nafs ini memiliki empat roh iaitu: (roh Kehidupan, Roh Kekuatan, Roh Syahwat, Dan Roh Iman.)

Roh Iman ada banyak martabat bermula dari awal Langit Kedua sehingga akhir Langit Keenam, setiap orang yang beriman mengikut amalan dan keikhlasannya untuk menjadikan maqamnya di langit-langit ini Roh Imannya.

Kemudian, apabila nafs naik ke martabat yang paling rendah di Langit Ketujuh, ia didampingkan dengan Roh Qudus, dan setiap kali nafs meningkat kepada yang lebih tinggi akan didampingkan dengan Roh Qudus yang agung. Ini adalah Langit Ketujuh iaitu Langit Aqal, Maka semakin tinggilah martabat Roh Qudus dalam nafs pada langit ini

Lebih tinggi Aqal itu ia lebih utama dan besar, seperti yang diterangkan dalam "Al-Mutasyabihat"; bahawa martabat paling rendah bagi Aqal bermula dari Langit Ketujuh Keseluruhan. Adapun apa yang lebih rendah darinya adalah apa yang ada di Malakut Langit Keenam dan ia adalah di bawah bayangan Aqal dan bukan dengan (oleh) Aqal.

Oleh itu, dengan kenaikan nafs maka akan berubah dan bertukarlah hakikatnya. Maka dengan kemasukannya ke Malakut Langit Kedua didampingkan padanya dengan Roh Iman dan bermulanya di bawah bayangan aqal yang menghadap kepada cahaya Aqal.

Apabila ia dimasukan ke Langit Ketujuh ia akan didampingkan dengan Roh Qudus dan Aqal. Maka demikianlah bagi  nabi dan anbia (as) tidak diutus sehingga ia mempunyai maqam di Langit Ketujuh Keseluruhan, dan dengan itu telah disempurnakan Aqal yang menjadi sebab kemaksumannya, dan juga didampingkan pada nafsnya Roh Qudus  .

«Rasulullah (S) bersabda: Sesuatu yang dibahagi oleh Allah kepada seorang hamba tiada yang lebih baik daripada Aqal. Maka tidur bagi yang beraqal adalah lebih baik daripada berjaganya yang jahil dan berdiri yang beraqal lebih baik daripada orang yang jahil dan Allah tidak mengutus seorang nabi atau pun seorang Rasul sehingga disempurnakan aqal dan ianya mempunyai aqal yang lebih baik daripada seluruh aqal umatnya. dan tiada kelemahan pada diri (nafs) Nabi (S) dan ijtihad baginda lebih baik dari orang-orang yang berijtihad; dan tidak datang apa yang difardhukan Allah. pada seorang hamba sehingga ia beraqal. Tidak sampai seluruh yang dibawa oleh hamba dalam keutamaan ibadah mereka jika tidak sampai aqal dan orang-orang  yang beraqal (3uqala’) mereka adalah Ulû Al-Bâb (para pemilik aqal) orang-orang yang dalam firman Allah:
﴿وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ﴾
Dan tidak dapat mengambil pelajaran  melainkan orang-orang yang berakal [6]


---------------------

[6] Al-Kafi - Al-Kulayni: 1, halaman 12.



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya



Tiada ulasan: